Di peringkat awal, rekabentuk struktur adalahsalah satu daripada perkara yang paling
utama yang perlu disediakan sebelum memulakan apa-apa kerja. Ianya perlu dihasilkan
dengan merujuk kepada kod standard untuk menghasilkan rekabentuk yang mematuhi
piawaian sesebuah kawasan. Secara amnya, isi kandungannya merangkumi penerangan yang
terperinci berkenaan dengan rekabentuk. Penerangan tersebut termasuklah asas dan konsep
rekabentuk, spesifikasi yang perlu dipatuhi, faktor keselamatan, kaedah rekabentuk, nilai
beban, pekali dan lain-lain. Industri pembinaan di Malaysia perlulah mengguna pakai
Eurocodes untuk merasakan perbezaan dan kelebihannya. Walau bagaimanapun, Standard
Malaysia yang sedia ada haruslah dikekalkan untuk memudahkan pihak yang terlibat dengan
industry berkaitan. Standar Malaysia ini tidak akan dikemaskini dan tempoh kewujudan
bersama seharusnya lebih lama untuk menyediakan draf-draf kod dan dengan melalui tempoh
latihan. Untuk menghadapi situasi tersebut, satu kajian telah dijalankan untuk
membandingkan antara kod rekabentuk keluli yang sedia ada iaitu BS 5950-1:2000 dengan
kod rekabentuk keluli yang akan diguna pakai iaitu BS EN 1993-1-1:2005. Tujuan kajian ini
adalah untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam di dalam kod rekabentuk keluli
dengan menggunakan standard baru yang akan di adaptasi daripada Eurocode. Dalam kajian
ini, sebuah rekabentuk kilang pengeluaran yang sedang dibina menggunakan BS 5950 akan
diguna pakai untuk membuat perbandingan dan kelebihan yang terdapat pada Eurocode 3.
_______________________________________________________________________________________________________
During the early stages, structure design is one of the most important thing to be done
before any work can start. Reference to standard code is compulsory in order to produce a
design which follows the standard of the region. The contents generally cover a
comprehensive details of a design. All the details including the basis and concept of design,
specification to be followed, safety factors, design methods, loading values, coefficient and
etc. Malaysian construction industry need to adopt Eurocodes to enjoy the benefits. However,
the existing Malaysian Standards should be remained to further ease the industry players.
The Malaysian Standards will not be updated and the co-existance period should be
sufficiently long to cover all the codes drafting and throughout the training period. To adopt
with the situation, a study is brought to compare the different between the past steel design
code which is BS 5950-1:2000 (BS 5950) with the new coming steel design code, BS EN
1993-1-1:2005 (Eurocode 3). This study aimed for a better understanding in steel design code
using the new standards that will be adopted from the Eurocode. In this study, one standard
design of a factory being constructed using BS 5950 will be used to identify the benefits
using Eurocode 3.