(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Design and performance analysis of a small two-stroke direct injection diesel engine / Loh Jian Haur

Design and performance analysis of a small two-stroke direct injection diesel engine_Loh Jian Haur_E3_2017_MFAR
Memandangkan sumber minyak mentah mengalami kesusutan dengan kadar yang cepat, kecekapan penggunaan bahan api menjadi semakin penting bagi pengguna. Banyak negara membangun mempunyai bilangan motosikal yang banyak, jadi perbaikan penggunaan bahan api pada motosikal akan mengurangkan permintaan bahan api dengan kadar yang banyak di negara tersebut. Enjin diesel memberi kebaikan seperti perbaikan kecekapan terma, kehilangan dalam pengepaman yang lebih rendah, operasi dengan kandungan bahan api yang kurang dan geseran rendah yang disebabkan oleh operasi kelajuan rendah, tetapi mempunyai kelemahan besar iaitu berat tertentu yang tinggi dan ketumpatan kuasa yang rendah. Enjin dua-lejang mempunyai kelebihan seperti kuasa tinggi, ringan dan geseran rendah tetapi enjin dua-lejang pracampur mempunyai kelemahan utama seperti penggunaan bahan api dan bahan cemar yang tinggi yang disebabkan oleh kepintasan bahan api. Apabila menggabungkan kitar diesel dan kitar dua-lejang, kepintasan bahan api yang bermasalah akan dihapuskan melalui pemancitan bahan api secara langsung sementaranya ketumpatan kuasa diesel yang rendah telah ditingkatkan. Dalam penyelidikan ini, prestasi dari segi pengeluaran kuasa dan penggunaan bahan api sebuah enjin diesel dua-lejang yang kecil berkapasiti 118cc dengan pemancitan langsung telah dinilaikan. Pengujian dinamometer dan simulasi prototaip enjin telah dijalankan untuk tujuan ini. Prototaip enjin itu dibina dengan pengubahsuaian daripada sebuah enjin gasolin dua-lejang sedia-ada sementara simulasi telah dijalankan dengan menggunakan perisian pemodelan enjin satu dimensi. Pengaruh masa pemancitan, penalaan sistem ekzos, nisbah mampatan dan geometri kebuk letupan ke atas prestasi enjin telah disiasat. Keputusan uji kaji menunjukkan enjin itu berkeupayaan untuk menggerakkan sebuah motosikal kecil kepada halaju 60km sejam dengan perbatuan 65km seliter sementara prestasi enjin sempurna yang disimulasikan oleh model enjin memberi halaju tertinggi sebanyak 70km sejam dengan perbatuan 77km seliter. As oil resources are rapidly being depleted, vehicle fuel efficiency is becoming more important for consumers. Due to the large number of motorcycles, improving fuel consumption of motorcycles would greatly reduce fuel demand in many developing countries. Diesel engines offer the advantages of improved thermal efficiency, lower pumping losses, lean operation and potentially low friction from low speed operation with the major disadvantages being a high specific weight and low power density. Two-stroke engines have the advantage of high power, lightweight and low friction while premixed two-strokes have the major disadvantages of high fuel consumption and emissions from fuel short-circuiting. When combining the diesel cycle with two-stroke cycle, the problematic fuel shortcircuiting is eliminated through direct fuel injection while the low power density of diesel cycle is improved. In this research, the performance in terms of power output and fuel consumption of a 118cc two-stroke direct injection diesel engine was evaluated. Dynamometer testing and simulation of a prototype engine were conducted for that purpose. The prototype engine was built by converting an existing two-stroke gasoline engine while simulation was done using a one dimensional engine modeling software. The influence of injection timing, exhaust system tuning, compression ratio and combustion chamber geometry on engine performance was investigated. Experimental results show that the engine is capable of propelling a small motorcycle to a cruising speed of 60km/h with fuel consumption of 65km/l, while the ideal performance of the engine which was simulated by the engine model gives maximum cruising speed of 70km/h with mileage of 77km/l.
Contributor(s):
Loh, Jian Haur - Author
Secondary Item Type(s):
Thesis
Subject Keywords:
Electrical vehicles ; combustion chamber ; decreased significantly ; fuel injection technology (Robert Bosch 2005) ; pump-line-nozzle (PLN) injection systems
Sponsor - Description:
Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik -
First presented to the public:
1/1/2017
Original Publication Date:
12/3/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 168
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-03-12 15:57:41.866
Date Last Updated
2020-05-28 19:06:21.958
Submitter:
Mohd Fadli Abd. Rahman

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Design and performance analysis of a small two-stroke direct injection diesel engine / Loh Jian Haur1 2018-03-12 15:57:41.866