(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Sistem lampu isyarat tanpa wayar / Hazlan Ibrahim

Sistem lampu isyarat tanpa wayar_Hazlan Ibrahim_E3_2006_NI
Skop kajian dalam projek ini adalah merekabentuk sistem lampu isyarat simpang empat tanpa wayar. Sistem lampu isyarat yang direkabentuk ini dikawal menggunakan mikropengawal 8051 Intel. Bahasa penghimpun 8051 digunakan untuk menulis aturcara perjalanan sistem lampu isyarat simpang empat yang dibina. Secara umumnya, komunikasi gelombang frekuensi radio yang terlibat adalah antara lampu isyarat TL 1 yang mengandungi papan penguji mikropengawal 8051 serta litar pemancar, dengan tiga lampu isyarat yang lain iaitu TL 2, TL 3, dan TL 4. Lampu isyarat TL 1 bertindak sebagai pengawal yang akan menentukan perjalanan tiga lampu isyarat yang lain. Penghantaran data untuk lampu isyarat TL 1 adalah secara terus iaitu melalui sambungan wayar dari papan penguji mikropengawal 8051 ke lampu isyarat. Manakala penghantaran data untuk lampu isyarat TL 2, TL 3 dan TL 4 adalah secara tanpa wayar iaitu penghantaran data daripada papan penguji mikropengawal 8051 kepada lampu-lampu isyarat ini menggunakan aplikasi gelombang frekuensi radio. Pengekod dan penyahkod diperlukan untuk membolehkan data dalam bentuk binari yang dihasikan oleh mikropengawal 8051, dikodkan dan seterusnnya digunakan oleh pemancar dan penerima bagi tujuan penghantaran. Proses penghantaran adalah melibatkan tiga pasang pemancar dan penerima. Setiap pasang pemancar dan penerima yang digunakan adalah terdiri daripada frekuensi yang berbeza. Secara keseluruhannya, proses yang terlibat dalam komunikasi gelombang frekuensi radio adalah terdiri daripada proses pengkodan data, penghantaran isyarat, penerimaan isyarat dan penyahkodan data. _________________________________________________________________________________________ The scope of this project is to design four junction wireless traffic light system. The designed traffic light system is controlled by an Intel 8051 microcontroller. A specified 8051 assembly language is used to create the flow of the designed four junction traffic light system. Generally, the radio frequency communication occurs between traffic light TL 1 which have a 8051 microcontroller board and a transmiter circuit, with three different traffic lights,TL 2, TL 3 and TL 4. Traffic light TL 1 acts as a controller that decides the flow of the three other traffic lights. Data for traffic light TL 1 is sent directly using wire connection from the 8051 microcontroller board and on the other hand, data for traffic light TL 2, TL 3 and TL 4 are sent without any wires. This means that data is sent from the 8051 microcontroller board to the three other traffic lights using the application of radio wave frequency. Encoders and decoders are needed to allow data in the form of binaries from the 8051 microcontroller board to be decoded and used by the tranmsitter and receiver for the purpose of sending and receiving data. The process of sending data involves three pair of transmitters and receivers. Every pair of transmitter and receiver used consists of different frequencies. Overall, the processes involved in radio wave frequency communication comprises of the process of encoding data, transmitting signals, receiving signals and decoding data.
Contributor(s):
Hazlan Ibrahim - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
four junction wireless traffic light system; radio wave frequency; transmiter circuit
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
12/6/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 84
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-12-07 11:37:08.095
Date Last Updated
2019-01-07 11:24:32.9118
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Sistem lampu isyarat tanpa wayar / Hazlan Ibrahim1 2018-12-07 11:37:08.095