Minat untuk menerapkan pemprosesan imej dalam sistem pengoperasian Android semakin meningkat. Hal ini telah menggalakkan pembangunan pemprosesan imej aplikasi berasaskan Android yang stabil. Dalam projek ini, Pixel Distribution Shifting Colour Corretion (PDSCC) telah dipilih untuk diimplementasi dalam pelantar Android. PDSCC telah diuji dan dibukti sebagai sejenis algoritma yang mampu meningkatkan kualiti warna imej. PDSCC boleh membetulkan warna imej dengan menghasilkan visualisasi yang lebih semulajadi dan lebih sesuai. Dalam project ini, prestasi aplikasi Android-PDSCC telah dibandingkan dengan prestasi aplikasi komputer-PDSCC. Imej-imej yang diproses oleh aplikasi Android-PDSCC telah dianalisi secara kualitatif dan kuantitatif. Analisa kuantitatif telah melibatkan lima metrik kualiti imej seperti are mean square error (MSE), Peak Signal to Noise Ratio (PSNR), Multi Scale Structural Similarity Index (MSSIM), Visual Signal to Noise Ratio (VSNR) dan Visual Information Fidelity. Pada masa yang sama, analisa kualitatif telah dijalankan oleh sepuluh orang penilai yang dipilih daripada mahasiswa dan mahasiswi tahun terakhir dari Elektrik dan Elektronik Fakulti, Universiti Sains Malaysia. Aplikasi Android-PDSCC telah dipasang dan diuji dalam dua telefon pintar Android iaitu Galaxy Nexus I9250 dan Samsung Galaxy Mini GT-S5570. Kedua-dua telefon pintar ini digunakan untuk mewakili high-end dan low-end telefon pintar Android. Aplikasi Android-PDSCC mampu berfungsi dalam kedua-dua telefon pintar ini, tetapi kelajuan pemprosesan mereka adalah tidak sama. Kelajuan pemprosesan Android PDSCC aplikasi telah dianalisi dan dibandingkan dengan aplikasi komputer-PDSCC. Aplikasi komputer-PDSCC tersebut adalah dikendali oleh komputer ASUS N56-VZ. Oleh sebab telefon pintar Android mempunyai perkakasan yang lebih lemah, kelajuan pemprosesan PDSCC dalam pelantar Android adalah lebih kurang daripada pelantar komputer. Daripada keputusan analisasi kualitatif and kuantitatif yang telah diperolehi, imej-imej yang dihasilkan oleh aplikasi Android-PDSCC adalah sama dengan imej-imej yang dihasilkan oleh aplikasi komputer-PDSCC. Keputusan itu juga menunjukan bahawa PDSCC mampu dilaksanakan dalam pelantar Android.
___________________________________________________________________________________
The increasing interest in implementation of image processing application in an Android-powered device has called for the development of reliable Android-based image processing application. In this project, a tested and proved underwater image colour enhancement method, Pixel Distribution Shifting Colour Correction (PDSCC) is selected to implement on Android platform. PDSCC is capable to correct a colour image with better quality and produce more natural and more pleasant visualization. The performance of Android-based PDSCC application is compared with the computer-based PDSCC application. The resultant images are analyzed quantitatively and qualitatively. The quantitative analyses involve five image quality metrics which are mean square error (MSE), Peak Signal to Noise Ratio (PSNR), Multi Scale Structural Similarity Index (MSSIM), Visual Signal to Noise Ratio (VSNR) and Visual Information Fidelity. Meanwhile, the qualitative analysis is participated by ten judges who are the final year students from School of Electrical and Electronic Universiti Sains Malaysia. The Android-based PDSCC application is installed and tested in two Android smartphones which are Galaxy Nexus I9250 and Samsung Galaxy Mini GT-S5570. Both devices are used to represent high-end and low-end Android-powered devices. After the application is installed, both devices are able to run this application and process images but their processing speeds are different. The processing speed of these devices are also compared with the processing speed of the computer-based PDSCC application which run on ASUS N56-VZ laptop. Due to the hardware limitations of the Android smartphone, the processing speed of PDSCC in Android platform is slower than the computer platform. From the results obtained from the quantitative and qualitative analyses, the resultant images produced by Android-based PDSCC application is almost same with the resultant images produced by computer-based PDSCC application. These results show that PDSCC is able to be run on Android platform.