Peningkatan bilangan kerja-kerja pembinaan di Malaysia bermaksud lebih kenderaan
berat akan diperlukan untuk pengangkutan bahan pembinaan. Peningkatan jumlah
kenderaan tersebut di jalan raya akan menimbulkan bahaya kepada pengguna lain.
Penyelidikan perlu dilakukan untuk mengenal pasti risiko-risiko pengangkutan oleh
kenderaan berat, faktor-faktor yang menyebabkan risiko tersebut, dan cara-cara untuk
mengatasi risiko-risiko tersebut. Penyelidikan akan dijalankan dengan mengumpulkan
maklumat yang melalui internet dan journal, menemuduga kakitangan dalam pihakpihak
berkuasa yang berkaitan, dan menjalankan soal selidik terhadap penggunapengguna
jalan raya. Daripada kajian yang telah dijalankan dalam projek ini, ia
menunjukkan bahawa risiko paling biasa wujud adalah keterlebihan beban kenderaan
berat, kekurangan pengancingan bahan di belakang kenderaan berat,serta kekurangan
kerja perlesenan dan permit untuk kenderaan berat. Faktor-faktor utama yang
menyebabkan risiko-risiko tersebut adalah keinginan untuk mengurangkan kos dan
masa serta kesilapan cuai daripada pemandu. Langkah-langkah yang boleh diambil
untuk mengurangkan risiko-risiko pengangkutan jalan raya daripada kenderaan
beratadalah dengan penumbuhkan aset jalan yang betul, menetapkan kawalan lalu
lintas di kawasan berhampiran atau di tapak pembinaan, melantik kakitangan kawalan
trafik dan keselamatan, membersihkan tayar pada kenderaan berat yang keluar dari
tapak pembinaan, kerja permit dan perlesanan untuk kenderaan berat, menetapkan had
berat kenderaan berat, penguatkuasaan dengan penggunaan mesin timbang, kawalan
lalu lintas dan menubuhkan garis panduan untuk penggunaan dan pengangkutan
komponen IBS.
_______________________________________________________________________________________________________
The increase of construction works in Malaysia means more heavy road transportation
will be required for construction material transportation. The increase in numbers of
these vehicles on road will pose danger to other users. Research is needed to identify
the transportation risks due to these heavy vehicles, factors that cause these risks and
ways to overcome these risks. The researches that will be done are by collecting
information through Internet website and journals, interviewing personnel in related
authorities and conducting questionnaires on road users. From the research that was
carried out in this project, it shows that the most common risks are overloaded heavy
vehicles, inadequate fastening of materials behind heavy vehicles and improper
licensing and permitting activities of heavy vehicles. Main factors that caused the risks
are efforts to cut cost and time, as well as careless mistakes from driver. Measures that
can be taken to reduce these risks are by setting up proper road assets, setting traffic
control at the area nearby and inside construction sites, appointing traffic control and
safety personnel, cleaning the tires on heavy vehicles that exit the construction site,
licensing and permitting activities for heavy road vehicles, setting the weight limit of
heavy vehicles, enforcement with usage of weighing machines, traffic control and
setting up guidelines for IBS components usage and transportation.