Rekabentuk persimpangan berlampu isyarat merupakan pengetahuan yang
wajib dipelajari oleh semua jurutera awam terutamanya jurutera lebuh raya.
Sebagai seorang jurutera awam, kita mestilah mengetahui konsep dan kaedah untuk
merekabentuk persimpangan berlampu isyarat. Kaedah dan faktor geometri untuk
rekabentuk biasanya boleh didapati dengan merujuk kepada manual rekabentuk.
Oleh itu, pelbagai manual yang dihasil di Malaysia dan luar negara seperti Arahan
Teknik (Jalan) 13/87 dan HCM 2000 telah digunakan. Oleh itu, untuk mendapat
satu manual yang lebih relevan dan berkaitan dengan keadaan lalu lintas di
Malaysia, MHCM telah dihasilkan. Kajian ini telah dijalankan untuk
mengenalpasti keberkesanan MHCM berbanding dengan manual lain dalam
rekabentuk persimpangan berlampu isyarat supaya ia boleh dijadikan sebagai
panduan yang dapat diselaras dan digunapakai oleh jurutera awam di seluruh
Malaysia. Antara manual yang digunakan, didapati bahawa MHCM dapat
memperbaiki prestasi persimpangan berlampu isyarat menjadi lebih baik
prestasinya jika dibandingkan dengan kaedah yang lain.
_______________________________________________________________________________________________________
Civil Engineer should be competent in designing signalized intersection. It
is essential for engineer to understand the concept and procedure of designing the
signalized intersection by referring to the design manual. A new manual, which is
more relevant to the traffic condition of Malaysia, Malaysian Highway Capacity
Manual was completed. In this study, the determination of the effectiveness of the
Malaysian Highway Capacity Manual is carried out by comparing the manual with
the HCM 2000 and the Arahan Teknik (Jalan) 13/87. The results of the study have
shown that the control delay estimated using the MHCM is significantly similar to
the Malaysian Road condition as compared to the control delay estimated using
other manuals.