Teknik kawalan ralat pengekodan ialah bahagian yang penting di dalam sistem perhubungan digital. Teknik ini digunakan untuk menyelesaikan kesilapan yang dikeluarkan oleh saluran hingar semasa penghantaran data dalam sistem perhubungan digital. Kod LDPC telah terbukti dapat menawarkan prestasi yang bagus dan berhampiran dengan limitasi saluran hingar yang mempunyai bunyi rawak tambahan. Tesis ini terutamanya menyiasat prestasi Kod LDPC dengan gabungan kod Reed-Solomon (LDPC-RS) dan kod konvolusi (LDPC-CC) dengan menilai prestasi BER berbanding dengan Pemultipleksan Pembahagian Frekuensi Orthogon (OFDM) yang mengalami pelbagai pudaran. Model anggaran saluran untuk sistem OFDM telah direka. Saiz IFFT di dalam sistem OFDM yang direka ialah 64. Selepas itu, isyarat BER di dalam sistem OFDM ditentukan menggunakan kod FEC iaitu kod konvolusi, kod Reed-Solomon, LDPC, LDPC-RS dan LDPC-CC. Kod konvolusi dan kod Reed-Solomon dilaksanakan menggunakan tiga kadar kod yang berbeza iaitu 1/2, 1/3 dan 2/3. Kod FEC yang mempunyai prestasi BER terbaik ditentukan dengan menganalisa graf SNR terhadap BER. Prestasi BER LDPC-CC dan LDPC-RS telah berbanding dengan LDPC pada BER bernilai 10−1. Prestasi BER LDPC-CC dan LDPC-RS telah meningkat sebanyak 6 dB dan 5 dB masing-masing. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kod LDPC-CC dan LDPC-RS mempunyai prestasi BER yang terbaik.
_______________________________________________________________________________________________________
Error control coding techniques is a crucial part of digital communication systems. It is used to solve the errors created by the noise channel during data transmission of digital communication systems. LDPC codes have been shown to offer significant performance gain close to the fundamental limits of channels corrupted by an additive random noise. This thesis particularly investigates the performance of LDPC codes with concatenated Reed-Solomon code (LDPC-RS) and convolutional codes (LDPC-CC) for possible bit-error-rate (BER) performance gain over the Orthogonal Frequency Division Multiplexing (OFDM) system that experiences multipath fading. A channel estimation model for the OFDM system is developed. The OFDM system has an IFFT size of 64. Subsequently, the BER of the signal in OFDM system is examined using Forward Error Correcting (FEC) code namely Convolutional code, Reed-Solomon code, LDPC, LDPC-RS and LDPC-CC. Convolutional code and Reed-Solomon code are implemented using three different code rates which are 1/2, 1/3 and 2/3. The best FEC code with the best BER performance is determined by analysing the SNR versus BER graph. LDPC-CC and LDPC-RS has a performance gain of 6 dB and 5 dB respectively, compared to LDPC at BER of 10−1. It is concluded that concatenated codes (LDPC-CC and LDPC-RS) have better BER performance.