(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Slope stability at km 50.0, Teluk Bahang, Pulau Pinang using resistivity method

Slope stability at km 50.0, Teluk Bahang, Pulau Pinang using resistivity method / Mohamad Nizamhadi Bujang
Kejadian tanah runtuh dan fenomena yang berkaitan dengan ketidakstabilan cerun telah memberi kesan kepada banyak kawasan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Bertahun-tahun lamanya, kejadian tanah runtuh telah menjadi suatu perkara biasa di Malaysia. Bilangan kematian yang tinggi dan kehilangan ekonomi telah dilaporkan, kesan daripada kejadian bencana alam ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada taburan keberintangan elektrik di cerun yang terletak di Km 50.0, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Umumnya, kawasan kajian terletak di atas kawasan tanah baki kepada tanah granit terluluhawa tinggi, berpunca daripada proses luluhawa berkeamatan tinggi oleh “Feringghi Granite”. Kaedah “2-D Resistivity Imaging” telah digunakan untuk menghasilkan imej taburan keberintangan elektrik di kawasan kajian. Kaedah ini mampu mengenalpasti kehadiran air dan juga mengesan banyak ciri-ciri geologi bawah tanah. Tiga garis tinjauan telah dibuat bersudut tegak dengan bahagian cerun yang telah dipotong untuk tujuan pengambilan data. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kehadiran batu bongkah, zonzon lemah, zon-zon retak dan rekahan telah dikesan di kawasan kajian. Selain itu, satu kawasan jangkaan tanah runtuh telah dikenalpasti di salah satu garis tinjauan berdasarkan ciri-ciri keberintangan yang ditunjukkan. Ini telah menandakan bahawa kaedah “2-D Resistivity Imaging” merupakan suatu kaedah yang efektif dalam menjalankan penyiasatan terhadap kestabilan cerun. _______________________________________________________________________________________________________ Landslides and related slope instability phenomena affects many parts of the world including Malaysia. For many years, landslide is a common occurrence in Malaysia. As a result of this disastrous phenomenon, large number of death and economic losses were reported. This study focuses on the electrical resistivity distribution on a cut slope located at Km 50.0, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Generally, the study area is overlyaid by thick profile of highly weathered to residual soil of granitic, resulting from intense in-situ weathering of Feringghi Granite. A 2-D Resistivity Imaging is used in mapping the electrical resistivity distribution at the study area. Electrical resistivity imaging can help in identifying the presence of water and other geological features underneath the ground. Three survey lines were established perpendicular to the cut slope (berm) for data acquisition purposes. Result shows that the presence of core boulders, weak zones, fractured zones and cracks detected on the study area. Besides this, a landslide is predicted to happen in one of the survey lines based on its resistivity features. This implies that the 2-D Resistivity Imaging method is an effective technique for slope stability investigation.
Contributor(s):
Mohamad Nizamhadi Bujang - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002400
Language:
English
Subject Keywords:
Landslides; slope; disastrous
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
9/8/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 103
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-08 16:45:47.912
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Slope stability at km 50.0, Teluk Bahang, Pulau Pinang using resistivity method1 2020-09-08 16:45:47.912