Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pengurusan trafik pintar telah menempa
banyak bidang-bidang baharu dan dilengkapkan dengan baharu. Salah satu bidang
penting yang memberi kesan secara langsung dalam kehidupan kita ialah sistem amaran
kesesakan lalu lintas iaitu satu sistem lengkap yang mampu mengesan kesesakan dan
pihak-pihak berkaitan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menjimatkan masa, bahan bakar
dan tenaga manusia. Kaedah-kaedah terkini memerlukan pengetahuan sebelumnya
tentang keadaan lalulintas atau diperlukan masa untuk membuahkan hasil atau satu
infrastruktur yang amat besar diperlukan untuk melaksanakan sistem itu. Namun begitu,
usaha yang dilaksana kan secara tiada dalam masa nyata. Kebanyakan kajian semasa
berkaitan pemprosesan imej untuk implementasi sebenar telah didapati tidak begitu
boleh dipercayai kerana sama ada hasilnya kurang jitu ataupun ia tidak mampu
dilaksanakan secara masa nyata. Sistem yang dicadangkan bertujuan untuk mencari cara
pengesanan kesesakan baru yang mempunyai kejituan tinggi dan pemprosesan secara
masa nyata, ia juga bertujuan untuk menunjukkan menghantar/menerima proses untuk
penghantaran imej menggunakan Software Defined Radio. Sistem ini menawarkan satu
pengesanan lengkap dan rangkaian penggera yang menangkap satu imej keadaan jalan
raya, menentukan sama ada kesesakan lalu lintas berlaku dan akhirnya melaporkan
keputusan secara wayarles kepada badan-badan pengurusan trafik bertindak dan
memberitahu orang ramai supaya mengelak kawasan sesak dalam masa nyata. Satu
kaedah yang boleh dipercayai dan cepat mengesan kesesakan lalu lintas lelah
dicadangkan. Kaedah ini pengesanan kenderaan dengan menggunakan algoritma ciri
pasangan cahaya belakang dan algoritma Watershed terubahsuai. Hasil keputusan
daripada algoritma dihantar dan diterima secara wayarles menggunakan platform
SFFSDR, termasuk penggunaan RF, FPGA, dan modul-modul DSP untuk jarak
berubah-ubah. Perolehan sistem menunjukkan pengesanan dengan ketepatan 98-98.8%
penggunaan masa selama 3 saat menunjukkan kesesuaiannya bagi pelaksanaan masa
nyata. Sistem wayarles telah diuji menggunakan jarak berbeza-beza antara antena-antena
SDR. Penerimaan kuasa, peratus kehilangan bit dan PSNR untuk imej yang diterima
telah diperolehi. Keputusan yang diperolehi menunjukkan satu PSNR 35 dB untuk jarak
normal antara antena-antena (20cm) SDR dan 7 dB untuk 150cm, manakala bit-bit mula
terhapus menjelang jarak 200cm.
_______________________________________________________________________
In recent years, intelligent traffic management have included many new fields
and features. One of the important fields which directly affect our life is the traffic
congestion alert system i.e. a complete system which is able to detect congestion and
alert concerned parties to save time, fuel and man power. Recent methods in congestion
detection need prior knowledge about the road or several minutes are taken to produce
results or a huge infrastructure is needed to implement the system, even then, not in real
time. Most of the current studies in image processing are not reliable for real
implementation because they either lack accuracy or do not work in real time. The
proposed system aims to find a new congestion detection method that has high accuracy
and having real time processing time, also it aims to demonstrate the transmit/receive
process for image transmission using Software Defined Radio. The proposed system
offers a complete detection and alert network that captures an image of the road
situation, determine whether the road is congested or clear and finally report the results
wirelessly to the traffic management bodies to take action and inform people to avoid
the congested areas in real time. The proposed system uses a fast and reliable method to
detect traffic congestions. The methodology includes vehicle detection by using
backlight pairing feature algorithm and modified Watershed algorithm. The results
returned by the algorithms are transmitted and received wirelessly using the SFFSDR
platform, including the use of RF, FPGA, and DSP modules for variable distances. The
system shows an accuracy of detection up to 98-98.8% with time consumption of up to 3
seconds which make it feasible for real time implementation. The wireless system has
been tested using different distances between SDR antennas. The received power, bit
loss percentage and PSNR for the received image have been obtained, results shows a
35dB PSNR for normal distance between SDR antennas (20cm) and 7dB for 150cm,
while bits are totally lost when reaching 200cm.