(For USM Staff/Student Only)

Browse/Search: EngLib USM

Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 176 - 200 of 260

First            < Previous    1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next >              Last

ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Kajian ke atas komposit epoksi ditetulang gentian kaca anyanman dengan ketumpatan linear dan bilangan tindanan anyaman yang berbeza /Eng Kok Mooi
Kesan perbezaan ketumpatan linear bagi fabrik anyaman dan bilangan lapisan tindanan ke atas sifat-sifat epoksi ditetulang fabrik anyaman dikaji. Dalam kajian ini, fabrik anyaman dengan ketumpatan linear yang berbeza iaitu 400 g/m2, 600 g/m2 and 800 g/m2 telah digunakan sebagai tetulang dalam resin epoksi. Sifat-sifat terma, pelenturan dan fizik din...
8/14/20203/1/2205Eng Kok Mooi
Kajian ke atas komposit termoset terisi serbuk kaca dan silika wasap /Lee Jian Huei
Penggunaan komposit termoset terisi gentian kaca sebagai substrat dalam pembungkusan mikroelektronik telah menimbulkan masalah pengembangan terma secara ortotropik dengan nilai pekali pengembangan terma (CTE) yang tinggi. Penggunaan partikel sebagai pengisi dalam epoksi adalah untuk mengurangkan masalah pengembagan terma ortotropik. Selain itu, pen...
8/14/20203/1/2005Lee Jian Huei
Kajian keberkesanan perencat natrium nitrit dan natrium silikat untuk perlindungan kakisan keluli karbon /Mohamad Aizaq Main
Kajian berbentuk ujian kelakuan dan keberkesanan perencatan kakisan keluli lembut yang menggunakan bahan perencat natrium nitrit dan natrium silikat melalui ujian rendaman di dalam larutan natrium klorida (NaCl) dan air paip. Kandungan peratus kehadiran natrium klorida di dalam larutan yang digunakan ialah sebanyak 0.05%. Jangka masa rendaman yang ...
8/14/20203/1/2005Mohamad Aizaq Main
Kajian kestabilan cerun batuan di gk kuari bachok Kelantan /Azihan Mat Arshad
Projek tahun akhir ini dijalankan ke atas cerun batuan GK Kuari Bachok bertujuan untuk membuat pengelasan jisim batuan dan menganalisis kestabilan cerun batuan di kuari tersebut. Dalam kajian ini, sebanyak 950 data arah sudut miring, jenis kekar, keadaan ketakselanjaran, jarak ketakselanjaran, keadaan air tanah serta kekuatan mampatan ekapaksi batu...
8/17/20203/1/2005Azihan Mat Arshad
Kajian ketakstabilan cerun lebuhraya pos slim cameron highlands km22 /Che Wan Mohd Yusrey Che Wan Razlan
Kajian ini dijalankan di lebuhraya Pos Slim – Cameron Highlands Km22. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membuat pengelasan jisim batuan dan penganalisaan ketakstabilan cerun batuan di lebuhraya tersebut. Dalam kajian ini, data-data sudut miring, arah sudut miring, kekuatan mampatan ekapaksi batuan, keadaan kekar serta keadaan air tanah juga j...
8/17/20203/1/2005Che Wan Mohd Yusrey Che Wan Razlan
Kajian parameter pengisaran bagi fabrikasi metalurgi serbuk komposit matrik logam aluminium menggunakan serbuk aluminium berkeping /Mohamad Salimin Jahari
Projek ini melibatkan kajian tentang komposit matrik aluminium yang diperkuat dengan partikel silikon karbida (SiC). Tumpuan utama projek ini adalah parameter pengisaran pada peringkat pencampuran serbuk aluminium dan silikon karbida. Tiga parameter pengisaran yang dikaji adalah masa pengisaran, persekitaran pengisaran (pengisaran basah atau kerin...
8/17/20203/1/2005Mohamad Salimin Jahari
Kajian pengelasan jisim batuan dan kestabilan cerun di lebuhraya pos slim cameron highland km 18 / Wan Mohd Hafizi Wan Hanafi
Kajian yang dilakukan bertujuan untuk mengkaji pengelasan jisim batuan dan kestabilan cerun di Lebuhraya Pos Slim – Cameroon Highland KM 18. Justeru itu, kajian memerlukan pengambilan data mentah di lapangan yang terdiri daripada jarak kekar, keadaan kekar, keadaan air tanah, arah sudut miring, sudut miring, bacaan Schmidt hammer dan juga keadaan k...
8/17/20203/1/2005Wan Mohd Hafizi Wan Hanafi
Kajian perbandingan antara pengisaran kering dan pengisaran basah /Wan Suriati Zulkhefli
Mendakan kalsium karbonat, PCC merupakan hasilan semula CaCO3 melalui proses pengkarbonan agar dapat menghasilkan produk dengan kualiti dan ciri-ciri yang lebih baik. Sumber pengeluaran komersial PCC adalah batu kapur yang berketulenan tinggi. PCC mempunyai kelebihan daripada batu kapur kisaran (GCC) kerana sifat kecerahan dan saiz partikelnya. Ci...
8/17/20203/1/2005Wan Suriati Zulkhefli
Kajian perbandingan salutan polimer antara laker uv, kk-50 dan lilin ke atas paip keluli /Quah Ban Kheng
Dalam kajian ini, 3 jenis salutan akan diuji. Tujuan kajian ini ialah untuk membandingkan antara salutan laker UV yang kini dalam aplikasi dengan KK-50 dan lilin untuk mengurangkan kos pengeluaran.Pelbagai kaedah ujian seperti kebolehcatan, ujian kekerasan, ujian daya lekatan, ujian kebolehtanggalan, ujian pembengkokan dan ujian semburan garam dija...
8/17/20203/1/2005Quah Ban Kheng
Kinetics and characterization of recycled paper mills effluent using modified anaerobic baffled reactor
Pencernaan anaerobik merupakan salah satu keadah efektif untuk mendegradasi buangan organik supaya gas metana dapat dihasilkan and jadikan ia sebagai bahan api atau sumber tenaga. Kegiatan untuk jenis mikroorganisma tertentu contohnya spesies Spesies Methanosarcina dan spesies Methanoseata adalah factor utama yang mendorong penghasilan gas mentana ...
8/17/20206/1/2014Ting Mei Shiek
Kajian persampelan isokinetik dalam cerobong di malaysia smelting corporation berhad, butterworth/Taufik Shukri Mahmud
Kajian persampelan isokinetik dalam cerobong di Malaysia Smelting Corporation Berhad, Butterworth ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada operasi syarikat ini ada menghasilkan pencemaran udara terhadap kawasan persekitaran daripada aktiviti peleburan dan penghasilan jongkong timah. Dalam kajian ini, 15 sampel telah diambil daripada tiga buah ce...
8/18/20203/1/2005Taufik Shukri Mahmud
Kajian salutan hot-dipping galvanizing keluli karbon rendah/Muhd Faiz Mat Kasa
Kajian ini dijalankan untuk melihat kepada keberkesanan salutan zink pada keluli karbon sebagai pelindung kepada kakisan serta kesesuaian aplikasi salutan kromat dengan kepekatan yang berbeza pada salutan zink. Kaedah yang digunakan dalam penyalutan zink ini adalah rendaman panas galvani. Suhu peleburan zink yang digunakan untuk menyalut keluli kar...
8/18/20203/1/2005Muhd Faiz Mat Kasa
Kajian tentang kebolehan penyingkiran partikel pada cakera dan sifat-sifat pita pengelap tanpa lelas /Joseph Emmanuel Krishnan
Kajian mengenai hubungan di antara beberapa parameter penting dalam proses pengupam untuk cakera liut belum dijalankan dengan meluas. Apakah hubungan di antara sifat-sifat suatu pita yang digunakan untuk proses ini serta bagaimanakah hubungan ini boleh dikaitkan dengan keberkesanan pengelapan menggunakan pita dengan sifat-sifat yang tertentu. Suatu...
8/18/20203/1/2005Joseph Emmanuel Krishnan
Kajian tentang kesan perubahan saiz dan berat isipadu bahan tetulang silikon karbida terhadap matrik aluminium komposit / William Thanaraj Muthu Reddiar
Projek penyelidikan ini dijalankan dengan kaedah metalurgi serbuk. Kajian tertumpu kepada kesan peratusan berat isipadu dan saiz partikel tetulang terhadap komposit matrik logam aluminium yang diperkuat dengan silikon karbida. Serbuk aluminum yang digunakan bersaiz purata 25 μm bertindak sebagai matrik dan partikel silikon karbida yang bersaiz pura...
8/26/20203/1/2005William Thanaraj Muthu Reddiar
Kajian mengenai operasi perlombongan emas lanar di kelantan
Mineral adalah merupakan suatu bahan yang sangat penting bagi aktiviti perindustrian dan ianya merupakan kunci bagi perkembangan bagi sesebuah negara. Kepentingannya akan terus meningkat di masa akan dating. Sehingga kini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia amat bergantung kepada bahan-bahan yang dihasilkan daripada mineral. Selari dengan p...
8/28/20204/1/2008Mohd Firdauz Kamlul Zaman
Kajian terhadap beban mampatan paksi ke atas tiub yang mengandungi buih
Tiub nipis seperti tin Aluminium apabila dikenakan hentaman akan menyerap sebilangan jumlah tenaga hentaman tersebut. Hal ini dapat diterangkan dengan terperinci dengan melakukan beberapa eksperimen seperti ujian tegangan dan juga ujian mampatan. Jenis kegagalan yang berlaku pada spesimen semasa ujian tegangan dicatatkan. Sementara itu, kecacat...
9/3/20201/1/2000Mohd Rozaiman Aziz
Kajian corak pembuat perjalanan ke pusat membeli belah di Seberang Perai Selatan
Kajian ini membincangkan Corak pembuat perjalanan ke pusat membeli belah di Seberang Perai Selatan. Lokasi yang dipilih ialah pusat membeli belah Billion di Parit Buntar dan pusat membeli belah Summit di Bukit Mertajam. Maklumat yang diperolehi mengenai rantaian perjalanan, maklumat pengunjung dan maklumat mengenai pusat membeli belah itu sendi...
9/8/20203/1/2006Norafizal Zuraidin Abu Bakar
Kajian keberkesanan sistem lampu isyarat “countdown”
Kajian ini difokuskan kepada keberkesanan sistem “countdown” yang dipasang bersama-sama lampu isyarat pada dua jenis jalan, iaitu jalan persekutuan dan jalan negeri. Kajian ini dilakukan kepada dua bahagian secara umum iaitu laporan teknikal dan pandangan pemandu terhadap sistem digital ”countdown” ini. Laporan teknikal adalah mengenai pengiraa...
9/9/20203/1/2006Mohd. Firdaus Mohd. Yusoff
Kajian keberkesanan bonggol jalan dan bar melintang (transverse bar) di jalan persiaran gurney, jalan sempadan dan jalan persiaran pekaka
Kajian kes yang dilakukan ini adalah berkaitan dengan keberkesanan penggunaan bonggol jalan dan bar melintang bagi mengurangkan kelajuan pelbagai jenis kenderaan kepada halaju yang telah ditetapkan. Untuk mendapatkan data pengurangan halaju ini, halaju kenderaan sebelum dan selepas kenderaan melalui bonggol dan bar melintang ini perlu dicerap. ...
9/10/20203/1/2006Mohd Muzamil Jamaludin
Kajian keberkesanan sistem bas Kampus induk USM
Sistem bas Kampus Induk USM telah dilaksanakan pada tahun 1999 bertujuan untuk mengurangkan bilangan kenderaan dan mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan kemalangan di dalam kampus USM. Objektif kajian ini di jalankan ialah untuk mengkaji kemudahan yang disediakan, keberkesanan sistem bas dan isu serta permasalahan yang timbul oleh sistem bas d...
9/10/20205/1/2006Muhammad Nizar Saddum
Kajian kesan pencemaran bunyi kenderaan bermotor di kawasan Parit Buntar
Pencemaran bunyi bising lalulintas telah menjadi suatu faktor yang penting dalam sesuatu masyarakat membangun, berkaitan dengan keselesaaan hidup dan juga dari sudut ekonomi. Bunyi bising yang dihasilkan oleh lalulintas harus ditangani oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Pendedahan individu terhadap pencemaran bunyi bising lalulintas bol...
9/10/20205/1/2006Anuar Ab. Ghani
Kekuatan tanah campuran (tanah laterit dengan kandungan pasir tertentu) diuji dengan menggunakan kaedah macintosh, piezocone, ketumpatan di tapak dan ketumpatan relatif
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan kombinasi campuran terbaik antara laterit dan pasir yang memberikan bacaan Nisbah Galas California (NGC) yang paling maksimum. Di dalam ujian yang melibatkan nisbah campuran laterit-pasir, setiap campuran diuji ketumpatan kering, kandungan lembapan optimum, NGC dan rintangan piezocon...
9/10/20203/1/2006Mohd Herzi Che Hussin
Kajian tarif air untuk beberapa negeri di utara semenanjung Malaysia
Air merupakan antara unsur penting bagi keperluan harian. Namun begitu sebelum air dapat diagihkan kepada pengguna, ia perlulah diproses terlebih dahulu. Untuk menjamin keberkesanan proses bekalan air yang berterusan, pihak yang bertanggungjawab perlu mengenakan bayaran kepada pengguna bagi menampung pembiayaan proses. Tujuan utama kajian dibuat ia...
9/11/20205/1/2006Noor Hazalina Abdullah
Kekuatan perbandingan tanah leterit menggunakan kaedah macintosh, piezone, ketumpatan proctor, California ratio dengan ujian ricih terus
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membuat perbandingan kekuatan tanah laterit seperti yang diukur menggunakan kaedah Macintosh , Proctor , CBR dan Kaedah Ricih Terus . Oleh itu perbandingan dapat dibuat terhadap kekuatan tanah yang sama tetapi kaedah pengukuran berbeza . Kajian ini adalah dikhususkan kepada perbandingan kandungan lembap...
9/11/20205/1/2006Abdul Syukur Abdul Manap
Kajian kemapanan perkhidmatan feri di Pulau Pinang
Feri Pulau Pinang merupakan salah satu ragam pengangkutan yang digunakan untuk menuju ke Pulau Pinang dan Seberang Perai. Namun pada hari ini, perkhidmatan ini menjadi semakin kurang digunakan ekoran daripada pembinaan Jambatan Pulau Pinang pada tahun 1985. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui perkhidmatan feri pada masa sekarang, mengk...
9/14/20201/1/2004Nurul 'Ashikin Md Nasir
First            < Previous    1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Search: