(For USM Staff/Student Only)

Browse/Search: EngLib USM

Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 551 - 575 of 692

First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   Next >              Last

ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Seizure detectetion in eeg signals using stationary wavelet transform and multi layer perception neural network
Kajian ini membentangkan satu analisis dan klasificasi algoritma untuk Electroencephalogram (EEG). EEG ialah isyarat elektrik daripada otak yang digunakan untuk penyelidikan neuro-patologi, seperti sawan epilepsi. Sawan epilepsi merupakan satu gangguan elektrik otak yang pendek dan secara tiba-tiba yang akan mengakibatkan gerakan badan luar-kawalan...
3/8/20186/1/2012Ho Qiao Yee
Synthesis and characterization of Sb2O3 nanoparticles by chemical reduction method
Nanopartikel antimoni trioksida (Sb2O3) dengan saiz kurang daripada 100 nm, berbentuk sfera dan taburan yang sekata telah berjaya dihasilkan melalui kaedah penurunan kimia. Antimoni triklorida (SbCl3) telah diturunkan oleh hidrazin dalam kehadiran natrium hidroksida (NaOH) sebagai pemangkin dalam etilena glikol (EG) pada suhu 120 oC selama 60 minit...
5/31/20183/1/2012Chin Hui Shun
Statistical method for detecting trend and seasonality in non stationary time series data
Penyelidikan ini dilakukan untuk mencadangkan teknik statistik yang boleh digunakan untuk mengenal pasti perubahan aliran dan bermusim didalam siri masa. Ia juga dikaji untuk menambah baik penyelidikan yang dilakukan oleh Muhammad Farid [7]. Muhammad Farid [7] telah menghasilkan kerangka kerja dan perisian untuk analisis dan peramalan siri masa yan...
3/20/20181/1/2012Muhammad Danial Zaharudin
Study of improvement of existing landfill cover using laterite-sand mix soil as an additional layer/Mhd. Fariman Mhd. Fauzy
Keberkesanan untuk lapisan penutup pada tapak pelupusan sampah dikaji di dalam eksperimen ini. Bahan utama penutup adalah campuran pasir dan tanah laterit dan fungsi utama adalah untuk melindungi bahan buangan daripada resapan air hujan. Tapak pelupusan sampah yang dianggap terletak di Muassim, Makkah dan sampel pasir yang telah disimulasi di dal...
3/17/20205/1/2011Mhd Fariman Mhd Fauzy
Structural analysis on light aircraft wing /Lim Cee Seek
Kaedah Unsur Terhingga (Finite Element Method) merupakan satu teknik yang digunakan untuk menganalisis keadaan sesuatu struktur di bawah beban yang berbeza. Kaedah Unsur Terhingga in menggunakan sistem titik yang dikenali sebagai node untuk membentuk grik yang dikenali sebagai mesh. Titik-titik ini ditetapkan ke dalam struktur pada suatu kepadatan ...
7/31/20195/1/2011Lim Cee Seek
Structural analysis on carry-through design of experimental aircraft wing/Aizuddin Ahmad
Projek ini menyiasat tentang taburan tekanan pada sebuah sayap yang lurus tanpa sangga dengan menggunakan kaedah analisis unsur terhingga. Ciri-ciri sayap dan tahap upaya kapal terbang diambil sehubungan dengan pesawat STOL CH750. Pertama, dengan menggunakan CATIA untuk merekabentuk permukaan sayap dan kemudian dimport ke MSC PATRAN untuk penghasil...
7/31/20195/1/2011Aizuddin Ahmad
Structural analysis of area image /Muhammad Alfattah Mohd Yunus
Kaedah Unsur Terhingga (Finite Element Method, FEM) merupakan teknik yang canggih dimana pada awalnya dikembangkan untuk penyelesaian beramgka dari masalah rumit dalam mekanik struktur dan tetap menjadi kaedah pilihan untuk sistem yang rumit. Dalam FEM, sistem struktur akan dimodelkan menggunakan satu set unsur terhingga yang sesuai, dimana unsur-u...
7/31/20195/1/2011Muhammad Alfattah Mohd Yunus
Stocahastica rainfall data generation using lag-one markov chain modelo transformed data/Nurul Syahiddatina Mohd Ali
Analisis kejadian hujan harian adalah penting, terutama sektor air yang berkaitan. Model hidrologi umumnya mengandungi parameter yang tidak dapat diukur secara langsung, tetapi boleh disimpulkan oleh kalibrasi terhadap hujan harian rekod lama. Model Markov Chain akan digunapakai untuk kajian ini. Kajian ini menggambarkan satu pendekatan analitikal ...
7/2/20205/1/2011Nurul Syahiddatina Mohd Ali
Spirit global design challenge 2010 5 study on drag coefficient behavior of naca 0012 horizontal tail with multiple position¬/ Khor Fwu Woei
Disertasi ini ialah satu kajian tentang pekali seretan bahagian ekor sebuah pesawat yang dihasilkan oleh pelbagai posisi/ tatarajah ekor mengufuk, di mana aerofoil NACA 0012 digunakan dalam kajian ini. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tatarajah bahagian ekor pesawat yang dapat menghasilkan seretan paling minimum semasa rejim penerbangan ya...
7/31/20195/1/2011Khor Fwu Woei
Solid propellant rocket motor (sprm)/Nik Muhammad Zubaidi Nik Mohd Noor
Rocket sudah menjadi satu fenomena dan kadangkala di klasifikasikan sebagai salah satu hobi yang ekstrim di negara maju. Suatu kajian sebuah roket kecil yang menggunakan propelan pepejal dibentangkan di dalam laporan ini. Roket yang menggunakan propelan pepejal telah direkabentuk, difabrikasi dan diuji dalam ujian statik untuk mendapatkan...
7/31/20195/1/2011Nik Muhammad Zubaidi Nik Mohd Noor
Soil improvement technique using ferrocement geomat/Alex Antanio Anak Ruber
Tujuan kajian ini adalah menentukan sifat mekanikal ferrocement berbentuk nombor lapan dan juga mengkaji perhubungan diantaranya dengan tanah. Keputusan kajian ini dapat menjelaskan kesesuaian ferrocement sebagai bahan alternatif dalam konteks pengukuhan tanah. Dua sifat mekanikal ferrocement geo-hamparan yang dikaji adalah kekuatan mampatan dan...
2/12/20205/1/2011Alex Antanio Anak Ruber
Site characterization using piezocone machine within universiti sains malaysia engineering campus, nibong tebal, penang/Mohd Hafeez Abdul Rahman
Ujian penusukan piezocone telah dilakukan di empat tempat di dalam kawasan Univertiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Data daripada ujian yang telah dijalankan sebelum ini juga telah dimasukkan sebagai informasi dan dikumpulkan bersama-sama dengan data yang diperolehi semasa menjalankan projek ini. Didapati ...
3/6/20205/1/2011Mohd Hafeez Abdul Rahman
Seismic design of 4 – storey reinforced concrete standard jkr school building in malaysia based on ubc 97/Nur Hafizah Mohd Suhaimi
Bencana tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 disebabkan oleh gempa bumi Sumatra Andaman telah mengubah perspektif rakyat Malaysia pada masalah gempa bumi. Sebelum bencana itu berlaku, rakyat Malaysia kurang kebimbangan tentang kesan bahaya yang disebabkan oleh gempa bumi. Selepas beberapa peristiwa yang menyebabkan gegaran kepada bangunan d...
2/12/20205/1/2011Nur Hafizah Mohd Suhaimi
Synthesis of the chitosan/carbon nanotubes membrane for the pervaporation process/Kharulnisa Nadiah Hussain
Polimer membran diperbuat dari kitosan, suatu membran polimer terurai bergabung dengan multi karbon nanotiub bertembok (MWCNTs) yang telah difungsikan. Suatu membran polimer terurai diperbuat daripada kitosan dengan menggabungkan MWCNTs yang telah difungsikan. Membran kitosan tulen, 0.01 peratusan berat MWCNTs/kitosan dan 0.03 peratusan berat MWCNT...
10/5/20204/1/2011Kharulnisa Nadiah Hussain
Synthesis of poly (vinyl alcohol) / carbon nanotube membrane for pervaporation process/Nazrah Mohamad Badaruddin
Projek ini tertumpu pada persiapan dan ciri-ciri yang amonium sulfat difungsikan carbon nanotube multiwalled / poli (vinil alkohol), (SO3-MWCNT / PVA) membran polimer untuk proses membran. Dalam rangka mempelajari pengaruh penambahan SO3-MWCNT dalam membran PVA, tiga jenis membran iaitu membran PVA 5%, 10% membran PVA, 0.01% SO3-MWCNT/10% membran P...
8/27/20204/1/2011Nazrah Mohamad Badaruddin
Synthesis of pineapple peel based activated carbon for remazol brilliant blue r reactive dye removal /Nur Ayshah Rosli
Karbon teraktif ialah suatu bahan penjerap serba guna disebabkan oleh ciri-ciri penjerapannya yang baik. Ia dapat dihasilkan daripada pelbagai jenis bahan berkarbon. Kemungkinan dan potensi kulit nenas sebagai karbon teraktif telah dikaji melalui penyediaan karbon teraktif kulit nenas (KTKN) menggunakan pengaktifan fizi-kimia yang merangkumi penjer...
8/27/20204/1/2011Nur Ayshah Rosli
Synthesis of corncob based activated carbon for remazol brilliant blue r reactive dye removal /Evelyn Tan Chai Yun
Dalam kajian ini, tongkol jagung telah berjaya digunakan sebagai prekursor untuk persediaan karbon teraktif untuk menyingkirkan pewarna reaktif Brilliant Blue R (RBBR) daripada larutan akuas. Pengaktifan fisikimia terdiri daripada enap jerap natrium karbonat (Na2CO3) serta gasifikasi karbon dioksida telah digunakan untuk menyediakan karbon teraktif...
8/27/20204/1/2011Evelyn Tan Chai Yun
Synthesis of biodiesel from palm oil using Ky(MgCa)2xO3 catalyst
Objektif kerja ini adalah untuk memanfaatkan cangkerang telur sebagai pemangkin murah untuk pengtransesteran minyak sawit menjadi biodiesel. Cangkang telur, sebagai sumber kalsium, telah ditambah dengan nitrat magnesium dan nitrat kalium untuk membentuk pemangkin komposit. Pemangkin yang digunakan adalah material komposit, iaitu Ky(MgCa)2xO3, denga...
8/28/20204/1/2011Lee Siew Cheng
Studying the mixing (stirring rate) in bioreactor towards molecular weight distribution
Pempolimeran melalui pemangkin enzim telah menjadi alternatif untuk menggantikan kaedah konvesional menggunakan pemangkin kimia. Pempolimeran bukaan gelang epsilon-kaprolakton (ε-CL) dengan menggunakan Candida antartica Lipase B (CALB) yang telah dipegunkan dalam resin (Novozyme-435) merupakan salah satu contoh dalam proses pempolimeran melalui pem...
8/28/20204/1/2011Uvannesan Krishnasamy
Study the power output characteristics of wireless power transmission via magnetic field resonance / Saiful Hakim Che Mohd @ Mahyiddin
Pemindahan kuasa elektrik yang berlaku antara alat elektrik dan sumber elektrik adalah melalui penyambungan kabel elektrik. Namun baru-baru ini, trend sudah berubah di mana pengkaji cuba untuk memindahkan tenaga elektrik tanpa menggunakan kabel. Teknologi ini dikenali sebagai penghantaran kuasa tanpa wayar. Teknologi penghantaran kuasa tanpa wayar ...
11/22/20184/1/2011Saiful Hakim Che Mohd @Mahyiddin
Study rates of reaction of co2 on nano-sized calcium oxide hydrotalcite mixture /Low Sing Ei
Tesis ini mengkaji tahap penyerapan/ jerapan karbon dioksida pada kalsium oksida bersaiz nano dan hidrotalsit komersil dan campurannya. Percubaan dan hasil kajian disajikan untuk tahap penyerapan/ jerapan untuk campuran 100%, 66.67%, 33.33% dan 0% zarah kalsium oksida bersaiz nano dengan hydrotalsit pada suhu 30°C, 100°C dan 700°C. Kajian menunjukk...
8/28/20204/1/2011Low Sing Ei
Study on the characteristics of thermoelectric power generation (teg) system for vehicle applications / Lau See Ting
Kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan tenaga and perlindungan alam sekitar di kalangan orang awam telah mencepatkan lagi kajian yang dibuat untuk mencari kaedah-kaedah yang mesra alam, padat, tahan lama, dan hanya memerlukan penyenggaran yang rendah untuk menjanakan kuasa elektrik melalui penggunaan semula haba buangan enjin pembakaran kendera...
6/11/20184/1/2011Lau, See Ting
Study of various sensors for contactless robot follower / Tan Bing Cong
Robot pengikut merupakan sebuah robot yang mempunyai kemampuan untuk mengikut objek pemimpin dalam satu jarak yang tertentu. Pengesan jarak digunakan untuk pengukuran jarak di antara robot pengikut and objek pemimpin. Robot pengikut bertujuan membantu orang kurang upaya sebagai aplikasi pembawa automatik. Kajian dilakukan pada dua jenis pengesan ja...
11/21/20184/1/2011Tan Bing Cong
Study of release rates of nutrients from nano mixed coats of fertilizer/Nurhazwani Yusoff Azudin
Baja dapat menyediakan bekalan nutrient yang penting untuk tumbuh-tumbuhan. Malangnya, bekalan nutrient yang tidak terkawal akan menyebabkan pengumpulan zat nutrien dalam tanah yang banyak. Ini akan menjurus kepada beberapa kesan yang tidak baik terhadap alam sekitar, contohnya seperti kualiti air yang buruk di sekitar tumbuhan, pengumpulan logam b...
8/27/20204/1/2011Nurhazwani Yusoff Azudin
Study of mass transfer effect on transesterification reaction for biodiesel synthesis from cerberra odollam using lipozyme tl-im/Chan Cin Peng
Kajian ini adalah bertujuan untuk menyelidik had pemindahan jisim yang merupakan fenomena yang biasa diketemukan dalam reaktor enzimatik. Maka, kajian ini mengeksplorasi kemungkinan penggunaan minyak cerbera odollam sebagai sumber yang bukan berasaskan makanan dalam proses penghasilan biodiesel. Umumnya, batasan pemindahan jisim tersebut menghalan...
8/26/20204/1/2011Chan Cin Peng
First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Search: