Thumbnail | Name | Publication Date | First Public Date | Contributors |
Performance of catalytic micro combustion using PtAl2O3 catalyst foam and lpg as fuel Kajian ini membincangkan prestasi pembakaran pemangkin menggunakan mikro Pt /
Al2O3 busa pemangkin dan LPG sebagai bahan api dengan mendapatkan komposisi suhu
gas serombong dan dinding pembakar menggunakan nisbah udara dan bahan api yang
sama untuk semua sampel pemangkin. Pemangkin Platinum disokong ke busa
pemangkin alumina telah dibangunkan m... | 7/29/2020 | 6/1/2015 | Norashima Salleh | |
Performance of air diffuser to reduce iron and manganese from ground water Kajian ini dijalankan untuk merawat air bawah tanah di Kediaman Anak-anak Yatim & Miskin Nur Kasih, Taiping, Perak yang mengandungi unsur besi (Fe) dan mangan (Mn) yang tinggi. Kandungan unsur besi (Fe) dan mangan (Mn) akan ditentukan dan dibandingkan dengan standard kualiti air di Malaysia. Sample air yang diambil akan dirawat dengan menggunakan k... | 7/16/2020 | 6/1/2015 | Noor Atiqah Ramli | |
Performance evaluation of a public private partnership (ppp) highway project in Malaysia Pembangunan infrastuktur yang pesat di kawasan bandar terutamanya meninggalkan impak yang besar terhadap prestasi sektor awam dan sektor swasta. Prestasi dalam perancangan dan pembinaan aset lebuhraya terutamanya dilihat semakin hari semakin hambar dalam beberapa aspek. Jadi, objektif utama kajian ini adalah untuk mengukur tahap prestasi lebuhraya-... | 7/21/2020 | 6/1/2015 | Warid Wazien Ahmad Zailani | |
Perception of flood risk in northeast Penang Island Banjir adalah fenomena bencana alam di Malaysia. Akibat daripada bencana ini, terdapat kehilangan nyawa, kerugian ekonomi dan alam sekitar. Kajian ini tertumpu kepada persepsi banjir oleh penduduk di Timur Laut Pulau Pinang. Borang soal selidik telah diedarkan untuk mendapatkan persepsi penduduk di Jalan P. Ramlee, Jalan Masjid Negeri dan Jalan Air... | 7/29/2020 | 6/1/2015 | Mohamad Fikhri Mohd Najib | |
Parametric studies of vbo-oven cure process on the bonding quality of sandwich panel Keinginan yang kuat untuk mengurangkan kos pengeluaran dalam industri aeroangkasa telah menciptakan potensi untuk menghasilkan komposit dengan OOA (out-of-autoclave) yang menggunakan tekanan vakum dan proses pembuatan di dalam ketuhar sahaja. Bagaimanapun, proses tersebut yang menggunakan bahan-bahan OOA prepreg yang mahal sebagai kulit teras sandw... | 6/5/2018 | 6/1/2015 | Nor Fadilah Shamsudin | |
Parametric studies of Malaysian ilmenite acid leaching Proses pelarutlesapan ilmenit dari Malaysia telah dijalankan dengan menggunakan asid hidroklorik sebagai pelarut tanpa kehadiran pemangkin. Sampel ilmenit telah dibuat beberapa ujian pencirian seperti kajian mikroskop, XRF, XRD dan analisis PSD. Hasil kajian XRF menunjukkan bahawa sampel ilmenit yang terdiri daripada beberapa elemen utama seperti t... | 4/8/2019 | 6/1/2015 | Nurhanis Abd Hamid | |
Palm oil fuel ash based cementitious grout for grouting application in precast concrete industry Kesan penggunaan abu bahan api sisa sawit terawat (TPOFA) terhadap sifat-sifat reologi dan turap simen semasa keras telah dikaji. POFA yang diperolehi daripada kilang kelapa sawit dirawat dengan cara mengisar dan proses pembakaran untuk menghasilkan TPOFA. TPOFA tersebut digunakan untuk menghasilkan campuran asas turap simen yang boleh disuntik mel... | 7/27/2020 | 6/1/2015 | Mohammad Farhan Mohammad Noor | |
Orthosis for cerebral palsy to sit and stand Projek ini dijalankan bertujuan untuk merekabentuk dan mencipta alat bantuan kepada pesakit Cerebral Palsy(CP). Pesakit CP hilang keupayaan untuk mengawal koordinasi otot-otot pada badan dan menyebabkan mereka tidak mampu untuk berdiri dan berjalan. Berat badan serta saiz badan semakin berat dan besar apabila meningkat dewasa penjagaan mereka untuk... | 2/22/2019 | 6/1/2015 | Muhammad Nur Asyraf Azamy | |
Orthosis design for cerebral palsy patient Pada masa kini, kejuruteraan pemulihan menawarkan dua kaedah untuk meningkatkan taraf kebebasan bergerak bagi mereka yang mempunyai masalah lumpuh pada tulang belakang. Salah satu daripada cara tersebuat ialah dengan menggunakan alat bantu gerak atau lebih dikenali sebagai orthosis. Dalam projek ini, sebuah orthosis untuk pesakit ‘Cerebral Palsy’ a... | 2/25/2019 | 6/1/2015 | Nur Syuhada Mat Isa | |
Optimum design of electrical wiring system for a factory Sistem pendawaian elektrik sebuah kilang adalah besar dan kompleks bagi mengedarkan
kuasa kepada beban dalam bangunan. Adalah sukar untuk menentukan sistem pendawaiwan
elektrik yang terbaik kerana terdapat banyak pertimbangan rekabentuk dikehendaki semasa
merekabentuk sistem. Selain itu, terdapat banyak sub sistem yang termasuk dalam sistem ini.... | 3/22/2019 | 6/1/2015 | Ho Lin Wei | |
Optimization of thermal electric generation from automotive waste heat Satu kajian untuk aplikasi sistem penjana termoelektrik (TEG) daripada sisa haba automotif telah dijalankan. Tujuan kajian ini adalah terutamanya untuk mendapatkan kembali tenaga haba yang terbuang dari kenderaan dengan menukarkannya menjadi tenaga elektrik yang berguna dan untuk mengoptimumkan prestasi keseluruhan sistem TEG sebanyak 12V. Kenyataa... | 3/20/2019 | 6/1/2015 | Muhammad Noor Shah Samsudin | |
Optimization of the cmos readout circuitry for capacitance sensor Kebanyakan peranti mudah alih hari ini sokongan voltan rendah bekalan antara pelbagai 1.0V hingga 1.8V, dan sensor berprestasi tinggi diperlukan dalam peranti mudah alih untuk mengawal flip paparan telefon. Oleh itu, sensor voltan yang rendah diperlukan untuk ia beroperasi antara julat voltan lembut seperti yang dinyatakan. Untuk tesis ini, reka be... | 3/20/2019 | 6/1/2015 | Muhammad Afiq Md Daim | |
Optimization of granite aggregate production circuit Projek ini dijalankan bertujuan untuk menentukan litar terbaik dalam pemprosesan granit agregat bagi menghasilkan produk yang mempunyai taburan saiz terbaik. Dalam erti kata lain, objektif projek ini adalah untuk mengetahui keadaan terbaik bagi menghasilkan peratusan produk yang diinginkan. Dengan menjadikan beberapa parameter sebagai pemboleh ubah... | 7/14/2020 | 6/1/2015 | Wan Nurul Aisyah Che Wan Dzulkanain | |
Optimization of acetaminophen removal Using heterogeneous photocatalyst Process from synthetic pharmaceutical Wastewater Fotokatalis-heterogen adalah salah satu kaedah utama dalam bidang rawatan air sisa.
Berdasarkan jurnal penyelidik, kaedah ini telah diuji secara meluas untuk
meningkatkan kecekapan penyingkiran paracetamol dari air sisa farmaseutikal. Dalam
kajian eksperimen ini, Compound Parabolic Collecting Reactor (CPCR) digunakan
untuk proses rawatan air si... | 7/17/2020 | 6/1/2015 | Sarawanan Elumali | |
Optically stimulated luminescence dosimeter using photo sensor Projek ini dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri pengukur dosis optik merangsang Luminescence (OSLD), terutamanya dalam pelaksanaan pengukur dosis menggunakan pengesan foto dan direka dengan prestasi yang baik dengan keberkesanan kos. OSLD adalah pengukur dosis yang bertindak balas terhadap penyerapan tenaga daripada sinaran mengion dengan memerangka... | 3/20/2019 | 6/1/2015 | Nur Amni Bakar | |
Operator training simulator using plantwide control for biodiesel production from waste cooking oil / Dipesh Shikchand Patle Kajian ini bertujuan untuk membangunkan simulator latihan operator (OTS) untuk mangkin homogen bagi proses dua langkah biodiesel yang kompleks. Latihan sambil bekerja selalunya memerlukan kos yang tinggi, berisiko dan tidak lengkap kerana beberapa situasi kecemasan mungkin tidak berlaku semasa sesi latihan. Biodiesel dilihat sebagai sumber bahan ap... | 5/7/2018 | 6/1/2015 | Dipesh Shikchand Patle | |
Odour emission from open pond palm oil mill effluent system case study of united oil palm (uop) Pada masa kini, minyak sawit adalah salah satu sumber utama ekonomi Malaysia. Walau bagaimanapun, ia akan menjana banyak efluen. Sistem kolam rawatan adalah salah satu rawatan konvensional yang digunakan untuk merawat kumbahan sebelum dilepaskan ke sungai. Masalah utama rawatan kolam ini adalah pelepasan bau. Tahap kepekatan bau di United Oil Palm ... | 7/22/2020 | 6/1/2015 | Nik Rosdaini Nik Hussin | |
Nut cracking efficiency in ripple mill Kajian kes yang dilakukan di Kilang Minyak Sawit Kamunting Sdn.Bhd,
Taiping bertujuan untuk meningkatkan penghasilan minyak sawit dengan melakukan
penambahbaikan pada mesin ‘ripple mill’. Mesin ‘ripple mill’ merupakan sebahagian
dari alatan dalam kilang sawit bertujuan untuk memisahkan tempurung dan isirong
biji sawit. Skop kajian adalah untuk ... | 2/22/2019 | 6/1/2015 | Abdul Razak Ab Halim | |
Numerical study on epoxy flow of package on Package (pop) during underfill process Teknologi microelektronic hari iniadalah sangat penting dan sangat berguna
dalam teknologi dunia sekarang. Teknologi ini memberi manfaat yang besar dan
keselesaan untuk kehidupan manusia. Telah banyak pembelajaran dan kajian yang
telah dilakukan untuk membangun dan mengembangkan pembungkusan IC. Pada
zaman teknologi meden ini, teknologi bungkus... | 2/22/2019 | 6/1/2015 | Abdul Aziz Ansori Ismail | |
Numerical investigation of the behaviour of the composite floor system on fire Kebakaran struktur melibatkan pelbagai komponen struktur antaranya ialah bangunan kediaman atau bangunan-bangunan komersial. Dalam usaha untuk memastikan keselamatan pengguna bangunan, semua bangunan perlu direka dan disediakan dengan tahap yang sesuai iaitu dengan langkah-langkah keselamatan mengikut keperluan kejuruteraan dan perundangan Bangunan... | 2/19/2019 | 6/1/2015 | Muhammad Zaid Shukri Zabri | |
Numerical investigation of temperature distribution inside furnace Ciri taburan suhu menyumbang kepada pengagihan haba di dalam bangunan apabila kebakaran berlaku dalam bangunan itu. Taburan suhu yang tidak seragam ini akan menyebabkan pengumpulan haba pada satu lokasi dalam banguanan tersebut. Hal Ini akan menyebabkan dinding konkrit pada lokasi itu untuk mengumpul haba yang banyak dan secara tidak langsungnya me... | 2/19/2019 | 6/1/2015 | Roger Ho Zhen Yu | |
Numerical and experimental investigations on the minichannel at different heat flux Kebelakangan ini, teknik penyejukan baru telah disiasat untuk melesapkan kehabaan dengan lebih efektif kerana pertumbuhan pesat dalam bidang teknologi aplikasi telah menyebabkan penambahan kadar pemindahan haba dalam ruang and isi padu yang kecil. Satu siasatan telah dijalankan untuk menyiasat pemindahan haba dalam saluran mini untuk kegunaan dalam... | 2/25/2019 | 6/1/2015 | Ooi Jiun Shen | |
Nonlinear analysis of bending behavior for tapered steel section with opening Keratan keluli tirus digunakan secara meluas dalam pembinaan kerana mempunyai struktur yang efisien, pada masa yang sama memberikan penampilan dalam nilai estetika. Dalam usaha untuk mengurangkan berat rasuk keluli, profil web dengan bukaan telah diperkenalkan dalam industri pembinaan. Dalam kajian ini, analisis tak linear prestasi lenturan untuk k... | 7/17/2020 | 6/1/2015 | Mohd Yusri Mohamad Razak | |
Nitrilepolybutadiene rubber blend influences of wax, peroxide and filler on the properties of mould conditioning compound Sifat pematangan, fizikal dan mekanikal bagi adunan getah nitril NBR)/polibutadiena (BR) dengan amaun lilin, kepekatan peroksida dan kandungan pengisi yang berbeza telah dikaji. Keputusan menunjukkan bahawa tork minimum (ML) dan tork maksimum (MH) telah menurun dengan fungsi lilin tetapi meningkat dengan fungsi peroksida. Kandungan pengisi yg lebih... | 4/8/2019 | 6/1/2015 | Nik Nur Asma' Nabilah Nik Muhammad Shukri | |
Multiband doherty power amplifier Pada era penggunaan kuasa tinggi ini, pengurangan jejak karbon dan kecekapan tenaga adalah isu penting dalam radio mudah alih. Salah satu komponen yang menyumbang kepada isu penggunaan kuasa tinggi ialah penguat kuasa yang menggunakan kuasa sebanyak 60% dalam stesen pangkalan. Oleh itu, penghasilan penguat kuasa yang menggunakan kuasa rendah serta ... | 3/7/2019 | 6/1/2015 | Lim Hoe Teng |