Thumbnail | Name | Publication Date | First Public Date | Contributors |
Kajian penghasilan teras seramik berliang dan system perekat dalam struktur sandwic Seramik berliang mempunyai potensi untuk dimajukan berikutan kegunaannya yang
meluas dalam bidang perubatan, penapis air, udara serta seramik refaktori. Namun
begitu, penggunaan seramik berliang sering dihadkan oleh kekuatan yang rendah.
Penggabungan seramik berliang dengan bahan kepingan logam menggunakan agen
perekat membentuk struktur sandwi... | 10/23/2020 | 3/1/2005 | Mohd Hafiz Rahmat | |
Kajian pengelasan jisim batuan dan kestabilan cerun di lebuhraya pos slim cameron highland km 18 / Wan Mohd Hafizi Wan Hanafi Kajian yang dilakukan bertujuan untuk mengkaji pengelasan jisim batuan dan kestabilan cerun di Lebuhraya Pos Slim – Cameroon Highland KM 18. Justeru itu, kajian memerlukan pengambilan data mentah di lapangan yang terdiri daripada jarak kekar, keadaan kekar, keadaan air tanah, arah sudut miring, sudut miring, bacaan Schmidt hammer dan juga keadaan k... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Wan Mohd Hafizi Wan Hanafi | |
Kajian parameter pengisaran bagi fabrikasi metalurgi serbuk komposit matrik logam aluminium menggunakan serbuk aluminium berkeping /Mohamad Salimin Jahari Projek ini melibatkan kajian tentang komposit matrik aluminium yang diperkuat dengan partikel silikon karbida (SiC). Tumpuan utama projek ini adalah parameter pengisaran pada peringkat pencampuran serbuk aluminium dan silikon karbida. Tiga parameter pengisaran yang dikaji adalah masa pengisaran, persekitaran pengisaran (pengisaran basah atau kerin... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Mohamad Salimin Jahari | |
Kajian ketakstabilan cerun lebuhraya pos slim cameron highlands km22 /Che Wan Mohd Yusrey Che Wan Razlan Kajian ini dijalankan di lebuhraya Pos Slim – Cameron Highlands Km22. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membuat pengelasan jisim batuan dan penganalisaan ketakstabilan cerun batuan di lebuhraya tersebut. Dalam kajian ini, data-data sudut miring, arah sudut miring, kekuatan mampatan ekapaksi batuan, keadaan kekar serta keadaan air tanah juga j... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Che Wan Mohd Yusrey Che Wan Razlan | |
Kajian kestabilan cerun batuan di gk kuari bachok Kelantan /Azihan Mat Arshad Projek tahun akhir ini dijalankan ke atas cerun batuan GK Kuari Bachok bertujuan untuk membuat pengelasan jisim batuan dan menganalisis kestabilan cerun batuan di kuari tersebut. Dalam kajian ini, sebanyak 950 data arah sudut miring, jenis kekar, keadaan ketakselanjaran, jarak ketakselanjaran, keadaan air tanah serta kekuatan mampatan ekapaksi batu... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Azihan Mat Arshad | |
Kajian kebolehbasahan dan sifat-sifat pateri bebas plumbum_Tan Sek Sean Baru-baru ini, teknologi pematerian telah muncul sebagai salah satu teknologi yang utama untuk pemasangan elektronik yang menitikberatkan kesedaran alam sekitar. Antara caloncalon aloi tersebut, kumpulan pateri Sn-Ag-Cu merupakan antara yang dipertimbangkan sebagai pilihan utama penggantian aloi pateri timah-plumbum. Aloi-aloi yang lain seperti Sn-... | 3/1/2005 | Tan Sek Sean | ||
Kajian keberkesanan perencat natrium nitrit dan natrium silikat untuk perlindungan kakisan keluli karbon /Mohamad Aizaq Main Kajian berbentuk ujian kelakuan dan keberkesanan perencatan kakisan keluli lembut yang menggunakan bahan perencat natrium nitrit dan natrium silikat melalui ujian rendaman di dalam larutan natrium klorida (NaCl) dan air paip. Kandungan peratus kehadiran natrium klorida di dalam larutan yang digunakan ialah sebanyak 0.05%. Jangka masa rendaman yang ... | 8/14/2020 | 3/1/2005 | Mohamad Aizaq Main | |
Kajian ke atas komposit termoset terisi serbuk kaca dan silika wasap /Lee Jian Huei Penggunaan komposit termoset terisi gentian kaca sebagai substrat dalam pembungkusan mikroelektronik telah menimbulkan masalah pengembangan terma secara ortotropik dengan nilai pekali pengembangan terma (CTE) yang tinggi. Penggunaan partikel sebagai pengisi dalam epoksi adalah untuk mengurangkan masalah pengembagan terma ortotropik. Selain itu, pen... | 8/14/2020 | 3/1/2005 | Lee Jian Huei | |
Kajian awal penggunaan abu terbang dalam perawatan air sisa yang mengandungi kuprum /Nurhafiza Kamaruddin Abu terbang merupakan sumber bahan pozzolan yang sangat baik. Pozzolan merupakan suatu bahan silika atau silika/alumina dan apabila dicampurkan bersama batu kapur dan air akan membentuk sebatian yang bersifat simen. Bentuk sfera partikel abu terbang dan saiznya yang sangat halus memberikan kesan yang berguna dalam kebolehkerjaan suatu konkrit. P... | 8/14/2020 | 3/1/2005 | Nurhafiza Kamaruddin | |
Kaedah olahan fizikal menggunakan campuran media zeolit dan batu kapur dalam menyingkirkan cod dan warna dari larut lesapan semi-aerobik tapak pelupusan Pulau Burung Keperluan Oksigen Kimia (COD) dan warna merupakan di antara parameter larut
lesapan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Di negara kita, kajian terhadap
rawatan larut lesapan adalah terhad, terutamanya rawatan secara penjerapan. Teknik
rawatan larut lesapan melalui kaedah kimia dan biologi menelan belanja yang besar
dan sehingga kini masih belu... | 9/17/2020 | 3/1/2005 | Rohalina Ramli | |
Kajian terhadap masalah banjir di sungai senam,Ipoh berpandukan manual saliran mesra alam Masalah Banjir kilat adalah merupakan salah satu kesan akibat proses urbanisasi yang
pesat di sesuatu kawasan tersebut. Dimana, ia mengakibatkan peningkatan kawasan tidak
telap air dan meningkatkan kadar luahan air semasa hujan lebat.Rangkaian sistem saliran
kaedah konvensional tidak lagi mampu untuk mengawal kesan urbanisasi ini. Oleh yang
dem... | 9/22/2020 | 2/1/2005 | Ridza'uddin Mohd Radzi | |
Kajian kes ke atas masalah kecacatan dan keretakan konkrit di empangan hidroelektrik stesen janaelektrik Chenderoh Industri pembinaan di Malaysia adalah merupakan suatu bidang yang sedang berkembang
maju dan cepat selaras dengan kemajuan negara. Kita sedang menuju ke arah negara
maju menjelang abad ke 21 ini. Tidak dapat kita nafikan penggunaan konkrit di dalam
pembinaan adalah sangat meluas sekali. Namun di sebalik keghairahan kita atau pihakpihak
yang ber... | 9/25/2020 | 2/1/2005 | Mohd Yusof Kasim | |
Kajian kes pengurusan dan polisi untuk program aeroangkasa negara / Mohd Faizul B. Thameesuddeen Kajian kes polisi dan pengurusan untuk program aeroangkasa negara merupakan satu
kajian terhadap pembangunan yang dijalankan dalam negara. Ini dengan membuat kajian
persuratan terhadap entiti lain seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Besatu, Pentadbiran
Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan(NASA),Agensi Angkasa Eropah dan Agensi
Angkasa Negara. Satu ka... | 4/4/2018 | 9/2/2004 | Mohd Faizul B. Thameesuddeen | |
Kajian mengenalpasti kepentingan lokasi bahaya pada laluan Persekutuan 0053, Seksyen 26 dan Seksyen 27, Jalan Seremban – Port Dickson / Cheok Teck Leong Kajian ini bertujuan memberikan keselesaan pemanduan dan keselamatan kepada pengguna jalanraya dengan menganalisis kemalangan yang kerap berlaku disepanjang tapak kajian. Jalan Persekutuan FR 0053 seksyen No. 26 dan No. 27 telah dipilih sebagai tapak kajian yang mana merupakan salah satu lokasi kemalangan yang paling kritikal dalam daerah Port Dick... | 10/7/2017 | 4/11/2004 | Cheok, Teck Leong | |
Kesesuaian pelbagai saiz partikel dan morfologi mendakan kalsium karbonat (pcc) Dalam formulasi seramik licau/Nur Adlina Saary Kajian adalah untuk menyelidik keberkesanan penggunaan mendakan kalsium karbonat, PCC dalam formulasi seramik. Empat jenis serbuk kalsium karbonat telah digunakan iaitu CaCO3 dengan saiz partikel 1.09 μm berbentuk tidak seragam, 2.49 μm bentuk skalenohedron, 3.23 μm dan 4.12 μm berbentuk rombohedron. Setiap bahan ini ditambah dengan 10% ke dalam k... | 8/12/2020 | 3/1/2004 | Nur Adlina Saary | |
Kesesuaian pelbagai saiz partikel dan Morfologi mendakan kalsium karbonat (pcc) Dalam formulasi seramik licau / Nur Adlina Binti Saary Kajian adalah untuk menyelidik keberkesanan penggunaan mendakan kalsium
karbonat, PCC dalam formulasi seramik. Empat jenis serbuk kalsium karbonat telah
digunakan iaitu CaCO3 dengan saiz partikel 1.09 μm berbentuk tidak seragam, 2.49 μm
bentuk skalenohedron, 3.23 μm dan 4.12 μm berbentuk rombohedron. Setiap bahan ini
ditambah dengan 10% ke dala... | 1/25/2018 | 3/1/2004 | NUR ADLINA SAARY | |
Keselamatan dan kesihatan di sebuah kuari Pengkuarian melibatkan pelbagai aktiviti yang memerlukan perhatian terhadap
keselamatan dan kesihatan sama ada yang melibatkan majikan dan pekerja mahupun
orang lain yang berada di kuari tersebut serta orang awam. Matlamat projek ini dijalankan
ialah untuk mengkaji tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang amnya berlaku
di sebuah kuari.
... | 10/27/2020 | 3/1/2004 | Japalan Jital | |
Kesan penggunaan logam yang berbeza (aluminium dan keluli lembut) ke atas perlindungan katod dengan menggunakan kaedah potensiostatik /Saliza Diana Salleh Perlindungan katod adalah satu teknik perlindungan kakisan yang menggunakan sifatsifat elektrokimia logam bagi memastikan struktur yang akan dilindungkan menjadi katod dalam sebuah sel elektrokimia. Teknik ini sering digunakan untuk melindungi strukturstruktur logam yang ditempatkan dalam persekitaran yang agresif seperti rangka kapal, struktur pel... | 8/12/2020 | 3/1/2004 | Saliza Diana Salleh | |
Kajian prestasi dan penghausan pada roda pemotong yang disalut dengan bahan sic /Poh Pei Tin Tesis ini membincangkan penghausan dan keupayaan roda pemotong yang disalut dengan lapisan bahan seramik. Butiran keras seramik diikat pada substratum roda pemotong dengan 2 cara penyalutan. Pertama, dengan semburan terma serbuk kromium nikel. Kedua, dengan ikatan resin serbuk karbida silikon pada atas lapisan pertama. Karbida silikon dengan saiz ... | 8/11/2020 | 3/1/2004 | Poh Pei Tin | |
Kajian pendopan serbuk plzt melalui teknik emulsi sol gel /Nur Azliza Raihan Abdul Rahim Projek ini dijalankan adalah untuk mengkaji mengenai pendopan serbuk plumbum lantanum zirkonat titanat (PLZT) daripada kaedah emulsi sol gel. Komposisi sistem PLZT adalah Pb1-x Lax (Zr1-yTiy)1-x/4O3 dengan x = 0.09 dan y = 0.35. Komposisi ubahsuaian PLZT dengan formula Pb1-x(La0.95Sm0.05)x(Zr1-yTiy)1-x/4O3 disediakan dengan penambahan samarium nit... | 8/11/2020 | 3/1/2004 | Nur Azliza Raihan Abdul Rahim | |
Kajian kinetik tindak balas pematangan dan kelakuan pembengkakan komposit smr l dan sbr terisi feldspar dan silica/Wong Bee Ling Harga pengisi silika sintetik adalah jauh lebih mahal daripada pengisi mineral semula jadi. Dengan itu, perbandingan kesan penggunaan serbuk feldspar dan silika komersil sebagai pengisi di dalam komposit SMR L dan SBR ke atas sifat kinetik tindak balas pematangan dan kelakuan pembengkakan telah dikaji dalam julat kepekatan pengisi 0 - 40 bsg. Ciri-... | 8/11/2020 | 3/1/2004 | Wong Bee Ling | |
Kajian kesan saiz partikel alumina dan tempoh pengadukan ke atas sifat-sifat fizikal krusibel alumina yang dihasilkan menggunakan kaedah tuangan gel Tuangan Gel merupakan satu tenik pembentukan seramik terbaru yang masih lagi
tidak meluas penggunaannya. Tuangan Gel adalah suatu proses melibatkan pencampuran
antara larutan monomer organik dengan sluri serbuk seramik dan kemudian dituang ke
dalam acuan. Di dalam proses ini campuran monomer terpolimer secara in-situ untuk
membentuk jasad gel y... | 10/27/2020 | 3/1/2004 | Rosfariza Mohamed Khalib | |
Kajian kakisan terhadap proses penyaduran nikel tanpa elektro /Tan Kok Lee Tujuan utama projek penyelidikan itu adalah mengkaji sifat kakisan tentang sampel substratum yang telah menjalankan proses penyaduran nikel tanpa elektro. Biasanya, teknik yang betul atau bersesuaian akan menjamin sampel substratum mendapat saduran yang baik dan seragam. Maka, langkah penyediaan sampel substratum memainkan peranan yang sangat penti... | 8/11/2020 | 3/1/2004 | Tan Kok Lee | |
Kajian hidrogeokimia di bekas lombong emas permint, rusila, marang, Terengganu /Sharifah Durrah Thaminah Syed Abdullah Kajian hidrogeokimia di bekas lombong emas Permint, Rusila, Marang, Terengganu ini dijalankan untuk meninjau sejauh mana bekas lombong ini mengalami pencemaran akibat aktiviti perlombongan. Dalam kajian ini, 26 sampel air dikutip dari 26 lokasi yang berlainan di sekitar kawasan bekas lombong emas Permint ini. Kepekatan mineral berat yang terkandun... | 8/11/2020 | 3/1/2004 | Sharifah Durrah Thaminah Syed Abdullah | |
Kajian hidrogeokimia di bekas lombong emas permint di rusila, Terengganu / Sha Durrah Thaminah Binti Syed Abdullah The objectives of the study was to determine how far the gold mine od Permint at Rusila, Terengganu had been polluted. For this purpose, 26 samples of the river water from 26 various locations near the mine site were taken.The concentaritions ofthe haevy metals contained in the samples were determined by the Atomic Absorption Spectrometry (AAS). Se... | 5/14/2018 | 3/1/2004 | Sha Durrah Thaminah Binti Syed Abdullah |