Thumbnail | Name | Publication Date | First Public Date | Contributors |
Kinetic of low gradient magnetic separation of mix strain microalgae from fish pond water Permisahan magnetik mikroalga bercampuran dari air kolam ternakan ikan dengan meggunakan LGMS telah dicapai dalam masa nyata. Faktor-faktor seperti berat molekul polielektrolit (0 – 500000 MW), kepekatan silica (0 – 1000 mg/L) dan asid humik (0 – 300 mg/L) yang menyumbang kepada permisahan magnetik telah dikaji dan dipapar dalam kerja ini. Prestasi... | 1/30/2020 | 6/1/2013 | Lee Zhi Hern | |
Kajian geologi dan mineralogi endapan berfeldspar di pulai, gua musang Kelantan /Mohd Fahmi Ismail Feldspar merupakan salah satu bahan mentah yang penting dalam industri seramik dan kaca. Daerah Gua Musang, Kelantan dikenal pasti sebagai salah satu sumber endapan berfeldspar di Malaysia. Penyelidikan ini bertujuan untuk menentukan punca batuan asal dan sifat-sifat mineralogi endapan berfeldspar di Gua Musang, Kelantan. Kebanyakan batuan dikawasa... | 8/11/2020 | 6/1/2012 | Mohd Fahmi Ismail | |
Ka-band up-converter design / Norul Shahada Binti Mohd Roslan Disertasi ini membincangkan kaedah merekabentuk sistem penukarnaik jalur di mana ianya adalah gabungan antara pencampur dan penapis. Pencampur yang digunakan adalah jenis Pencampur ‘Branchline’ dengan menggunakan sepasang diod jenis Schottky DMK 2790 yang selari bersama Pengabung dan jenis penapis yang digunakan adalah Penapis Lulus Jalur pada frek... | 3/13/2018 | 1/4/2009 | Norul Shahada Binti Mohd Roslan | |
Kes kajian tentang pelemahan hujan pada jalur ka / Ng Yun Yann Pengukuran kadar hujan dan pelemahan selama dua tahun telah dijalankan di Universiti Sains Malaysia. Data-data yang diperoleh telah digunakan untuk menghitung rosotan yang disebabkan oleh hujan pada lintasan satelit yang beroperasi di negara-negara tropikal and khatulistiwa. Pelemahan hujan ialah kehilangan frekuensi (melebihi 10GHz) yang paling ut... | 9/21/2018 | 5/1/2008 | Ng Yun Yann | |
Kerf width analysis of co2 laser cutting of 304-stainless steel /Chan Hwa Young Eksperimen ini dijalankan untuk menganalisa perubahan lebar kerf CO2 pemotongan laser 304-Stainless Steel. 4 keping (200 mm x 100 mm) 304-Stainless Steel telah dipotong dan disediakan. Dalam eksperimen ini, Input proses parameter yang terlibat adalah kuasa laser, tekanan gas dan kadar suapan. Output yang terlibat adalah lebar kerf, kekasaran permuk... | 7/24/2020 | 4/1/2008 | Chan Hwa Young | |
Kansei engineering identifying aesthetic trends infused into an industrial design by using feedforward back-propagation neural network /Wang Choon Yi Kecenderungan dalam saling menandaras pembangunan produk hari ini telah mengakibatkan banyak kehendak produk-produk masa hadapan berkemungkinan menjadi fungsian setara dan oleh itu para pelanggan terpaksa membuat keputusan terhadap kriteria yang amat subjektif terhadap produk yang dibeli. Kriteria subjektif yang bertukar-tukar terhadap masa, mencip... | 7/29/2020 | 4/1/2008 | Wang Choon Yi | |
Kajian mengenai operasi perlombongan emas lanar di kelantan Mineral adalah merupakan suatu bahan yang sangat penting bagi aktiviti perindustrian dan ianya merupakan kunci bagi perkembangan bagi sesebuah negara. Kepentingannya akan terus meningkat di masa akan dating. Sehingga kini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia amat bergantung kepada bahan-bahan yang dihasilkan daripada mineral. Selari dengan p... | 8/28/2020 | 4/1/2008 | Mohd Firdauz Kamlul Zaman | |
Kesan pengisi kalsium karbonat diselaputi resin epoksi dan kalsium karbonat biasa terhadap kekuatan mekanikal pada filem lateks getah asli Kesan perubahan sifat-sifat mekanikal serta fizikal bagi filem lateks getah asli setelah
digabungkan dengan pengisi kalsium karbonat disela[uti dengan resin epoksi, diglycidyl
ether of bisphenol A (DGEBA) atau DER 331 adalah objektif utama penyelidikan ini
dilakukan supaya dapat mencari satu penyelesaian bagi membolehkannya bersaing
dengan prod... | 10/22/2020 | 5/8/2007 | Rohaya Abdul Rahman | |
Komposit hdpe-kaolin dan hdpe-illit Mesin penggiling bergulung dua digunakan untuk proses penyebatian di antara polimer
polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan tiga jenis pengisi iaitu kaolin AKIMA 25,
kaolin FM, dan illit. Suhu penyebatian ialah 175°C dan halaju putaran rotor adalah 50
rpm untuk menghasilkan komposit HDPE dengan amuan peratus jisim pengisi yang
digunakan ial... | 10/21/2020 | 5/1/2007 | Tai Suk Fong | |
Kesan penambah-penambah organik terhadap bentuk Cu2O berstruktur nano yang didop dan tidak didop yang disediakan melalui proses penurunan garam kuprum Kuprus oksida tulen dan didop dengan Zn dihasilkan di dalam projek ini melalui kaedah penurunan garam kuprum pada suhu bilik. Larutan garam kuprum pada mulanya ditambah dengan NaOH untuk penghasilan Cu(OH)2. Penurunan kemudiannya dilakukan dengan menggunakan hidrazin untuk menghasilkan kuprus oksida yang tulen. Pelbagai jenis penambah organik seper... | 10/20/2020 | 5/1/2007 | Khoor Siang Tian | |
Kesan kepekatan kuratif, masa rendaman dan pelarut resapan ke atas sifat tensil filem lateks yang dihasilkan dengan kaedah konvensional dan in-situ laminasi Kaedah pencelupan konvensional yang digunakan untuk penghasilan sarung tangan pemeriksaan dan pembedahan menjanakan banyak sisa lateks semasa peringkat pencelupan. Untuk mengelakkan penjanaan sisa lateks, kaedah pencelupan terubahsuaian diperkenalkan. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah pencelupan in-situ laminasi. Perbezaan kaedah ini dengan kaedah... | 10/21/2020 | 5/1/2007 | Loke Poo Wha | |
Kerintangan pengoksidaan aloi kuprum-aluminium dalam keadaan udara termampat pada suhu 700°c -900°c Pelbagai jenis peralatan penyejuk kuprum seperti jari dan panel kuprum disejuk-air digunakan bagi perlindungan dan penyejukan reaktor metalurgi suhu tinggi. Namun, peralatan penyejuk kuprum tersebut mengalami masalah dan kegagalan dengan masa disebabkan pengoksidaan berlaku pada permukaan panas penyejuk kuprum pada suhu tinggi yang boleh mengurangk... | 10/22/2020 | 5/1/2007 | Ooi Mey Ling | |
Kajian terhadap kesan kehadiran pembolehserasi malik anhidrida ke atas sifat mekanikal komposit pp/kenaf Komposit yang dihasilkan adalah gabungan di antara polipropilena (PP) dan gentian kenaf. Projek ini dijalankan untuk mengkaji kesan kehadiran agen penserasi malik anhidrida (MAPP) terhadap sifat-sifat tensil komposit. Selain itu projek ini juga mengkaji kesan penambahan berat gentian ‘mat’ terhadap sifat-sifat tensil dan nilai ketumpatan komposit. ... | 10/22/2020 | 5/1/2007 | Mohd Firdaus Daud | |
Kajian tentang penggantian Co2+ ke dalam sistem ferit Ni-Zn dengan menggunakan teknik bahan mula sitrat Penyediaan ferit kobalt nikel zink atau Zn0.4Ni0.6-yCoyFe2O4 dengan komposis berlainan
(Zn0.4Ni0.6Fe2O4, Zn0.4Ni0.5Co0.1Fe2O4, Zn0.4Ni0.4Co0.2Fe2O4, Zn0.4Ni0.3Co0.3Fe2O4,
Zn0.4Ni0.2Co0.4Fe2O4 dan Zn0.4Ni0.1Co0.5Fe2O4) telah dijalankan dengan menggunakan
kaedah bahan mula sitrat; bahan mentah (logam nitrat, ferum sitrat dan aisd sitrik)
telah di... | 10/20/2020 | 5/1/2007 | Cho Swee Jen | |
Kajian sifat mekanikal dan terma bagi komposit polistirenaorgano-montmorillonit Dalam fasa pertama dalam kajian, kaedah penyebatian leburan telah digunakan untuk menyediakan komposit polistirena (PS)/OMMT. Pembebanan OMMT yang berbeza iaitu 2, 4, 6, 8, 10 wt% ditambah ke dalam PS dengan menggunakan pengekstud berskru tunggal. Sifat mekanikal komposit ditentukan melalui ujian pelenturan dan hentaman. Kekuatan pelenturan, keliat... | 10/22/2020 | 5/1/2007 | Lim Li Yin | |
Kajian teksi bermeter di pulau pinang / Yurazuin binti Mohd Yussof Metered taxi is one of the modes of public transportation used at Pulau Pinang. Nowadays, the usage of metered taxi has been labeled as not successful use in Pulau Pinang although it was made compulsory on 1 August 2007. The objective of this research is to study the current metered taxi service, to determine whether this service can sustain itself... | 1/10/2018 | 4/1/2007 | Yurazuin Mohd Yussof | |
Kajian mikroskopi dalam pencirian sisa aluminium untuk pengekstrakan aluminium secara hidrometalurgi Dross aluminium merupakan sisa yang dihasilkan oleh industri primer aluminium seperti
proses Bayer, proses Hall-Heroult dan peleburan. Sampel diperolehi daripada dua sumber
iaitu Air Keruh dan Batu Pahat yang dibekalkan oleh Ultimate Engineering Sdn Bhd.
Ujian fizikal seperti LOI, kelempaban dan ketumpatan pukal dan kajian pencirian seperti
XRD... | 10/20/2020 | 4/1/2007 | Lim Huey Min | |
Kesan proses laminasi terhadap sifat mekanikal komposit laminat epoksi diperkuatkan gentian kaca Kajian ini dijalankan dengan memberi penekanan terhadap sifat-sifat mekanik bagi komposit laminat epoksi diperkuatkan gentian kaca. Kajian juga melihat perbandingan jenis gentian kaca yang digunakan iaitu gentian kaca terpotong dan juga gentian kaca teranyam. Projek ini juga dijalankan untuk melihat kesan teknik pelapisan tangan dalam penghasilan b... | 10/22/2020 | 3/1/2007 | Mohd. Hilmi Mohamed @ Mohd. Ramli | |
Kajian terhadap peralatan yang digunakan di kuari dan kesannya terhadap perjalanan yang cekap di kuari / Haizam Hamidun Pengkuarian adalah peringkat permulaan untuk memperolehi bahan mentah bagi proses hiliran industri lain. Justeru itu, suatu kajian telah dijalankan bagi membuktikan keadaan sebenar keupayaan jentera-jentera dan peralatan serta pengaruhnya terhadap proses yang cekap di kuari. Kajian dibuat di kuari Lafarge
Malayan Cement Rawang Works, Rawang Selang... | 9/14/2018 | 3/1/2007 | Haizam Hamidun | |
Kajian terhadap pembentukan dan pencirian silikon berliang pada wafer silikon dengan menggunakan asid hidrofluorik yang dicairkan oleh dimethyl sulfoxide (DMSO) sebagai elektrolit Projek ini difokuskan kepada kesan penggunaan sebatian organik (DMSO) untuk
mencairkan asid hidrofluorik (HF) dalam pembentukan silikon berliang dan mengkaji nilai
optimum bagi nisbah kepekatan, HF : DMSO dan ketumpatan arus bagi pembentukan
silikon berliang. Dalam kajian ini, wafer silikon jenis-n digunakan dalam projek ini, silikon
berliang d... | 10/21/2020 | 3/1/2007 | Yuen Wai Yok | |
Kajian ke atas komposit dental Objektif utama yang telah dikaji oleh kajian ini adalah untuk menentukan kesan masa pematangan ataupun dedahan yang berbeza terhadap sifat-sifat mekanikal satu produk komposit dental iaitu Filtek Z250. Beberapa ujian mekanikal dilakukan ke atas sampel-sampel yang dimatangkan dengan dua masa pematangan yang berlainan iaitu selama 20 saat dan 40 saat... | 10/20/2020 | 3/1/2007 | John Paul Wang Sing Siew | |
Kaedah pengesanan lokasi gangguan dalam talian penghantaran kuasa / Wong Tai Tiong Projek ini mengkaji tentang gangguan pada talian penghantaran jenis pendek untuk jenis gangguan satu fasa ke bumi. Apabila gangguan berlaku pada talian penghantaran, pengesanan lokasi gangguan adalah sangat penting bagi memulihkan bekalan elektrik supaya tidak menyebabkan terputusnya bekalan elektrik kepada para pengguna. Dalam projek ini, satu kae... | 9/5/2018 | 3/1/2007 | Wong Tai Tiong | |
Konteks aplikasi sedar ‘rumah pintar’ / Nur Zuraihah Abdul Ghani Thesis ini menerangkan tentang pembangunan konsep aplikasi sedar bagi sebuah rumah pintar. Aplikasinya adalah menggunakan dua buah computer yang disambung menggunakan antaramuka RS232. RS232 digunakan sebagai null modem untuk membolehkan kedua-dua komputer berkenaan berkomunikasi. Komputer tersebut masing-masing bertindak sebagai pengesan dan papar... | 12/6/2018 | 5/1/2006 | Nur Zuraihah Abdul Ghani | |
Klasifikasi sel-sel kanser payudara menggunakan rangkaian neural peta-peta penubuhan-diri (som) / Nuryanti Mohd Salleh Perkembangan teknologi yang semakin pesat dewasa kini sedikit sebanyak telah memberi sumbangan dalam bidang sains dan teknologi. Kemajuan yang dicapai dalam aspek penyelidikan perubatan dapat membantu mengesan jangkitan kanser yang semakin menular. Pengesanan kanser pada peringkat awal sememangnya amat penting bagi membolehkan rawatan dibuat. Penem... | 12/6/2018 | 5/1/2006 | Nuryanti Mohd Salleh | |
Kesan rawatan haba ke atas sifat rintangan haus keluli aloi rendah karbon sederhana, scm 440/Soon Li Lian Projek penyelidikan ini melibatkan kajian kesan beberapa rawatan haba ke atas rintangan haus lelasan keluli aloi rendah karbon sederhana, SCM 440. Tujuan utama peyelidikan ini adalah untuk mengkaji sifat kekerasan dan mikrostruktur keluli SCM 440 yang dikenakan rawatan haba yang berbeza dan peranannya dalam meningkatkan rintangan haus keluli di baw... | 11/26/2020 | 5/1/2006 | Soon Li Lian |