Thumbnail | Name | Publication Date | First Public Date
![]() | Contributors |
Synthesis and characteristics of rice husk ash based magnetic hydrogel (RHA-MH) and potential use for H2 production Fokus utama projek ini adalah untuk menggunakan abu sekam padi yang dicampurkan dengan nanopartikel ferum oksida (Fe3O4) untuk menghasilkan abu sekam padi berasaskan hidrogel magnetik (RHA-MH). Dua cara akan diaplikasi untuk penghasilkan hidrogel magnetik, iaitu kaedah sol-gel dan kaedah taut-silang. Tambahan pula, diantara tenaga-tenaga yang wujud... | 5/21/2018 | 6/1/2016 | Mohammad Syafiq Abd Halim | |
Synthesis and characterization of ethanol sensing material via chemical precipitation Kristal tin dioksida (SnO2) bersaiz nano telah berjaya disintesis melalui
pemendakan kimia antara tin (IV) klorida dengan ammonia untuk digunakan
sebagai bahan pengesan ethanol. Serbuk SnO2 yang berjaya dihasilkan ini telah
dicirikan dengan mengunakan Pembelau X-ray (XRD), Mikroskop Elekton
Mengimbas (SEM), Serakkan Sinar-X (EDX) dan Penganalis... | 5/22/2018 | 6/1/2016 | Wong Win Yee | |
Synthesis and characterization of genipin-crosslinked gelatin hydrogel loaded with curcumin Hidrogel adalah rangkaian tiga dimensi polimer hidrofilik yang boleh menyerap dan mengekalkan kandungan air yang tinggi dalam matriknya. Hidrogel genipin silang gelatin telah menarik perhatian ketara untuk kegunaannya dalam penyampaian ubat dengan ciri-ciri hidrogel seperti menyerap rembesan, mengekalkan kandungan air yang tinggi dan bertindak seba... | 5/21/2018 | 6/1/2016 | Chan Pei Juan | |
Synthesis and characterization of manganese oxide nanoparticles for organic dye removal Pencemaran air akibat sisa daripada industri tekstil telah mencapai tahap yang membimbangkan. Advanced Oxidation Process (AOP) dan penjerapan merupakan kaedah yang dikaji dan dimajukan secara progresif untuk aplikasi penyingkiran pewarna. AOP menggunakan reaksi permukaan semikonduktor dalam kehadiran UV atau cahaya untuk menyingkirkan pewarna. Sela... | 1/14/2019 | 6/1/2016 | Low Jiong Xiong | |
Synthesis and characterization of schwertmannite in arsenic removal application Baru-baru ini, Schwertmannite, ferik sulfat oxyhydroxy mineral, menarik perhatian meluas kerana mempunyai kapasiti penyerapan yang tinggi untuk spesies arsenik toksik. Kerja penyelidikan telah dijalankan ke atas sintesis dan pencirian Schwertmannite. Kajian ini melibatkan sintesis Schwertmannite di dalam pelbagai keadaan seperti kelajuan pergolakan... | 2/12/2019 | 6/1/2016 | Muhammad Ikhwan Mohd Zamri | |
The synthesis and use of schwertmannite in the removal of arsenic Kajian mengenai penggunaan schwertmannite dalam penyingkiran arsenik daripada sisa perlombongan telah dijalankan dengan menggunakan pelbagai pH dan larutan penampan dan asid yang berbeza untuk menentukan keadaan yang dicenderungi arsenik untuk penyingkiran oleh schwertmannite sintetik yang akan menunjukkan peratus penyingkiran arsenik tertinggi. Ka... | 2/1/2019 | 6/1/2016 | Syed Muhammad Fhaliq Syed Jamaludin | |
Synthesis of high purity polycrystalline silicon carbide for radiation dosimeter application Sintesis silikon karbida (SiC) yang berketulenan tinggi dan polikristal dalam suhu 400°C ke 600°C dan keberkesanannya dalam kegunaan dosimeter sinaran merupakan two pendekatan utama dalam penyelidikan ini. SiC adalah dihasilkan daripada aluminium karbida (Al4C3) dan silikon tetraklorida (SiCl4). Al4C3 adalah dihasilkan daripada serbuk-serbuk alumin... | 1/14/2019 | 6/1/2016 | Foong Suet Kay | |
Synthesis of nanohematite for photocatalysis in removing acetaminophen Antara semikonduktor, nanohematit yang mempunyai jurang jalur tenaga yang lebih rendah berpotensi menggantikan titanium dioksida untuk menjadi sebagai pemangkin dalam rawatan fotokatalis air sisa farmaseutikal. Kecekapan penyingkiran terhadap sebatian farmaseutikal manusia dengan menggunakan kaedah fotokatalisis telah dikaji secara meluas. Kewujuda... | 5/25/2018 | 6/1/2016 | Cheah Siew Cheng | |
Synthesis superhydrophobic coating with photoluminescence from rice husk ash Permukaan kalis air dengan sudut sentuhan air yang tinggi terutamanya permukaan superhidrophobik telah menerima perhatian yang amat besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sekam padi daripada sumber yang diperbaharui telah banyak dihasilkan di Malaysia. Ia mengandungi silika ketulenan tinggi yang boleh ditukar menjadi bahan salutan superhidrop... | 5/22/2018 | 6/1/2016 | Syuib Ameer Haji Azaman | |
Synthesis, properties and characterization of modified muscovite and its components Tujuan penyelidikan ini merangkumi tiga objektif iaitu untuk menghasilkan muskovit yang meningkatkan jarak di antara lapisan, untuk mendapatkan pertukaran ion bukan organik dengan menggunakan dua langkah proses dan untuk mengkaji kesan muskovit yang tidak dirawat dan dirawat sebagai pengisi dalam matriks akrilonitril butadiena stirena. Jarak di an... | 1/29/2019 | 6/1/2016 | Mohd Asmirul Azuan Mat Salleh | |
Systematic kaizen approach to reduce air leakage and noise level at electronics assembly process a case study Utiliti udara termampat adalah lazim dalam pengeluaran untuk menjalankan proses
yang berbeza. Udara disalurkan melalui sistem paip yang tertutup sebelum digunakan .
Tekanan tinggi dan penggunaannya yang kerap sering membawa kepada kebocoran udara.
Kebocoran udara menghasilkan bunyi bising serta penurunan kecekapan. Oleh itu, pendekatan
kaizen s... | 11/19/2018 | 6/1/2016 | Noor Hasmida Bismi | |
The behaviour of portal frame eave haunch connection with and without perforated section Disertasi ini membentangkan hasil analisis pada sambungan kerangka portal eave haunch dengan dan tanpa bahagian berongga. Sambungan ini telah dimodelkan sebagai sambungan tegar. Perisian LUSAS 14.3 telah digunakan untuk pemodelan dan menganalisis model dengan unsur tidak linear. Kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan momen putaran, agihan teg... | 5/24/2018 | 6/1/2016 | Low Pei Leong | |
The crime prevention measures implemented at Universiti Sains Malaysia, Main Campus Pembandaran yang pesat di Malaysia turut menimbulkan pelbagai isu-isu termasuk
jenayah. Usaha daripada pihak kerajaan bagi mengatasi masalah ini telah ditunjukkan
dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara, NKRA apabila pencegahan jenayah
merupakan diantara objektif yang ingin dicapai. Pencegahan jenayah menerusi reka
bentuk persekitaran dan strukt... | 5/25/2018 | 6/1/2016 | Abang Abdul Qayyum Abang Yusop | |
The critical factors ranking for toll rate decision of highway projects in Malaysia Projek pembangunan lebuh raya di Malaysia adalah luas, terutamanya di kawasan bandar di mana kadar tol meninggalkan impak yang besar ke arah pemegang konsesi dan pengguna. Tambahan pula, penentuan kadar tol di Malaysia sentiasa dipersoal oleh pengguna mengenai keperluanya dan bagaimana kadar tol tersebut ditentukan. Oleh sebab itu, tujuan kajian in... | 5/25/2018 | 6/1/2016 | Khairul Nizam Anuar Bashah | |
The effect of feed solutions on the pervaporation performances using metal organic framework mixed matrix membrane Kertas kerja ini mengkaji kesan campuran larutan masuk yang terdiri daripada 1,4-dioksana/air, etanol/air, dan asetonitril/air keatas prestasi penyejattelapan dengan menggunakan membran kerangka kerja organic logam (MOF) berisi poli (vinil alcohol) (PVA) MOF/PVA. Membran PVA asli dan campuran MOF/PVA membran telah dicirikan dengan menggunakan pengi... | 5/22/2018 | 6/1/2016 | Siti Nur Fazura Halim | |
The effect on carbon footprint information to encourage cycling among students in Engineering Campus, Universiti Sains Malaysia Masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran alam sekitar telah menyebabkan pihak universiti cenderung untuk menggalakkan para pelajar berbasikal dalam kawasan kampus. Aktiviti berbasikal memberi impak banyak positif berbanding penggunaan kenderaan bermotor. Justeru, untuk meningkatkan budaya berbasikal dalam kalangan pelajar, adalah sangat penting... | 5/25/2018 | 6/1/2016 | Khairunnisa Zulkifly | |
The effects of daily cover on geotechnical properties of municipal solid waste landfills Kesan penutup harian ke atas tanah berdasarkan ciri-ciri geoteknik di tapak pelupusan Perbandaran Sisa Pepejal telah disiasat. Reka bentuk penutup harian di sisa pepejal perbandaran (MSW) hendaklah memenuhi ciri-ciri geoteknik yang diperlukan. Penutup harian adalah penting untuk mengawal daripada bau, air,dan lain-lain Kebiasaannya, pihak berkuasa ... | 5/25/2018 | 6/1/2016 | Rosmanieza Md Isa | |
The implementation of build-then-sell scheme method in housing projects Konsep Bina Kemudian Jual (BTS) telah dilancarkan pada 13 April 2007 oleh bekas Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyelesaikan masalah projek pembinaan terbengkalai di Malaysia. Namun demikin, konsep ini tidak dilaksanakan oleh semua pemaju perumahan di Malaysia kerana komplikasinya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep ... | 5/25/2018 | 6/1/2016 | Thamilarasan Arasu | |
The production and characterization of activated carbon from rhizophora tree (mangrove tree) by pyrolysis and gasification of char Longgokan atau lebihan kayu bakau yang selalu dibiarkan sebagai sisa di tapak pembinaan boleh diubahsuaikan sebagai satu inovasi dengan menghasilkan karbon teraktif yang bermutu tinggi. Karbon teraktif yang bermutu tinggi mempunyai beberapa ciri – ciri iaitu mempunyai luas permukaan BET yang tinggi, kandungan karbon yang tinggi, kapasiti penjerapan... | 5/17/2018 | 6/1/2016 | Nur Hajar Rosely | |
The strength characteristics of bolted and clamped glass panel under preload and static loadings Kaca telah digunakan dalam bangunan selama berabad-abad. Sejak beberapa dekad yang
lalu terdapat kecenderungan ke arah menggunakan kaca sebagai elemen menanggung
beban. Dengan perkembangan tersebut, kaca mulai digunakan sebagai elemen pengisi
bangunan, seperti dinding kaca, tangga kaca dan lantai kaca juga mulai dipakai pada
zaman sekarang, wal... | 5/25/2018 | 6/1/2016 | Zaimilia Md Zain | |
The study of the effect of feed pressure and flowrate on the LP GAS flare emission Sistem gas suar memainkan peranan utama dalam keselamatan pemasangan Minyak dan Gas iaitu dengan bertindak sebagai pengeluar untuk memberi bantuan tekanan kecemasan sekiranya proses terganggu. Pembakaran gas ini menghasilkan sejumlah tenaga yang banyak dan menyebabkan wabak penyakit, serta kemusnahan alam sekitar. Dalam kajian ini, terdapat keadaan... | 5/21/2018 | 6/1/2016 | Dina Liyana Roshdin Murad | |
The trend of fine particles (PM2.5) in USM engineering campus during and after the high particulate event Pada masa kini, pencemaran udara merupakan masalah utama yang berlaku di Malaysia. Zarah terampai berdiameter kurang daripada 2.5μm (PM2.5) merupakan pencemaran utama semasa jerebu. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kecenderungan zarah halus (PM2.5) di USM Kampus Kejuruteraan semasa dan selepas jerebu. Data PM2.5 telah direkodkan setiap ja... | 5/25/2018 | 6/1/2016 | Nurnabila Huda Mohd Shohari | |
Thermal analysis of ion beam etching process on hard disk drive’s recording head Pemacu cakera keras rakaman (“slider”) dibuat melalui photolithography dan ion rasuk punaran (IBE). Sebelum proses itu, bahagian-bahagian termasuk bar slider (“wafer bars”), bingkai tingkap, asas, pelekat dan photoresist dipasang melalui proses pengkapsulan untuk menghasilkan produk yang dipanggil tiga inci pallet (TIP). Semasa proses IBE, peranti ... | 9/24/2018 | 6/1/2016 | Goh Zhee Ling | |
Thermal properties of recycled poly(lactic) acid modified with acrylic core shell impact modifier Polilaktik acid (PLA) / akrilik “core-shell” pengubahsuai hentaman (CSIM) campuran, PLA/CSIM campuran kitar semula pertama, PLA/CSIM campuran kedua telah disediakan melalui pengcairan bergaul dengan jumlah yang berbeza CSIM (1-20 wt %) menggunakan pengadun dalaman diikuti oleh acuan mampatan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan CSIM kep... | 1/24/2019 | 6/1/2016 | Chua Lian Tatt | |
Thermoelectric generator for medical device Penjana termoelektrik adalah peranti yang menukarkan tenaga haba yang berlebihan dan menukarkannya ke dalam bentuk tenaga yang boleh digunakan semula. Dalam kebanyakan kajian, penjana termoelektrik mempunyai kadar kecekapan penukaran tenaga yang rendah sekitar 5% hingga 8%. Penyejuk termoelektrik (TEC) digunakan sebagai penjana termoelektrik dalam ... | 5/16/2018 | 6/1/2016 | Liew Zhi Kang |