(For USM Staff/Student Only)

Browse/Search: EngLib USM

Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 1 - 25 of 464

1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   Next >              Last

ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Evaluation on blast efficiency for optimum mill performance
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penilaian kecekapan letupan untuk prestasi penghancuran dan pengisaran yang optimum. Tapak kajian ini terletak di dua kuari yang berbeza di Kulai dan Ulu Choh, Johor, Malaysia. Kajian adalah melibatkan empat sesi letupan, analisis pemecahan terhadap pecahan batu, ujian beban titik dan mengira penggunaan tena...
2/11/20207/1/2019Nurul Zulaikha Harudin
Evaluation and processing of offshore sand from one fanthom bank (ofb) and its surrounds, off port Klang
Sumber-sumber untuk industri mineral berkembang pesat dengan peningkatan permintaan. Oleh itu, kekurangan sumber mineral di daratan telah menyebabkan penerokaan sumber mineral dari laut dalam. Laut dalam dijangka mempunyai sumber logam berharga yang tinggi berbanding dengan mineral di darat. Oleh itu, adalah perlu bagi Malaysia untuk memulakan pene...
2/11/20207/1/2019Nurul Arisha Mariani Risman
Effect silicacarbon black ratio and types of accelerator for improvement in scorch time of cushion gum
Kesan nisbah silika / hitam karbon yang berbeza pada sifat fizikal agen perekat telah dikaji. Agen perekat adalah lembaran getah separuh matang yang berfungsi sebagai lapisan pelekat antara lapisan bunga dan kelongsong tayar semasa proses pencelupan semula bunga tayar. Tujuan penyelidikan ialah pertamanya untuk menentukan nisbah optimum silika dan ...
2/6/20207/1/2019Nur Yusrina Jamallullail
The effect of thermal shock on mechanical properties of lithium aluminosilicate (las) glass ceramic
Seramik kaca Litium Aluminosilikat (LAS) sering digunakan sebagai permukaan tempat memasak yang sentiasa mengalami kecerunan haba. Ini menjadikan sifat-sifat mekanikal adalah sangat penting dalam seramik kaca LAS. Oleh itu, usaha telah dibuat untuk meningkatkan sifat-sifat mekanikal seramik kaca LAS. Kesan masa redaman bagi suhu pensinteran tel...
2/14/20207/1/2019Muhamad Izzat Bhasri
Effect of temperature in the hypochlorite leaching of gold
Bijih emas yang digunakan di dalam penyelidikan ini diperolehi daripada lombong bijih emas di Pahang. Kaedah pencirian dan kajian mineralogi sampel telah dilakukan sebelum proses hidrometalurgi dijalankan bagi menentukan komposisi kima, kewujudan fasa utama dan mineral-mineral bersekutu yang wujud bersama-sama dengan sampel bijih emas. Kaedah penci...
2/11/20207/1/2019Nur Alia Mohammad
Effect of printing temperature and printing speed on mechanical tensile properties of fused deposition modeling fabricated acrylonitrile butadiene styrene
Kesan suhu percetakan (220oC, 230oC, 240oC dan 250oC) dan kelajuan percetakan (30 mm/s, 60 mm/s, 90 mm/s dan 120 mm/s) ke atas sifat-sifat tegangan mekanikal pemodelan enapan terlakur (FDM) acrylonitril butadiena stirena (ABS) telah dikaji. Spesimen ABS telah dimodelkan mengikut piawaian ASTM D638 Jenis I untuk ujian tegangan dan juga analisis unsu...
2/6/20207/1/2019Chuah Kian Shiang
Effect of pH on the photocatalytic performance of ZnO particle in removal of rhodamine B
Proses pengoksidaan lanjutan ZnO adalah teknik yang baru muncul untuk rawatan air kumbahan. Banyak kajian photocatalytic ZnO zarah dilakukan di bawah pH 6 - pH 8. Walau bagaimanapun, efluen yang dikeluarkan dari industri seperti percetakan dan kilang tekstil mungkin mengandungi bahan pencemar yang dapat mengubah pH efluen. Kehadiran kumpulan -H (ke...
2/19/20207/1/2019Nurul Syuhada Samsuddin
Effect of oil palm empty fruit bunch and nanocellulose as biodegradable filler in natural rubber latex film
Sarung tangan lateks getah asli memerlukan masa yang panjang untuk degradasi dalam tanah disebabkan kewujudan sambung silang dan penambahan aditif semasa proses penyebatian. Oleh itu, gentian semula jadi boleh ditambah di dalam sarung tangan lateks GA untuk mempercepatkan proses biodegradasi. Kajian ini mengkaji kesan penambahan gentian tandan kela...
2/6/20207/1/2019Oo Yew Hui Lik
Effect of modified salt leaching technique on the properties of bioactive glass reinforced polyurethane scaffold for biomedical application
Dalam kajian ini, pengubahsuaian kaedah tuangan pelarut/ garam larut lesap (SCPL) telah dilakukan untuk menyiasat pengaruhnya terhadap sifat-sifat perancah komposit. Pengubahsuaian ini adalah satu kaedah penambahbaikan SCPL yang mengabungkan kaedah SCPL konvensional dan pengemparan dengan menggunakan kelajuan pengempar 1500rpm, 2000rpm, 2500rpm dan...
2/14/20207/1/2019Ong Chia Chia
Effect of magnesium to the properties of biphasic calcium phosphate (bcp) for bone regeneration
Pada masa ini, penyakit berkaitan tulang menyebabkan keperluan untuk pembinaan semula tulang dan pembaikan. Kalsium fosfat termasuk HA dan β-TCP yang digunakan sebagai cantum tulang. Walau bagaimanapun, tulen HA dan tulen β-TCP tidak sesuai untuk aplikasi bioperubatan kerana kadar biodegradasi dan sifat mekanikal yang rendah. Oleh itu, kalsium fosf...
2/13/20207/1/2019Lee Moi Ging
Effect of evagraphene oxide nanocomposite in improving the flow properties of model oil
Penggunaan komposit nano polimer sebagai titik tuang untuk minyak mentah telah membuka pintu bagi bidang penyelidikan baru dalam industri petroleum. Saiz sisi grafin yang telah dioksida yang berbeza didapati melalui kaedah ultrasonikasi pada 0 min, 30 min, 60 min, 120 min dan 150 min. Hasil SEM menunjukkan bahawa peningkatan masa sonikasi, lebih ke...
2/6/20207/1/2019Muhammad Iqbal Pisol
Effect of different sintering temperature and soaking time to the properties of bcp and Mg-BCP
Pengajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan pendopan ion Magnesium (Mg2+) kedalam kalsium fosfat dwi-fasa (BCP) dan juga menyiasat kesan suhu pensinteran berbeza juga tempoh redaman terhadap penumpatan kalsium fosfat dwi-fasa (BCP) dan magnesium didop kalsium fosfat dwi-fasa (Mg-BCP). Serbuk BCP dan Mg-BCP telah berjaya disintesis melalui kae...
2/14/20207/1/2019Nor Atikah Abu Bakar
The effect of crosslinking agent on protein based bioplastic from fish waste
Penyelidikan ini dijalankan untuk kaji kesan agen silang yang berbeza iaitu glutaraldehid (GA) dan glyoxal (GLY) pada komposisi berlainan (2, 4, 6 dan 8pph) terhadap sifat mekanikal, termal dan penyerapan air bioplastik sisa ikan. Bioplastik sisa ikan dihasilkan dengan menggunakan pengisar dua-guling dan pengacuan mampatan. Bioplastik sisa ikan dic...
2/6/20207/1/2019Thng Chin Sheng
Effect of citric acid concentration on the properties of β-tricalcium phosphate granular cement at physiological body condition
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan kepekatan asid sitrik terhadap sifat-sifat granul simen β-trikalsium fosfat (β-TCP). Larutan asid kalsium fosfat yang mengandungi 0.01 mol/ L, 0.10 mol/L dan 1.00 mol/L asid sitrik akan didedahkan kepada β-TCP granul dalam keadaan fisiologi badan selama 5, 10, 20 dan 30 minit. Beberapa kaedah penciria...
2/13/20207/1/2019Lim Jun Wei
The effect of ammonium chloride leaching on ilmenite from bukit kelip Terengganu
Proses Becher adalah proses yang dapat meningkatkan gred ilmenit kepada sintetik rutile. Ilemit yang digunakan adalah dari Bukit Kelip Terengganu. Proses ini melibatkan dua langkah utama iaitu "penurunan" dan "aeratasi". Proses penurunan secara karbothermal terhadap ilmenit dilakukan untuk mengjadikan oksida besi kepada besi metalik sebelum proses ...
2/11/20207/1/2019Nur Farhana Yunus
Effect of alkali treatment on thermal and mechanical properties of kenaf fiberpolylactic acid composites
Projek penyelidikan ini adalah dijalankan untuk mengkaji kesan perawatan alkali terhadap sifat terma dan mekanikal komposit polilaktik asid /gentian kenaf. Kajian degradasi terma dan tingkah laku kinetik komposit polilaktik asid /gentian kenaf melibatkan penentuan tenaga pengaktifan menggunakan persamaan Flynn dan Wall. Gentian kenaf yang digunakan...
2/6/20207/1/2019Nur Nabilah Imtiaz Ahmad
The effect of acid hydrolysis polysaccharide fillers on mechanical properties and post processing parameters of natural rubber latex films
Peningkatan kebimbangan atas masalah alam sekitar yang disebabkan oleh bahan-bahan berasaskan petroleum yang tidak terbiodegradasi telah menggalakkan pembangunan polimer biodegradasi melalui penambahan pengisi semula jadi. Pengubahsuaian pada polisakarida amat diperlukan kerana berat molekul yang tinggi tidak disukai bagi aktiviti-aktiviti bio. Kes...
2/6/20207/1/2019Woo Sweet Wan
Extraction study of acetaminophen from aqueous solution by using vegetable oils based emulsion liquid membrane
Satu kajian mengenai pengekstrakan Acetaminophen (ACTP) yang juga dikenali sebagai paracetamol dari larutan akueus dengan menggunakan membran cairan emulsi berasaskan minyak sayuran (ELM) telah diselidiki. Dalam sistem ELM, terdapat 3 fasa utama iaitu fasa luaran, fasa membran dan fasa dalaman. Dalam fasa luaran terdiri daripada larutan ACTP berair...
6/27/20196/1/2019Murshid Yaacob
Extraction and quantification of (+) –valencene and (+) – onootkatone from citrus grandis
Kulit pomelo menyumbang 30% daripada berat buah tetapi ia telah dibuang tanpa mengiktiraf nilai pemakanan buah itu. Kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti kesan pelbagai jenis pelarut dan saiz zarah yang berbeza terhadap pengekstrakan nootkatone dan valencene dengan menggunakan kulit kering Citrus grandis. Pengkajian pengekstrakan nootkatone ...
6/27/20196/1/2019Muthu Kumar Ganeson
Experimental work for modular channel – quantifying backwater effects
Impak saliran terhadap alam sekitar telah menimbulkan kebimbangan mengenai kualiti dan kuantiti air. Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) telah melaksanakan Sistem Saliran Bio – Ekologikal (BIOECODS) untuk swales ekologi yang telah digunakan di sekitar Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia. BIOECODS direka untu...
9/26/20196/1/2019Mas Balqis Mas Lockman Ousin
Experimental study of the hydraulic performance of a new gully grate design
Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan kecekapan hidraulik dua reka bentuk galur yang dinaiktarafkan di Malaysia. Lokasi kajian tapak terletak di Bandar Baharu, Kedah. Bentuk salur galur biasanya segi empat tepat dan ia membantu mengalirkan air yang bertakung daripada permukaan jalan raya; Oleh itu, reka bentuk galur yang betul dan mencuk...
9/26/20196/1/2019Mohammad Aliff Azhar
Experimental analysis of stability and thermal conductivity for silica nanofluid in water block heat sink
Prestasi terma telah menjadi salah satu isu utama dalam industri elektronik, dan ini selaras dengan perkembangan semasa. Cecair kerja konvensional yang sering digunakan oleh alat elektronik mempunyai kekurangan kecekapan untuk memindahkan haba bagi tujuan penyejukan. Oleh itu, nanofluid digunakan sebagai alternatif kerana ia lebih cekap dan dapat m...
7/9/20196/1/2019Rahmah Zulkeflee
Evaluation of thermal behavior of shipping containers using spatial image processing and thermal infrared (tir) camera
Masakini, terdapat banyak kontena-kontena berlebihan yang boleh dikitar atau digunakan semula, melalui pelbagai cara yang sering dibincangkan dalam isu penggunaan semula kontena. Penggunaan semula kontena sebagai blok modular dalam industri pembinaan telah mendapat sambutan yang baik. Walau bagaimanapun, kesesuaian penggunaan kontena untuk perumaha...
9/24/20196/1/2019Brahmayudan Thirunavukarasu
Evaluation of salt removal efficiency of marble filter
Air bawah tanah merupakan sumber air tawar yang penting yang memerlukan rawatan kurang daripada air permukaan. Air bawah tanah dipam dari akuifer di bawah tanah dan umumnya kurang tercemar daripada permukaan air, tetapi bahan pencemar seperti logam berat, nitrat, sebatian organik meruap dan patogen mengancam kualiti air bawah tanah. Kajian projek i...
2/11/20206/1/2019Mohd Imran Shah Abd Hamid
Evaluation of electroanalytical sensing condition for membrane-based biosensor
Satu kajian dibuat pada keadaan elektrokimia bagi menentukan asid askorbik menggunakan biosensor digambarkan didalam kajian ini. Morfologi dan komposisi untuk membran nilon berliang dan sifat-sifat elektrokimia dipasang biosensor berasaskan nylon-6 membran telah diuji menggunakan Scanning Electron Microscopy (SEM), Fourier Transform Infrared Spektr...
6/28/20196/1/2019Sharmaine Shahibullah
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Search: