Thumbnail | Name | Publication Date | First Public Date | Contributors |
Kesan kepekatan kuratif, masa rendaman dan pelarut resapan ke atas sifat tensil filem lateks yang dihasilkan dengan kaedah konvensional dan in-situ laminasi Kaedah pencelupan konvensional yang digunakan untuk penghasilan sarung tangan pemeriksaan dan pembedahan menjanakan banyak sisa lateks semasa peringkat pencelupan. Untuk mengelakkan penjanaan sisa lateks, kaedah pencelupan terubahsuaian diperkenalkan. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah pencelupan in-situ laminasi. Perbezaan kaedah ini dengan kaedah... | 10/21/2020 | 5/1/2007 | Loke Poo Wha | |
Komposit hdpe-kaolin dan hdpe-illit Mesin penggiling bergulung dua digunakan untuk proses penyebatian di antara polimer
polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan tiga jenis pengisi iaitu kaolin AKIMA 25,
kaolin FM, dan illit. Suhu penyebatian ialah 175°C dan halaju putaran rotor adalah 50
rpm untuk menghasilkan komposit HDPE dengan amuan peratus jisim pengisi yang
digunakan ial... | 10/21/2020 | 5/1/2007 | Tai Suk Fong | |
Kajian sifat mekanikal dan terma bagi komposit polistirenaorgano-montmorillonit Dalam fasa pertama dalam kajian, kaedah penyebatian leburan telah digunakan untuk menyediakan komposit polistirena (PS)/OMMT. Pembebanan OMMT yang berbeza iaitu 2, 4, 6, 8, 10 wt% ditambah ke dalam PS dengan menggunakan pengekstud berskru tunggal. Sifat mekanikal komposit ditentukan melalui ujian pelenturan dan hentaman. Kekuatan pelenturan, keliat... | 10/22/2020 | 5/1/2007 | Lim Li Yin | |
Kajian terhadap kesan kehadiran pembolehserasi malik anhidrida ke atas sifat mekanikal komposit pp/kenaf Komposit yang dihasilkan adalah gabungan di antara polipropilena (PP) dan gentian kenaf. Projek ini dijalankan untuk mengkaji kesan kehadiran agen penserasi malik anhidrida (MAPP) terhadap sifat-sifat tensil komposit. Selain itu projek ini juga mengkaji kesan penambahan berat gentian ‘mat’ terhadap sifat-sifat tensil dan nilai ketumpatan komposit. ... | 10/22/2020 | 5/1/2007 | Mohd Firdaus Daud | |
Kerintangan pengoksidaan aloi kuprum-aluminium dalam keadaan udara termampat pada suhu 700°c -900°c Pelbagai jenis peralatan penyejuk kuprum seperti jari dan panel kuprum disejuk-air digunakan bagi perlindungan dan penyejukan reaktor metalurgi suhu tinggi. Namun, peralatan penyejuk kuprum tersebut mengalami masalah dan kegagalan dengan masa disebabkan pengoksidaan berlaku pada permukaan panas penyejuk kuprum pada suhu tinggi yang boleh mengurangk... | 10/22/2020 | 5/1/2007 | Ooi Mey Ling | |
Kesan pengisi kalsium karbonat diselaputi resin epoksi dan kalsium karbonat biasa terhadap kekuatan mekanikal pada filem lateks getah asli Kesan perubahan sifat-sifat mekanikal serta fizikal bagi filem lateks getah asli setelah
digabungkan dengan pengisi kalsium karbonat disela[uti dengan resin epoksi, diglycidyl
ether of bisphenol A (DGEBA) atau DER 331 adalah objektif utama penyelidikan ini
dilakukan supaya dapat mencari satu penyelesaian bagi membolehkannya bersaing
dengan prod... | 10/22/2020 | 5/8/2007 | Rohaya Abdul Rahman | |
Kesan proses laminasi terhadap sifat mekanikal komposit laminat epoksi diperkuatkan gentian kaca Kajian ini dijalankan dengan memberi penekanan terhadap sifat-sifat mekanik bagi komposit laminat epoksi diperkuatkan gentian kaca. Kajian juga melihat perbandingan jenis gentian kaca yang digunakan iaitu gentian kaca terpotong dan juga gentian kaca teranyam. Projek ini juga dijalankan untuk melihat kesan teknik pelapisan tangan dalam penghasilan b... | 10/22/2020 | 3/1/2007 | Mohd. Hilmi Mohamed @ Mohd. Ramli | |
Kajian penghasilan teras seramik berliang dan system perekat dalam struktur sandwic Seramik berliang mempunyai potensi untuk dimajukan berikutan kegunaannya yang
meluas dalam bidang perubatan, penapis air, udara serta seramik refaktori. Namun
begitu, penggunaan seramik berliang sering dihadkan oleh kekuatan yang rendah.
Penggabungan seramik berliang dengan bahan kepingan logam menggunakan agen
perekat membentuk struktur sandwi... | 10/23/2020 | 3/1/2005 | Mohd Hafiz Rahmat | |
Kesan gegaran bumi dan ledakan udara terhadap alam sekitar akibat daripada aktiviti peletupan Gaya pembangunan negara kita yang semakin pesat telah mencecah tahap di mana operasi
penggalian dari kuari-kuari perlu dimajukan lagi untuk memperbaiki keberkesanan dalam
penggalian batu-batan. Operasi yang terpenting dalam bidang pengkuarian adalah aktiviti
penggerudian dan peletupan yang berpotensi tinggi menghasilkan kesan-kesan terhadap
ala... | 10/23/2020 | 3/1/2005 | Tan Lai Tee | |
Kesan penambahan SnO2 terhadap bahan ferroelektrik baru BaTi2O5 melalui kaedah tindak balas pepejal Not available | 10/23/2020 | 3/1/2005 | Amalina Amir | |
Kesan peningkatan suhu terhadap pembentukan titanium silisida Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan suhu ke atas lapisan titanium
silisida (TiSi2) yang ditumbuhkan ke atas wafer silikon. Penyelidikan ini dijalankan untuk
meneliti kesan peningkatan suhu terhadap pembentukan titanium silisida. Penyelidikan ini
bertujuan untuk membuat perbandingan terhadap kesan peningkatan suhu terhadap
ketebalan ... | 10/23/2020 | 3/1/2005 | Prakash Babu Balakrishnan | |
Kajian kawasan-kawasan kemalangan (blackspot) sepanjang jalan persekutuan 1, jalan ipoh – butterworth, seksyen 724-737 dan langkah pembaikan dan keberkesanannya Kadar kematian atau kecenderungan akibat kemalangan jalan raya hari ini telah mencapai
kadar epidemik meskipun pelbagai kempen keselamatan telah dijalankan. Kemalangan
tetap meningkat seolah-olah tiada kesan pengurangan yang signifikan diperoleh.. Jalan
Persekutuan 001, Ipoh –Butterworth telah dikenalpasti sebagai salah satu kawasan hitam
juga ... | 10/26/2020 | 3/1/2002 | Mimi Asmidar Zakaria | |
Kajian kebolehlaksanaan tebatan banjir dan saliran dalam kawasan pusat Bandar Parit Buntar, Daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan Saban hari kita mendengar berkenaan bencana banjir yang telah membawa
kepada kerugian serta kemusnahan dari segi harta benda dan juga nyawa. Berikutan
dengan itu pelbagai langkah telah pun diseru oleh pihak kerajaan dalam menangani
masalah tersebut dan sudah tentu tugas beratnya terletak pada pihak seperti Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS) da... | 10/26/2020 | 3/1/2002 | Kevin Christian Nair | |
Kajian kemalangan di kawasan Bandar Baharu dan Nibong Tebal Fenomena kemalangan jalan raya di Malaysia semakin hari semakin berleluasa.
Jumlah kecederaan dan kematian akibat kemalangan jalan raya terus meningkat dari
tahun ke tahun. Faktor utama yang menjadi punca kemalangan ialah kecuaian
pengguna jalan raya, faktor persekitaran dan faktor kenderaan. Akibat daripada
kemalangan ini, negara kita telah ke... | 10/26/2020 | 2/1/2002 | Mohd Irwan Awang | |
Kajian ketepatan meter air mengikut jangka hayat meter Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. telah mengambil beberapa langkah
untuk mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan bekalan air. Beberapa jabatan
dan bahagian yang baru telah ditubuhkan untuk menangani beberapa masalah dalam
pengurusan bekalan air. Salah satu bahagian yang ditubuhkan, iaitu Bahagian
Kawalan Kehilangan Air di bawah ... | 10/26/2020 | 12/1/2001 | Oo Wah Tong | |
Kajian penjanaan perjalanan lalulintas Taman Pekaka di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang Laporan ini membincangkan hasil penyelidikan yang bertajuk ‘Kajian Penjanaan
Lalulintas Taman Pekaka’ di Seberang Prai Selatan Pulau Pinang. Pemerhatian dijalankan
terhadap setiap ragam pengangkutan yang masuk dan keluar dari kawasan kajian. Kerjakerja
pengambilan data dijalankan terhadap dua jenis hari iaitu hari biasa dan hari
perayaan. Kawas... | 10/26/2020 | 2/1/2002 | Hazrul Mohd. Hashim | |
Kaitan antara perundangan kuari dengan industri pengkuarian Undang-undang, kaedah-kaedah dan prosedur-prosedur yang dipraktikkan di
dalam industri pengkuarian terdapat dalam pelbagai bentuk di mana penguatkuasaan
sepenuhnya adalah penting bagi mencapai kecekapan dan operasi yang selamat.
Matlamat projek ini adalah untuk mengaitkan operasi di sesebuah kuari dengan
perundangan kuari seperti Kaedah-kaedah ... | 10/27/2020 | 3/1/2004 | Nor Wahidatul Azura Zainon Najib | |
Kajian kesan saiz partikel alumina dan tempoh pengadukan ke atas sifat-sifat fizikal krusibel alumina yang dihasilkan menggunakan kaedah tuangan gel Tuangan Gel merupakan satu tenik pembentukan seramik terbaru yang masih lagi
tidak meluas penggunaannya. Tuangan Gel adalah suatu proses melibatkan pencampuran
antara larutan monomer organik dengan sluri serbuk seramik dan kemudian dituang ke
dalam acuan. Di dalam proses ini campuran monomer terpolimer secara in-situ untuk
membentuk jasad gel y... | 10/27/2020 | 3/1/2004 | Rosfariza Mohamed Khalib | |
Kegunaan karbon teraktif dan resin dalam merawat air sisa menggunakan kaedah kolum Projek ini melibatkan penyingkiran logam berat menggunakan karbon teraktif dan resin.
Sistem ini melibatkan 3 unit operasi iaitu kolum karbon teraktif, kolum resin penukaran
ion serta kombinasi kolum karbon teraktif dan resin.
Industri pembuatan menghasilkan air sisa yang berbahaya kepada alam sekitar dan
organisma hidup. Dengan itu, objektif p... | 10/27/2020 | 2/1/2004 | Chen Chee Siung | |
Keselamatan dan kesihatan di sebuah kuari Pengkuarian melibatkan pelbagai aktiviti yang memerlukan perhatian terhadap
keselamatan dan kesihatan sama ada yang melibatkan majikan dan pekerja mahupun
orang lain yang berada di kuari tersebut serta orang awam. Matlamat projek ini dijalankan
ialah untuk mengkaji tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang amnya berlaku
di sebuah kuari.
... | 10/27/2020 | 3/1/2004 | Japalan Jital | |
Kajian pencemaran udara di kawasan Bandar Parit Buntar Pada masa dahulu pencemaran adalah merupakan sesuatu perkara yang tidak
dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, beberapa tahun
kebelakangan ini isu pencemaran adalah perkara yang selalu diperkatakan dan ia
menjadi isu yang semakin hangat. Sesunguhnya paras pencemaran di sesetengah
kawasan adalah dalam keadaan terkawal namun sese... | 11/2/2020 | 4/1/2002 | Fauzi Ramli | |
Konsep sistem ujian pengapit gantung bertebat Not available | 11/5/2020 | 3/1/2002 | Mohd Farouk Ezman Mohd Zubir | |
Kesan kepekatan dopan bismuth ke atas ciri-ciri filem nipis zno yang disediakan dengan kaedah pencelupan sol gel_Roslina Mohamad Azizuddin Projek ini adalah mengenai penyediaan filem nipis Zink Oksida yang didop dengan bismuth dan pencirian mikrostruktur, ketebalan, sifat-sifat optik dan sifat-sifat elektrik bagi filem nipis ini. Filem nipis zink oksida yang didop dengan bismuth ini dihasilkan melalui kaedah sol gel dan teknik pencelupan. Larutan sol disediakan menggunakan zink aceta... | 11/17/2020 | 3/1/2005 | Roslina Mohamad Azizuddin | |
Kesan kepekatan mangan ke atas sifat-sifat cacu3mn4o12 (ccmo) disediakan melalui tindak balas keadaan pepejal_Suriati Ghazali Kesan kepekatan mangan, Mn ke atas sifat-sifat CaCu3Mn4O12 yang dihasilkan melalui tindak balas keadaan pepejal telah dijalankan. Untuk itu, lima sampel yang mempunyai kepekatan mangan yang berbeza-beza iaitu 2 mol, 3 mol, 4 mol (stoikiometri),
5 mol dan 6 mol telah disediakan. Serbuk-serbuk bahan mentah iaitu CaO, CuO dan juga MnO2 yang telah di... | 11/17/2020 | 3/1/2005 | Suriati Ghazali | |
Kesan pendopan samarium ke atas sifat-sifat filem nipis zink sulfida dengan Kaedah rendaman kimia_Sangeet Kaur Bhajnik Singh Projek ini berkaitan dengan penyediaan filem nipis zink sulfida (ZnS) dan kajian sifat-sifatnya. Filem nipis ZnS disediakan di atas substrat kaca dengan kaedah pemendapan rendaman kimia (chemical bath deposition). Rendaman kimia yang digunakan merupakan campuran larutan zink asetat, trisodium sitrat dan thiourea. Pemendapan filem nipis dilakukan de... | 11/17/2020 | 3/1/2005 | Sangeet Kaur Bhajnik Singh |