(For USM Staff/Student Only)

Browse/Search: EngLib USM

Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 801 - 825 of 13063

First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   ....    Next >              Last

ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Sintesis partikel nano kobalt melalui kaedah penurunan kimia
Partikel nano kobalt telah disintesis melalui kaedah penurunan kimia di dalam kajian ini. Prapenanda yang digunakan di dalam kajian ini ialah kobalt (П) klorida. Agen penurunan yang digunakan ialah natrium borohidrida manakala PVP digunakan sebagai surfaktan. Kobalt (П) klorida dan natrium borohidrida dilarutkan ke dalam etanol untuk menjadikan ia ...
10/22/20205/1/2007Amiruziyana Mohd Ariffin
Processing and characteriztion of high strenght hydroxyapatite reinforced with carbon fibre and clay
Objektif penyelidikan ini adalah untuk menghasilkan hidroksiapatit yang ditetulangkan dengan gentian karbon mengikut beberapa komposisi iaitu 0.1 % dan 0.3%. Bahan seperti hidroksiapatit tadi dicampur secara basah dengan gentian karbon dan juga bahan pengikat, PEG 600 dan bahan tambah lain seperti tanah liat bentonit dan juga kaolin. Ianya kemu...
10/22/20205/1/2007Amirah Che Zakaria
Penyediaan dan pencirian elektrokimia bateri zink-karbon keadaan pepejal berasaskan elektrolit getah asli
Bateri dengan konfigurasi zink (Zn) + acetalen hitam (AB) + politetrafluoroetilena (PTFE) / getah asli epoksida 50 % (ENR 50) + zink klorida (ZnCl2) / mangan dioksida (MnO2) + AB + PTFE dihasilkan. Filem elektrolit polimer pepejal ENR 50 + ZnCl2 disediakan dengan menggunakan kaedah penuangan larutan. Penambahan ENR 50 ke dalam filem elektrolit ...
10/22/20205/1/2007Tham Yee Len
Penghasilan kaca dari abu kayu mangga
Suatu kaca inovatif berasaskan sistem aluminosilikat, SiO2-Al2O3-Na2O-CaO telah dihasilkan menggunakan abu pokok mangga sebagai sumber utama kalsium oksida, CaO. Abu pokok mangga telah dihasilkan secara tertutup dengan pembakaran cip kayu kering pada suhu 10000C dengan tempoh rendaman 40 minit. Analisis XRD menunjukkan abu yang terhasil mengand...
10/22/20203/1/2005Salina Saidin
Kesan proses laminasi terhadap sifat mekanikal komposit laminat epoksi diperkuatkan gentian kaca
Kajian ini dijalankan dengan memberi penekanan terhadap sifat-sifat mekanik bagi komposit laminat epoksi diperkuatkan gentian kaca. Kajian juga melihat perbandingan jenis gentian kaca yang digunakan iaitu gentian kaca terpotong dan juga gentian kaca teranyam. Projek ini juga dijalankan untuk melihat kesan teknik pelapisan tangan dalam penghasilan b...
10/22/20203/1/2007Mohd. Hilmi Mohamed @ Mohd. Ramli
Kesan pengisi kalsium karbonat diselaputi resin epoksi dan kalsium karbonat biasa terhadap kekuatan mekanikal pada filem lateks getah asli
Kesan perubahan sifat-sifat mekanikal serta fizikal bagi filem lateks getah asli setelah digabungkan dengan pengisi kalsium karbonat disela[uti dengan resin epoksi, diglycidyl ether of bisphenol A (DGEBA) atau DER 331 adalah objektif utama penyelidikan ini dilakukan supaya dapat mencari satu penyelesaian bagi membolehkannya bersaing dengan prod...
10/22/20205/8/2007Rohaya Abdul Rahman
Kerintangan pengoksidaan aloi kuprum-aluminium dalam keadaan udara termampat pada suhu 700°c -900°c
Pelbagai jenis peralatan penyejuk kuprum seperti jari dan panel kuprum disejuk-air digunakan bagi perlindungan dan penyejukan reaktor metalurgi suhu tinggi. Namun, peralatan penyejuk kuprum tersebut mengalami masalah dan kegagalan dengan masa disebabkan pengoksidaan berlaku pada permukaan panas penyejuk kuprum pada suhu tinggi yang boleh mengurangk...
10/22/20205/1/2007Ooi Mey Ling
Kajian terhadap kesan kehadiran pembolehserasi malik anhidrida ke atas sifat mekanikal komposit pp/kenaf
Komposit yang dihasilkan adalah gabungan di antara polipropilena (PP) dan gentian kenaf. Projek ini dijalankan untuk mengkaji kesan kehadiran agen penserasi malik anhidrida (MAPP) terhadap sifat-sifat tensil komposit. Selain itu projek ini juga mengkaji kesan penambahan berat gentian ‘mat’ terhadap sifat-sifat tensil dan nilai ketumpatan komposit. ...
10/22/20205/1/2007Mohd Firdaus Daud
Kajian sifat mekanikal dan terma bagi komposit polistirenaorgano-montmorillonit
Dalam fasa pertama dalam kajian, kaedah penyebatian leburan telah digunakan untuk menyediakan komposit polistirena (PS)/OMMT. Pembebanan OMMT yang berbeza iaitu 2, 4, 6, 8, 10 wt% ditambah ke dalam PS dengan menggunakan pengekstud berskru tunggal. Sifat mekanikal komposit ditentukan melalui ujian pelenturan dan hentaman. Kekuatan pelenturan, keliat...
10/22/20205/1/2007Lim Li Yin
Firing of limestone for production of lime in Malaysia
Ketidakseragaman suhu di dalam relau pembakaran batu kapur merupakan salah satu faktor utama penghasilan kalsium oksida (kapur tohor) yang bermutu rendah dan tak seragam di negara ini. Dengan itu, satu kajian telah dilakukan untuk mengkaji cara penaburan lidah api and pembakaran bahan api dalam usaha mewujudkan suhu yang lebih seragam dalam rel...
10/22/20203/1/2006Yap Chee Hong
Cdse and tio2 photoanode by electrophoretic deposition for quantum dot sensitized solar cell / Hay Mar Aung Kyaw
Nanopartikel CdSe telah digunakan sebagai pemeka foton di dalam sel solar terpeka berkuantum dot (QDSSC). Dalam kajian ini, nanopartikel CdSe telah disintesis menggunakan kaedah pancutan hangat dengan jumlah ligan TOPO yang berbeza. Nanopartikel CdSe diserakan di dalam kloroform berikutan proses penulenan. 8 g TOPO CdSe telah digunakan dalam proses...
10/22/20207/1/2020Mar Aung Kyaw Hay
To design and fabricate a pneumatic stamping machine/Wong Goon Fook
Kebanyakan mesin penghentak lead frame yang ada sekarang menggunakan hidraulik sebagai penggerak. Tetapi, disebabkan komponen elektronik menjadi semakin kecil dan lead frame semakin nipis, sistem pneumatik dapat digunakan. Sebenarnya satu prototaip telah dihasilkan pada tahun lepas. Tetapi prototaip ini beroperasi secara menual. Oleh itu, tujuan k...
10/21/20202/1/2002Wong Goon Fook
The design and analysis of a compliant endosurgical haptic interface grasper by using pseudo-rigid-body method / Mohamad Ikhwan Zaini Ridzwan
Dalam pembedahan endoskopik, tisu dimanipulasi menggunakan penyepit endoskopik yang panjang. Walau bagaimanapun, daya yang terhasil pada hujung penyepit adalah begitu besar relatif kepada daya yang dikenakan pada pemegang oleh doktor. Situasi sebegini amat berbahaya kerana ia akan meningkatkan kebarangkalian kerosakan pada tisu serta organ yang sed...
10/21/20202/1/220Mohamad Ikhwan Zaini Ridzwan
Study of energy absorption for local wood (cengal and merbau) /Rosdi Mamat
Projek ini adalah berkenaan dengan kajian tenaga serapan ke atas bahan pepejal selular iaitu kayu. Dalam kajian ini dua spesis kayu diuji iaitu kayu cengal dan kayu merbau. Ujian dilakukan dengan menggunakan kaedah mampatan quasi-statik dengan menggunakan mesin pengujianan semesta (UTM). Dalam kajian ini juga ciri-ciri mekanikal seperti tegasan mak...
10/21/20202/1/2002Rosdi Mamat
Penyediaan dan pencirian filem nipis SiO2 di atas wafer 4H-SiC dan Si jenis-n dengan teknik sol-gel untuk aplikasi peranti berasaskan mos
Silikon dioksida (SiO2) merupakan dielektrik yang digunakan dengan meluas dalam fabrikasi wafer yang boleh diendapkan pada permukaan substrat 4H-SiC sebagai sebatian pasif dalam industri semikonduktor. Teknologi silikon karbida (SiC) yang mempunyai ciri-ciri baik menyumbang kepada kemajuan serta pengaplikasian dalam industri semikonduktor. Penyelid...
10/21/20205/1/2007Tan Jo-Lene
Pengembangan standard operating procedures untuk kegiatan operational sistem hawa dingin dewan-dewan /Mohd Akmal Isa
Projek ini dijalankan adalah bertujuan untuk membina suatu sistem standard operating procedures. Yang mana ia digunakan bagi menjalankan operasi sistem hawa dingin di dewan-dewan kuliah di Kampus Universiti Utara Malaysia dengan menggunakan kaedah ISO 9000. Selain itu, projek ini juga akan memastikan agar sistem penghawa dingin berada dalam keadaan...
10/21/20202/1/2002Mohd Akmal Isa
Penentuan tenaga pengaktifan dan mekanisme pengoksidaan kuprum dalam keadaan gas termampat pada suhu 200℃ hingga 1000℃
Projek ini bertujuan mengkaji mekanisme pengoksidaan logam kuprum dalam keadaan udara termampat pada suhu 200℃, 300℃, 400℃, 600℃, 800℃ dan 1000℃. Kuprum yang digunakan sebagai bahan saling hubungan dalam teknologi integrasi skala ultra besar litar bersepadu mengalami masalah pengoksidaan. Selain itu, cuprous oxide (Cu2O) dipercayai boleh digunakan ...
10/21/20205/1/2007Ng Siew Nee
Pencirian dan pertumbuhan lapisan silikon dioksida dengan kaedah pengoksidaan basah
Penggunaan silikon wafer dan lapisan silikon dioksida adalah luas dalam industri semikonduktor. Projek penyelidikan ini adalah pencirian dan pertumbuhan lapisan silikon dioksida yang nipis dengan kaedah pengoksidaan basah. Dalam pengoksidaan basah ini, wap air (sebagi seumber oksigen) dialirkan ke dalam relau pengoksidaan untuk menumbuhkan lapi...
10/21/20203/1/2007Toh Chen Cuan
Pemprosesan elektroseramik CaCu3Ti4O12 (CCTO) dengan kaedah lazim dan gelombang mikro
Bahan elektroseramik CaCu3Ti4O12 (CCTO) telah dihasilkan menggunakan kaedah tindak balas keadaan pepejal dengan menggunakan 3 jenis bahan mentah iaitu Ca(OH)2, TiO2 dan CuO. Kajian ini merangkumi semua aspek pencirian bagi sifat-sifat CCTO yang disediakan dengan menggunakan kaedah lazim iaitu pengkalsinan dan pensinteran menggunakan relau pembakara...
10/21/20205/1/2007Nur Hawadah Mohd Subhi
Pemodelan dan penganalisaan, alat pembuka buah kelapa bagi suri rumah Menggunakan sofwer i-deas / Norazlin Ab. Wahab
Komputer adalah alat asas bagi bidang kejuruteraan masa kini. Kejuruteraan Terbantu Komputer ( CAE ) berkembang dengan pesat kerana penggunaan komputer telah memudahkan kaedah penyelesaian masalah kejuruteraan berbanding dengan kaedah tradisional. Antara kelebihannya adalah masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugas kejuruteraan adalah l...
10/21/20202/1/2002Norazlin Ab. Wahab
Pemendapan larutan kimia filem nipis kuprum oksidai
Kaedah pemendapan larutan kimia yang digunakan di dalam projek ini untuk menghasilkan filem nipis kuprum oksida ialah proses nitrat. Proses nitrat ini diubahasuai dalam projek ini melalui pelarutan kuprum nitrat di dalam air suling atau alkohol dengan penambahan agen pelekatan seperti etanolamine bagi membantu pembasahan pada substrat kaca. Beb...
10/21/20205/1/2007Ong Yee Wei
Komposit hdpe-kaolin dan hdpe-illit
Mesin penggiling bergulung dua digunakan untuk proses penyebatian di antara polimer polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan tiga jenis pengisi iaitu kaolin AKIMA 25, kaolin FM, dan illit. Suhu penyebatian ialah 175°C dan halaju putaran rotor adalah 50 rpm untuk menghasilkan komposit HDPE dengan amuan peratus jisim pengisi yang digunakan ial...
10/21/20205/1/2007Tai Suk Fong
Kesan kepekatan kuratif, masa rendaman dan pelarut resapan ke atas sifat tensil filem lateks yang dihasilkan dengan kaedah konvensional dan in-situ laminasi
Kaedah pencelupan konvensional yang digunakan untuk penghasilan sarung tangan pemeriksaan dan pembedahan menjanakan banyak sisa lateks semasa peringkat pencelupan. Untuk mengelakkan penjanaan sisa lateks, kaedah pencelupan terubahsuaian diperkenalkan. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah pencelupan in-situ laminasi. Perbezaan kaedah ini dengan kaedah...
10/21/20205/1/2007Loke Poo Wha
Kajian terhadap pembentukan dan pencirian silikon berliang pada wafer silikon dengan menggunakan asid hidrofluorik yang dicairkan oleh dimethyl sulfoxide (DMSO) sebagai elektrolit
Projek ini difokuskan kepada kesan penggunaan sebatian organik (DMSO) untuk mencairkan asid hidrofluorik (HF) dalam pembentukan silikon berliang dan mengkaji nilai optimum bagi nisbah kepekatan, HF : DMSO dan ketumpatan arus bagi pembentukan silikon berliang. Dalam kajian ini, wafer silikon jenis-n digunakan dalam projek ini, silikon berliang d...
10/21/20203/1/2007Yuen Wai Yok
Elektrosaduran komposit nikel alumina
Kajian projek ini menumpu kepada elektrosaduran komposit nikel-alumina. Satu siri eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji keadaan yang paling baik untuk menjalani elektrosaduran nikel-alumina dan sifat mekanikal saduran komposit ini. Sebelum elektrosaduran nikel-alumina dijalankan, kajian kesan elektrosaduran nikel pada ketumpatan arus tetap...
10/21/20205/1/2007Ngien Ping Lok
First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   ....    Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Search: