(For USM Staff/Student Only)

Browse/Search: EngLib USM

Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 3401 - 3425 of 13215

First            < Previous     ....    121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   ....    Next >              Last

ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Parametric studies of Malaysian ilmenite acid leaching
Proses pelarutlesapan ilmenit dari Malaysia telah dijalankan dengan menggunakan asid hidroklorik sebagai pelarut tanpa kehadiran pemangkin. Sampel ilmenit telah dibuat beberapa ujian pencirian seperti kajian mikroskop, XRF, XRD dan analisis PSD. Hasil kajian XRF menunjukkan bahawa sampel ilmenit yang terdiri daripada beberapa elemen utama seperti t...
4/8/20196/1/2015Nurhanis Abd Hamid
Nitrilepolybutadiene rubber blend influences of wax, peroxide and filler on the properties of mould conditioning compound
Sifat pematangan, fizikal dan mekanikal bagi adunan getah nitril NBR)/polibutadiena (BR) dengan amaun lilin, kepekatan peroksida dan kandungan pengisi yang berbeza telah dikaji. Keputusan menunjukkan bahawa tork minimum (ML) dan tork maksimum (MH) telah menurun dengan fungsi lilin tetapi meningkat dengan fungsi peroksida. Kandungan pengisi yg lebih...
4/8/20196/1/2015Nik Nur Asma' Nabilah Nik Muhammad Shukri
Microscopy study of clinker quality during cement manufacturing
Simen klinker ialah sejenis bahan pejal yang diperbuat daripada bahan sintetik yang terdiri dari bahan-bahan asas terpilih yang terbentuk hasil daripada pembakaran pada suhu yang sangat tinggi di dalam sistem relau yang khas. Klinker yang dihasilkan akan menjadi warna hitam kekelabuan. Fungsi utama kajian mikroskop adalah sebagai alat untuk mengena...
4/8/20196/1/2015Rasyifah Rushda Abdul Mutalib
Host rock and mineralogy of gold deposit in Selingsing Gold Mine,Pahang
Dalam pengoptimuman perolehan emas ketika proses pengekstrakan, kajian sifat mineralogi perlu diberi keutamaan. Memahami mineralogi dan ciri-ciri emas mungkin bermanfaat untuk mengetahui tingkah laku bijih semasa pemprosesan bagi meningkatkan kadar pemulihan emas daripada bijih. Kajian mineralogi juga dilakukan untuk memahami ciri-ciri dan kelakuan...
4/8/20196/1/2015Muhammad Haritz Iftiqar Ahmad Termizi
Evaluation of limestone deposit from simpang pulai, perak and baling, kedah as a potential resource for lime
Kajian ini dijalankan untuk menilai deposit batu kapur sebagai sumber yang berpotensi untuk pengeluaran kapur. Terdapat tiga jenis batu kapur dari pelbagai kuari telah digunakan untuk mencirikan dan mentafsirkan tingkah laku dan komposisi kimia batu kapur. Analisis kimia dan analisis mineralogi yang terperinci untuk ketiga-tiga batu kapur telah di ...
4/8/20196/1/2015Nurul Asmira Ibrahim
Effect of particle shape and size on breakage characteristic of minerals
Pencirian bahan memainkan peranan penting dalam kecekapan peralatan dan prestasi litar keseluruhannya. Sifat bahan seperti kebolehkisaran, pemecahan, kebolehancuran dan mineralogi boleh ditentukan dengan ujian makmal. Pemahaman yang mendalam tentang sifat bahan akan memberi gambaran lebih jelas tetang kesan sifat bahan dalam pemecahan partikel. Pro...
4/8/20196/1/2015Nur Izzati Mustapa
Correlation of peak particle velocity during blasting and particle size distribution at imerys minerals malaysia sdn. Bhd. Simpang pulai, ipoh
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menentukan hubungan antara puncak halaju zarah semasa letupan dan taburan saiz zarah batu yang diletupkan. Lokasi yang dipilih adalah Imerys Mineral Malaysia Sdn. Bhd yang terletak di Simpang Pulai, Ipoh yang merupakan batu berasaskan marmar. Empat sesi letupan telah dilakukan dalam kajian ini. Antara data ...
4/8/20196/1/2015Maria Ulfah Khider
Chlorination of carbothermal reduced and nitride Malaysian ilmenite
Pengklorinan suhu rendah merupakan satu alternatif kepada proses pengekstrakan bijih titanium melalui proses Kroll. Kajian kinetik Ilmenit Malaysia ini merupakan persediaan kepada aplikasi industri. Projek ini memperkenalkan unsur polystyrene sebagai sumber karbon alternatif bagi proses karbotherma penurunan dan interaksinya didalam proses pengk...
4/8/20196/1/2015Faris Amali Alis Ali
Characterization and upgrading of silica sand from cambodia by using attrition scrubbing
Objektif projek ini adalah untuk menaiktaraf pasir silika dari Kemboja untuk industri pembuatan kaca. Untuk pembuatan kaca, semua benda asing perlu diasingkan daripada pasir silika. Ini adalah kerana benda asing tersebut akan memberi kesan terhadap pembuatan kaca terutamanya oksida besi (Fe2O3) yang mana akan memberi kesan kepada warna kaca tersebu...
4/8/20196/1/2015Siti Norhidayu Mohamed
Bat wing inspired latex membrane fabrication for micro air vehicle application
Membran yang fleksibel dan boleh direnggang daripada sayap kelawar adalah faktor yang membolehkan pelbagai perubahan bentuk dan mod penerbangan. Ia terdiri daripada empat bahagian iaitu dactylopatagium, plagiopatagium, uropatagium, dan propatagium yang mempamerkan sifat yang berbeza berdasarkan fungsi aerodinamik setiap bahagian. Dalam kajian ini, ...
4/8/20196/1/2015Amran Sahiron
Study on the efficiency of ball mill and shaking table at mini mill (circuit 1) rahman hydraulic tin sdn. Bhd.
Pembebasan partikel cassiterite daripada mineral reja yg dilakukan pengisar bebola adalah fenomena yg genting yang peril dicapai to mengoptimumkan grad konsentrata. Jesteru itu, keberkesanan pengisah bebola perlu ditentukan dan di optimumkan kerana mekanisma pengisaran bertujuan mengurangkan saiz partikel bagi memisahkan partikel berharga dari min...
4/2/20195/1/2010Mohammad Hafiz Zakaria
Structural behaviour of spiral-shaped arch structure
Lingkaran merupakan lengkung satah yang berpusing pada satu titik. Ia juga boleh dijumpai di sekitar alam semula jadi. Lingkaran mempunyai konfigurasi tenaga yang rendah. Jadi, kajian ini dijalankan untuk mengkaji and membezakan keupayaan struktur lengkung berbentuk lingkaran dalam menahan beban dalam tiga bentuk lengkung sedia ada, iaitu bulatan, ...
4/2/20196/1/2014Ooi Zi Xun
Runup characteristics and wave forces of tsunami on an idealized beachfront building at Penang Island
Pulau Pinang merupakan negeri Malaysia yang paling terjejas dalam kejadian Tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004. Oleh sebab kawasan tepi pantai dibangunkan dengan pesat sejak kebelakangan ini, lebih banyak nyawa dan harta benda akan dituntut sekiranya dilanda lagi oleh tsunami. Setakat ini, garis panduan untuk bangunan yang berkebolehan untuk menah...
4/2/20196/1/2014Tan Kang Chin
Numerical study of buckling behaviour of cold-formed c-channel steel purlin with perforation
C-purlin terbentuk sejuk biasa digunakan dalam bidang pembinaan. Disebabkan isu tentang kos keseluruhan keluli menjadi pertimbangan utama dalam reka bentuk bangunan, sektor pembinaan memperkenalkan konsep bukaan pada bahagian web. Oleh itu, dalam kajian ini, satu kajian berangka menumpukan pada tingkah laku lengkokan dengan pembukaan pada web purli...
4/2/20196/1/2014Kong Shin Lin
Evaluation of soil flexibility of the reclaimed area in Penang by using the non-destructive
Pembangunan pesat di kawasan bandar di negara-negara maritim memerlukan penyelesaian untuk menangani masalah kekurangan kawasan tanah untuk pembangunan dan infrastruktur. Penebusgunaan tanah memainkan peranan yang penting bagi mengatasi masalah ini dalam proses pembangunan bandar di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, tebus gu...
4/2/20196/1/2014Shahrul Nizam Hussin
Effects of aging on water sensitivity of asphalt mixtures using image analysis technique
Asfalt campuran suam (WMA) adalah teknologi yang mulai mendapat sambutan kerana keupayaannya untuk mengurangkan suhu pembinaan asfalt, dan seterusnya menjimat kos pembinaan jalan raya. Namun, kajian yang lebih mendalam masih diperlukan untuk menilai prestasinya. Kajian ini bertumpu pada aspek kerentanan terhadap kelembapan dan penuaan asfalt WMA, d...
4/2/20196/1/2014Tan Wee Pin
Development of a lightweight portable water sampler for various water bodies
Objektif kajian ini adalah untuk membentangkan reka bentuk yang optimum dan hasil uji kaji ke atas alat mengambil sampel air mudah alih yang berfungsi berasaskan prinsip tekanan udara dan spesifikasi yang sesuai untuk pelbagai tujuan pensampelan air sama ada di permukaan atau bawah tanah. Inovasi alat yang dinamakan sebagai alat mengambil air ALLi ...
4/2/20196/1/2014Azura Abdul Rahman
Thermoelectric couple concept
Teknologi modul termo-elektrik menjadi kajian disebabkan oleh beberapa faktor yang mempunyai nilai tersendiri. Berdasarkan prinsip-prinsip asas teknologi termo elektrik dan masa termodinamik yang terhad, sistem termo elektrik telah dibina sejak beberapa masa yang lalu. Dalam usaha untuk mengkaji kemajuan dan prestasi teknologi termo-elektrik untuk ...
3/22/20196/1/2015Muhammad Aminuddin Ahmad
Solar based car ventilation system
Sistem pengudaraan berasaskan solar mengeluarkan udara panas yang terperangkap di dalam kereta ke luar kereta. Pada hari yang cerah, tenaga solar sebagai sumber utama dalam sistem boleh digunakan untuk mengendalikan alat ini. Tujuan projek ini ialah untuk mempelajari sistem pengudaraan berasaskan solar dan mengkaji keberkesanannya dalam mengurangka...
3/22/20196/1/2015Asirah Roslan
Preliminary study of factor effect for tec performance
Satu prosedur dibangunkan untuk menilai prestasi penjana termoelektrik apabila ia digunakan untuk penjanaan kuasa elektrik. Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi Penjana Thermoeletrik ( TEG ) atau Sel Thermoeletrik ( TEC ) seperti bilangan TEG atau TEC, perkiraan pelbagai untuk hasil kuasa, penukar haba dan sistem penyejukan perlu dioptimumkan u...
3/22/20196/1/2015Mohd Ilham @ Ishak Aman
Optimum design of electrical wiring system for a factory
Sistem pendawaian elektrik sebuah kilang adalah besar dan kompleks bagi mengedarkan kuasa kepada beban dalam bangunan. Adalah sukar untuk menentukan sistem pendawaiwan elektrik yang terbaik kerana terdapat banyak pertimbangan rekabentuk dikehendaki semasa merekabentuk sistem. Selain itu, terdapat banyak sub sistem yang termasuk dalam sistem ini....
3/22/20196/1/2015Ho Lin Wei
Improved newton-raphson methods for load flow
Sistem bekalan kuasa yang bersepadu dan lengkap terdiri daripada penjana, litar penghantaran dan pengagihan serta beban. Sistem pengedaran merujuk kepada sebahagian daripada utiliti elektrik antara sumber kuasa yang menjana kuasa dan suis perkhidmatan untuk menyampaikan kuasa. Penentuan kuasa dan voltan dalam reka bentuk dan operasi sistem adalah s...
3/22/20196/1/2015William Ong Chew Fen
Energy harvesting from ceiling fan
Penuaian tenaga pada kipas syiling ialah pertukaran tenaga kinetic kepada tenaga elektrik. Penuaian tenaga adalah proses di mana tenaga diperolehi daripada sumber-sumber luar yang dituai dan disimpan dalam jumlah yang kecil kepada alat-alat tanpa wayar secara langsung. Tenaga mikro yang dituai dan disimpan di dalam peranti seperti brek regeneratif,...
3/22/20196/1/2015Muhammad Al-Ariff Selamat
The effects of harmonic voltage supply to the performances of three phase
Projek ini dijalankan untuk menyiasat kesan bekalan voltan harmonik terhadap prestasi motor aruhan tiga fasa, terutamanya kepada kelajuan, suhu, daya kilas dan kecekapan motor. Di samping itu, bekalan voltan harmonik maksima yang boleh digunakan oleh motor aruhan tiga fasa tanpa merosakkan motor akan turut dicadangkan dipenghujung projek ini. Dalam...
3/22/20196/1/2015Elza Fathi Estofa Shaik Sulaiman
Early estimation of photovoltaic module system in School Of Electrical And Electronic
Modul fotovoltan adalah antara salah satu teknologi tenaga boleh diperbaharui yang mahal dan mempunyai tingkah laku yang kompleks serta ciri-ciri tidak linear dalam keadaan persekitaran yang berbeza. Oleh itu, simulasi reka bentuk model adalah penting untuk menentukan hubungan antara arus, voltan dan kuasa modul fotovoltan pada keadaan persekita...
3/22/20196/1/2015Muhammad Azfar Amin Ahmad Mokthar
First            < Previous     ....    121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   ....    Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Search: