(For USM Staff/Student Only)

Browse/Search: EngLib USM

Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 401 - 425 of 734

First            < Previous    1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   ....    Next >              Last

ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Time domain reflection method to detect copper wire micro crack weld defect / Robin Ong Su Kiat
Kecacatan struktur ikatan dawai telah memberikan kesan yang penting terhadap kualiti sesebuah peranti mikroelektronik. Kaedah tradisi yang menggunakan ujian elektrik tidak dapat mengesan retakan ikatan dawai tembaga yang berpanjangan dari 1 hingga 20 m. Kejadian ini dikenali sebagai retakan mikro yang wujud pada peranti MOSFET kuasa Pembungkus...
11/25/201912/1/2016Ong Su Kiat Robin
Utilization of electric arc furnace steel slag as partial replacement of raw materials in ceramic tile / Teo Pao Ter
Dalam projek ini, sanga keluli dari relau arka elektrik (EAF) di SSB telah digunakan sebagai pengganti separa bahan mentah dalam jubin seramik, sebagai salah satu usaha untuk menguruskan sanga tersebut melalui pendekatan yang lebih lestari. Di Peringkat Pertama, sanga EAF mempunyai ciri-ciri yang konsisten antara enam kelompok dan ia sesuai dalam p...
11/25/201912/1/2016Pao Ter Teo
ynthesis and characterization of mesoporous carbonated hydroxyapatite for drug delivery application / Nur Farahiyah Mohammad
Hidroksiapatit berliang meso (HA) sebagai pembawa dadah telah dikaji secara meluas tetapi kurang tumpuan diberikan terhadap spesis yang lebih bioserasi iaitu hidroksiapatit berkarbonat (CHA) berliang meso. Pengenalan struktur liang meso dijangka memberikan CHA berliang meso sifat biokeserasian dan profil pelepasan dadah yang lebih baik. Matlama...
11/25/20195/1/2017Nur Farahiyah Mohammad
Optimized fabrication of tio2 nanotube arrays by anodization for solar cell applications / Nyein Nyein
Rangkaian tiubnano TiO2 (TNT) telah mendapat perhatian meluas dalam aplikasi sel solar: sel fotoelektrokimia (PEC) dan sel solar peka-dakwat (DSSC) untuk penghasilan tenaga yang dapat diperbaharui. Aturan yang tinggi, dan permukaan seragam rangkaian TNT telah berjaya difabrikasikan dalam elektrolit amonium fluorit (NH4F)/ glikol etilena (EG) me...
11/29/20194/1/2017Nyein Nyein
Natural rubberrecycled chloroprene rubber blends preparation and properties / Siti Zuliana Salleh
Penggunaan produk sisa daripada sarung tangan getah kloroprena (rCR) sebagai salah satu bahan di dalam adunan getah adalah satu penyelesaian bagi mengurangkan sisa getah dalam industri. Pada siri pertama, kesan daripada dua getah kloroprena yang berbeza; asli dan kitar semula diwakili sebagai vCR and rCR di dalam adunan getah asli (NR) telah di...
12/2/20196/1/2017Siti Zuliana Salleh
Design and implementation of human crowd density estimation system with energy harvesting in wireless sensor network platform / Solahuddin Yusuf Fadhlullah
Kepadatan yang tinggi dalam khalayak ramai boleh menjadi berbahaya kerana wujudnya potensi untuk pergerakan sekumpulan manusia secara tiba-tiba yang menyebabkan rempuhan dalam kes kecemasan. Untuk mengurangkan kecederaan mahupun kehilangan nyawa dalam kemalangan yang berkaitan dengan isu kepadatan manusia, sistem pengawasan kepadatan manusia berdas...
12/3/20195/1/2017Solahuddin Yusuf Fadhlullah
Mesocellular foam incorporated with copper and iron as catalyst for azo dyes degradation / Nur Azimah Jamalluddin
Penggunaan mangkin sokongan berasaskan besi (Fe) di samping hidrogen peroksida (H₂O₂) bagi proses penguraian bahan pewarna organik telah menarik perhatian disebabkan oleh kemampuan mangkin tersebut untuk mencapai kadar penguraian yang tinggi. Walau bagaimanapon, mangkin yang sedia mempunyai beberapa had yang menghalang untuk mencapai kadar pengurai...
12/3/201910/1/2016Nur Azimah Jamalluddin
Synthesis and thermal conductivity of copper nanoparticle encapsulated by graphene / Sebastian Dayou
Kaedah mudah aplikasi pemendapan wap kimia (CVD) telah digunakan untuk mensintesis grafena yang dimangkin oleh kuprum yang disokong di atas MgO. Penggunaan komposit grafena-CuO-MgO (iaitu produk selepas proses CVD) sebagai bahan tambah untuk meningkatkan keberaliran haba dalam bahan penyimpan tenaga haba juga dikaji. CuO-MgO telah disediakan dengan...
12/3/20197/1/2017Sebastian Dayou
Synthesis of open-shell iron oxide-polyelectrolyte-silica nanocomposite for water treatment application / Che Hui Xin
Nanokomposit silika-polielektrolit-ferum oksida disintesis melalui teknik lapisan-demi-lapisan. Di sini, silika disintesis melalui proses Stöber dan nanopartikel ferum oksida (IONPs) disintesiskan melalui proses pemendakan-bersama. Kejayaan himpunan nanokomposit yang terdiri daripada silika, polielektrolit dan IONPs boleh dikenalpastikan dengan tek...
12/3/20195/1/2017Hui Xin Che
Analysis of pv wind battery hybrid power system (pwbhps) using simple zone probabilities (szp) method for household in Malaysia / Suriadi
Perkembangan Sistem Kuasa Hibrid telah menyumbang kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebagai sumber tenaga alternatif. Jumlah penggunaan tenaga boleh diperbaharui biasanya bergantung kepada jenis beban dan reka bentuk sistem. Tesis ini mencadangkan sistem kuasa hibrid yang akan menggunakan tenaga daripada solar dan angin sebagai sumber...
12/4/201911/1/2016 Suriadi
Association between walkability index and pedestrians’ perspective in reducing exposure of schoolchildren to ground level ozone / Nazatul Syadia Zainordin
Ozon paras tanah (O3) adalah satu pencemar gas yang mana memberi kesan ketara kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Pendedahan kepada pencemar ini dan prapenandanya adalah lebih bahaya kepada kanak-kanak jika dibandingkan dengan orang dewasa. Prapenanda O3 kebanyakkannya dikeluarkan daripada ekzos kenderaan. Perjalanan tidak bermotor telah men...
12/4/20192/1/2017Nazatul Syadia Zainordin
Project management success for post-disaster reconstruction projects from the international non-governmental organisations’ perspectives / Dzulkarnaen Ismail
Inisiatif projek pembangunan semula pasca bencana sering menghadapi kerumitan dan ketidaktentuan, sekali gus memerlukan strategi tertentu untuk menjamin kejayaan sesuatu projek. Walaupun terdapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai agensi bagi pembangunan semula pasca bencana, jumlah projek-projek pembinaan semula yang siap masih rendah. Walau b...
12/4/201912/1/2016Dzulkarnaen Ismail
Synthesis, characterization and catalytic activity of cao-based catalysts in transesterification of non-edible and waste cooking oils into glycerol-free fatty acid methyl ester / Yanna Syamsuddin
Biodiesel juga dikenali sebagai asid lemak metil ester (ALME), telah menjadi lebih menarik sebagai bahan api alternatif disebabkan oleh keboleh perbaharui dan pengeluaran bahan cemar yang rendah. Sintesis biodiesel telah dijalankan melalui transesterifikasi menggunakan dimetil karbonat (DC) untuk pengganti metanol menggunakan pemangkin heterogen un...
12/4/20195/1/2017Yanna Syamsuddin
The establishment of setback distance for malodour mitigation from palm oil mill / Nurashikin Yaacof
Malaysia merupakan antara pengeluar terbesar minyak kelapa sawit. Semasa proses pengeluaran minyak kelapa sawit dijalankan, ianya akan mengeluarkan banyak efluen kilang minyak sawit yang menyumbang kepada masalah bau. Terdapat pelbagai kaedah dalam menguruskan bau busuk antaranya ialah penapis bio tetapi, kos bagi kaedah ini adalah tinggi dan p...
12/4/20196/1/2017Nurashikin Yaacof
Optimization of silver nanoparticles sizes in ag-cu nanopaste as die-attach materials for high temperature applications / Norasiah Mohammad Noordin
Peranti elektronik yang digunakan untuk suhu tinggi lampau (>500oC) sebagai contoh dalam aplikasi penerbangan dan aeroangkasa, terus menjadi permintaan. Nanopes Ag-Cu ialah campuran nanopartikel Ag dan Cu dengan penambah organik (pengikat PVA, etilena glikol), telah diperkenalkan sebagai teknik lekapan dai. Dengan menggunakan nanopartikel, kepe...
12/5/20198/1/2017Norasiah Mohammad Noordin
An efficient energy aware adaptive system-on-chip architecture for real-time video analytics / Hisham Ahmed Ali Ahmed
Aplikasi analitik video yang kebanyakannya ada pada peranti terbenam semakin kerap digunakan kini. Pertumbuhan pesat yang ditunjukkan ini menyebabkan perlunya Sistem-atas-Cip (SoC) dibangunkan untuk menjalankan pemprosesan terbaik pada cip tunggal berbanding pada komponen diskret. Penglihatan terbenam tertakluk kepada keperluan yang ketat, iait...
12/6/201910/1/2016Hisham Ahmed Ali Ahmed
An improved design of piezoelectric raindrop energy harvester / Wong Chin Hong
Penuaian tenaga titisan hujan memberikan sumber tenaga alternatif yang boleh digunakan semasa hujan. Walaupun penyelidikan yang ekstensif telah disiasat berkenaan penuaian tenaga titisan hujan mengunakan mekanisme piezoelektrik, penuai piezoelektrik tenaga titisan hujan (Piezoelectric Raindrop Energy Harvester (PREH)) yang bercekapan tinggi masih d...
12/6/20191/1/2017Chin Hong Wong
Design, fabrication and characterization of micro fluidic and cmos-based process technology rf tuneable inductor / Fatemeh Bani Torfian Hoveizavi
Pemboleh aras RF induktor menjadi fokus penyelidikan bagi menghasilkan konfigurasi sistem RF di dalam cip yang bersaiz kecil. Pendekatan ini menjadi salah satu cabaran kerana bacaan bagi nilai aruhan yang tinggi bagi satu jarak penalaan perlu dihasikan serta factor kualiti yang tinggi. Pelbagai teknik penalaan yang telah digunakan sebelum ini s...
12/6/201911/1/2016Fatemeh Bani Torfian Hoveizavi
Hydraulic conductivity study in engineered soil media for stormwater runoff treatment in bioretention facility / Husna Takaijudin
Kaedah konvensional sistem perparitan seolah-olah tidak mencukupi untuk memenuhi air larian permukaan bandar akibat peningkatan populasi bandar yang mendadak. Ia adalah terhad kepada pendekatan struktur yang berkaitan dengan pengaruh hidraulik dan hidrologi. Oleh itu, pendekatan ini telah beralih kepada pendekatan yang lebih holistik dengan men...
12/6/20195/1/2017Husna Takaijudin
Rainfall reflectivity relationship for rainfall nowcasting in northern region of peninsular Malaysia
Peramalan hujan jangka pendek adalah salah satu daripada tugas peramalan yang penting dalam meteorologi. Kejayaan menjangka hujan bergantung kepada banyak faktor seperti, pengalaman peramal, kemampuan perkakasan radar dan parameter penukaran antara kebolehpantulan (Z) dan kadar hujan (R), dikenali dengan kehubungan Z-R (Z=ARb). Menggunakan teknik p...
1/6/20207/1/2017Mahyun Ab Wahab
Rainfall reflectivity relationship for rainfall nowcasting in northern region of peninsular Malaysia_ Mahyun Ab Wahab
Peramalan hujan jangka pendek adalah salah satu daripada tugas peramalan yang penting dalam meteorologi. Kejayaan menjangka hujan bergantung kepada banyak faktor seperti, pengalaman peramal, kemampuan perkakasan radar dan parameter penukaran antara kebolehpantulan (Z) dan kadar hujan (R), dikenali dengan kehubungan Z-R (Z=ARb). Menggunakan teknik p...
1/16/2020Mahyun Ab Wahab_
Improved topologies of series resonant and llc resonant dc-dc converters for medium output voltage applications / Nor Azura Samsudin
Penukar salunan kini adalah pilihan yang lebih baik untuk penukaran kuasa dalam kebanyakan aplikasi voltan rendah dan sederhana. Penukar at-at salunan siri berkembar mempunyai kuantiti komponen yang sedikit, kecekapan dan gandaan voltan yang lebih baik berbanding dengan penukar at-at salunan siri lain yang beroperasi dalam mod pengaliran tidak teru...
1/17/20201/1/2017Nor Azura Samsudin Samsudin
Penentukuran jarak elektronik menggabungkan kaedah pengukuran zig-zag dengan pelarasan kuasa dua terkecil / Azlan Yahya
Satu prosedur perakuan pemiawaian EDM mengikut perkembangan teknologi semasa amat diperlukan kerana model EDM dalam pasaran kini dibina menggunakan gelombang inframerah dan gelombang cahaya tampak. Oleh itu, tapak ujian pengukuran jarak EDM konvensional tidak lagi sesuai kerana sifat gelombang dan tujuan ujian sudah berbeza. Penyelidikan ini be...
1/17/2020Azlan Yahya Yahya
Cooperative consensus simultaneous localization and mapping for multi blimp system / Herdawatie Abdul Kadir
Navigasi dalam persekitaran lautan dengan sedikit ciri-ciri statik dan menggunakan dinamik air sebagai latar belakang adalah bidang yang mencabar untuk diterokai oleh sistem berbilang ejen. Ini adalah kerana wujud pengukuran yang tidak seragam di permukaan lautan kerana pengagihan ciri spatial yang kerap berubah-ubah. Oleh itu, adalah wajar unt...
1/20/2020Herdawatie Abdul Kadir
Development of hierarchical skin-adaboost-neural network (h-skann) for multiface detection in video surveillance system / Zulhadi Zakaria
Pengesanan muka secara automatik merupakan langkah pertama bagi kebanyakan sistem biometrik masa kini yang berasaskan muka seperti pengecaman muka, pengecaman ekspresi wajah, pengecaman jantina dan pengesanan kedudukan kepala manusia. Walau bagaimanapun, teknologi pengesanan muka berpandukan kepada sistem komputer masih mempunyai pelbagai kelem...
1/20/2020Zulhadi Zakaria Zakaria
First            < Previous    1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   ....    Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Search: