(For USM Staff/Student Only)

Browse/Search: EngLib USM

Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 2526 - 2550 of 4630

First            < Previous     ....    101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   ....    Next >              Last

ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Automatic stuttering assessment
Gagap merupakan sejenis ganguan ucapan yang menjejaskan lebih kurang 1% daripada populasi manusia menurut Persatuan Tuturan-Bahasa-Pendengaran Amerika. Impak kegagapan ke atas penggagap amat besar dalam aspek sosial, emosi dan juga mental. Penilaian terhadap kegagapan biasanya dijalankan oleh pakar terapi pertuturan secara manual dengan pengiraan d...
6/14/20186/1/2016Lee En Sheng
An autonomous maze solving robot
Salah satu bidang penting robotika autonomi adalah penyelesaian maze. Sekitar robot itu tidak diketahui sehingga robot mesti mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan dengan sendirinya dengan mencari jalan dari titik permulaan hingga keluar dari labirin. Dalam projek ini, Arduino Nano digunakan sebagai mikrokontroler robot pemecah labirin untuk m...
7/3/20186/1/2016Lim Yong Shan
Banana stem fibre filled agar fibreboard bio-composites- characterization of water absorption, mechanical and thermal properties
Dalam kajian ini, gentian batang pisang diisi untuk bio-komposit telah disediakan dengan kandungan yang berbeza agar sebanyak 10%, 20 % dan 30 % dan kajian penyerapan air , mekanikal, sifat haba dan permukaan morfologi telah dijalankan. Bio-komposit dihasilkan dengan menggunakan gentian batang pisang pendek dan agar dalam bentuk serbuk. Gentian p...
1/30/20196/1/2016Muhammad Helmi Mohd Mansor
Banana stem fibre filled agar fibreboard biocomposites- effect of fibre surface treatment on mechanical and thermal properties
Dalam projek ini, batang pisang digunakan untuk menghasilkan papan gentian dan Agar digunakan sebagai polimer yang mengikat gentian, sebagai penyelidikan untuk menggantikan gentian kayu. Rawatan permukaan dilakukan dengan menggunakan larutan natrium hidroksida (NaOH) untuk memperbaiki interaksi antara gentian dan agar, sampel yang tidak dirawat dig...
1/30/20196/1/2016Fahzimran Afnor Afendi
Behaviour of flush end-plate connection for perforated section
Disertasi ini membentangkan kajian mengenai kelakuan sambungan tiang-rasuk dengan menggunakan sambungan flush end plate pada rasuk I dengan keratan rasuk berlubang. Kajian ini adalah momen-putaran dan corak kegagalan sambungan flush end plate pada seksyen berlubang. Model ini telah dimodelkan dengan menggunakan perisian LUSAS dan kemudian dianalisi...
5/24/20186/1/2016Lai Chun Leong
Behaviour of ground level ozone during high particulate events
Ozon (O3) merupakan pencemar sekunder yang membawa keburukan kepada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan bahan binaan. Kajian ini hanya mengfokuskan kepada kepekatan ozon semasa peristiwa zarah tinggi. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan ciri-ciri dan perilaku transformasi ozon daripada NOx semasa peristiwa zarah tinggi serta menghasilkan peta...
5/24/20186/1/2016Dewi Ayuniza Yadi
Behaviour of the beam to column connection for tapered steel section with perforation
Sambungan adalah sendi atau nod yang digunakan untuk menyambungkan elemen struktur pada satu titik di mana daya dapat dipindahkan dengan selamat. Keratan tirus dengan bukaan biasanya digunakan dalam projek pembinaan disebabkan berat keluli dapat dikurangkan. Semakin kurang berat keluli, semakin kecil kos pembinaan. Disertasi ini membentangkan sifat...
5/24/20186/1/2016Mohamad Mahzuz Shaharudin
BER performance evaluation in OFDM system using channel coding techniques
Pada zaman ini, sistem perhubungan tanpa wayar berkembang dengan pesat disebabkan oleh permintaan yang tinggi dalam perkhidmatan data dan penggunaan lebar jauh juga bertambah. Sejak kebelakangan ini, Pemultipleksan Pembahagian Frekuensi Orthogon (OFDM) telah berjaya diaplikasikan dalam penyiaran video digital dan menunjukkan bahawa ia mampu mengu...
7/3/20186/1/2016Celine Lim Chai Lin
Bioactive glass reinforced polyurethane scaffold- bioactivity and degradation
Perancah yang bioaktif dan biodegradasi semakin menjadi pilihan yang lebih baik untuk implan tulang yang menggantikan biolengai logam dan seramik. Cabaran yang akan dihadapi ialah reka bentuk dan fabrikasi perancah komposit sintetik serta bioaktiviti dan biodegradasi in vitro dan in vivo. Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada fabrikasi dan penyel...
2/12/20196/1/2016Lim Shi Hong
Bioactive glass reinforced polyurethane scaffold- effect of concentration of leaching agent
Dalam kajian ini, perancah poliuretana (PU) -kaca bioaktif (BG) telah disediakan menggunakan teknik garam larut-lesap. Perancah poliuretana-kaca bioaktif yang mengandungi 20 %bt serbuk kaca bioaktif telah disintesis dengan menggunakan pelbagai komposisi agen larut-lesap. NaCl telah digunakan sebagai agen larut-lesap pada nisbah yang berbeza. Sifat ...
1/30/20196/1/2016Nor Syuhadah Abdul Jaffar
Bioactive glass reinforced polyurethane scaffolds- effect of PU – BG ratio
Dalam kajian ini, perancah berliang komposit poliuretana (PU) diperkuat kaca bioaktif telah difabrikasi dengan nisbah berat PU: BG yang berbeza. Struktur perancah berliang disediakan dengan menggunakan kaedah tuangan pelarut digabung dengan kaedah partikel larut-lesap (SCPL). Sifat kimia dan fizikal perancah berliang yang dihasilkan telah dinil...
1/30/20196/1/2016Lim Weng Lip
Biocrude production from spirulina platensis via hydrothermal liquefaction
Objektif penyelidikan ini adalah untuk menghasilkan minyak bio mentah daripada sejenis mikroalga, iaitu Spirulina platensis, dengan kaedah pencairan hidroterma. Pembolehubah bagi kaedah pencairan hidroterma yang dikaji adalah suhu tindak balas (200-300 °C), masa penahanan (5-45 minit) dan nisbah alga kepada air (A/W, 5-25 g/100 mL air). Keadaan opt...
5/30/20186/1/2016Kee Li En
Board design and measurement of off the shelf low noise amplifier for A 5G wireless system
Bilangan pengguna yang menggunakan sistem komunikasi tanpa wayar secara beransur-ansur makin meningkat. Selain itu, permintaan untuk kadar data yang lebih tinggi, liputan internet yang lebih baik, dan sambungan internet yang lebih pantas telah membuat sambungan tanpa wayar 4G sebagai tidak boleh lagi diharap untuk masa akan datang. Oleh itu idea ...
7/3/20186/1/2016Ilamaaran Ramakrishnan
Brushless DC motor parameter estimation with experimental methods
Anggaran parameter mana-mana sistem fizikal adalah penting untuk mempermudah proses merancang pengawal dan menganalisis prestasi sistem. Dalam banyak kes, anggaran melalui pendekatan eksperimen lebih baik kerana parameter diperoleh menggunakan persediaan dunia sebenar. Ini adalah penting untuk mengesahkan keputusan yang diperoleh menggunakan simula...
5/14/20186/1/2016Hoe Yew Hock
Calibration and assessment of delays for coordinated signalised intersection
Kelengahan merupakan faktor yang penting dalam penilaian tahap perkhidmatan persimpangan lampu isyarat. Pada masa kini, masalah kelengahan sering berlaku di banyak kawasan bandar. Di persimpangan yang terdiri daripada dua lampu isyarat yang terletak bersebelahan, kesesakan yang teruk kebiasaanya berlaku. Kebiasaanya, kenderaan terpaksa berhenti di ...
5/25/20186/1/2016Wong Keng Soon
Carbothermal reduction of rutile
Penurunan karboterma adalah satu proses untuk mengurangkan sebatian bahan dengan menggunakan karbon sebagai agen penurunan. Rutil adalah sampel yang dipilih dalam kajian ini yang merupakan komposisi titanium adalah sekitar 60-70% berbanding dengan rutil sintetik yang mempunyai melebihi 90% komposisi titanium. Komposisi Ferum juga berbeza iaitu ...
2/8/20196/1/2016Aini Nazihah Jimat
Case study- implementing numerical analysis in simple copper wire at RF Frequency
Di dalam wayar kuprum ringkas terdapat caj pengagihan sepanjang wayar kuprum tersebut. Caj pengagihan terhasil sekiranya terdapat arus dan voltan yang mengalir di dalam wayar tersebut. Di dalam tesis ini, kaedah berangka adalah diutamakan dalam menyelesaikan masalah pengiraan yang kompleks. Terdapat beberapa kaedah yang menggunakan kaedah berangka ...
7/4/20186/1/2016Mohamad Athiq Mohd Ridzun
Characterisation and hydrometallurgical processing of gold
Dalam kajian ini, sampel bijih emas Bergred Tinggi (HG) yang didapatkan dari lombong emas Selinsing dikaji. Bijih emas tersebut menjalani pencirian untuk mengenal pasti mineral bersekutu dan penentuan komposisi kimia yang dilakukan melalui XRF, XRD, SEM/EDX analisis termasuklah kajian mikroskop optik dan mineralogi. Beberapa kaedah pencerakinan tel...
1/14/20196/1/2016Muhammad Rusyaidi Mohamad Rozi
Characterisation of 1.0 μM InGaAs-InAlAs Pseudomorphic High Electron Mobility Transistor (PHEMT) for high speed electronics
Minat yang kian berkembang dalam bidang struktur perigi kuantum, peningkatan idea doping modulasi, pemahaman yang lebih mendalam mengenai sistem pertumbuhan kristal terutamanya melalui “Molecular Beam Epitaxy” (MBE) manjadi pencetus kemajuan pseudomorphic High Electron Mobility Transistor (pHEMT). Melalui pelbagai jenis ujian, pHEMT menunjukkan kap...
7/4/20186/1/2016Saranyah Vijayan
Characterisation of malaysian sulphide gold ore
Empat jenis sampel dari Selinsing dan Buffalo Reef menunjukkan mineralogi dari kawasan itu kebanyakannya mengandungi mineral arsenopyrite, pirit, sphalerite dan kalkopirit. Terdapat juga emas boleh didapati di kawasan ini jika penyelidikan dan kajian lanjut dibuat. Sampel pengenalan mineral yang bergred rendah dan tidak larut dalam kimia pempro...
2/8/20196/1/2016Hafizah Kamaruzaman
Characteristics study of an emulsified biofuel application in diesel engine
Bahan api alternatif telah digunakan secara meluas dalam pelbagai industri untuk pelbagai tujuan kerana sumber bahan api fosil semakin berkurangan. Dalam projek ini, tumpuan utama adalah untuk menghasilkan dan mengkaji minyak bio beremulsi dari segi saiz mikrostruktur, ujian prestasi enjin dan ujian pelepasan asap enjin. Terdapat banyak kriteria ya...
11/15/20186/1/2016Mohamad Khusairi Omar
Characterization acoustic sensor based Piezoelectric Micromachined Ultrasonic Transducer (pMUT) on polyimide substrate
Ultrasonik transduser digunakan untuk menukar isyarat elektrik kepada isyarat bunyi atau sebaliknya. Transduser ini boleh digunakan dalam komunikasi dan navigasi untuk frekuensi yang rendah dan juga boleh digunakan dalam diagnosis dalam aplikasi perubatan untuk frekuensi yang tinggi. Bahan piezoelektrik, Polvyinylidene Fluoride (PVDF) telah digunak...
7/5/20186/1/2016Nor Sakinah Shuaib
Characterization and Cation Exchange Capacity (CEC) study of weathered granite profile from Lumut, Perak
Kerak sedimen granit yang telah mengalami proses luluhawa dari Lumut, Perak telah dianalisis untuk mengetahui kandungan mineral dan komposisi kimia dengan menggunakan pelbagai kaedah termasuklah XRD, SEM, XRF dan ICP- OES. Kajian mineralogi dan geokimia telah dijalankan mengikut profil batu granit yang telah terluluhawa dan boleh dibahagikan kepada...
2/11/20196/1/2016Siti Nuriha Mahmud
Characterization and optimization of the conversion coating process on aluminium surface for corrosion protection
Proses penukaran penyalutan ialah penyalutan yang terbentuk pada permukaan bahagian logam disebabkan oleh tindak balas permukaan logam dengan bahan kimia. Logam yang digunakan dalam projek ini adalah aluminium dan terdapat tiga jenis aluminium yang diuji dalam projek ini iaitu Al 2024, Al 5052 dan Al 6061 untuk penilaian salutan tindak balas ki...
5/21/20186/1/2016Syafiqah Mad Zin
Characterization and processing of silica sand using spiral concentrator
Dalam kajian ini, pencirian dan pemprosesan pasir silica telah dijalankan dengan menggunakan pengkonsentrat pilin. Tujuan utama penyiasatan ini adalah untuk meningkatkan kandungan silika dalam pasir bekas lombong untuk prosess pembuatan kaca. Oleh itu, analisis taburan saiz partikel dan analisis XRF telah dijalankan terhadap sampel mentah di pering...
2/8/20196/1/2016Pugalyenthiran Sinaiyah
First            < Previous     ....    101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   ....    Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Search: