Thumbnail | Name | Publication Date | First Public Date | Contributors |
Kajian tren pemilikan kereta di Malaysia Terdapat peningkatan yang drastik di dalam jumlah kereta di Malaysia terutamanya
pada tahun 90-an yang disebabkan oleh berkembangnya ekonomi negara.
Peningkatan jumlah ini boleh membawa kebaikan dan keburukan kepada negara.
Walaupun ia akan membawa sejumlah besar pendapatan kepada negara menerusi
cukai, namun tahap yang semakin meningkat ini ti... | 9/23/2020 | 4/1/2005 | Thong Wei Yung | |
Keupayaan penyusupan Konsep kawalan kuantiti dan kualiti air larian hujan didalam Manual Saliran Mesra Alam
(MSMA) yang dicadang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah dipraktikkan
dalam kajian ini melalui penggunaan kaedah penyusupan. Kajian penyusupan yang
dijalankan merupakan kaedah kawalan bagi mengurangkan sumber air larian permukaan
yang mengakibatkan... | 9/22/2020 | 4/1/2005 | Nasruddien Mohd Nor Saidi | |
Kajian terhadap masalah banjir di sungai senam,Ipoh berpandukan manual saliran mesra alam Masalah Banjir kilat adalah merupakan salah satu kesan akibat proses urbanisasi yang
pesat di sesuatu kawasan tersebut. Dimana, ia mengakibatkan peningkatan kawasan tidak
telap air dan meningkatkan kadar luahan air semasa hujan lebat.Rangkaian sistem saliran
kaedah konvensional tidak lagi mampu untuk mengawal kesan urbanisasi ini. Oleh yang
dem... | 9/22/2020 | 2/1/2005 | Ridza'uddin Mohd Radzi | |
Kajian kesan adid terhadap bahan logam-kes plat aluminium Pencemaran udara yang semakin meningkat di negara ini mengakibatkan kesan yang
pelbagai keatas setiap objek di muka bumi, bukan sahaja ke atas hidupan malah ke atas
bangunan. Oleh yang demikian bandar yang pesat membangun seperti Seberang Perai
merupakan salah satu lokasi yang pelbagai aktiviti yang menyumbang kearah
pencemaran. Tidak dapat din... | 9/21/2020 | 4/1/2005 | Darol Shafek Yusof | |
Kajian kesan halangan ketika bas berhenti terhadap kadar aliran tepu dipersimpangan lampu isyarat Faktor pelarasan halangan ketika bas berhenti merupakan satu pembetulan bagi aliran
tepu kenderaan yang bergerak melalui persimpangan lampu isyarat. Iaitu, aliran tepu
yang berlaku di persimpangan berlampu isyarat bagi kenderaan yang mengalami
kesan halangan ketika terdapat bas yang berhenti di perhentian bas pada jarak kirakira
7.5 meter darip... | 9/18/2020 | 4/1/2005 | Hau Sze Chern | |
Kajian ke atas penggunaan acuan kekotak aluminium (aluminium formwork) dalam industri pembinaan Sektor pembinaan di Malaysia telah bertambah maju, di mana ianya sejajar dengan
perlaksanaan Wawasan 2020 yang akan ditempuhi kelak. Di dalam bidang pembinaan
terdapat dua perkara yang menjadi aspek utama iaitu dari segi kos dan masa. Oleh itu,
amatlah penting untuk mengkaji kaedah-kaedah pembinaan yang terkini terutamanya
yang membabitkan peng... | 9/18/2020 | 4/1/2005 | Mohamad Hanif Poniran | |
Kesan pendedahan udara terhadap mortar berpolimer Kajian ke atas kesan pengawetan terhadap konkrit berpolimer dijalankan untuk
membandingkan sifat-sifat kejuruteraan di dalam ujian mampatan, ujian lenturan, ujian
penyerapan air dan keliangan, ujian tukul menganjal, ujian halaju denyutan ultrabunyi
dan ujian penentuan ketumpatan di dalam dua keadaan iaitu konkrit berpolimer yang
diawet dalam ai... | 9/17/2020 | 4/1/2005 | Mat Zahir Bakar | |
Keadeh olahan fizikal menggunakan media zeolit dan karbon teraktif dalam menyingkirkan amminia dan logam berat (ferum dan zink) dari larut lesapan semiaerobik tapak Penyelidikan ini bertujuan untuk memperkenal dan menguji suatu kaedah fizikal
kimia yang efektif dan berpotensi diaplikasikan secara komersial untuk penyingkiran
unsur logam berat dan ammonia. Sampel yang digunakan adalah larut lesapan yang
diambil daripada kolam semi aerobik di Tapak Pelupusan Pulau Burung. Masa
penggoncangan, pengenapan, kela... | 9/17/2020 | 4/1/2005 | Faisal Rasaik | |
Kaedah olahan fizikal menggunakan campuran media zeolit dan batu kapur dalam menyingkirkan cod dan warna dari larut lesapan semi-aerobik tapak pelupusan Pulau Burung Keperluan Oksigen Kimia (COD) dan warna merupakan di antara parameter larut
lesapan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Di negara kita, kajian terhadap
rawatan larut lesapan adalah terhad, terutamanya rawatan secara penjerapan. Teknik
rawatan larut lesapan melalui kaedah kimia dan biologi menelan belanja yang besar
dan sehingga kini masih belu... | 9/17/2020 | 3/1/2005 | Rohalina Ramli | |
Kajian sistem lampu isyarat dan penggunaan sistem “actuated” Masalah kesesakan lalu lintas telah lama berlaku di negara kita yang kian pesat
membangun. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini ialah
berlakunya ketidakseragaman dalam pemisahan ragaman ke atas pilihan pengguna
dalam menggunakan jalan raya. Bilangan kenderaan penumpang yang melebihi
muatan jalan raya telah berlaku dan akibatn... | 9/15/2020 | 4/1/2006 | Fazilah Mohd Jani | |
Kajian kemapanan perkhidmatan feri di Pulau Pinang Feri Pulau Pinang merupakan salah satu ragam pengangkutan yang digunakan untuk
menuju ke Pulau Pinang dan Seberang Perai. Namun pada hari ini, perkhidmatan ini
menjadi semakin kurang digunakan ekoran daripada pembinaan Jambatan Pulau Pinang
pada tahun 1985. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui perkhidmatan feri pada
masa sekarang, mengk... | 9/14/2020 | 1/1/2004 | Nurul 'Ashikin Md Nasir | |
Kekuatan perbandingan tanah leterit menggunakan kaedah macintosh, piezone, ketumpatan proctor, California ratio dengan ujian ricih terus Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membuat perbandingan kekuatan tanah
laterit seperti yang diukur menggunakan kaedah Macintosh , Proctor , CBR dan Kaedah
Ricih Terus . Oleh itu perbandingan dapat dibuat terhadap kekuatan tanah yang sama tetapi
kaedah pengukuran berbeza .
Kajian ini adalah dikhususkan kepada perbandingan kandungan lembap... | 9/11/2020 | 5/1/2006 | Abdul Syukur Abdul Manap | |
Kajian tarif air untuk beberapa negeri di utara semenanjung Malaysia Air merupakan antara unsur penting bagi keperluan harian. Namun begitu sebelum air dapat diagihkan kepada pengguna, ia perlulah diproses terlebih dahulu. Untuk menjamin keberkesanan proses bekalan air yang berterusan, pihak yang bertanggungjawab perlu mengenakan bayaran kepada pengguna bagi menampung pembiayaan proses. Tujuan utama kajian dibuat ia... | 9/11/2020 | 5/1/2006 | Noor Hazalina Abdullah | |
Kekuatan tanah campuran (tanah laterit dengan kandungan pasir tertentu) diuji dengan menggunakan kaedah macintosh, piezocone, ketumpatan di tapak dan ketumpatan relatif Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan kombinasi campuran
terbaik antara laterit dan pasir yang memberikan bacaan Nisbah Galas California
(NGC) yang paling maksimum. Di dalam ujian yang melibatkan nisbah campuran
laterit-pasir, setiap campuran diuji ketumpatan kering, kandungan lembapan optimum,
NGC dan rintangan piezocon... | 9/10/2020 | 3/1/2006 | Mohd Herzi Che Hussin | |
Kajian kesan pencemaran bunyi kenderaan bermotor di kawasan Parit Buntar Pencemaran bunyi bising lalulintas telah menjadi suatu faktor yang penting dalam
sesuatu masyarakat membangun, berkaitan dengan keselesaaan hidup dan juga dari
sudut ekonomi. Bunyi bising yang dihasilkan oleh lalulintas harus ditangani oleh
agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Pendedahan individu terhadap pencemaran bunyi
bising lalulintas bol... | 9/10/2020 | 5/1/2006 | Anuar Ab. Ghani | |
Kajian keberkesanan sistem bas Kampus induk USM Sistem bas Kampus Induk USM telah dilaksanakan pada tahun 1999 bertujuan untuk mengurangkan bilangan kenderaan dan mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan kemalangan di dalam kampus USM. Objektif kajian ini di jalankan ialah untuk mengkaji kemudahan yang disediakan, keberkesanan sistem bas dan isu serta permasalahan yang timbul oleh sistem bas d... | 9/10/2020 | 5/1/2006 | Muhammad Nizar Saddum | |
Kajian keberkesanan bonggol jalan dan bar melintang (transverse bar) di jalan persiaran gurney, jalan sempadan dan jalan persiaran pekaka Kajian kes yang dilakukan ini adalah berkaitan dengan keberkesanan penggunaan
bonggol jalan dan bar melintang bagi mengurangkan kelajuan pelbagai jenis
kenderaan kepada halaju yang telah ditetapkan. Untuk mendapatkan data
pengurangan halaju ini, halaju kenderaan sebelum dan selepas kenderaan melalui
bonggol dan bar melintang ini perlu dicerap. ... | 9/10/2020 | 3/1/2006 | Mohd Muzamil Jamaludin | |
Kajian keberkesanan sistem lampu isyarat “countdown” Kajian ini difokuskan kepada keberkesanan sistem “countdown” yang
dipasang bersama-sama lampu isyarat pada dua jenis jalan, iaitu jalan persekutuan dan
jalan negeri. Kajian ini dilakukan kepada dua bahagian secara umum iaitu laporan
teknikal dan pandangan pemandu terhadap sistem digital ”countdown” ini. Laporan
teknikal adalah mengenai pengiraa... | 9/9/2020 | 3/1/2006 | Mohd. Firdaus Mohd. Yusoff | |
Kajian corak pembuat perjalanan ke pusat membeli belah di Seberang Perai Selatan Kajian ini membincangkan Corak pembuat perjalanan ke pusat membeli belah di
Seberang Perai Selatan. Lokasi yang dipilih ialah pusat membeli belah Billion di Parit
Buntar dan pusat membeli belah Summit di Bukit Mertajam. Maklumat yang diperolehi
mengenai rantaian perjalanan, maklumat pengunjung dan maklumat mengenai pusat
membeli belah itu sendi... | 9/8/2020 | 3/1/2006 | Norafizal Zuraidin Abu Bakar | |
Kajian terhadap beban mampatan paksi ke atas tiub yang mengandungi buih Tiub nipis seperti tin Aluminium apabila dikenakan hentaman akan menyerap sebilangan
jumlah tenaga hentaman tersebut. Hal ini dapat diterangkan dengan terperinci dengan
melakukan beberapa eksperimen seperti ujian tegangan dan juga ujian mampatan. Jenis
kegagalan yang berlaku pada spesimen semasa ujian tegangan dicatatkan. Sementara itu,
kecacat... | 9/3/2020 | 1/1/2000 | Mohd Rozaiman Aziz | |
Kajian mengenai operasi perlombongan emas lanar di kelantan Mineral adalah merupakan suatu bahan yang sangat penting bagi aktiviti perindustrian dan ianya merupakan kunci bagi perkembangan bagi sesebuah negara. Kepentingannya akan terus meningkat di masa akan dating. Sehingga kini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia amat bergantung kepada bahan-bahan yang dihasilkan daripada mineral. Selari dengan p... | 8/28/2020 | 4/1/2008 | Mohd Firdauz Kamlul Zaman | |
Kajian tentang kesan perubahan saiz dan berat isipadu bahan tetulang silikon karbida terhadap matrik aluminium komposit / William Thanaraj Muthu Reddiar Projek penyelidikan ini dijalankan dengan kaedah metalurgi serbuk. Kajian tertumpu kepada kesan peratusan berat isipadu dan saiz partikel tetulang terhadap komposit matrik logam aluminium yang diperkuat dengan silikon karbida. Serbuk aluminum yang digunakan bersaiz purata 25 μm bertindak sebagai matrik dan partikel silikon karbida yang bersaiz pura... | 8/26/2020 | 3/1/2005 | William Thanaraj Muthu Reddiar | |
Kajian tentang kebolehan penyingkiran partikel pada cakera dan sifat-sifat pita pengelap tanpa lelas /Joseph Emmanuel Krishnan Kajian mengenai hubungan di antara beberapa parameter penting dalam proses pengupam untuk cakera liut belum dijalankan dengan meluas. Apakah hubungan di antara sifat-sifat suatu pita yang digunakan untuk proses ini serta bagaimanakah hubungan ini boleh dikaitkan dengan keberkesanan pengelapan menggunakan pita dengan sifat-sifat yang tertentu. Suatu... | 8/18/2020 | 3/1/2005 | Joseph Emmanuel Krishnan | |
Kajian salutan hot-dipping galvanizing keluli karbon rendah/Muhd Faiz Mat Kasa Kajian ini dijalankan untuk melihat kepada keberkesanan salutan zink pada keluli karbon sebagai pelindung kepada kakisan serta kesesuaian aplikasi salutan kromat dengan kepekatan yang berbeza pada salutan zink. Kaedah yang digunakan dalam penyalutan zink ini adalah rendaman panas galvani. Suhu peleburan zink yang digunakan untuk menyalut keluli kar... | 8/18/2020 | 3/1/2005 | Muhd Faiz Mat Kasa | |
Kajian persampelan isokinetik dalam cerobong di malaysia smelting corporation berhad, butterworth/Taufik Shukri Mahmud Kajian persampelan isokinetik dalam cerobong di Malaysia Smelting Corporation Berhad, Butterworth ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada operasi syarikat ini ada menghasilkan pencemaran udara terhadap kawasan persekitaran daripada aktiviti peleburan dan penghasilan jongkong timah. Dalam kajian ini, 15 sampel telah diambil daripada tiga buah ce... | 8/18/2020 | 3/1/2005 | Taufik Shukri Mahmud |