Thumbnail | Name | Publication Date | First Public Date | Contributors |
Permodelan proses pemejalan dengan analisis unsur terhingga Di dalam kehidupan seharian, banyak produk tuangan digunakan. Begitu juga
terdapat banyak industri yang terlibat dalam menghasilkan produk tuangan. Pelaburan
dalam industri tuangan memberikan keuntungan yang tinggi kerana permintaan yang
banyak untuk menjadi komponen-komponen kepada produk lain contohnya dalam
penghasilan sirip penyejukan atau ... | 10/15/2020 | 3/1/2002 | Ahmad Kamal Ismail | |
Penyiasatan ke atas hentaman semburan pada pelbagai jenis permukaan Projek in adalah bertujuan untuk mengkaji kesan hentaman semburan air ke atas
pelbagai jenis permukaan. Terdapat dua peringkat utama yang dipecahkan dalam projek
ini iaitu peringkat penyediaan plat sampel permukaan dan kotak ujian manakala fasa
kedua ialah pengujian menggunakan peralatan LDA (Laser Doppler Anemometry). Plat
sampel permukaan sem... | 10/15/2020 | 3/1/2002 | Mohd Bazlan Bokti | |
Pemeriksaan dan pengesanan kecacatan imej sinaran gama dalam kerja kimpalan dengan menggunakan penglihatan mesin Pemerikasaan dan pengesanan kecacatan imej sinaran gama atau sinar-X dalam
kerja kimpalan secara automatik dengan menggunakan mesin semakin penting dan pesat
membangun, bukan saja perkembangan ini dapat menjaminkan kualiti malahan merupakan
penentu terakhir untuk pemeriksaan kualiti, tetapi cara pemeriksaan ini memakan kos yang
sangat tinggi da... | 10/15/2020 | 3/1/2002 | Tang Kok Yew | |
Mechanical properties and bioactivity of ti-nb-ha composite fabricated by mechanical alloying / Farrah Noor Ahmad Titanium adalah logam biobahan yang paling popular untuk implan ortopedik
kerana sifat mekanik dan ketahanan kakisan yang baik. Walaubagaimanapun,
ketidaksepadan elastik modulus dan ikatan yang lemah dengan tulang disebabkan oleh
sifat biolengai telah dikenalpasti sebagai punca utama yang menyebabkan implan
longgar dan akhirnya mengalami kegaga... | 10/15/2020 | 7/1/2020 | Farrah Noor Ahmad | |
Design and analysis of manufacturing system using witness simulation software Hasil pengeluaran talian pemasangan sesuatu kilang adalah sangat dipentingkan dan
penambahbaikan selalu dibuat untuk mendapatkan pengeluaran yang optimum. Tetapi
tindakan - tindakan yang diambil mungkin tidak mencapai matlamat yang dikehendaki
dan membazirkan kos untuk menjalankan tindakan tersebut. Keadaan ini berlaku sebab
terdapat banyak pem... | 10/15/2020 | 2/1/2002 | Mohandas Kanagaraj | |
Weld defect classification using polar radius signature and neural network/Teow Soo Pei Satu sistem automatik bagi pengelasan kecacatan kimpalan telah diperbangunkan dalan penyelidikan ini dengan menggunakan data daripada imej simulasi yang bersertakan pengenalan jejari kutub dan pengelas rangkaian saraf, untuk mengecam pelbagai jenis kecacatan dalam imej kimpalan radiografik. Atucara-atucara telah diperbangunkan dengan menggunakan b... | 10/14/2020 | 4/1/2005 | Teow Soo Pei | |
Warpage behavior of thin fcbga package and prediction of its first interconnect snag solder joint shape / Lim Shaw Fa Pengaruh penyerakan ketumpatan tembaga substrat, kesamarataan benjolan
substrat, proses pelekatan pengkaku, dan pengapitan substrat dengan bot magnetik
semasa pemasangan dai terhadap kelakuan peledingan pakej FCBGA (Susunan Grid
Bebola Cip Terbalik) telah dikaji secara terperinci. Kelakuan peledingan substrat
sepanjang proses pemasangan pakej d... | 10/14/2020 | 4/1/2020 | Shaw Fa Lim | |
Thermal management in stacked dies/Norman Hua Shijie Aliran dalam pakej litar bersepadu pada masa terdekat ini, yang menuju ke arah pengurangan dalam saiz dan penambahan fungsi dalam pakej litar bersepadu, telah mencetuskan keperluan untuk mengintegrasikan dai secara vertikal di dalam sebuah pakej tunggal. Penambahan fungsi dan kapasiti melalui pakej dai bertimbun yang meliputi luas tapak yang sama d... | 10/14/2020 | 4/1/2005 | Norman Hua Shijie | |
Preparation, characterisation and properties of uscoviteacrylonitrile utadiene styrene nanocomposites / Nor Hafizah Che Ismail Penghasilan nanokomposit akrilonitril butadiena stirena (ABS) berdasarkan
mineral tanah liat tidak boleh dikembangkan menunjukkan pendekatan yang
berpotensi yang belum diteroka secara relatif. Muskovit telah dipilih daripada
sejumlah mineral tanah liat yang biasa digunakan disebabkan oleh nisbah aspek yang
lebih tinggi berbanding montmorilonit ... | 10/14/2020 | 4/1/2020 | Nor Hafizah Che Ismail | |
Power generation from biomass fluidized bed system/Abdul Halim Abdullah Sumber tenaga semasa lebih banyak bergantung kepada bahan api fosil dan ini menyebabkan pembangunan masa depan agak sukar. Bahan api fosil ini mengandungi jumlah karbon dioksida (CO2) dan sulfur dioksida yang tinggi yang akan menyumbang kepada pencemaran udara dan pemanasan global dunia. Biomass adalah pilihan yang paling sesuai untuk menggantikan ... | 10/14/2020 | 3/1/2005 | Abdul Halim Abdullah | |
Performance of internal combustion engine using fuel from biomass/Yap Chui Sheng Penggunaan biojisim untuk menjanakan tenaga semakin mendapat perhatian hal ini kerana tenaga simpanan seperti gas dan minyak semakin kurang. Baru-baru ini, gasifikasi biojisim telah wujud sebagai satu lintasan teknikal yang terkenal untuk menghasilkan gas bahanapi untuk kegunaan enjin. Penggunaan ‘producer gas’ sebagai bahanapi pilihan kepada miny... | 10/14/2020 | 3/1/2005 | Yap Chui Sheng | |
Performance analysis of a compliant wing for a light aircraft /Mohamad Sabri Mohamad Sidik Tumpuan utama dalam disertasi ini ialah mengaplikasikan mekanisma patuh ke dalam pesawat terbang. Rekabentuk yang dihasilkan ini dapat meningkatkan lagi prestasi penerbangan pesawat ringan yang sedia ada. Mekanisme patuh didefinisikan sebagai satu struktur tanpa sendi yang fleksibel dan memiliki ubah bentuk elastik bagi menghasilkan suatu daya atau... | 10/14/2020 | 4/1/2005 | Mohamad Sabri Mohamad Sidik | |
Optimization of injection molding parameters fo production of polypropylene plastic tray using taguchi method / Wan Kok Seong Di dalam kajian ini, kaedah Taguchi (diperkenalkan oleh G. Taguchi) merupakan satu alatan untuk mengoptimasikan proses digunakan untuk mencari parameter proses yang optimal bagi mesin pengacuan suntikan TM 750/210, yang diguna untuk menghasilkan dulang plastik daripada bahan polipropelin (PP). Satu tatasusun ortogon (OA), kesan utama, nisbah isyara... | 10/14/2020 | 4/1/2005 | Wan Kok Seong | |
Investigation of adhesion between microwave plasma treated epoxy and silicone / Choong Lai Fan Lekatan antara silikone dan epoksi dirawati plasma gelombang mikro dalam oksigen telah dikaji. Sudut sentuhan epoksi telah disiasat dengan mempelbagaikan kuasa plasma gelombang mikro 2.45 GHz (100-600 W), kadar aliran oksigen (20-60 sccm) dan masa rawatan (1-5 min). Pengaktifan plasma oksigen oleh plasma gelombang mikro telah mengubah permukaan hid... | 10/14/2020 | 5/1/2020 | Lai Fan Choong | |
Effect of cryorolling on the microstructures, mechanical properties and corrosion behaviour of low carbon steel using martensite starting microstructure / Muhammad Syafiq Ahmad Sifat-sifat keluli berkarbon rendah selalunya disesuaikan mengikut sesuatu aplikasi yang khusus dengan cara memanipulasi mikrostruktur sedia ada. Ciri-ciri mikrostruktur adalah termasuk morfologi, pecahan isipadu martensite dan saiz ira. Ciri-ciri mirkrostruktur tersebut boleh di ubah suai dengan melaras masa rendaman dan suhu dalam zon interkritik... | 10/14/2020 | 9/1/2020 | Muhammad Syafiq Ahmad | |
Design and development of biomechanics calculation software for hand movement/Wan Ahmad Firdaus Wan Ismail Khairudin Analisis pergerakan tangan telah ditubuhkan didalam penyelidikan biomekanik dan aplikasi klinikal untuk suatu masa yang lama dahulu. Untuk pengajian ini, alatan yang lebih maju dan berkuasa telah dibangunkan untuk mengukur parameter pergerakan dan tindakbalas daya. Fokus utama tujuan kearah pergerakan gaya jalan semasa memahami konsep asas adalah ... | 10/14/2020 | 3/1/2005 | Wan Ahmad Firdaus Wan Ismail Khairudin | |
Analysis of lift in a hovercraft numerical simulation /Ho Teik Seng Projek tahun akhir ini bertajuk: Penganalisaan daya angkat hoverkraf (simulasi berangka), adalah disediakan oleh Ho Teik Seng dibawah penyeliaan pensyarah Pusat Pengajian Mekanik Universiti Sains Malaysia, Prof. K.N. Seetharamu dan juga bimbingan daripada siswa ijazah tinggi Pusat Pengajian Mekanik 2004/05, Encik Lee Heng Hwa. Penganalisaan ini tel... | 10/14/2020 | 4/1/2005 | Ho Teik Seng | |
Properties of glass fibre epoxy laminated composites with electrospray of different carbon nanotubes concentrations / Putri Nur Salsabila Roslan Laminat komposit digunakan secara meluas dalam industri aeroangkasa dan sebagainya kerana modulus spesifiknya dan kekuatan spesifik yang tinggi. Namun, keretakan interlamina atau kegagalan delaminasi adalah cabaran dalam komposit berlamina. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk membaik pulih interlamina dalam laminat gentian kaca komposit. Pengg... | 10/13/2020 | 9/1/2020 | Putri Nur Salsabila Roslan | |
Platinum nanodendrites modified electrode for lead (pb) detection / Nurul Hidayah Ramli Pencemaran logam berat di persekitaran telah menyebabkan pengumpulan logam berat dalam rantai makanan dan mengakibatkan masalah kesihatan yang serius kepada manusia seperti kecederaan otak dan kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pengesanan logam berat adalah penting. Dalam penyelidikan ini, platinum nanodendrit (PtNDs) telah disintesis menggunakan k... | 10/13/2020 | 9/1/2020 | Nurul Hidayah Ramli | |
Isothermal aging of sn-3.0ag-0.5cu and sn100c solder alloys processed via equal channel angular pressing / Muhammad Fadlin Hazim Baser Penghasilan struktur butir halus bagi logam dan aloi menggunakan teknik penekanan salur bersudut sama (ECAP) telah menjadi satu alternatif yang menarik sejak proses ubah bentuk plastik yang teruk (SPD) diperkenalkan. Kaedah ECAP ini mengenakan terikan plastik yang sangat tinggi pada logam untuk menjadikan butir logam sangat halus serta berpotensi u... | 10/13/2020 | 9/1/2020 | Muhammad Fadlin Hazim Baser | |
Effect of hydrochloric acid cleaning on nickel foam current collector for supercapacitor / Nor Atikah Abu Bakar Superkapasitor dikenali sebagai penyimpan tenaga yang mempunyai
ketumpatan kuasa yang lebih tinggi daripada bateri dengan jangka hayat kitaran yang
lebih lama. Elektrod pengumpul arus adalah salah satu komponen yang memainkan
peranan penting dalam superkapasitor. Dalam kajian ini, kesan pembersihan
menggunakan kepekatan larutan asid hidroklorik... | 10/13/2020 | 9/1/2020 | Nor Atikah Abu Bakar | |
Study on the characteristics of ballastic black coated on solar evacuated tubes – determination of efficiency factor for varying solar insolations/Tan Chin Cheang Pelbagai sifat yang penting tenteng larutan ‘Ballastic Black’ telah dikemukakan dalam laporan ini. Larutan ini telah dicampurkan dengen sejenis pelarut iaitu ‘Thinner’. Campuran dijalankan dengan kaedah campuran isipadu dengan komposit yang berbeza. Sifat-sifat larutan adalah berkaitan bagi mengira kecekapan penyerapan tenaga suria. Ketebalan lapis... | 10/12/2020 | 4/1/2005 | Tan Chin Cheang | |
Project management for robocon 2005/Abdul Rahman Mohamed Robocon 2005 merupakan satu projek yang disertai oleh pelbagai institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Tidak ketinggalan juga penyertaan dari Universiti Sains Malaysia yang dibarisi oleh pelajar tahun akhir pusat kejuruteraan mekanik. Dalam mencapai objektif dan hasrat universiti untuk menjulang kejayaan dalam arena tersebut satu organisasi... | 10/12/2020 | 4/1/2005 | Abdul Rahman Mohamed | |
Numerical simulation for free convection in axisymmetric porous medium/Chan Kien Wing Kaedah berangka unsur terhingga dengan mengaplikasi kaedah Galerkin telah digunakan untuk analisa pemindahan haba dalam bahantara berliang bersimetri paksi secara perolakan bebas. Cara ini telah digunakan untuk mengkaji kesan nisbah aspek (0.6 – 8) dan nisbah jejari (0.1 – 10) terhadap purata nombor Nusselt. Kesan nombor Rayleigh antara 10 – 100 te... | 10/12/2020 | 4/1/2005 | Chan Kien Wing | |
Mathematical modeling for carbonization of mangrove wood/Chan Chee Mun 30 batang kayu bakau dengan setiap satu batang berdiameter 5cm dan berpanjang 25 cm dianggap berikat padat dalam sebuah kebuk pengarangan yang berada pada “tanur pilot”yang telah awalnya direkabentuk dan difabrikasikan. Bentuk lapisan kayu bakau terpadat rapat dianggap sebagai sebuah silinder kayu padat yang berdiameter 30 cm dan bertinggi 25 cm. M... | 10/12/2020 | 4/1/2005 | Chan Chee Mun |