(For USM Staff/Student Only)

Browse/Search: EngLib USM

Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 601 - 625 of 13062

First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   ....    Next >              Last

ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
The synthesis and use of schwertmannite in the removal of arsenic
Kajian mengenai penggunaan schwertmannite dalam penyingkiran arsenik daripada sisa perlombongan telah dijalankan dengan menggunakan pelbagai pH dan larutan penampan dan asid yang berbeza untuk menentukan keadaan yang dicenderungi arsenik untuk penyingkiran oleh schwertmannite sintetik yang akan menunjukkan peratus penyingkiran arsenik tertinggi. Ka...
2/1/20196/1/2016Syed Muhammad Fhaliq Syed Jamaludin
Synthesis and thermal conductivity of copper nanoparticle encapsulated by graphene / Sebastian Dayou
Kaedah mudah aplikasi pemendapan wap kimia (CVD) telah digunakan untuk mensintesis grafena yang dimangkin oleh kuprum yang disokong di atas MgO. Penggunaan komposit grafena-CuO-MgO (iaitu produk selepas proses CVD) sebagai bahan tambah untuk meningkatkan keberaliran haba dalam bahan penyimpan tenaga haba juga dikaji. CuO-MgO telah disediakan dengan...
12/3/20197/1/2017Sebastian Dayou
Synthesis and property studies of methacrylate based poly(siloxane-silsesquioxane) resins
Polisiloksan kini telah digunakan sebagai kanta optik, pengkapsulan optoelektronik dan bahan elektronik dalam industri elektronik. HB LED (diod pemancar cahaya kecerahan tinggi) adalah lampu yang berpotensi untuk menggantikan mentol pijar, neon dan halogen. Untuk meningkatkan kecekapan HB LED ini, bahan berasaskan polisiloksan untuk pengkapsulan at...
8/29/20184/1/2016Loh Tat Chuang
Synthesis and properties of phenolic based hybrid carbon nanotubeinorganic filled composites / Siti Shuhadah Md Saleh
Penggunaan pengisi tunggal dalam komposit polimer tidak selalu memenuhi syarat-syarat permintaan untuk aplikasi polimer komposit termaju. Oleh itu, adalah perlu untuk menghasilkan pengisi hibrid yang mengandungi lebih daripada satu pengisi. Kebelakangan ini, tiub nano karbon (CNTs) dihibridkan dengan pengisi yang lain untuk mencapai kesan gabungan ...
9/24/20203/1/2017Siti Shuhadah Md Saleh
Synthesis and optical characterization of polyimide-co-polysiloxane
Poliimida digunakan secara meluas dalam aplikasi kejuruteraan kerana sifat-sifat mekaniknya yang luar biasa, kestabilan haba, dan kekuatan. Walau bagaimanapun, poliimida konvensional telah mengalami beberapa kekurangan seperti poliimida yang mengalami masalah keretakan dan meyerpih. Oleh itu, kopolimerisasi akan meningkatkan sifat dan pemprosesan. ...
2/6/20207/1/2019Sofea Niza Muhamad Nizam
Synthesis and optical characterization of polyimide-co-polysiloxane
Polimida (PI) berstruktur cabang yang berasal daripada monomer TTA / ODPA dan sistem copolimer polimida-polisiloksan (PIS) berstruktur cabang yang berasal daripada TTA / ODPA / APTMS telah berjaya disintesis dan telah menjalani pelbagai pencirian untuk menyiasat peranan segmen siloksan (Si-O-Si) dan kesan kandungan siloksan dalam sistem PI. Penciri...
2/6/20207/1/2019Chan Pei Wen
Synthesis and interaction mechanism of zwitterionic adsorbent coating for cationic and anionic dyes removal / Syahida Farhan Azha
Penjerapan adalah satu teknik yang digunakan secara meluas dalam rawatan air sisa berwarna kerana proses ini pratikal, murah, cekap dalam pengoperasian dan fleksibel dalam reka bentuk bahan penjerapnya. Walaubagaimana pun, penjerap yang berbentuk serbuk halus dan berkepingan yang mempunyai nano-saiz, bentuk tidak sekata dan ketumpatan yang tida...
8/6/20208/1/2019Syahida Farhan Azha
Synthesis and fabrication of drop-coated Sn02 thick film sensor via sol gel method for ethanol gas detection
Tin dioksida (SnO2) telah berjaya disintesiskan melalui kaedah sol-gel dengan melarutkan tin (IV) klorida dalam air suling dan seterusnya menambahkan ammonia seterusnya; sementara kaedah-kaedah tersebut adalah lebih mudah dan murah. Bahan pengesan etanol yang dihasilkan ini telah dicirikan dengan Belauan Sinar-X, Imbasan Elektron Mikroskop, Tenaga ...
4/24/20185/1/2017Low Kok Wei
Synthesis and evaluation of geopolymer properties using sago pith waste ash / Mohamad Rohaidzat Mohamed Rashid
Hampas sagu (SPW) adalah merupakan sisa pertanian yang dihasilkan dari tisu Metroxylon Sagu (Sagu Palma). Tanpa rawatan yang sempurna, hampas sagu akan menjadi bahan buangan yang boleh mengakibatkan pencemaran sungai. Pelbagai kajian telah dijalankan demi memaksimumkan penggunaannya yang secara tidak lansung dapat mengurangkan jumlah sisa yang ...
11/3/20209/1/2018Mohamad Rohaidzat Mohamed Rashid
Synthesis and electrochemical properties of licoo2 cathode with graphite or graphene anode for aqueous rechargeable lithium batteries / Nur Azilina Abdul Aziz
Bateri akues litium yang boleh dicas semula kini mendapat perhatian kerana kos pengeluaran yang lebih rendah dan keselamatan penyimpanan tenaga yang lebih baik. Bahan katod dengan pemilihan parameter sintesis yang sesuai merupakan salah satu faktor yang akan menghasilkan sifat bahan yang baik dan pada masa yang sama turut membantu dalam mencapai pr...
9/21/20208/1/2018Nur Azilina Abdul Aziz
Synthesis and characterization of ZnO particles for bacteria removal
Pembangunan teknologi penyingkiran bakteria yang cekap dan mesra alam dalam air diperlukan untuk menangani masalah yang disebabkan oleh mikroorganisma yang berbahaya. Antara kaedah rawatan air yang berbeza, proses fotopemangkinan digunakan sebagai teknologi cekap baru yang mempunyai potensi yang sesuai untuk menghapuskan bahan cemar mikrob dari...
7/3/20206/1/2015Goh Theng Tyng
Synthesis and characterization of wox zno nanocomposites on polyethylene terephthalate (pet) fiber for photocatalytic application / Myo Thuya Thein
Kelemahan menggunakan fotokatalis semikonduktor ZnO untuk merawat pewarna sintetik adalah kerana aktiviti fotokatalis yang lemah. Ini adalah disebabkan oleh penggabungan semula pembawa cas yang pesat dan kehilangan partikel dalam air rawatan yang mengalir dalam proses fotodegradasi. Dalam kajian ini, rod ZnO telah disintesis melalui kaedah peme...
9/4/20206/1/2016Thuya Thein Myo
Synthesis and characterization of tungsten oxide – zinc oxide hybrid particles and their photocatalytic study in removal of rhb dye
Kajian mengenai prestasi fotopemangkin dalam penyingkiran pewarna organik telah dilakukan secara meluas. Namun, kajian mengenai mekanisme penyingkiran menggunakan hibrid semikonduktor fotomangkin yang mempunyai teras dengan nilai jurang kecil semikonducktor yang dikupelkan dengan lapisan luar yang mempunyai nilai jurang lebar jarang dikaji oleh pen...
4/2/20187/1/2017Nur Atiqah Sharuddin
Synthesis and characterization of titanium dioxide nanoparticles deposited via direct heating technique
Efluen perindustrian tekstil telah menjadi isu alam sekitar yang kritikal disebabkan oleh kesulitan dalam penguraian bahan pencemar organik yang berterusan seperti pewarna sintetik dengan menggunakan pendekatan rawatan air sisa konvensional. Proses pengoksidaan lanjutan (AOPs) berdasarkan fotokatalis titanium dioksida (TiO2) adalah salah satu kaeda...
2/13/20207/1/2019Soo Qian Yee
Synthesis and characterization of strontium and cobalt doped akermanite bioceramics / Hossein Mohammadi
Seramik akermanit dengan formula kimia (Ca2MgSi2O7) adalah bioseramik silikat yang mengandungi kalsium (Ca2+) dan magnesium (Mg2+), telah menarik perhatian penyelidik biobahan kerana ia menunjukkan kadar degradasi yang terkawal dan sifat mekanikal yang lebih baik berbanding dengan bioseramik berasaskan fosfat seperti beta tri-kalsium fosfat (β ...
10/15/202011/1/2019Hossein Mohammadi
Synthesis and characterization of shape memory polyurethane with polycaprolactonepolyethylene glycol as soft segment
Prestasi elastomer poliuretana memori bentuk (SMPU) bergantung kepada struktur kimia, komposisi kimia, penghabluran poliol segmen lembut dan tahap pemisahan fasa. Kertas ini melaporkan kajian tentang kesan nisbah molar minyak isirong sawit (PKO) terhadap SMPU berasaskan poliol polikaprolakton diol (PCL) dan PCL-polietilena glikol (PEG). Dalam k...
2/13/20205/1/2019Yap Saw Yin
Synthesis and characterization of schwertmannite in arsenic removal application
Baru-baru ini, Schwertmannite, ferik sulfat oxyhydroxy mineral, menarik perhatian meluas kerana mempunyai kapasiti penyerapan yang tinggi untuk spesies arsenik toksik. Kerja penyelidikan telah dijalankan ke atas sintesis dan pencirian Schwertmannite. Kajian ini melibatkan sintesis Schwertmannite di dalam pelbagai keadaan seperti kelajuan pergolakan...
2/12/20196/1/2016Muhammad Ikhwan Mohd Zamri
Synthesis and characterization of Sb2O3 nanoparticles by chemical reduction method
Nanopartikel antimoni trioksida (Sb2O3) dengan saiz kurang daripada 100 nm, berbentuk sfera dan taburan yang sekata telah berjaya dihasilkan melalui kaedah penurunan kimia. Antimoni triklorida (SbCl3) telah diturunkan oleh hidrazin dalam kehadiran natrium hidroksida (NaOH) sebagai pemangkin dalam etilena glikol (EG) pada suhu 120 oC selama 60 minit...
5/31/20183/1/2012Chin Hui Shun
Synthesis and characterization of polysulfonemetal-organic frameworks (MOFs) membrane for carbon dioxide (Co2) gas separation
Bagi kaedah pemisahan gas, teknologi membran adalah salah satu kaedah yang membangun pada masa kini. Terdapat banyak membran yang dihasilkan untuk memisahkan gas seperti membran berliang, membran tebal dan membran bukan organik. Walaupun kaedah membran telah diperkenalkan, namun ia masih memerlukan lebih banyak peningkatan untuk mendapatkan hasil y...
8/17/20206/1/2014Nursyuhada Abu Salim
Synthesis and characterization of polysulfone membrane incorporated with photocatalysts
Membran berpemangkin-foto telah menunjukkan potensi yang besar untuk digunakan dalam rawatan penulenan air cekap tenaga dan rawatan air sisa kerana ia menggabungkan pemisahan fizikal membran penapisan dan penguraian organik. Berbanding membran pemisah yang konvensional, membran berpemangkin-foto memiliki beberapa ciri unik, seperti anti-fouling, an...
8/10/20206/1/2015Anwar Hafiz Sabran
Synthesis and characterization of polyethersulfone membrane via drywet phase inversion for separation of aquatic humic substances
Asid humik telah mendapat perhatian dalam rawatan air sisa kerana ia memberi kesan kepada warna, bau dan rasa air bekalan. Membran poliethersulfon dengan kestabilan kimia dan haba yang bagus telah digunakan secara meluas dalam rawatan air sisa, namun ia terdedah kepada pengotoran kerana sifat hidrofobiknya. Sehubungan itu, Trietilen glycol (TEG) te...
8/17/20206/1/2014Tan Peng Chee
Synthesis and characterization of polyaniline, graphene and graphene polyaniline nanocomposites
Kebelakangan ini, nanokomposit dengan grafin dan polimer konduktif telah menarik perhatian kerana kekonduksian elektriknya yang unggul. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kekonduksian elektrik Polianilin (PANI) dengan penambahan grafin yang difungsikan. Objektif bagi kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Dalam bahagian pertama,...
4/29/20198/1/2018Chin Seik Yee
Synthesis and characterization of palladium nanoparticles as the filler of mixed matrix membranes for hydrogen separation
Pemisahan gas secara pengangkutan selektif melalui membran polimer adalah salah satu cabang yang paling cepat membangun dalam teknologi membran. Bagaimanapun, polimer membran yang sedia ada masih belum mencukupi untuk mengekplotasi secara keseluruhannya peluang aplikasi dalam skala industri. Satu jenis membran baru yang berkembang pesat dan berpote...
8/25/20205/1/2013Mohamad Nazrul Izat Mohd Khir
Synthesis and characterization of modified tungstophosphoric acid MgO-SBA-15 catalyst on esterification of lauric acid and glycerol
Pemangkin SBA-15 dengan HPW telah disintesiskan melalui kaedah sintesis langsung. Pengubahsuaian telah dibuat melalui penggabungan MgO kepada sokongan pemangkin. Pemangkin yang diubahsuai telah digunakan dalam tindak balas pengesteran antara asid laurik dan gliserol selama 6 jam pada suhu 160°C. Penukaran asid laurik yang tinggi sebanyak 88% dan ha...
8/10/20206/1/2015Chan Kah Soon
Synthesis and characterization of mixed-oxides (cr, w, ti, mn) catalysts to produce fame from palm fatty acid distillate, non-edible and waste cooking oils / Wan Zuraida Wan Kamis
Asid lemak metil ester “(FAME)” adalah bahan api alternatif yang dikenali sebagai biodiesel dan boleh diperolehi melalui proses pemangkin homogen atau heterogen. Ia adalah sumber tenaga boleh diperbaharui dan pembakaran adalah mesra alam sekitar berbanding dengan bahan api petroleum. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji mengenai logam oksi...
9/3/202011/1/2015Wan Zuraida Wan Kamis
First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   ....    Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Search: