(For USM Staff/Student Only)

Browse/Search: EngLib USM

Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 3626 - 3650 of 4630

First            < Previous     ....    141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   ....    Next >              Last

ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Rekabentuk transformer satu fasa kecekapan tinggi dan kos rendah / Siti Salwa Mat Isa
Teknologi baru dalam meningkatkan keupayaan dan kecekapan transformer semakin dibangunkan berikutan kehendak pengguna yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih efisien dalam pelbagai sektor. Tujuan utama pembentangan projek ini adalah untuk merekabentuk dan membuat sebuah transformer satu fasa yang mempunyai kecekapan yang tinggi, di mana ia mam...
9/14/20185/1/2008Siti Salwa Mat Isa
Rekabentuk antena penyalun dielektrik untuk rangkaian tanpa wayar / Norhidayah Md Nazeri
Projek ini adalah untuk mengkaji antena dielektrik yang mampu beroperasi pada frekuensi 2.5GHz bagi aplikasi rangkaian tanpa wayar. Projek ini merupakan usahasama di antara Pusat Pengajian Elektrik dan Elektronik dengan Pusat Pengajian Bahan dan Sumber Mineral. Bahan dielektrik yang digunakan di dalam projek ini ialah CaCu3Ti4O12 (CCTO) dengan meng...
9/20/20185/1/2008Norhidayah Md Nazeri
Reka bentuk sebuah penukar analog-digital pendaftar penghampiran berturutan 8-bit / Yap Jee Jean
Pelbagai barangan elektronik seperti mikro prosesor, aplikasi suara dan video dan perhubungan wayarles telah mendominasi pasaran semikonduktor kini. Peningkatan dalam permintaan terhadap rekabentuk isyarat-campur telah menyebabkan bidang rekabentuk isyarat-campur menjadi kompetitif. Penukar analog-digital banyak digunakan dalam litar isyarat-ca...
9/21/20185/1/2008Yap Jee Jean
Reka bentuk penguat pembolehubah untuk litar bersepadu telefon / Lai Yoong Yoong
Projek ini akan melibatkan rekabentuk litar ‘speech’ untuk litar integrasi telefon. Objektif untuk litar ‘speech’ ini adalah supaya menghasilkan satu penguat yang amplifikasinya boleh divariasikan untuk mengawal tahap suara manusia. Pendek kata, objektif bagi projek ini adalah untuk menghasilkan satu penguat berbilang tahap yang beramplifikasi ting...
9/20/20185/1/2008Lai Yoong Yoong
Performance comparison between low-density parity-check codes and reed-solomon codes in wireless channels / Ierwan Abdul Karim
Projek tahun akhir ini melibatkan rekabentuk aturcara untuk kod Pemeriksa Kesetaraan Kepadatan Rendah dan kod “Reed-Solomon” dengan menggunakan MATLAB. Kod kod ini boleh berfungsi untuk mengawal dan membetulkan kesalahan dalam data selepas dihantar melalui saluran tanpa wayar. Terdapat 3 jenis saluran tanpa wayar iaitu “Additive White Gaussian ...
9/21/20185/1/2008Ierwan Abdul Karim
Pembacaan meter jarak jauh menggunakan talian voltan tinggi / Rosmilawati Dzulkifli
Projek pembacaan meter jarak jauh menggunakan talian voltan tinggi ini merupakan satu sistem yang direka untuk memudahkan kerja-kerja pembacaan meter elektrik. Sistem ini tidak memerlukan tenaga manusia untuk pergi ke setiap premis pengguna. Ia berupaya untuk membaca data secara terus daripada premis pengguna. Operasi penghantaran dan penerimaan da...
9/21/20185/1/2008Rosmilawati Dzulkifli
Kes kajian tentang pelemahan hujan pada jalur ka / Ng Yun Yann
Pengukuran kadar hujan dan pelemahan selama dua tahun telah dijalankan di Universiti Sains Malaysia. Data-data yang diperoleh telah digunakan untuk menghitung rosotan yang disebabkan oleh hujan pada lintasan satelit yang beroperasi di negara-negara tropikal and khatulistiwa. Pelemahan hujan ialah kehilangan frekuensi (melebihi 10GHz) yang paling ut...
9/21/20185/1/2008Ng Yun Yann
Fpga based high frequency rfid reader / Liew Khai Shin
The main purpose of the project is to develop signal coding in RFID reader using FPGA with Verilog. At the baseband of RFID reader, the FPGA performs channelization of the waveform to DAC and from ADC. The baseband processing task in RFID reader would include preamble CRC and checksum, encoding and decoding and so on. This project is focus on the e...
9/20/20185/1/2008Liew Khai Shin
Eliminate baseline wander in ecg signal by using adaptive filter / Mohamad Shahir Mohamad Hasan
Isyarat Elektrokardiogram (ECG) ialah suatu rakaman elektrikal berkenaan aktiviti “cardiac”, di mana ianya merupakan suatu indikasi mengenai status jantung seseorang pesakit. Secara amnya, isyarat ECG yang dirakam kebiasaanya akan dicemari dengan pelbagai jenis hingar dan artifak yang mempunyai julat frekuensi yang sama dengan ciri-ciri isyarat ECG...
9/19/20185/1/2008Mohamad Shahir Mohamad Hasan
Digital up converter / Loh Kok Khoon
Dengan perkembangan teknologi 3G tanpa talian, fungsi penghantaran dan penerimaan telah difokuskan. Penukar Naik Digital sub sistem merupakan sebahagian daripada komponen digital yang utama dalam fungsi penghantaran. Implimentasi Penukar Naik Digital yang murah dan berkesan amat diperlukan untuk meningkatkan serviks data. Penukar Naik Digital merup...
9/14/20185/1/2008Loh Kok Khoon
Development of Mobile Phone Application / Liyana Nuraini Rasid
Telefon bimbit telah menjadi salah satu keperluan asas dalam kehidupan seharian. Justeru itu, pelbagai penambahbaikan telah dilakukan ke atas kedua-dua aspek pekakas dan perisian telefon bimbit. Kewujudan telefon bimbit berkamera telah mewujudkan peluang untuk membangunkan pelbagai aplikasi telefon bimbit dalam bidang pemprosesan imej, contohnya se...
9/18/20185/1/2008Liyana Nuraini Rasid
Development of golomb coding on fpga / H’ng Gaik Hi
Pemampatan data merupakan proses mengurangkan bilangan bit yang diperlukan untuk mewakili data. Ini boleh dicapai dengan mengurangkan bit-bit yang berlebihan dalam data dan menjanakan satu fail yang merupakan fail yang mewakili data yang telah dimampatkan, justeru itu, mengurangkan jumlah kapasiti yang diperlukan untuk menyimpan data atau menghanta...
9/20/20185/1/2008H’ng Gaik Hi
Development of form modulator / Nadya Alina Ibrahim
No abstarct.
9/21/20185/1/2008Nadya Alina Ibrahim
Determination of grounding system fora high-rise building / Ang Pheak Huan
Sistem pembumian ialah sistem yang penting untuk melindungi semua peralatan dan melindungi manusia daripada keadaan bahaya. Sistem pembumian yang tidak baik atau kurang berkesan boleh menyebabkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan juga boleh bawa maut. Memandangkan kepada kepentingan sistem pembumian, tesis ini akan membincangkan dengan lebih m...
9/19/20185/1/2008Ang Pheak Huan
Design of a power distribution system for modern building proposed case study for a hotel / Chong Shuk Ching
Projek ini bertujuan untuk merekabentuk sistem pengagihan kuasa untuk bangunan moden. Bangunan moden dipilih untuk projek ini kerana peningkatan kepopularan peralatan elektronik dan beban-beban tak linear. Beban tak linear akan menghasilkan harmonik yang menjejaskan kualiti kuasa sistem. Oleh itu, kesan harmonik mesti diambil kira dalam rekabentuk ...
9/19/20185/1/2008Chong Shuk Ching
Design of a 2.4ghz wireless transmitter/Lum Sek Kok
Projek ini memperkenalkan satu reka bentuk pemancar wayarles berfrekuensi 2.4GHz dengan menggunakan teknik pemodulatan bernama Quadrature Phase-Shift Keying (QPSK), di mana QPSK adalah teknik modulasi berdigit yang paling terkenal dalam aplikasi seperti satelit dan komunikasi bergerak selular yang berdigit. Reka bentuk pemancar wayarles berfrekuen...
2/19/20205/1/2008Lum Sek Kok_
Data acquisition from arbitrary three inputs with trilateration methodology / Chye Yin Hui
Projek Tahun Akhir ini merupakan rekabentuk aturcara computer bagi Perantaraan Grafik Pengguna (PGP) untuk pemerolehan data dari 3 penjana voltan. PGP ini adalah digunakan untuk menentusahkan kebenaran pemetaan kedudukan dengan kaedah Trilaterasi, melalui perbandingan antara koordinat titik objek yang dibina semula dan koordinat titik objek yang di...
9/19/20185/1/2008Chye Yin Hui
Case study of tropospheric scintillation at ka-band / Lee Pei Chan
Pengukuran sintilasi selama setahun (2006) telah dijalankan di USM dengan menggunakan sistem pengukuran satelit isyarat beacon pada frekuensi jalur Ku (12.255GHz) dan sudut dongak 40.10. Program “KisyoDisp.vi”, Microsoft Excel, Program Agilent VEE (Visual Engineering Environment) dan Matlab telah digunakan untuk menyiasat and menganalisis data sint...
9/18/20185/1/2008Lee Pei Chan
Bio-inspired drive system /Thong Wai Ling
Seperti yang kita tahu, sistem automatik menjadi semakin berpengaruh di dalam kehidupan seharian kita, merangkumi alat kegunaan harian dan mesin dalam industri seperti mesin membasuh baju, mesin ambil-dan-letak dan sebagainya. Kepentingan mesin automatik terpapar apabila syarikat besar seperti Honda menghasilkan Asimo manakala syarikat Sony mencipt...
9/19/20185/1/2008Thong Wai Ling
Aplikasi Pemadanan templat untuk Pengesanan Sel Sperma Normal/ Mohd Yunus Hashim
Pemprosesan imej digital banyak digunakan dalam penglihatan komputer, pengimejan perubatan, forensik, pengecaman aksara, dan sebagainya. Dalam bidang perubatan, pemprosesan imej digital menjadi tumpuan penganalisis dan mendapat permintaan tinggi untuk diaplikasikan dalam proses diagnosis dan penafsiran imej-imej perubatan. Imej perubatan merupakan ...
2/19/20205/1/2008Mohd Yunus Hashim
Analysis of trilateration method and distance approximation for planar coordinate position determination/Wong Siew Lean
Objektif projek ini adalah untuk menganalisis dan merekabentuk algoritma Trilaterasi untuk menentukan kedudukan dua dimensi bagi entiti bergerak. Penyelesaian yang dicadangkan dalam disertasi ini adalah dengan menganggap kedudukan yang tidak dikenalpasti sebagai persilangan tiga bulatan, di mana pusat mereka adalah kedudukan tetap dan ditentupasti....
2/19/20205/1/2008Wong Siew Lean
A study of harmonic contain on electrical equipments and their effect to utility / Yuradia Mohd Yussof
Kemajuan Sains dan Teknologi menyebabkan semakin banyak penggunaan beban lelurus dan beban bukan lelurus pada sistem kuasa. Beberepa piawaian antarabangsa dikeluarkan untuk memperkelaskan dan meningkatkan kualiti kuasa harmonik, contohnya IEEE Standard. 519-1992. Dalam utiliti elektrik, kebanyakan peralatan elektrik yang menyebabkn harmonik adalah ...
9/19/20185/1/2008Yuradia Mohd Yussof
A literature study of sabah sarawak peninsular Malaysia/Loh Swee Aun
Pada masa sekarang, HVDC digunakan untuk menghantar kuasa yang besar pada jarak yang jauh atau untuk sambungan antara sistem tak serentak dan penghantaran elektrik kuasa dalam air. Sistem ini telah menjadi sebahagian daripada sistem penghantaran elektrik kuasa di seluruh dunia. Hal ini kerana sistem HVDC ini mempunyai banyak kebaikan jika dibanding...
2/19/20205/1/2008Loh Swee Aun
Wind turbine design and fabrication tower break mechanism and tail /Loh Jian Haur
Dalam projek ini, satu menara dengan ketinggian 10m untuk satu tur- bin angin yang berdiameter 4m (sebuah projek yang bersekutu, yang telah dibuat oleh seorang lagi pelajar, Lisa Lui Pek Yen) telah direka dan dibina. Penjanaan kuasa daripada turbin angin disasarkan 1kW. Ini adalah satu permulaan untuk kajian dan penyelidikan lanjutan yang berkaita...
7/20/20204/1/2008Loh Jian Haur
Wet scrubber system/Mohammad Aizat Abdul Hamid
Sistem penyerap basah adalah suatu sistem yang digunakan secara meluas kerana pelbagai kelebihan dan mudah untuk diselenggarakan. Ia boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang menggunakan cecair untuk menyahkan bahan pencemar. Sebuah sistem penyerap basah yang mudah telah dibayangkan, direka dan dibina untuk menyiasat sama ada sistem ini sesuai unt...
7/28/20204/1/2008Mohammad Aizat Abdul Hamid
First            < Previous     ....    141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   ....    Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Search: