Thumbnail | Name | Publication Date | First Public Date | Contributors |
Machine downtime projection/forecast through reliability analysis/Chuah Hong Chuan Objektif projek ini adalah untuk membina satu rekabentuk umum untuk menilai perihal mesin melaksanakan operasi. Projek ini menggunakan konsep kebolehpercayaan untuk membuat projeksi tentang masa mesin terhenti bagi mesin yang ditugaskan dan menjangka masa bila mesin akan terhenti berpandukan data masa terhenti lepas yang telah direkod. Satu model s... | 9/3/2020 | 4/1/2007 | Chuah Hong Chuan | |
Kajian terhadap beban mampatan paksi ke atas tiub yang mengandungi buih Tiub nipis seperti tin Aluminium apabila dikenakan hentaman akan menyerap sebilangan
jumlah tenaga hentaman tersebut. Hal ini dapat diterangkan dengan terperinci dengan
melakukan beberapa eksperimen seperti ujian tegangan dan juga ujian mampatan. Jenis
kegagalan yang berlaku pada spesimen semasa ujian tegangan dicatatkan. Sementara itu,
kecacat... | 9/3/2020 | 1/1/2000 | Mohd Rozaiman Aziz | |
Evaluation of industrial safety function in accident prevention/Chan Siew Ling Kajian ini membentangkan faktor keselamatan pekerja kilang. Semua jenis kemalangan yang dinyatakan adalah mengikuti penyataan DOSH (“Department of Safety and Health”). Kajian ini dijalankan dalam sebuah kilang pengeluran bata simen di Perak. Semua data keselamatan adalah didapati dalam bahagian pengurusan. Data keselamatan yang didapati digunakan ... | 9/3/2020 | 4/1/2007 | Chan Siew Ling | |
Analisis kitaran melalui kerajang airfoil naca (lapisan sempadan) dan kawasan pusaran Eksperimen ini adalah berdasarkan kepada tajuk; “Analisis kitaran melalui kerajang
airfoil NACA(lapisan sempadan) dan kawasan pusaran”. Kecenderungan adalah untuk
mencari perkembangan lapisan sempadan pada kerajang airfoil NACA dan melihat
perbezaannya diantara satu sama lain. Untuk melihat perbezaan tersebut, empat kerajang airfoil NACA, iaitu ... | 9/3/2020 | 1/1/2000 | Affandy Md. Ali | |
Analisis getaran menggunakan perisian unsur terhingga “analisis kestabilan brek cakera” Dalam mengkaji kestabilan brek cakera, satu model unsur terhingga untuk pad-cakera
yang digabungkan dibina. Kemudian, analisi modal dijalankan untuk setiap
komponen untuk memastikan kesamaan model dengan analisis yang dirujuk. Selepas
model disahkan, analisis seterusnya (analisis kestabilan) dijalankan berdasarkan nilai
eigen kompleks. Model te... | 9/3/2020 | 1/1/2000 | Mohd Syarifuddin Mohd | |
‘ Rekabentuk mesin penguji hentakan motosikal’ / Muhammad Mat Junoh @ Yunus Sistem kuasa merujuk kepada kuasa hidraulik yang digunakan berdasarkan
kepastian akan kesesuaiannya untuk melaksanakan pengujian terhadap penyerap
hentakan. Ladder logic pula memainkan peranan yang amat penting kepada fungsi
litar hidraulik yang akan dibentuk sebagai misalnya mengawal pergerakan omboh.
Kedua-dua sub-sistem ini dapat diselesaika... | 9/3/2020 | 2/1/2000 | Muhammad Mat Junoh @ Yunus | |
Synthesis of biodiesel from palm oil using Ky(MgCa)2xO3 catalyst Objektif kerja ini adalah untuk memanfaatkan cangkerang telur sebagai pemangkin murah untuk pengtransesteran minyak sawit menjadi biodiesel. Cangkang telur, sebagai sumber kalsium, telah ditambah dengan nitrat magnesium dan nitrat kalium untuk membentuk pemangkin komposit. Pemangkin yang digunakan adalah material komposit, iaitu Ky(MgCa)2xO3, denga... | 8/28/2020 | 4/1/2011 | Lee Siew Cheng | |
Studying the mixing (stirring rate) in bioreactor towards molecular weight distribution Pempolimeran melalui pemangkin enzim telah menjadi alternatif untuk menggantikan kaedah konvesional menggunakan pemangkin kimia. Pempolimeran bukaan gelang epsilon-kaprolakton (ε-CL) dengan menggunakan Candida antartica Lipase B (CALB) yang telah dipegunkan dalam resin (Novozyme-435) merupakan salah satu contoh dalam proses pempolimeran melalui pem... | 8/28/2020 | 4/1/2011 | Uvannesan Krishnasamy | |
Study rates of reaction of co2 on nano-sized calcium oxide hydrotalcite mixture /Low Sing Ei Tesis ini mengkaji tahap penyerapan/ jerapan karbon dioksida pada kalsium oksida bersaiz nano dan hidrotalsit komersil dan campurannya. Percubaan dan hasil kajian disajikan untuk tahap penyerapan/ jerapan untuk campuran 100%, 66.67%, 33.33% dan 0% zarah kalsium oksida bersaiz nano dengan hydrotalsit pada suhu 30°C, 100°C dan 700°C. Kajian menunjukk... | 8/28/2020 | 4/1/2011 | Low Sing Ei | |
Removal of water from acetone-water mixture using pervaporation membrane process Prestasi pemisahan membran seramik komersial telah dikaji dalam pemisahan air daripada campuran aseton-air dengan menggunakan proses membrane secara pervaporasi. Membran seramik komersial yang diperolehi daripada PERVATECH BV, The Netherland telah digunakan untuk mengkaji interaksi antara pembolehubah proses dengan prestasi pemisahan yang tersendir... | 8/28/2020 | 4/1/2011 | Teng Wai Lun | |
Removal of lead (ii) and nickel (ii) ions using oil palm empty fruit bunch fibre as biosorbent/Liew Chai Chien Penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui potensi serat tandan buah kelapa sawit kosong (OPEFB) sebagai bahan bio-jerap untuk penyingkiran ion plumbum (II) dan nikel (II) daripada larutan akueos. Eksperimen penjerapan dijalankan dalam sistem kelompok dan kesan pH, dos bahan jerap, kepekatan awal ion logam dan masa sentuhan terhadap prosess bio-je... | 8/28/2020 | 4/1/2011 | Liew Chai Chien | |
Recycling of waste motor oil through catalytic hydrocracking Pada era globalisasi ini, penggunaan petroleum dan produk berasaskan petroleum semakin meningkat. Permintaan petroleum yang semakin meningkat meruncing kepada isu alam sekitar dan pembebasan gas-gas hijau yang semakin membimbangkan. Oleh sebab itu, ia adalah penting untuk mengitar semula minyak buangan atau minyak yang telah diguna. Dalam kes ini, ... | 8/28/2020 | 4/1/2011 | Raveena Chithra Vettivellu | |
Pipeline microcontroller synthesizable design Objektif bagi projek ini adalah untuk merekabentuk dan mensintesis satu saluran
pengeluaran mikropengawal dengan menggunakan perisisan MentorGraphic EDA tool
seperti Design Architect-IC, Modelsim dan Leonardo Spectrum. Saluran pengeluaran
mikropengawal adalah sejenis mikropengawal yang menyediakan pemprosesan
arahan selari berurutan dengan meng... | 8/28/2020 | 4/1/2009 | Mohamad Izat Amir Zulkipli | |
Phosphorus removal using nanofiltration: related to pulp and paper mill/Siti Zawiyah Baharom Lebihan fosforus di dalam air sisa menyebabkan pertumbuhan tidak terkawal alga, ketiadaan oksigen di dalam air dan juga fenomena eutrofikasi. Oleh itu, teknologi penyingkiran fosforus yang cekap seperti technologi penurasan nano dalam industri kertas adalah amat diperlukan. Ujian kebolehtelapan air dan penyingkiran fosforus telah dijalankan dengan... | 8/28/2020 | 4/1/2011 | Siti Zawiyah Baharom | |
Molecular weight control of pmma polymerization using fuzzy logic control/Teng Siaw Ping Proses pempolimeran metil metakrilat (PMMA) merupakan satu tindak balas yang eksotermik dijalankan di dalam reaktor bec. Dalam pempolimeran berkumpulan, larian termal reaktif mungkin akan terjadi. Jadi, terdapat kesusahan dalam pengawalan tingkah laku sistem supaya produk adalah dalam kualiti yang baik dan bagus dalam setiap kumpulan. Dalam proses... | 8/28/2020 | 4/1/2011 | Teng Siaw Ping | |
Life cycle assessment of carbon dioxide sequestration and fixation system for capturing and reacting carbon dioxide into sodium bicarbonate for coal fired power plant/Loi Kim Poo Penjanaan kuasa elektrik dengan pembakaran arang batu telah menjadi salah satu pilihan yang sangat digemarkan untuk penjanaan kuasa di negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia, Indonesia, China dan India. Namun, loji kuasa berbahan arang batu menyebabkan pencemaran udara terutama pembebasan zarahan dan karbon dioksida (CO2) ke atmosfera... | 8/28/2020 | 4/1/2011 | Loi Kim Poo | |
Kajian mengenai operasi perlombongan emas lanar di kelantan Mineral adalah merupakan suatu bahan yang sangat penting bagi aktiviti perindustrian dan ianya merupakan kunci bagi perkembangan bagi sesebuah negara. Kepentingannya akan terus meningkat di masa akan dating. Sehingga kini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia amat bergantung kepada bahan-bahan yang dihasilkan daripada mineral. Selari dengan p... | 8/28/2020 | 4/1/2008 | Mohd Firdauz Kamlul Zaman | |
Is garbage enzyme a viable solution to the environmental problems/Muhammad Syahmi Juhari Enzim Sisa adalah proses dimana cecair produk dari proses penguraian gula kepada alcohol. Pencipta Enzim Sisa menyatakan proses pengahasilan Enzim Sisa boleh menghasilkan gas ozon. Gas ozon sangat penting kepada alam sekitar kerana gas ozon dapat menyerap sinaran ultraviolet (UV) dari matahari. Jadi, gas ozon dapat mengurangkan pemanasan dunia. Ha... | 8/28/2020 | 4/1/2011 | Muhammad Syahmi Juhari | |
Emulsion liquid membrane for phenol separation/Mardiyah Awang Laporan ini menghuraikan tentang proses pemisahan phenol menggunakan membran cair emulsi. Larutan phenol disediakan dengan melarutkan kristal phenol ke dalam air suling. Membran cair emulsi disediakan dengan menggunakan natrium hidroksida, minyak tanah, paraffin dan Span 80. Parameter berbeza dikaji untuk menentukan parameter yang optimum bagi cir... | 8/28/2020 | 4/1/2011 | Mardiyah Awang | |
Effect of environmental factors towards biomass and epa accumulation in amphora sp./Tan Tze Ling Diatom adalah kelompok utama daripada alga dan adalah salah satu jenis fitoplankton yang paling umum. Ciri-ciri unik bagi sel diatom adalah terliputi dalam dinding sel yang diperbuat daripada silika yang dinamakan sebagai frustule. Diatom sering dijumpai terlekat dalam jumlah yang besar di permukaan lumut, atau membentuk massa agar-agar pada tanama... | 8/28/2020 | 4/1/2011 | Tan Tze Ling | |
Thermodynamics study of immobilized lipase in farnesyl laurate production /Rima Syafida Ismail Kajian termodinamik tentang lipase tersekatgerak kormersil telah dilakukan dalam usaha untuk mengkarakterisasi aktiviti dan kestabilan enzim sesuai dengan pengaruh suhu. Di dalam penyelidikan ini, tindakbalas pengesteran dalam pelarut organik bermangkinkan lipase tersekatgerak telah dikaji untuk sintesis farnesil laurat. Didapati Lipozyme RM IM dar... | 8/27/2020 | 4/1/2011 | Rima Syafida Ismail | |
Synthesis of poly (vinyl alcohol) / carbon nanotube membrane for pervaporation process/Nazrah Mohamad Badaruddin Projek ini tertumpu pada persiapan dan ciri-ciri yang amonium sulfat difungsikan carbon nanotube multiwalled / poli (vinil alkohol), (SO3-MWCNT / PVA) membran polimer untuk proses membran. Dalam rangka mempelajari pengaruh penambahan SO3-MWCNT dalam membran PVA, tiga jenis membran iaitu membran PVA 5%, 10% membran PVA, 0.01% SO3-MWCNT/10% membran P... | 8/27/2020 | 4/1/2011 | Nazrah Mohamad Badaruddin | |
Synthesis of pineapple peel based activated carbon for remazol brilliant blue r reactive dye removal /Nur Ayshah Rosli Karbon teraktif ialah suatu bahan penjerap serba guna disebabkan oleh ciri-ciri penjerapannya yang baik. Ia dapat dihasilkan daripada pelbagai jenis bahan berkarbon. Kemungkinan dan potensi kulit nenas sebagai karbon teraktif telah dikaji melalui penyediaan karbon teraktif kulit nenas (KTKN) menggunakan pengaktifan fizi-kimia yang merangkumi penjer... | 8/27/2020 | 4/1/2011 | Nur Ayshah Rosli | |
Synthesis of corncob based activated carbon for remazol brilliant blue r reactive dye removal /Evelyn Tan Chai Yun Dalam kajian ini, tongkol jagung telah berjaya digunakan sebagai prekursor untuk persediaan karbon teraktif untuk menyingkirkan pewarna reaktif Brilliant Blue R (RBBR) daripada larutan akuas. Pengaktifan fisikimia terdiri daripada enap jerap natrium karbonat (Na2CO3) serta gasifikasi karbon dioksida telah digunakan untuk menyediakan karbon teraktif... | 8/27/2020 | 4/1/2011 | Evelyn Tan Chai Yun | |
Study of release rates of nutrients from nano mixed coats of fertilizer/Nurhazwani Yusoff Azudin Baja dapat menyediakan bekalan nutrient yang penting untuk tumbuh-tumbuhan. Malangnya, bekalan nutrient yang tidak terkawal akan menyebabkan pengumpulan zat nutrien dalam tanah yang banyak. Ini akan menjurus kepada beberapa kesan yang tidak baik terhadap alam sekitar, contohnya seperti kualiti air yang buruk di sekitar tumbuhan, pengumpulan logam b... | 8/27/2020 | 4/1/2011 | Nurhazwani Yusoff Azudin |