(For USM Staff/Student Only)

Browsing/Searching: EngLib USM > Ω School of Mechanical Engineering

 
Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 26 - 50 of 957

First            < Previous    1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   ....    Next >              Last
ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Design and study of spinning sea wave point absorber
Point absorber merupakan salah satu jenis penukar tenaga yang mempunyai fungsi untuk menukar tenega ombak ke tenaga elektrik. Setiap point absorber mengandungi sebuah pelampung yang memain peranan sebagai elemen utama dalam proses penukaran tenaga. Pelampung itu bergerak bersama dengan ombak dan proses penukaran tenaga berlaku melalui sejenis siste...
8/19/20195/1/2019Oon Bee Mun - Author
The effects of material properties on the rolling contact surface deformation
Sifat bahan adalah penting ketika interaksi permukaan sentuhan berguling kerana ia dapat memberi kesan terhadap geseran dan kehausan. Keadaan sentuhan dapat dikawal dengan pemilihan bahan permukaan berdasarkan tekanan sentuhan yang dihasilkan dan juga kekerasan. Pemilihan bahan yang baik dapat meningkatkan prestasi dan jangka hayat komponen mekanik...
8/23/20195/1/2019Amirul Akil Adman - Author
Three-dimensional fatigue crack growth analysis using failure mechanism approach in ansys
Keretakan kritikal ada terutama pada permukaan komponen mekanikal dalam kejuruteraan. Untuk meramalkan penyebaran retakan lesu, hayat pertumbuhan retakan lesu, dan pencirian retakan permukaan melalui alat simulasi yang berbeza dilaksanakan secara meluas. Daripada analisis fraktur, diketahui bahawa medan tekanan dalam retakan permukaan 3D berbeza da...
8/19/20195/1/2019Muhammad Dhirar As Suhaimi Ismail - Author
Experimental modelling and control of pneumatic cylinder for manufacturing applications
Kuih Loyang merupakan kuih tradisional yang semakin terkenal dari semasa ke semasa kerana kerangupan dan kemanisannya. Permintaan untuk kuih loyang semakin tinggi pada hari perayaan. Pengeluaran kuih loyang yang perlahan dan terhad telah menjadi masalah utama untuk memenuhi permintaan pelanggan. Mesin separa automatik telah dicipta oleh MARDI u...
8/19/20195/1/2019Amirul Faez Wahidon - Author
Combustion stability analysis using vegetable oil in micro gas turbine combustion chamber
Turbin gas mikro adalah penjana tenaga yang dibangunkan daripada sistem turbin gas. Secara konvensional, turbin gas mikro berfungsi dengan menggunakan diesel dan gas petroleum cecair . Di kawasan pedalaman bahan bakar diesel sukar diperoleh dan sangat mahal. Untuk menjamin persekitaran yang bersih dan mampan, penggunaan bahan api yang boleh diperba...
8/19/20195/1/2019Mohd Zuhairi Nordin - Author
Effect of error augmentation training strategy on engagement in rehabilitation therapy
Terdapat banyak strategi dalam bidang pemulihan strok yang boleh meningkatkan penglibatan pesakit di dalam latihan pemulihan diperkenalkan. Satu strategi yang terkini untuk memperbaiki fungsi motor seseorang individu ialah berasaskan ralat. Matlamat kajian ini adalah untuk menyiasat kesan tiga strategi berasaskan ralat, iaitu pembesaran ralat, gang...
8/27/20195/1/2019Alexander Tan Wai Teng - Author
Implications of pressure and range of motion on posterior fixation of thoracolumbar burst fractures
Rawatan pembedahan menggunakan kaedah binaan pituitari sering digunakan bagi kes patah tulang belakang di kawasan tulang toraks dan lumbar. Terdapat pelbagai kaedah rawatan bagi kes-kes kecederaan tulang belakang mengikut tahap keseriusan masing masing. Namun begitu, kesan daripada rawatan-rawatan tersebut masih kurang diketahui bagi sudut biomekan...
8/23/20195/1/2019Nur Aimi Amanina Mohd Marzuki - Author
Mechanical evaluation of femur geometry and hip protectors using pendulum-based system
Keretakan pinggul akibat jatuh dari arah sisi adalah masalah kesihatan utama seluruh dunia yang menyebabkan kelumpuhan dan peningkatan risiko kematian pramasa terutamanya kepada golongan tua. Dalam kajian ini, pensimulasi impak pinggul berasaskan bandul telah dibangunkan untuk meniru situasi jatuh dari arah sisi. Untuk mensimulasikan impak lateral ...
8/23/20195/1/2019Ahmad Amir Shafiq Ahmad Iqbal - Author
Influence of copper pillar bump structure on flip chip packaging during reflow soldering
Pasaran elektronik pengguna adalah salah satu pasaran yang paling pesat berkembang di dunia. Teknologi Serpihan Flip (FC) adalah salah satu teknologi untuk menghubungkan peranti semikonduktor, dan dengan permintaan untuk menyusut jejak pakej elektronik, teknologi FC mesti mengendalikan peningkatan ketumpatan I/O interkoneksi, dan pada masa yang sam...
8/23/20195/1/2019Chong Jia Jun - Author
Vibration and noise attenuation on a straight chain conveyor system
Kebisingan mesin penghantar ditunjukkan sebagai komposit dari pelbagai mekanisme penjanaan bunyi bising, seperti hentaman antara rantai dan roller idler, hentaman pada sisi dinding, hentaman pada plat flex, pengikisan geseran dan getaran struktur. Dalam projek ini, sistem penghantar siri FlexMove FL 150 telah dipelajari. Sistem penghantar ini mengh...
8/27/20195/1/2019Voon Zhen Liang - Author
Numerical study of plate heat exchanger for erema machine
Mesin penukar haba banyak digunakan untuk mengawal suhu sesuatu mesin yang lain. Bagi mesin penukar haba yang digunakan di EREMA, air digunakan sebagai agen penyejuk untuk air takungan. Mesin penukar haba yang digunakan (53 plat) di EREMA tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi. Jadi, lebih banyak plat akan ditambah pada mesin penukar haba (115 pla...
8/23/20195/1/2019Muhamad Haidar Awang - Author
Improving the force delivery trend of nickel-titanium archwire in orthodontic bracket system
Ortodontik adalah sebuah khusus pergigian yang menumpukan kepada memperbetulkan posisi gigitan, dan kedudukan gigi. Dalam kes ini, rawatan ortodontik digalakkan untuk menukar kedudukan dan membetulkan gigi menjadi lurus dan sebaris secara perlahan lahan dengan menggunakan alatan seperti pendakap gigi. Pendakap gigi biasanya terdiri daripada pendaka...
8/23/20195/1/2019Nur Ainul Nurina Ishak Latiffi - Author
Development of hydraulic regenerative braking testbench
Kenderaan hibrid adalah kenderaan yang beroperasi dengan menggunakan gabungan dua sumber kuasa. Teknologi hibrid membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan gas daripada kenderaan melalui sistem brek regeneratif dan pecutan bantuan. Disebabkan kebanyakan kenderaan ringan dipasang dengan sistem hibrid elektrik, projek ini memberi tumpua...
8/23/20195/1/2019Muhammad Syahir Mahyuddin - Author
Structural analysis of thermoformed electroluminescent printed lighting
Elektronik bercetak ialah teknologi baru yang mencetakan peranti elektronik ke atas pelbagai jenis substrat. Fleksibiliti elektronik bercetak telah membolehkan pembentukan peranti elektronik yang tercetak pada substrat yang fleksibel. Proses termopembuatan telah diperkenalkan ke dalam proses pembentuk bahan electroluminasi(EL) yang tercetak pad...
8/19/20195/1/2019Chiang Han Xi - Author
Structural and reliability analysis of solder joint under vibration loading
Kebanyakan peranti kini mengandungi bahagian elektronik dan sering dikendalikan dalam persekitaran getaran untuk tempoh yang panjang tanpa gagal. Peranan pateri dalam peralatan elektronik telah berkembang dan bertindak sebagai penyambungan elektrik serta ikatan mekanikal ke bahagian-bahagian tertentu tatkala berlakunya penurunan dari segi kos dan s...
8/19/20195/1/2019Muhammad Asyraf Wan Chek - Author
Pedal exercise machine for physical rehabilitation of stroke patients
Pemulihan strok telah menjadi perkara penting dalam dunia moden, dan banyak penyelidik dan ahli sains berusaha keras untuk mendapatkan kaedah pemulihan terbaik. Salah satu kaedah yang paling biasa untuk pemulihan stroke adalah melalui senaman aerobik seperti berjalan, berlari, berenang, atau berbasikal. Dalam kajian ini tumpuan pemulihan stroke...
8/23/20195/1/2019Ahmad Bulya Md Amin - Author
Effect of pressure and droplet number on smt adhesive dispensing
Mesin pendispensan perekat automatik digunakan dalam proses mendispens perekat pada permukaan PCB. Kaedah pendispensan tekanan masa adalah kaedah yang paling umum digunakan dalam industri, kerana penyelenggaraannya yang fleksibel dan mudah. Titik perekat ini biasanya digunakan untuk memegang komponen tertentu. Oleh itu, projek ini akan menentukan j...
8/23/20195/1/2019Nur Maisara Mohamed Yusoff - Author
Application of internet of things (iot) on controlled vertical agriculture
Pada masa kini, terdapat banyak sensor yang telah diintegrasikan bersama rangkaian di pelbagai kawasan seperti peralatan rumah termasuk kawalan iklim, sistem kamera keselamatan dan juga kereta. Semua sistem ini memberikan banyak faedah kepada manusia untuk membantu dan memudahkan kehidupan mereka, namun majoriti sistem automasi/ kawalan di dalam ko...
8/23/20195/1/2019Nazirul Asyraff Rasidi - Author
Study of physiochemical characteristics of EFB briquettes and its potential use as dual feul in cvcc
Briket tandan kosong (BTK) telah menjadi sisa tumbuhan berpotensi untuk ditukar menjadi bahan bakar gas alternatif melalui pembakaran briketnya. Briket BTK merujuk kepada pemampatan biomas seperti BTK ke dalam bentuk padat kepadatan tinggi. Ramai penyelidik mendapati bahawa menggunakan pengikat akan memperbaiki keadaan anjal dan ubah bentuk pla...
8/23/20195/1/2019Md Khidir Amin Md Nasir - Author
Experimental investigation on the performance of regeneration for axial flow multilayer silica gel hollow cylinder desiccant bed
Harga dan permintaan tenaga semakin tinggi dari semasa ke semasa. Dalam usaha untuk mengatasi perubahan iklim yang berlaku dan untuk mencapai keselesaan terma, tindakan ini akan membuat masyarakat telah meningkatkan pergantungan mereka pada penggunaan lebih banyak tenaga. Penyejukan solar adalah aplikasi tenaga yang agak baru, boleh dipercayai dan ...
8/23/20195/1/2019Andyqa Abdul Wahab - Author
The main factors affecting key characteristics of fuel-efficient driving and safe driving
Dalam kajian ini, kaedah pengajian kualitatif dan kuantitatif telah digunakan untuk memperolehi kolerasi antara ciri-ciri utama bagi cara memandu yang berunsurkan kecekapan bahan api dan berunsurkan keselamatan. Kajian ini berobjektif untuk membekalkan motivasi yang betul pada cara memandu berunsurkan kecekapan bahan api ke arah cara memandu beruns...
8/21/20195/1/2019Tan Yong Ren - Author
Development of hydraulic launch assist testbench
Sistem hibrid hidraulik direka untuk mengurangkan penggunaan bahan api kenderaan dalam industri automotif. Sumber tenaga sekunder untuk sistem hidbrid hidraulik adalah komponen hidraulik yang disambungkan ker simpanan tenaga. Tenaga itu digunakan oleh hidraulik motor semula untuk membantu kenderaan semasa pecutan Tumpuan penyelidikan ini adalah unt...
8/23/20195/1/2019Muhammad Faiz Ramli - Author
Modelling of mechanical behaviour of electronics materials
Pateri tanpa plumbum Sn-Ag-Cu diselidik untuk menggantikan pateri yang mengandungi plumbum setelah penggunaan komponen plumbum telah dibatasi oleh Kesatuan Eropah melalui Pembatasan Bahan Berbahaya (RoHS). Oleh kerana dorongan berterusan dalam pengurangan saiz dalam pakej elektronik, kekuatan solder dalam papan litar dikurangkan disebabkan oleh pen...
8/19/20195/1/2019Fun Seng Phan - Author
Design and fabrication of chevron-notch plain-strain fracture toughness testing system for metallic materials
Keliatan patah adalah sebuah kuantitatif bahan. Keliatan patah adalah langkah-langkah keupayaan bahan yang mengandungi kecacatan untuk menahan beban yang dikenakan dan digunakan untuk mengukur kekuatan ketegangan patah untuk bahan-bahan logam dipiawaikan dalam ASTM E399. Walau bagaimanapun, ianya pengetahuan yang luas bahawa kaedah ini agak membosa...
8/27/20195/1/2019Nur Shafikah Sidek - Author
Fluid-structure interaction (fsi) and sediment transport study of tnb hydropower station
Semasa zaman purba, empangan dibina semata-mata untuk bekalan air tetapi apabila manusia mula berkembang, fungsi empangan juga meningkat untuk memenuhi keperluan manusia. Dalam peredaran masa, satu masalah telah muncul yang menimbulkan banyak kesulitan di empangan. Masalahnya adalah disebabkan oleh sedimen. Pemendapan ini akan menjejaskan empangan ...
8/23/20195/1/2019Wan Putera Saidina Umar Wan Yusof - Author
First            < Previous    1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   ....    Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z -->

Search: