(For USM Staff/Student Only)

Browsing/Searching: EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering

 
Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 501 - 525 of 1722

First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   ....    Next >              Last
ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Teknik tera air berdasarkan imej berwarna untuk tujuan perlindungan hak milik /Yap Shu Shin
Penggunaan Internet telah mendatangkan pelbagai ugutan terhadap keselamatan maklumat. Teknik tera air telah menjadi tumpuan dalam usaha melindungi hak milik. Kebanyakan penyelidikan hanya mengutamakan pembangunan sistem tera air bagi imej hitam putih tetapi imej berwarna jarang digunakan. Suatu sistem tera air bagi imej berwarna untuk tujuan melind...
4/19/20195/1/2006Yap Shu Shin - Author
Teknik peningkatan kontras berautomatik/Milah Zakaria
Teknik Peningkatan Kontras ialah suatu proses yang dilakukan untuk meningkatkan kualiti sesuatu imej supaya mudah untuk dikenalpasti dan dianalisis terutamanya dalam bidang perubatan. Ia merujuk kepada sebarang teknik yang dapat memperbaiki atau mengubah paras kelabu atau data imej, sama ada untuk tujuan penafsiran imej atau untuk menjalani proses-...
4/19/20195/1/2006Milah Zakaria - Author
Speed control of a single phase induction motor using variable frequency/Koay Thean Siang
Projek ini bertujuan untuk merekabentuk satu litar penyongsang satu fasa untuk mengawal kelajuan motor aruhan satu fasa. Fungsi penyongsang adalah untuk menukar voltan arus terus (AT) kepada voltan arus ulang-alik (AU) dengan frekuensi boleh-ubah. PSIM, salah satu perisian komputer telah digunakan untuk menguji litar penyongsang yang diguna. Keputu...
4/19/20195/1/2006Koay Thean Siang - Author
Sistem pengekstrakan ciri parasit malaria/Nor Hidayah Saad
Pemprosesan imej digital merupakan satu bidang yang amat berguna dalam dunia moden pada hari ini. Teknik-teknik pemprosesan imej digital telah banyak digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian. Pemprosesan imej digital ini juga telah diaplikasikan dalam bidang perubatan. Teknik ini telah digunakan u...
4/19/20195/1/2006Nor Hidayah Saad - Author
Rekabentuk penukar dc untuk aplikasi 5v dan 20a menggunakan topologi pemenggal buck boost/Mohd Hafiz Ismail
Penukar DC ke DC adalah litar elektronik kuasa yang menukarkan satu aras voltan DC kepada satu aras voltan DC yang lain, biasanya dengan keluaran yang teratur. Pemenggal DC ke DC digunakan secara meluas dalam bekalan kuasa ragam pensuisan seperti yang terdapat dalam komputer, penerima televisyen, pengecas bateri dan pemacu motor DC. Terdapat 4 t...
4/19/20195/1/2006Mohd Hafiz Ismail - Author
Rekabentuk penukar ac ke dc satu peringkat, 100w/Rabiah Othman
Litar penukar ac ke dc biasanya merujuk kepada litar yang memproses isyarat arus ac menjadi keluaran arus dc. Litar-litar ini digunakan secara meluas dalam industri yang memerlukan kawalan dc yang boleh ubah, pengecasan bateri, punca kuasa peralatan industri dan juga bekalan kuasa bagi komputer. Rekabentuk ini dibina bagi mengha...
4/19/20195/1/2006Rabiah Othman - Author
Rekabentuk pemenggal arus terus 10v, 10a/Hani Syazana Harun
Matlamat utama projek tahun akhir ini adalah merekabentuk satu litar penukar arus terus (dc) atau lebih dikenali sebagai pemenggal arus terus menggunakan topologi Cuk. Fungsi utama litar ini adalah untuk menukarkan satu nilai voltan arus terus kepada satu nilai voltan arus terus yang lain. Litar ini juga direkabentuk untuk menghasilkan...
4/19/20195/1/2006Hani Syazana Harun - Author
Polar weather satellite receiver/Norshariza Shamsudin
Penerima satelit cuaca berkutub merupakan salah satu bahagian yang penting dalam satu sistem perhubungan satelit. Tujuan projek ini adalah untuk memaparkan imej cuaca yang diterima oleh penerima ini. Imej cuaca yang dipaparkan akan dapat dilihat pada komputer. Penerima satelit cuaca berpolar ini akan mengimbas secara berterusan secara berjujukan ta...
4/19/20195/1/2006Norshariza Shamsudin - Author
Perwarnaan pseudo ultrabunyi dan analisa tekstur dengan menggunakan pendekatan logik fuzzi bagi membezakan sistik dan ketulan padat/Fairul Ariffin
Ketumbuhan yang mempunyai cecair atau sistik dan ketulan padat adalah dua jenis ketumbuhan yang telah dikenalpasti selalunya berada didalam badan manusia. Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan imej didalam badan manusia bagi memastikan terdapatnya ketumbuhan diantaranya mammogram dan juga ultrabunyi. Sungguhpun mammogram terbukti sebagai kaedah ...
4/17/20195/1/2006Fairul Ariffin - Author
Penukaran fail-fail cad, penukaran fail gerber/Lily Tiong Yu Wen
Projek ini adalah berkenaan dengan penukaran fail-fail bagi sistem pemeriksaan optikal automasi. Sistem pemeriksaan optikal automasi yang terlibat dalam projek ini adalah sistem pemeriksaan optikal automasi bagi pemeriksaan solder paste dan sistem pemeriksaan optikal automasi bagi pemeriksaan pre-reflow. Antara penukaran fail-fail yang akan dilaksa...
4/17/20195/1/2006Lily Tiong Yu Wen - Author
Penghantaran data melalui saluran vhf/Noor Shazrah Binti Mohamad
Skop kajian projek ini adalah mengenai penghantaran data melalui saluran frekuensi yang sangat tinggi (VHF). Skop kajian yang utama untuk projek ini adalah mencari teknik pengekodan digital yang sesuai dengan radio VHF ini. VHF adalah frekuensi radio yang berada pada julat frekuensi daripada 30MHz hingga 300MHz. Ciri- ciri perambatan frekuensi sa...
4/17/20195/1/2006Noor Shazrah Mohamad - Author
Pemprosesan imej berwarna dan pengiraan tubercle bacili /Mohd Hishamuddin Kassim
Kaedah yang digunakan di Malaysia bagi mengesan kehadiran bakteria (Mycobacterium Tuberculosis) di dalam imej sputum merupakan kaedah tradisional yang memerlukan patologi mengesannya melalui slaid mengandungi air liur yang diperiksa di bawah mikroskop berkuasa 100 x 10. Kaedah ini mendatangkan masalah kerana mengakibatkan mata patologi mudah leti...
4/17/20195/1/2006Mohd Hishamuddin Kassim - Author
Parallel programming with distributed shared memory/Lee Pau Hua
Dalam dunia komputer, terdapatnya suatu permintaan yang berterusan untuk mengejar kelajuan pengiraan yang lebih pantas daripada sistem komputer masa kini disebabkan selalunya akan terwujud aplikasi yang masih memerlukan lebih kuasa pengiraan. Salah satu cara untuk meningkatkan kelajuan pengiraan ialah dengan menggunakan komput...
4/17/20195/1/2006Lee Pau Hua - Author
Implementing mobile communication system/Goh Seng How
Sistem Global untuk Komunikasi Mudahalih (GSM) merupakan rangkaian komunikasi digital bersel yang digunakan oleh kebanyakan negara di seluruh dunia. Telefon mudahalih GSM mula digunakan pada tahun 1991 dan menggunakan pelbagai pengesan dan pembetul ralat dalam system perhubungan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Oleh itu, kajian te...
4/17/20195/1/2006Goh Seng How - Author
Development of a fiber optic roughness measuring system/Shamini P. Janasekaran
Laporan ini memaparkan perkembangan gentian optik dalam menentukan kekasaran sesuatu sistem. Sebagai sebahagian besar daripada projek, saya telah menghasilkan satu sistem untuk menentukan kekasaran permukaan dengan menggunakan gentian optik. Pelbagai kajian telah dilakukan untuk medapatkan pandangan yang lebih baik dalam menentukan kekasaran sesuat...
4/17/20195/1/2006Shamini P. Janasekaran - Author
Design of low voltage main switchboard 415240v for electrical power distribution system in commercial building/Saiful Azhar Abdul Rahim
Projek ini mengemukakan rekabentuk sebuah Papan Suis Utama Voltan Rendah (415/240V) dalam sebuah bangunan komersial dengan tujuan untuk mengagihkan kuasa elektrik yang diperlukan oleh beban beserta sistem perlindungan. Objektif utama projek ini ialah merekabentuk Papan Suis Utama Voltan Rendah termasuk Sistem Tunggu Sedia (Penjana D...
4/17/20195/1/2006Saiful Azhar Abdul Rahim - Author
Design of digital imaging system using digital signal processor (dsp)/Yeoh Siew Lee
Objektif bagi projek ini adalah untuk mempersembahkan rekabentuk dan analisis bagi suatu sistem modul kamera yang berupaya untuk menangkap gambar statik, memproses data gambar dalam bentuk digit dan kemudian data tersebut akan dipaparkan pada skrin komputer. Dengan penyelidikan sedemikian, sistem mikropengawal pemproses isyarat digit ...
4/17/20195/1/2006Yeoh Siew Lee - Author
Characterization of dac/Shukri Korakkottil Kunhi Mohd
Laporan ini membentangkan berkenaan mempercirikan penukar digital ke analog (DAC). Ia termasuk teori, masalah yang dihadapi, cara menyelesaikan masalah, kaedah pencirian dan keputusan pencirian dan akhir sekali adalah kesimpulan. DAC yang difokuskan disini adalah model ICM7363 kuad 12 bit daripada IC Microsystem (ICmic). ICM7363 adalah dari jenis y...
4/17/20195/1/2006Shukri Korakkottil Kunhi Mohd - Author
Sistem pembesar suara aktif bagi aplikasi media pelbagai/Tan Beng Fang
Dalam pasaran, terdapat pelbagai jenis sistem pembesar suara, contohnya, floor- standing speaker, bookshelf speaker, sistem satelit dan in-wall speaker. Sistem-sistem ini adalah berbeza mengikut aplikasi dan cita rasa penggunanya. Projek saya ini adalah bertujuan membinakan satu sistem pembesar suara aktif dua saluran dan dua hala bagi aplikasi med...
4/16/20195/1/2006Tan Beng Fang - Author
Rekabentuk unit penjana kekunci dan pengawal des bagi suatu cip fpga/Sabariah Abdullah
Secara keseluruhannya, projek ini adalah berkenaan dengan rekabentuk unit penjana kekunci dan pengawal DES bagi suatu cip FPGA menggunakan algoritma Data Encryption Standard (DES). Algoritma DES ini adalah menggunakan operasi get-get asas seperti penambah dan XOR. Rekabentuk bagi projek ini dilaksanakan dengan menggunakan perisian Xilinx Foundation...
4/16/20195/1/2006Sabariah Abdullah - Author
Rekabentuk pemacu motor arus terus dalam dua sukuan/Goh Chia Yang
Kajian ini bertujuan menghasilkan satu litar penukar untuk memacu motor arus terus dalam dua arah. Dua sukuan bermaksud voltan keluaran samada positif atau negatif manakala arus keluaran hanya positif sahaja. Motor arus terus digunakan dalam projek ini kerana ia boleh beroperasi dalam dua arah. Ia boleh digunakan sebagai motor atau penjana kuasa. A...
4/16/20195/1/2006Goh Chia Yang - Author
Rekaan dan pembangunan penderia kadar aliran/Mohd Hamadi Shahid
Projek ini dilaksanakan untuk merekabentuk dan membangunkan satu sistem yang boleh mengukur kadar aliran air dalam satu saluran paip PVC yang berdiameter 40mm. Sistem ini direka dan dibangunkan berdasarkan daripada rekabentuk pam bilga. Sebagai cip mikropengawal sistem ini menggunakan PIC16F877. Manakala penderia yang digunakan adalah daripada jen...
4/16/20195/1/2006Mohd Hamadi Shahid - Author
Peranti masukan dan keluaran 8 bit dengan menggunakan fpga/Mohd Pasha Abd Razak
Projek ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu contoh dasar bagi peranti masukan dan keluaran lapan bit dengan menggunkan FPGA. Peranti masukan keluaran yang dihasilkan akan mempunyai fungsi yang sama dengan mod 0 bagi cip masukan keluaran 8255 yang sudah berada dipasaran. Peranti masukan keluaran yang dihasilkan terdiri daripada tiga port mas...
4/16/20195/1/2006Mohd Pasha Abd Razak - Author
Pengukur cas berdigit/Normala Muda
Pengukur Cas Berdigit yang akan direkabentuk adalah suatu alat yang dapat mengukur cas ruang dan badan manusia serta mampu mengesan polariti cas yang diukur. Rekabentuk alat ini menggunakan elemen kapasitor untuk menghasilkan beza keupayaan di antara kedua-dua plat apabila terdapatnya cas. Di samping itu, elemen kapasitor juga merupakan suatu eleme...
4/16/20195/1/2006Normala Muda - Author
Penglihatan foveal/Azida Mohd Zol
Dalam era globalisasi dunia pada hari ini, perkembangan pesat dalam pelbagai bidang merupakan aset utama kepada kemajuan manusia dan tamadunnya. Pemprosesan Imej Digital (Digital Image Processing) juga memainkan peranan yang amat penting dalam pelbagai aplikasi termasuklah saintifik, perindustrian, bio-perubatan, angkasa lepas, sektor kerajaan dan ...
4/16/20195/1/2006Azida Mohd Zol - Author
First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   ....    Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z -->

Search: