(For USM Staff/Student Only)

Browsing/Searching: EngLib USM > Ω School of Materials & Mineral Resources Engineering

 
Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 476 - 500 of 710

First            < Previous    1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   ....    Next >              Last
ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Effect of compatibilizer on mechanical properties of recycled polyetylene terephthalate-a crylonitrile butadiene
Akrilonitril-butadiena-stirena (ABS) ko-polimer telah dicampur dengan poli(etilena terephthalate) (rPET) teredar-ulang gred botol dalam komposisi yang berbeza sehingga 100% pecahan berat. Kekuatan tegangan, pemanjangan pada takat putus dan kesan kekuatan hentaman adalah lebih rendah berbanding ABS tulen apabila peratusan pecahan berat PET meningkat...
1/30/20196/1/2016Amir Azad Fakarudin Amir Bukhari - Author
Effect of chitosan concentration on the hydrodynamic diameter and charge density of the chitosan-based hydrogel for drug delivery application
Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan kitosan (CS) – Poli-(asid methilakriklik) (PMAA) – Poli-(N-isopropilacrilamid) (PNIPAM) hidrogel melalui proses pempolimeran emulsi radikal bebas. Pada peringkat awal kajian ini, CS-PMAAPNIPAM hidrogel dengan komposisi berbeza kitosan telah disintesis. Hidrogel telah disintesis dengan 0.5 g, 1.0 g, 1.5 g ...
1/14/20196/1/2016Wong Phui Jin - Author
Effect of CeO2 addition on the properties and microstructures of ZTA ceramics through hot isostatic press sintering
Kesan penambahan CeO2 terhadap sifat dan mikrostruktur seramik alumina diperkuat zirkonia (ZTA) telah dikaji. Komposisi CeO2 diubah dari 0 %berat hingga 7.0 %berat dalam seluruh penyelidikan ini. Bahan mula dicampur berterusan selama 8 jam dan dikeringkan dalam ketuhar pada suhu 90ºC selama 24 jam. Campuran ini kemudiannya dimampatkan menggunak...
1/15/20196/1/2016Lee Wei Kean - Author
Effect of aluminium oxide (Al2O3) on the properties of 45S5 bioactive glass
Kaca bioaktif 45S5 (BG) telah digunakan dalam kegunaan klinikal khususnya dalam proses pertumbuhan semula tulang. Walau bagaimanapun, sifat-sifat mekanikal BG yang rendah mengurangkan kegunaannya dalam implan galas bahan. Pada peringkat pertama kajian ini, kesan komposisi alumina (0%berat, 1%berat, 2%berat, 3%berat, 4%berat) telah dijalankan dalam ...
1/23/20196/1/2016Ng Phooi Yan - Author
Effect of alloying element on wettability and mechanical properties of SN-0.7CU solder
Pateri eutektik Sn-0.7Cu telah berjaya digunakan dalam pengeluaran praktikal produk pengguna, kerana kos yang hanya 1.3 kali lebih tinggi daripada pateri Sn-Pb. Namun, pateri Sn-Cu telah dilaporkan mempunyai sifat-sifat mekanik dan kebolehbasahan yang agak rendah berbanding dengan pateri tanpa plumbum yang mengandungi Ag. Dalam projek ini, 1.0wt% I...
1/15/20196/1/2016Koh Lian Jun - Author
Development of ZnO-TiO2 photocatalyst for lldpe degradation
Penggunaan logam oksida nanopartikel dalam fotodegradasi komoditi sisa plastik telah mendapat perhatian besar kerana keberkesaan kos dan sifat mesra alam untuk mengendalikan sisa. Titanium dioksida (TiO2) adalah salah satu fotomangkin yang biasa digunakan untuk degradasi plastik komoditi. Walau bagaimanapun, kecekapan fotopemangkinan TiO2 adalah sa...
6/1/2016Leong Qiao Lin - Author
Development of silica encapsulated iron oxide nanoparticles for glucose sensor application
Sensor glukosa yang boleh dilupuskan selepas setiap penggunaan berdasarkan nanopartikel besi oksida dikapsul silika (SiIONPs), dilapis dengan enzim glukosa oksida (GOx) dan nafion di atas skrin-cetak elektrod diubahsuai (SCEs) telah dihasilkan. Nanopartikel besi oksida (IONPs) telah disintesis menggunakan teknik pemendakan, dan kemudiannya dikapsul...
2/11/20196/1/2016
Development of lead sensor based on colorimetric gold nanoparticles
Dalam kajian ini, nanopartikel emas (AuNPs) koloid telah disintesis menggunakan kaedah pembenihan-pertumbuhan dengan pelbagai saiz iaitu 20 nm, 30 nm, 40 nm dan 50 nm. Penggantungan AuNPs telah dicirikan menggunakan Zetasizer untuk memperolehi sifat serakan dan pengumpalan partikel. Partikel emas yang dihasilkan diubahsuai dengan menggunakan 11-asi...
1/14/20196/1/2016Suhaila Shiddiqin Dalal - Author
Development of high durability hydrophobic coating using oil palm ash on glass substrates
Kaca digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah bahan pembinaan, bangunan, industri pengangkutan, panel solar dan produk komersial yang lain. Walau bagaimanapun, cabarannya ialah kotoran yang wujud pada permukaan kaca selepas suatu tempoh masa tertentu. Ini disebabkan oleh sifat kaca yang berhidrofilik. Jesteru itu, objektif projek ini adalah untu...
1/15/20196/1/2016Luqmanul Hakim Ameran - Author
Development of halloysite nanotube reinforced carbonated hydroxyapatite
Hidroksiapatit berkarbonat (CHA) yang bersaiz nano telah berjaya dihasilkan dengan menggunakan kaedah nanoemulsi secara mencurah langsung. Komposit tiub nano halloysite bertetulang hidroksiapatit berkarbonat (HNT/CHA) telah dihasilkan dengan menggunakan mortar batu akik dengan menambah aseton ke dalam campuran serbuk HNT dan CHA untuk membentuk pes...
1/30/20196/1/2016Lai Chai Mei - Author
Designing acrylate-polysiloxane for stretchable and conducting
Kajian ini mengkaji tentang keregangan dan konduktif fotoresis disebabkan permintaan yang tinggi dari elektronik keregangan. Sekarang, SU-8 ialah bahan yang digunakan sebagai fotoresis, tetapi ia kerasdan kos pembuatan tinggi. Oleh itu, akrilat dan polisiloksana dengan campuran pengisi perak dipilih untuk menggantikan SU-8 sebagai fotoresis kerana ...
1/30/20196/1/2016Syukriyah Mohd Yussof - Author
Deposition of Carbon Nanotubes (CNT’s) on carbon fiber using Electrophoretic Deposition (EPD) method
Serat karbon polimer konvensional menunjukkan nilai keliatan patah interlaminar yang rendah. Karbon tiub nano adalah calon luar biasa yang mampu bertindak sebagai tetulang pada gentian karbon dalam bahan komposit. Kabon tiub nano boleh meningkatkan permukaan antara muka di antara serat dan matriks dengan meningkatkan lekatan antaranya. Oleh itu, si...
1/14/20196/1/2016Nur Nadia Ariffin - Author
Deposition and characterization of CdSe nanoparticles multilayer on conductive substrate by chemical bath deposition method
Dalam kajian ini, nanopartikel CdSe telah disintesis dengan menggunakan kaedah kimia pemendapan. Kajian ini adalah satu keadah yang sangat menarik bagi menghasilkan filem nipis pada kos yang rendah. Tetapi mengambil masa yang lama. Kaedah ini memerlukan kehadiran garam kadmium, ejen pengkompleks dan sumber kalkojen. Larutan cadmium sulfat digunakan...
1/15/20196/1/2016Sin Khai Wen - Author
Deformation analysis of surge chamber cavern using phase 2-RS2
Deformasi batuan adalah salah satu masalah geoteknikal yang perlu diambilkira oleh jurutera dalam reka bentuk struktur bawah tanah kerana sejauh mana anjakan apabila strain rock sebagai tindak balas kepada dipunggah pada penggalian boleh mempunyai kesan buruk terhadap kestabilan struktur. Dalam kerja-kerja ini, kesan bentuk kavern yang berbeza ...
2/11/20196/1/2016Chik Kein Yang - Author
Cycle time analysis to increase efficiency and productivity at imerys
Industri Perlombongan dan kuari telah dikategorikan sebagai salah satu sektor ekonomi terbesar di Malaysia. Menurut Bank Negara Malaysia, kadar pertumbuhan ekonomi industri perlombongan dan kuari akan mengalami peningkatan melebihi sebanyak 3.5% pada tahun 2016 berbanding 4.7% pada tahun 2015. Sejajar dengan peningkatan kadar pertumbuhan ekonom...
1/29/20196/1/2016Nur Zafirah Noor Mohamad - Author
Curing characteristics and tear behaviour of epoxidised natural rubber-sepiolite composites
Sepiolite telah digunakan sebagai pengisi dalam getah asli terepoksida (ENR). Komposit sepiolite terisi ENR telah disediakan dengan mesin penggulung dua bersaiz makmal dan dimatangkan melalui sistem pemvulkanan separa cekap (semi-EV). Pembebanan pengisi sepiolite telah diubah suai dan tanpa diubah suai dengan agen pengkupel silana pada 0.0 phr, 1.0...
1/15/20196/1/2016Ooi Chuan Hong - Author
Curing characteristics and processibility of epoxy with different curatives as reactive plasticizer in polyetherimide
Perilaku pematangan bisfenol A diglaisidil eter (DGEBA) dengan dua agen pematang yang berbeza, kebolehprosesan Polieteramida (PEI) dengan kehadiran DGEBA dan kesan PEI ke atas ciri-ciri pematangan dan sifat-sifat morfologi pelbagai kepekatan PEI/DGEBA-agen pematang telah dikaji. 4'-Metilenabis(2,6-diisopropilanilina) (M-DIPA) dan Diethil Metil Benz...
2/11/20196/1/2016Nasuha Marzuki - Author
Corrosion behaviour of hastelloy c22 in alkali salt environment
Kakisan yang berlaku berasal dari kandungan tinggi sebatian logam alkali seperti kalium klorida (KCl) dan kalium sulfat (K2SO4) adalah masalah yang sering berlaku dalam industri biojisim. Aloi Nikel, C22 dicadangkan sebagai pemanas lampau yang berpotensi untuk memerangi kakisan suhu tinggi kerana kandungan Ni/Cr yang tinggi menyediakan rintanga...
1/23/20196/1/2016Low Su Yeian - Author
The comparison of crystallinity,mechanical and thermal properties of poly (lactic acid) (PLA)- natural rubber blend and poly (lactic acid)(PLA) - epoxidized natural rubber (ENR) blend
Adunan Poli (asid laktik)(PLA) /Getah asli (NR) dan Poli (asid laktik)(PLA)/ Getah asli terepoksida (ENR) telah dihasilkan dengan menggunakan kaedah pengadunan leburan. PLA dan getah telah diadunkan bersama dengan menggunakan mesin pencampuran dalaman. Kemudian, adunan PLA /NR dan PLA / ENR telah dibentuk menggunakan pengacuan mampatan. Sifat-s...
2/11/20196/1/2016Nur Azlina Ab Hamid - Author
Cold spray deposition of hybrid composite coating on magnesium for implant application
Magnesium is a light weight material which makes it prospective to become a suitable replacement to denser metal such as steel, titanium and aluminium in orthopaedic implant application. However major drawback is its high and localised corrosion rate in biological environment, and it would fail prematurely due to its poor mechanical integrity. ...
1/30/20196/1/2016Tang Chin Wui - Author
Characterization of electroless Ni-P AND Ni-P-Al2O3 composite coating on Al 6061 alloy
Aluminium dan aloinya mempunyai ketumpatan yang rendah dengan kekakuan dan rintangan kakisan yang baik. Walaupun aluminium mempunyai sifat-sifat yang baik, ianya masih terdedah kepada haus dan kakisan. Satu penyelesaian yang mungkin untuk melindungi produk aluminium daripada haus dan kakisan ialah dengan meletakkan lapisan nikel-fosforus (Ni-P) lap...
2/11/20196/1/2016Chai Chia Chang - Author
Characterization and processing of silica sand using spiral concentrator
Dalam kajian ini, pencirian dan pemprosesan pasir silica telah dijalankan dengan menggunakan pengkonsentrat pilin. Tujuan utama penyiasatan ini adalah untuk meningkatkan kandungan silika dalam pasir bekas lombong untuk prosess pembuatan kaca. Oleh itu, analisis taburan saiz partikel dan analisis XRF telah dijalankan terhadap sampel mentah di pering...
2/8/20196/1/2016Pugalyenthiran Sinaiyah - Author
Characterization and Cation Exchange Capacity (CEC) study of weathered granite profile from Lumut, Perak
Kerak sedimen granit yang telah mengalami proses luluhawa dari Lumut, Perak telah dianalisis untuk mengetahui kandungan mineral dan komposisi kimia dengan menggunakan pelbagai kaedah termasuklah XRD, SEM, XRF dan ICP- OES. Kajian mineralogi dan geokimia telah dijalankan mengikut profil batu granit yang telah terluluhawa dan boleh dibahagikan kepada...
2/11/20196/1/2016Siti Nuriha Mahmud - Author
Characterisation of malaysian sulphide gold ore
Empat jenis sampel dari Selinsing dan Buffalo Reef menunjukkan mineralogi dari kawasan itu kebanyakannya mengandungi mineral arsenopyrite, pirit, sphalerite dan kalkopirit. Terdapat juga emas boleh didapati di kawasan ini jika penyelidikan dan kajian lanjut dibuat. Sampel pengenalan mineral yang bergred rendah dan tidak larut dalam kimia pempro...
2/8/20196/1/2016Hafizah Kamaruzaman - Author
Characterisation and hydrometallurgical processing of gold
Dalam kajian ini, sampel bijih emas Bergred Tinggi (HG) yang didapatkan dari lombong emas Selinsing dikaji. Bijih emas tersebut menjalani pencirian untuk mengenal pasti mineral bersekutu dan penentuan komposisi kimia yang dilakukan melalui XRF, XRD, SEM/EDX analisis termasuklah kajian mikroskop optik dan mineralogi. Beberapa kaedah pencerakinan tel...
1/14/20196/1/2016Muhammad Rusyaidi Mohamad Rozi - Author
First            < Previous    1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   ....    Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z -->

Search: