(For USM Staff/Student Only)

Browsing/Searching: EngLib USM > Ω School of Civil Engineering

 
Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 1 - 25 of 37

1   2   Next >              Last
ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
The implementation of motorcycle junction box to reduce motorcycle accident rate in malaysia
Motosikal adalah antara punca utama kemalangan jalan raya di kebanyakan rangkaian jalan raya di negara Asia termasuk di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa penunggang motosikal adalah antara pengguna jalan raya yang paling terdedah di seluruh rangkaian ini. Demi keselamatan penunggang motosikal di Malaysia, kertas penyelidikan ini memberi gambaran kes...
8/3/20186/1/2018Siti Najihah Mohd Ali - Author
Implementation of qlassic as a tool of quality assessment in industrialised building system (ibs) projects
Pembinaan merupakan penyumbang utama bagi pertumbuhan ekonomi negara terutamanya Malaysia. Industri pembinaan Malaysia kini dalam mod inovasi di mana kaedah pembinaan pasang siap dan moden sedang dilaksanakan dengan pesat. Sistem bangunan industri (IBS) yang dilaksanakan disokong oleh tuntutan perumahan kos rendah yang berpatutan bagi kelas perteng...
10/10/20196/1/2019Vijeykumar Selokumar - Author
Implementation of safety aspects by contractor on construction industry
Industri pembinaan di Malaysia merupakan salah satu penggerak ekonomi negara. Dalam sektor ini, pelbagai pihak terlibat dan antaranya adalah organisasi kontraktor yang bertanggunjawab untuk melaksanakan pembinaan dengan efektif dan selamat sama ada semasa pembinaan atau pun selepas binaan itu siap. Walaubagaimanapun, sektor pembinaan di Malaysi...
12/30/20195/1/2014Mohd Hamiz Redzuan - Author
Improvement of tikrit gypseous soil using soil replacement and additives / Lamyaa Najah Snodi
Gypsum telah menimbulkan masalah besar dalam pembinaan yang membawa kepada pengurangan dalam kekuatan ricih dan keruntuhan secara tiba-tiba apabila ia bercampur dengan air atau cecair. Kajian ini mengkaji ciri-ciri tanah yg mengandungi gypsum dari Tikrit, Iraq di mana kandungan gipsumnya adalah kira-kira 51% daripada tanah. Tanah yg mengandungi gyp...
5/9/20185/1/2015Lamyaa Najah Snodi - Author
Improving torsional behaviour of reinforced concrete beam strengthened with ultra high performance fibre reinforced concrete / Thaer Jasim Mohammed
Struktur konkrit bertetulang yang dipengaruhi kilasan mungkin mengalami kegagalan secara tiba-tiba kerana ketidakcukupan tetulang lintang sebagai akibat ralat pembinaan, atau pertambahan muatan kerana perubahan tujuan. Oleh itu, pengukuhan dan penaiktarafan merupakan penyelesaian paling menjimatkan kos dan sesuai. Teknik yang dicadangkan untuk meng...
8/25/20201/1/2016Thaer Jasim Mohammed - Author
Indoor outdoor relationship of fine particles (PM2.5) IN school classroom
Manusia menghabiskan 90% kehidupan mereka di dalam bangunan dan pencemaran udara dalaman adalah salah satu punca persekitaran yang paling berbahaya terhadap kesihatan manusia. Kajian-kajian telah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara status kualiti udara dalaman (KUD) dengan aktiviti-aktiviti persekitaran.Di dalam kajian ini, kepe...
3/23/20186/1/2017Muhamad Al-Amin Kamaruddin - Author
Industrialised building system (ibs) quality testing for disaster resilience from technical and non-technical perspectives
Industri pembinaan memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi negara membangun. Industri ini merupakan sektor ekonomi yang khusus yang memberi sumbangan langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara dan juga menyediakan asas kepada perkembangan sector-sektor lain. Peningkatan penggunaan Sistem Bangunan Industri (IBS) merupakan salah sat...
8/3/20186/1/2018Moreen Daryl Justine - Author
Industrialized building system as a green technology for sustainability in the construction industry
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya telah diberi mandat untuk mempromosikan penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) dalam industri pembinaan. IBS adalah teknologi bangunan bertujuan untuk mengurangkan tenaga kerja di tapak pembinaan, mengurangkan sisa buangan, mengurangk...
7/24/20206/1/2015Nor Azyyati Basri - Author
Infiltration characteristics of tropical soils at USM Engineering Campus
Kajian ini dijalankan di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia. Kajian ini meliputi variasi permukaan kadar penyusupan. Tapak ujian ditentukan dengan menggunakan kaedah “geo-grid” terlebih dahulu dan titik kajian ditentukan menggunakan alat GPS(Global Position System). Ujian penyusupan ini dijalankan dengan menggunakan “Double ring”. Sa...
9/11/20203/1/2006Goh Kim Meng - Author
Influence of behaviour factor on seismic design and performance of reinforced concrete moment resisting frame in Malaysia / Mohd Irwan Adiyanto
Gempa bumi sederhana yang terjadi pada 5 Jun 2015 di Ranau, Sabah, dengan magnitude 5.9 telah menyebabkan kerosakan pada bangunan-bangunan. Dengan itu, adalah penting untuk mempertimbangkan rekabentuk seismik untuk bangunan-bangunan baru di wilayah tersebut. Dalam rekabentuk seismik, suatu konsep yang dinamakan sebagai faktor kelakuan yang berkait ...
9/5/20183/1/2016Mohd Irwan Adiyanto - Author
The influence of damages on the static performance of single-layer cable net structure supported glass panel
Fon telus kaca yang disokong oleh jejaring kabel adalah sejenis struktur yang terdiri daripada banyak kelebihan seperti kelihatan menarik, mudah dibina dan nilai estetika yang menyenangkan. Ciri ini biasanya digunakan di terminal penumpang lapangan terbang, pusat pameran dan dewan hotel. Dalam kajian ini, prestasi statik struktur jejaring kabel tan...
8/3/20186/1/2018Muhamad Syahmi Azhar - Author
Influence of different curing conditions on high performance concrete containing silica fume / Nabeel Abed Farhan
Eksperimen ini dijalankan untuk mengkaji kesan perbezaan kaedah merawat sampel konkrit berkekuatan tinggi yang mengandungi silica fume. Silica fume adalah bahan pozzolanic yang mampu memberi impak kepada sifat-sifat mekanikal dan kekuatan sampel konkrit. Untuk penyelidikan ini, sejumlah dua adunan telah dihasilkan daripada simen biasa sebagai aduna...
6/7/20186/1/2011Nabeel Abed Farhan - Author
Influence of doubled reinforcement on flexural and shear strength of reinforced concrete beam
Kajian ini dilakukan untuk menyiasat pengaruh dua lapisan bar tetulang terhadap kekuatan lenturan dan kekuatan ricih rasuk konkrit bertetulang. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, negara maju dan membangun berminat dalam penyelidikan untuk meningkatkan lenturan dan kekuatan ricih rasuk. Oleh itu, tujuan penyiasatan ini adalah untuk memperoleh sumba...
5/25/20186/1/2016Loh Chong Song - Author
Influence of industrialized building system (ibs) technology adoption on sustainability aspects in a bridge construction project. Case study second Penang Bridge, Malaysia
Dengan meningkatnya kesedaran kelestarian di peringkat global, industri pembinaan berada di bawah tekanan untuk meningkatkan kecekapan dan pelaksanaan. Pelaksanaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS), yang mana komponen-komponen dibina di luar tapak, mempunyai potensi menggalakkan pembangunan lestari. Dalam usaha untuk menjadi lebih berdaya saing dal...
7/23/20206/1/2015Nur Atikah Shuib - Author
Influence of oil palm kernel shell as partial coarse aggregate replacement on the mechanical strength of normal concrete
Keperluan untuk mencari sumber baru alternatif bahan binaan yang mampu digunakan oleh pengguna di negara membangun dan keperluan untuk menggunakan bahan buangan dalam keadaan yang lebih selamat, telah menarik minat jurutera dan masyarakat untuk mengkaji kemungkinan penggunaan tempurung kelapa sawit dalam pembinaan. Kajian yang dijalankan adalah...
1/15/20206/1/2013Muhammad Farhan Mahasan - Author
Influence of palm oil fuel ash on the properties of self-compacting concrete
Pengaruh pelbagai jenis abu kelapa sawit (POFA) sebagai bahan gantian separa simen dalam konkrit terpadat sendiri (SCC) telah dikaji. Tiga jenis POFA yang digunakan ialah POFA hitam (G-POFA), POFA dirawat (T-POFA) dan POFA halus (U-POFA) untuk menggantikan jumlah simen yang telah digunakan. Penggantian adalah sebanyak 20, 40, dan 60% daripada berat...
7/24/20206/1/2015Muhammad Saiful Idris - Author
Influence of the incorporation of silica fume on compressive strength and durability characteristics of recycled aggregate concrete
Pengaruh kemasukan serbuk silika ke atas kekuatan mampatan dan ciri-ciri kebolehtahanlasakan konkrit yang mengandungi agregat yang dikitar semula telah dikaji disebabkan oleh kekurangan sumber agregat semula jadi dan peningkatan penggunaan simen yang menghasilkan lebih karbon dioksida semasa penghasilannya. Agregat kasar yang digunakan dalam campur...
5/25/20186/1/2016Nor Liyana Ayuni Ishak - Author
Interfacial bonding characteristic and fluid transport properties between normal concrete substrate and green ultra-high performance fiber reinforced cementitious composites / Mohd Helmi Hassan
Pemulihan struktur konkrit pada masa kini digunakan secara meluas dan dipertingkatkan kerana sering terdedah kepada muatan mekanikal dan persekitaran. Diatas kebimbangan itu, kaedah dan cara kerja pemulihan dititik beratkan atas sebab untuk menghasilkan cara yang berkesan bagi menguatkan sifat struktur asal. Pengunaan komposit bersimen bertetulang ...
8/24/20208/1/2016Mohd Helmi Hassan - Author
Investigation of delay at jawi toll plaza, Malaysia
Plaza tol memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan untuk tujuan smenyelaras dan membaiki lebuhraya. Terdapat tiga jenis pondok tol pada plaza tol Malaysia iaitu pondok tol bayaran cash, pondok tol Touch ‘n Go dan pondok tol Smart Tag. Pengguna lebuhraya mesti melalui plaza tol sebelum mengakses di lebuhraya. Namun, plaza tol telah mengaki...
12/30/20196/1/2014Teh Kok Loong - Author
Investigation of flow characteristics over porous media
Media berliang merupakan salah satu komponen yang digunakan dalam Reka Bentuk Saliran Bandar (SUDS). Media berliang ini adalah effisien kerana ia dapat mengurangkan aliran puncak dengan membenarkan air larian permukaan menyusup ke dalam tanah serta dapat menambahbaik kualiti air dengan menapis bahan polusi fizikal. Media berliang biasanya digunakan...
10/1/20196/1/2019Sarvendren Sugumaren - Author
Investigation of microbiological concentration in indoor air at school classrooms
Manusia menghabiskan sebahagian besar kehidupan mereka sama ada rumah, pejabat, sekolah, hospital dan kenderaan. Pencemaran udara dalaman adalah salah satu faktor persekitaran yang paling berbahaya bagi kesihatan manusia. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap kepekatan bakteria dalam empat buah kelas, perbezaan kepekatan bakteria...
8/3/20186/1/2018Wan Norfazlinda Wan Mohd Ali - Author
Investigation of natural organic matter removal by enhanced coagulation using aluminium sulphate and ferric chloride
Kehadiran bahan organik semulajadi (NOM) di permukaan air memberikan kesan negatif ke atas kualiti air. Ia memberi masalah kepada kualiti air seperti warna, bau, rasa dan meningkatkan dos bahan penggumpal. Kehadiran bahan organik semulajadi di permukaan air akan bertindak balas dengan klorin bebas semasa proses disinfeksi air yang akan meghasilkan ...
7/24/20206/1/2015Nurul Hazirah Rosli - Author
Investigation of rheological properties of fluidable material by cfd model
The fundamental study of rheological properties of fluid is carried out by the approach of dam-break flow problem. Based on the finite extent dam-break flow model, the flow characteristics of fluid are investigated. Dam break flow has been the subject of extensive research for a long time. The original problem has direct application in the industri...
7/22/20206/1/2015Nik Abdul Halim Zainal - Author
The investigation of shear wave velocity by using multichannel analysis of surface wave (masw) method for development of microzonation map and its application to the industrial frame structures
Fenomena gempa bumi yang dapat dirasai Semenanjung Malaysia adalah berasal dari Tanah Sumatera. Ia terutamanya berasal dari Zon Benam Sumatera dan Zon Peralihan Sumatera. Negeri Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang paling hampir dengan Tanah Sumatera. Kebarangkalian untuk negeri ini menerima impak gegaran yang boleh mendatangkan getaran k...
7/17/20206/1/2015Muhammad Taufiq Abdul Rashid - Author
An investigation of the shear keys element for precast segmental box girder by using finite element method
Segmen galang kotak pratuang merupakan satu inovasi yang baru dalam pembinaan jambatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan mempunyai kelebihan yang banyak, teknologi ini dijadikan sebagai penyelesaian utama dalam pembinaan jambatan. Kekunci ricih merupakan satu bahagian yang amat penting dalam segmen pratuang ini. Fungsi kekunci ricih ini...
12/31/20195/1/2014Mohd Hazwan Zakari - Author
1   2   Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z -->

Search: