(For USM Staff/Student Only)

Browsing/Searching: EngLib USM > Ω School of Materials & Mineral Resources Engineering

 
Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 826 - 850 of 910

First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   Next >              Last
ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Kajian perbandingan salutan polimer antara laker uv, kk-50 dan lilin ke atas paip keluli /Quah Ban Kheng
Dalam kajian ini, 3 jenis salutan akan diuji. Tujuan kajian ini ialah untuk membandingkan antara salutan laker UV yang kini dalam aplikasi dengan KK-50 dan lilin untuk mengurangkan kos pengeluaran.Pelbagai kaedah ujian seperti kebolehcatan, ujian kekerasan, ujian daya lekatan, ujian kebolehtanggalan, ujian pembengkokan dan ujian semburan garam dija...
8/17/20203/1/2005Quah Ban Kheng - Author
Kajian salutan hot-dipping galvanizing keluli karbon rendah/Muhd Faiz Mat Kasa
Kajian ini dijalankan untuk melihat kepada keberkesanan salutan zink pada keluli karbon sebagai pelindung kepada kakisan serta kesesuaian aplikasi salutan kromat dengan kepekatan yang berbeza pada salutan zink. Kaedah yang digunakan dalam penyalutan zink ini adalah rendaman panas galvani. Suhu peleburan zink yang digunakan untuk menyalut keluli kar...
8/18/20203/1/2005Muhd Faiz Mat Kasa - Author
High thermal conductivity ldpe-wax blend /Shamsul Bahrin Shah Rosmin
Projek ini dijalankan tentang bahan berkonduksi terma tinggi yang dijalankan ke atas polietilena berketumpatan rendah (LDPE) sebagai matriks dan dengan penambahan Wax dan juga pengisi iaitu Silikon karbida dan juga Kuprum. Silikon karbida adalah dari kumpulan seramik manakala kuprum pula adalah dari kumpulan logam. Dengan menambahkan pengisi dengan...
8/14/20203/1/2005Shamsul Bahrin Shah Rosmin - Author
Kajian keberkesanan perencat natrium nitrit dan natrium silikat untuk perlindungan kakisan keluli karbon /Mohamad Aizaq Main
Kajian berbentuk ujian kelakuan dan keberkesanan perencatan kakisan keluli lembut yang menggunakan bahan perencat natrium nitrit dan natrium silikat melalui ujian rendaman di dalam larutan natrium klorida (NaCl) dan air paip. Kandungan peratus kehadiran natrium klorida di dalam larutan yang digunakan ialah sebanyak 0.05%. Jangka masa rendaman yang ...
8/14/20203/1/2005Mohamad Aizaq Main - Author
Fabrikasi aluminium mmc menggunakan kaedah metalurgi serbuk dan penuangan/Muhamad Helmi Hasan Basri
Projek yang dijalankan ini adalah untuk membezakan sifat–sifat mekanikal komposit matrik logam yang dihasilkan dari dua jenis kaedah fabrikasi yang berbeza iaitu metalurgi serbuk dan penuangan. Sebanyak tiga set sampel telah dihasilkan melalui kedua–dua kaedah ini dimana tiga sampel di dalam setiap set mempunyai komposisi serbuk abu terbang sebanya...
8/13/20203/1/2005Muhamad Helmi Hasan Basri - Author
Kajian ke atas komposit termoset terisi serbuk kaca dan silika wasap /Lee Jian Huei
Penggunaan komposit termoset terisi gentian kaca sebagai substrat dalam pembungkusan mikroelektronik telah menimbulkan masalah pengembangan terma secara ortotropik dengan nilai pekali pengembangan terma (CTE) yang tinggi. Penggunaan partikel sebagai pengisi dalam epoksi adalah untuk mengurangkan masalah pengembagan terma ortotropik. Selain itu, pen...
8/14/20203/1/2005Lee Jian Huei - Author
Penghasilan kaca dari abu batang kelapa sawit /Izma Rohaida Idris
Batang kelapa sawit ialah bahan mentah buangan yang mudah ditemui di Malaysia. Kajian ini telah berjaya mengesahkan batang kelapa sawit mempunyai kandungan silika yang tinggi (59%). Oleh itu, abu batang kelapa sawit ini mempunyai potensi untuk digunakan bagi tujuan komersial khususnya sebagai salah satu bahan mentah dalam penghasilan kaca. Dalam pe...
8/14/20203/1/2005Izma Rohaida Idris - Author
Kajian ketakstabilan cerun lebuhraya pos slim cameron highlands km22 /Che Wan Mohd Yusrey Che Wan Razlan
Kajian ini dijalankan di lebuhraya Pos Slim – Cameron Highlands Km22. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membuat pengelasan jisim batuan dan penganalisaan ketakstabilan cerun batuan di lebuhraya tersebut. Dalam kajian ini, data-data sudut miring, arah sudut miring, kekuatan mampatan ekapaksi batuan, keadaan kekar serta keadaan air tanah juga j...
8/17/20203/1/2005Che Wan Mohd Yusrey Che Wan Razlan - Author
Kajian parameter pengisaran bagi fabrikasi metalurgi serbuk komposit matrik logam aluminium menggunakan serbuk aluminium berkeping /Mohamad Salimin Jahari
Projek ini melibatkan kajian tentang komposit matrik aluminium yang diperkuat dengan partikel silikon karbida (SiC). Tumpuan utama projek ini adalah parameter pengisaran pada peringkat pencampuran serbuk aluminium dan silikon karbida. Tiga parameter pengisaran yang dikaji adalah masa pengisaran, persekitaran pengisaran (pengisaran basah atau kerin...
8/17/20203/1/2005Mohamad Salimin Jahari - Author
Kajian pengelasan jisim batuan dan kestabilan cerun di lebuhraya pos slim cameron highland km 18 / Wan Mohd Hafizi Wan Hanafi
Kajian yang dilakukan bertujuan untuk mengkaji pengelasan jisim batuan dan kestabilan cerun di Lebuhraya Pos Slim – Cameroon Highland KM 18. Justeru itu, kajian memerlukan pengambilan data mentah di lapangan yang terdiri daripada jarak kekar, keadaan kekar, keadaan air tanah, arah sudut miring, sudut miring, bacaan Schmidt hammer dan juga keadaan k...
8/17/20203/1/2005Wan Mohd Hafizi Wan Hanafi - Author
Kajian perbandingan antara pengisaran kering dan pengisaran basah /Wan Suriati Zulkhefli
Mendakan kalsium karbonat, PCC merupakan hasilan semula CaCO3 melalui proses pengkarbonan agar dapat menghasilkan produk dengan kualiti dan ciri-ciri yang lebih baik. Sumber pengeluaran komersial PCC adalah batu kapur yang berketulenan tinggi. PCC mempunyai kelebihan daripada batu kapur kisaran (GCC) kerana sifat kecerahan dan saiz partikelnya. Ci...
8/17/20203/1/2005Wan Suriati Zulkhefli - Author
Kajian tentang kesan perubahan saiz dan berat isipadu bahan tetulang silikon karbida terhadap matrik aluminium komposit / William Thanaraj Muthu Reddiar
Projek penyelidikan ini dijalankan dengan kaedah metalurgi serbuk. Kajian tertumpu kepada kesan peratusan berat isipadu dan saiz partikel tetulang terhadap komposit matrik logam aluminium yang diperkuat dengan silikon karbida. Serbuk aluminum yang digunakan bersaiz purata 25 μm bertindak sebagai matrik dan partikel silikon karbida yang bersaiz pura...
8/26/20203/1/2005William Thanaraj Muthu Reddiar - Author
Kajian awal penggunaan abu terbang dalam perawatan air sisa yang mengandungi kuprum /Nurhafiza Kamaruddin
Abu terbang merupakan sumber bahan pozzolan yang sangat baik. Pozzolan merupakan suatu bahan silika atau silika/alumina dan apabila dicampurkan bersama batu kapur dan air akan membentuk sebatian yang bersifat simen. Bentuk sfera partikel abu terbang dan saiznya yang sangat halus memberikan kesan yang berguna dalam kebolehkerjaan suatu konkrit. P...
8/14/20203/1/2005Nurhafiza Kamaruddin - Author
Kajian kestabilan cerun batuan di gk kuari bachok Kelantan /Azihan Mat Arshad
Projek tahun akhir ini dijalankan ke atas cerun batuan GK Kuari Bachok bertujuan untuk membuat pengelasan jisim batuan dan menganalisis kestabilan cerun batuan di kuari tersebut. Dalam kajian ini, sebanyak 950 data arah sudut miring, jenis kekar, keadaan ketakselanjaran, jarak ketakselanjaran, keadaan air tanah serta kekuatan mampatan ekapaksi batu...
8/17/20203/1/2005Azihan Mat Arshad - Author
Kajian persampelan isokinetik dalam cerobong di malaysia smelting corporation berhad, butterworth/Taufik Shukri Mahmud
Kajian persampelan isokinetik dalam cerobong di Malaysia Smelting Corporation Berhad, Butterworth ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada operasi syarikat ini ada menghasilkan pencemaran udara terhadap kawasan persekitaran daripada aktiviti peleburan dan penghasilan jongkong timah. Dalam kajian ini, 15 sampel telah diambil daripada tiga buah ce...
8/18/20203/1/2005Taufik Shukri Mahmud - Author
Kajian tentang kebolehan penyingkiran partikel pada cakera dan sifat-sifat pita pengelap tanpa lelas /Joseph Emmanuel Krishnan
Kajian mengenai hubungan di antara beberapa parameter penting dalam proses pengupam untuk cakera liut belum dijalankan dengan meluas. Apakah hubungan di antara sifat-sifat suatu pita yang digunakan untuk proses ini serta bagaimanakah hubungan ini boleh dikaitkan dengan keberkesanan pengelapan menggunakan pita dengan sifat-sifat yang tertentu. Suatu...
8/18/20203/1/2005Joseph Emmanuel Krishnan - Author
Fabrikasi bahan seramik berliang untuk aplikasi penapisan gas/Suhaidah Jamhari
Penggunaan motosikal yang semakin banyak di jalan raya menyebabkan kadar pencemaran udara meningkat akibat pembebasan terus gas bertoksik daripada kebuk pembakaran motosikal ke udara. Disebabkan masalah ini, penapis gas bertoksik perlu dihasilkan untuk menukarkan gas bertoksik seperti hidrokarbon, karbon monoksida dan nitrik oksida ditukarkan kepad...
8/14/20203/1/2005Suhaidah Jamhari - Author
Fabrikasi dan pencirian bateri proton berasaskan elektrolit polimer keadaan pepejal kitosan /Ng Li Sian
Projek ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu penghasilan filem elektrolit polimer sebagai konduktor proton (H+), dan bahagian kedua ialah fabrikasi bateri proton dengan konfigurasi zink (Zn)/elektrolit polimer/mangan dioksida (MnO2). Filem elektrolit polimer berasaskan Kitosan disediakan dengan teknik tuangan larutan. 1 g Kitosan di...
8/14/20203/1/2005Ng Li Sian - Author
Penghasilan kaca dari abu kayu mangga
Suatu kaca inovatif berasaskan sistem aluminosilikat, SiO2-Al2O3-Na2O-CaO telah dihasilkan menggunakan abu pokok mangga sebagai sumber utama kalsium oksida, CaO. Abu pokok mangga telah dihasilkan secara tertutup dengan pembakaran cip kayu kering pada suhu 10000C dengan tempoh rendaman 40 minit. Analisis XRD menunjukkan abu yang terhasil mengand...
10/22/20203/1/2005Salina Saidin - Author
Kesan peningkatan suhu terhadap pembentukan titanium silisida
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan suhu ke atas lapisan titanium silisida (TiSi2) yang ditumbuhkan ke atas wafer silikon. Penyelidikan ini dijalankan untuk meneliti kesan peningkatan suhu terhadap pembentukan titanium silisida. Penyelidikan ini bertujuan untuk membuat perbandingan terhadap kesan peningkatan suhu terhadap ketebalan ...
10/23/20203/1/2005Prakash Babu Balakrishnan - Author
Kajian penghasilan teras seramik berliang dan system perekat dalam struktur sandwic
Seramik berliang mempunyai potensi untuk dimajukan berikutan kegunaannya yang meluas dalam bidang perubatan, penapis air, udara serta seramik refaktori. Namun begitu, penggunaan seramik berliang sering dihadkan oleh kekuatan yang rendah. Penggabungan seramik berliang dengan bahan kepingan logam menggunakan agen perekat membentuk struktur sandwi...
10/23/20203/1/2005Mohd Hafiz Rahmat - Author
Penggunaan konduktif terma poliuretana sebagai bahan terma antaramuka yang mungkin
Kemungkinan menggunakan poliuretana sebagai matriks bahan terma antaramuka (BTA) telah dikaji. Kesan jenis pengisi yang berlainan dan pembebanan pengisi berbeza pada ciri-ciri BTA juga telah dikaji. Alumina, aluminium nitrat dan silikon karbida digunakan sebagai tetulang dalam matriks poliuretana. Sifat terma dan mekanikal juga dinilai. Keputus...
10/23/20203/1/2005Wong Yoke Pei - Author
Kesan penambahan SnO2 terhadap bahan ferroelektrik baru BaTi2O5 melalui kaedah tindak balas pepejal
Not available
10/23/20203/1/2005Amalina Amir - Author
Kesan gegaran bumi dan ledakan udara terhadap alam sekitar akibat daripada aktiviti peletupan
Gaya pembangunan negara kita yang semakin pesat telah mencecah tahap di mana operasi penggalian dari kuari-kuari perlu dimajukan lagi untuk memperbaiki keberkesanan dalam penggalian batu-batan. Operasi yang terpenting dalam bidang pengkuarian adalah aktiviti penggerudian dan peletupan yang berpotensi tinggi menghasilkan kesan-kesan terhadap ala...
10/23/20203/1/2005Tan Lai Tee - Author
Pengaruh bahan tambah metakaolin sebagai bahan pengganti dalam peresapan ion klorida dalam mortar
Kajian ini dijalankan untuk menentukan kadar keofisen peresapan ion klorida yang melalui mortar. Faktor utama yang ingin dikaji adalah kesan penambahan metakaolin dengan komposisi yang berbeza keatas peresapan ion klorida dalam mortar. 4 sampel yang dijalankan ujikaji dimana satu sampel tidak ditambah dengan metakakaolin dan tiga sampel lagi di...
10/23/20203/1/2005Mohd Norhanizan Mohd Zain - Author
First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z -->

Search: