(For USM Staff/Student Only)

Browsing/Searching: EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering

 
Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 626 - 650 of 1722

First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   ....    Next >              Last
ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Multiband doherty power amplifier
Pada era penggunaan kuasa tinggi ini, pengurangan jejak karbon dan kecekapan tenaga adalah isu penting dalam radio mudah alih. Salah satu komponen yang menyumbang kepada isu penggunaan kuasa tinggi ialah penguat kuasa yang menggunakan kuasa sebanyak 60% dalam stesen pangkalan. Oleh itu, penghasilan penguat kuasa yang menggunakan kuasa rendah serta ...
3/7/20196/1/2015Lim Hoe Teng - Author
Motor driven charging device
Tujuan projek ini adalah untuk membina sebuah prototaip yang boleh menjana elektrik dengan menggunakan sistem yang bergerak. Bahagian yang bergerak diperbuat daripada magnet dan gegelung. Beberapa magnet diletakkan di pemutar. Bagi memastikan pemutar tersebut terus berputar, arus elektrik perlu melalui solenoid. Solenoid itu dibuat dengan pengg...
3/7/20196/1/2015Akmal Syazani Ayob Bulganin - Author
Ism band rf oscillator design
Skop kajian ini adalah untuk merekabentuk pengayun frekuensi radio jalur ISM. Tujuan kajian ini juga adalah untuk merekabentuk penyalun frekuensi radio bagi pengayun dengan frekuensi salunan 27.120MHz. Salunan frekuensi ini adalah frekuensi jalur ISM. Penyalun ini adalah gabungan komponen inductor dan kapasitor yang disambung secara selari. Litar t...
3/7/20196/1/2015Jemil Antung - Author
Ic voltage regulator
Peranan pengurusan kuasa dalam industri elektronik semakin meningkat, ini adalah kerana permintaan yang semakin tinggi daripada peranti mudah alih elektronik yang kian meningkat. Reka bentuk yang lengkap sistem-atas-cip semakin dikehendaki. Pengatur voltan keluaran tanpa kapasitor adalah paling sesuai untuk sistem dalam cip. Ini adalah kerana ia ti...
3/7/20196/1/2015Syaznee Hazefa Awang - Author
Employing visual programming for automatic room light controller
Pemuliharaan tenaga sering menjadi isu kritikal yang dibincang dan diprihatinkan di seluruh dunia. Dengan itu, teknologi masa kini lebih kepada usaha untuk mengurangkan pembaziran tenaga. Pencahayaan yang berterusan di dalam bilik merupakan salah satu pembaziran tenaga yang biasa berlaku. Oleh itu, pengawasan automatik cahaya bilik telah diperkenal...
3/7/20196/1/2015Khor Huey Wen - Author
Driver drowsiness detection computer vision system
Tujuan utama projek ini adalah untuk mereka bentuk dan melaksanakan sebuah sistem berasaskan pemprosesan imej untuk mengesan masalah mengantuk yang dihadapi oleh pemandu supaya keselamatan jalan raya dapat ditingkatkan dan kemalangan dapat dikurangkan. Sistem ini dimodelkan dengan menghala kamera secara langsung ke arah wajah pemandu dan merakam im...
3/7/20196/1/2015Chan Bao Yuan - Author
Development of intelligent plant pot
Air merupakan keperluan bagi setiap tumbuh-tumbuhan dan pengairan perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk membekalkan air yang mencukupi kepada tumbuh-tumbuhan. Namun, orang ramai kini sibuk dengan kerjaya mereka dan mengabaikan penjagaan terhadap tanam-tanaman terutamanya pengairan terhadap tanaman. Oleh itu, sistem pengairan automatik telah d...
3/7/20196/1/2015Boo Chien Wei - Author
Development of intelligent doorbell featuring face recognition technology on raspberry pi board
Pengesahan identiti adalah sangat penting dalam dunia zaman kini dan ia digunakan dalam kehidupan harian kita. Tugas untuk menjamin keselamatan maklumat atau harta fizikal menjadi semakin penting dan semakin susah. Dalam kebanyakan jenayah, penjenayah mengambil kesempatan atas kelemahan sistem kawalan biasa: sistem bukan mengizinkan akses dengan “s...
3/7/20196/1/2015Goh Vi Nie - Author
Development of hough transform and edf classifier for line detection in the application of driver fatigue detection system
Klasifikasi pelencongan jalan adalah fungsi yang sangat penting dalam industri kereta dan ia digunakan dalam banyak kereta sekarang ini. Apabila seorang pemandu memandu untuk jangka masa yang lama, pemandu akan merasa letih terutamanya bagi pemandu yang tidak mempunyai cukup rehat sebelum memandu. Ini akan meningkatkan kebarangkalian pemandu te...
3/7/20196/1/2015Lim Chee Keat - Author
Design of system measurement cricket bowling machine using microcontroller
Mesin kriket pelontar digunakan untuk melatih pemain memukul bola kriket tanpa bantuan pelatih atau pemain. Komponen utama mesin ini ialah motor dan roda, sesetengah model mesin jenis ini menggunakan pengawal mikro sebagai sebahagian daripada komponen utama. Kebanyakan kriket mesin pelontar tidak disertai dengan alat pengukur kelajuan sebagai salah...
3/7/20196/1/2015Ahmad Anas Lutfi Mohmad Saluddin - Author
Design of split ring resonator voltage-controlled oscillator for front-end software defined radio application
Kemunculan piawaian baru dalam sistem komunikasi tanpa wayar telah menarik minat dalam pembangunan pengayun kawalan-voltan. Dalam disertasi ini, pengayun kawalan-voltan hingar fasa rendah yang menggunakan penyalun gelang belah mikrojalur telah dicadangkan. Penyalun yang dicadangkan mempunyai ciri penolakan jalur yang tajam, faktor-Q yang tinggi dan...
3/7/20196/1/2015Chan Chee Wei - Author
Design of microstrip taper interconnection with additional taper via at 10 ghz
Projek ini membincangkan tentang penggunaan reka bentuk eksperimen (DOE) untuk menentukan faktor-faktor yang akan mempengaruhi prestasi reka bentuk mikrostrip tirus yang beroperasi pada frekuensi 10 GHz. Proses DOE juga telah mendapati bahawa nilai panjang dan lebar tirus yang memberikan peralihan yang terbaik adalah masing-masing pada nilai 15.300...
3/7/20196/1/2015Marzuliani Che Lah - Author
Design and implementation of suboptimal and optimal linear-phase digital fir filters for audio signal processing
Secara umumnya, istilah audio dirujuk sebagai bunyi, terutamanya apabila bunyi itu direkod, dihasil semula, dihantar atau disimpan. Isyarat audio boleh diwakili dalam digital atau analog. Fokus dalam pemprosesan isyarat audio kebanyakannya ialah analisis matematik yang sebahagian daripada isyarat yang boleh didengar. Dalam projek ini, isyarat audio...
3/7/20196/1/2015Ko Wei Jie - Author
Design and implementation of iir filters for audio signal processing
Kebanyakan aplikasi isyarat audio telah dicemari oleh hingar. Untuk mengurangkan hingar putih dalam aplikasi isyarat audio, teknik penapisan telah digunakan. Secara umumnya, terdapat dua jenis penuras audio, iaitu penuras audio analog and penuras audio digital. Penuras audio digital telah digunakan secara meluas disebabkan fleksibiliti and kestabil...
3/7/20196/1/2015Kwong Ming You - Author
Design and development of a pipe inspection robot
Robot pemeriksaan paip adalah sebuah kenderaan yang membuat pemantauan keadaan dinding bahagian dalam paip. Robot pemeriksaan paip boleh dibahagikan kepada tujuh jenis robot. Dalam projek ini, sejenis platform robot iaitu jenis penekanan terhadap dinding telah difabrikasikan. Ianya mempunyai tiga bahagian berukuran 542 mm panjang dan 230 mm diamete...
3/7/20196/1/2015Muhammad Azri Abdul Wahed - Author
Color-based image processing technique for eye state detection in driver fatigue monitoring
Keletihan pemandu telah diiktiraf sejagat sebagai isu kritikal dalam keselamatan pengangkutan yang menyebabkan banyak kemalangan jalan raya. Banyak penyelidikan telah dilakukan untuk pengesanan keletihan pemandu, dan kebanyakannya berdasarkan pemerhatian mata pemandu. Walau bagaimanapun, banyak kajian sebelum ini didapati bergantung kepada pencahay...
3/7/20196/1/2015Tan Ting Sheng - Author
Automatic stuttering assessment
Gagap merupakan sejenis ganguan ucapan di mana dianggarkan 1% daripada populasi sedunia terlibat dengannya. Kegagapan dalam ucapan akan menghalang seseorang daripada berucap bebas. Ini akan menjejaskan kehidupan sosialnya selain status pencapaian akademik dan kerjaya. Penilaian terhadap kegagapan biasanya perlu dijalankan oleh pakar terapi pertutur...
3/7/20196/1/2015Heng Peng Wei - Author
Automatic solar panel angle adjustment by using microcontroller
Kuasa elektrik yang dihasilkan oleh panel suria bergantung kepada jumlah sinaran suria yang sampai ke sel fotovoltan tersebut. Kebanyakan sistem tenaga suria sedia ada menggunakan teknik pemasangan statik untuk panel fotovoltan. Kaedah ini adalah tidak cekap kerana kedudukan matahari yang sentiasa berubah. Kuasa output daripada panel suria akan ber...
3/7/20196/1/2015Mohamad Khairul Azmi - Author
0.13-𝜇𝑚 cmos lna layout design for cognitive radios using current reuse technique with resistive feedback
Pada masa ini, kehadiran pelbagai jenis aplikasi radio dalam sistem komunikasi telah membawa kepada penyelidikan dalam bidang radio kognitif disebabkan oleh keupayaan radio ini untuk menala kepada pelbagai piawaian. Penguat hingar rendah (LNA) pula merupakan salah satu komponen terpenting dalam penerima RF yang memberi kesan ketara pada prestasi ke...
3/7/20196/1/2015Asnawi Nor Azizan - Author
Implementation of maximum power point tracking on a photovoltaic panel
Kuasa yang diserap oleh panel fotovoltik (PV) dipengaruhi oleh keamatan cahaya matahari, sinaran dan suhu. Pengesanan Titik Kuasa Maksimum (MPPT) adalah satu algoritma dalam sistem pengawal yang membolehkan kuasa maksimum diekstrak daripada panel PV. Sistem PV yang mempunyai MPPT diperkenalkan untuk mengesan kuasa maksimum yang ada pada masa te...
3/6/20196/1/2016Zharif Naim Hamdan - Author
Development of ofdm transceivers with the aids of rs channel coding using fpga
Pemultipleksan Pembahagian Frekuensi Ortogon (OFDM) ialah teknik penghantaran pembawa berbilang untuk penghantaran selari. Konsep asas bagi OFDM adalah memecahkan spektrum yang sedia ada kepada berberapa sub pembawa yang berorthogon supaya simbol dapat dihantar dengan menggunakan para sub pembawa secara selari. FPGA digunakan untuk melaksanakan OFD...
3/3/20196/1/2015Ooi Tzy Way - Author
Pengekstrakan ciri secara manual sel serviks (manual features extraction of cervical cells) /Noor Zaihah Jamal
Bidang pemprosesan imej digital merupakan suatu bidang yang luas dan meliputi pelbagai bidang termasuklah bidang diagnosis perubatan. Objektif kepada projek ini adalah untuk membina perisian baru menggunakan perisian Borland C++ Builder yang boleh mengekstrak ciri sel barah pangkal rahim yang merupakan pembunuh kedua terbesar kepada wanita. Perisia...
2/8/20193/1/2006Noor Zaihah Jamal - Author
Pembangunan sistem pengekod untuk pengukuran laju motor arus terus /Mohd Azizi Mohd Azmi
Dalam bidang kejuruteraan, pengukuran adalah sangat penting. Ketepatan dan kejituan dalam sesuatu rekabentuk menentukan kualiti yang terbaik. Pengukuran laju merupakan salah satu bidang dalam kejuruteraan. Pembinaan sistem pengekod ini adalah untuk mengukur laju motor arus terus bagi suatu lingkungan saiz diameter rotor. Projek ini menggabungkan be...
2/8/20193/1/2006Mohd Azizi Mohd Azmi Mohd Azmi - Author
Pembangunan penuras kuasa aktif sambungan selari dalam mengurangkan harmonic/Norhasniza Md Razali
Penuras kuasa aktif menggunakan pensuisan elektronik kuasa untuk menjana arus harmonik yang akan membatalkan arus-arus harmonik yang dihasilkan oleh beban tidak linear. Sehubungan itu, projek ini dibangunkan dengan menggunakan topologi penyongsang sumber voltan tiga-fasa sebagai penuras kuasa aktif dengan kaedah kawalan Pemodulatan Lebar Denyut Ber...
2/8/20195/1/2006Norhasniza Md Razali - Author
Kajian peningkatan kecekapan tenaga elektrik untuk pembangunan komersial/Mohd Faisal Wan Chik
Kajian Peningkatan Kecekapan Tenaga Elektrik untuk Pembangunan Komersial merupakan satu proses penilaian terhadap aspek-aspek yang mempengaruhi kecekapan sistem elektrik. Projek ini dilaksanakan bagi menyelidik faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidakcekapan tenaga, kaedah meningkatkan kecekapan dan analisis ekonomi terhadap kesan daripada pemu...
2/8/20195/1/2006Mohd Faisal Wan Chik - Author
First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   ....    Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z -->

Search: