Thumbnail | Name | Publication Date | First Public Date | Contributors |
Kajian salutan hot-dipping galvanizing keluli karbon rendah/Muhd Faiz Mat Kasa Kajian ini dijalankan untuk melihat kepada keberkesanan salutan zink pada keluli karbon sebagai pelindung kepada kakisan serta kesesuaian aplikasi salutan kromat dengan kepekatan yang berbeza pada salutan zink. Kaedah yang digunakan dalam penyalutan zink ini adalah rendaman panas galvani. Suhu peleburan zink yang digunakan untuk menyalut keluli kar... | 8/18/2020 | 3/1/2005 | Muhd Faiz Mat Kasa - Author | |
Kajian prestasi dan penghausan pada roda pemotong yang disalut dengan bahan sic /Poh Pei Tin Tesis ini membincangkan penghausan dan keupayaan roda pemotong yang disalut dengan lapisan bahan seramik. Butiran keras seramik diikat pada substratum roda pemotong dengan 2 cara penyalutan. Pertama, dengan semburan terma serbuk kromium nikel. Kedua, dengan ikatan resin serbuk karbida silikon pada atas lapisan pertama. Karbida silikon dengan saiz ... | 8/11/2020 | 3/1/2004 | Poh Pei Tin - Author | |
Kajian polarisasi ke atas gandingan timah besi dalam asid hidroklorik / Nooreffendy Bin Mokhtarudin Projek penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji kelakuan bagi
gandingan timah - besi dalam asid hidroklorik semasa polaiisasi. Ter^pat dua aspek
utama yang difokuskan untuk mengkaji kelakuan gandingan timah - b^i ini iaitu
menyiasat kesan nisbah keluasan yang beibeza pada kadar kakisan dan juga menyiasat
kesan kepekatan asid hid... | 5/15/2018 | 5/1/2006 | Nooreffendy Mokhtarudin - Author | |
Kajian persampelan isokinetik dalam cerobong di malaysia smelting corporation berhad, butterworth/Taufik Shukri Mahmud Kajian persampelan isokinetik dalam cerobong di Malaysia Smelting Corporation Berhad, Butterworth ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada operasi syarikat ini ada menghasilkan pencemaran udara terhadap kawasan persekitaran daripada aktiviti peleburan dan penghasilan jongkong timah. Dalam kajian ini, 15 sampel telah diambil daripada tiga buah ce... | 8/18/2020 | 3/1/2005 | Taufik Shukri Mahmud - Author | |
Kajian perbandingan salutan polimer antara laker uv, kk-50 dan lilin ke atas paip keluli /Quah Ban Kheng Dalam kajian ini, 3 jenis salutan akan diuji. Tujuan kajian ini ialah untuk membandingkan antara salutan laker UV yang kini dalam aplikasi dengan KK-50 dan lilin untuk mengurangkan kos pengeluaran.Pelbagai kaedah ujian seperti kebolehcatan, ujian kekerasan, ujian daya lekatan, ujian kebolehtanggalan, ujian pembengkokan dan ujian semburan garam dija... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Quah Ban Kheng - Author | |
Kajian perbandingan antara pengisaran kering dan pengisaran basah /Wan Suriati Zulkhefli Mendakan kalsium karbonat, PCC merupakan hasilan semula CaCO3 melalui proses pengkarbonan agar dapat menghasilkan produk dengan kualiti dan ciri-ciri yang lebih baik. Sumber pengeluaran komersial PCC adalah batu kapur yang berketulenan tinggi. PCC mempunyai kelebihan daripada batu kapur kisaran (GCC) kerana sifat kecerahan dan saiz partikelnya. Ci... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Wan Suriati Zulkhefli - Author | |
Kajian penjerapan terhadap sistem zirkon-natrium oleate /Francis Kitingon Kepekatan dan pH bagi reagen sebagai parameter dalam sistem
penjerapan zirkon natrium oJLeate telahpun dikaji. Kesan daripada
parameter ini diperhatikan dalam bentuk perubahan ketumpatan
penjerapan. Ketumpatan penjerapan dilakukan dengan menggunakan
kaedah spektrometri. Daripada keputusan yang diperolehi, pada pH 3
dan pH 9, ketumpatan penjera... | 5/15/2018 | 11/1/1993 | Francis Kitingon - Author | |
Kajian penghasilan teras seramik berliang dan system perekat dalam struktur sandwic Seramik berliang mempunyai potensi untuk dimajukan berikutan kegunaannya yang
meluas dalam bidang perubatan, penapis air, udara serta seramik refaktori. Namun
begitu, penggunaan seramik berliang sering dihadkan oleh kekuatan yang rendah.
Penggabungan seramik berliang dengan bahan kepingan logam menggunakan agen
perekat membentuk struktur sandwi... | 10/23/2020 | 3/1/2005 | Mohd Hafiz Rahmat - Author | |
Kajian pengelasan jisim batuan dan kestabilan cerun di lebuhraya pos slim cameron highland km 18 / Wan Mohd Hafizi Wan Hanafi Kajian yang dilakukan bertujuan untuk mengkaji pengelasan jisim batuan dan kestabilan cerun di Lebuhraya Pos Slim – Cameroon Highland KM 18. Justeru itu, kajian memerlukan pengambilan data mentah di lapangan yang terdiri daripada jarak kekar, keadaan kekar, keadaan air tanah, arah sudut miring, sudut miring, bacaan Schmidt hammer dan juga keadaan k... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Wan Mohd Hafizi Wan Hanafi - Author | |
Kajian pendopan serbuk plzt melalui teknik emulsi sol gel /Nur Azliza Raihan Abdul Rahim Projek ini dijalankan adalah untuk mengkaji mengenai pendopan serbuk plumbum lantanum zirkonat titanat (PLZT) daripada kaedah emulsi sol gel. Komposisi sistem PLZT adalah Pb1-x Lax (Zr1-yTiy)1-x/4O3 dengan x = 0.09 dan y = 0.35. Komposisi ubahsuaian PLZT dengan formula Pb1-x(La0.95Sm0.05)x(Zr1-yTiy)1-x/4O3 disediakan dengan penambahan samarium nit... | 8/11/2020 | 3/1/2004 | Nur Azliza Raihan Abdul Rahim - Author | |
Kajian parameter pengisaran bagi fabrikasi metalurgi serbuk komposit matrik logam aluminium menggunakan serbuk aluminium berkeping /Mohamad Salimin Jahari Projek ini melibatkan kajian tentang komposit matrik aluminium yang diperkuat dengan partikel silikon karbida (SiC). Tumpuan utama projek ini adalah parameter pengisaran pada peringkat pencampuran serbuk aluminium dan silikon karbida. Tiga parameter pengisaran yang dikaji adalah masa pengisaran, persekitaran pengisaran (pengisaran basah atau kerin... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Mohamad Salimin Jahari - Author | |
Kajian mikroskopi dalam pencirian sisa aluminium untuk pengekstrakan aluminium secara hidrometalurgi Dross aluminium merupakan sisa yang dihasilkan oleh industri primer aluminium seperti
proses Bayer, proses Hall-Heroult dan peleburan. Sampel diperolehi daripada dua sumber
iaitu Air Keruh dan Batu Pahat yang dibekalkan oleh Ultimate Engineering Sdn Bhd.
Ujian fizikal seperti LOI, kelempaban dan ketumpatan pukal dan kajian pencirian seperti
XRD... | 10/20/2020 | 4/1/2007 | Lim Huey Min - Author | |
Kajian mengenai operasi perlombongan emas lanar di kelantan Mineral adalah merupakan suatu bahan yang sangat penting bagi aktiviti perindustrian dan ianya merupakan kunci bagi perkembangan bagi sesebuah negara. Kepentingannya akan terus meningkat di masa akan dating. Sehingga kini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia amat bergantung kepada bahan-bahan yang dihasilkan daripada mineral. Selari dengan p... | 8/28/2020 | 4/1/2008 | Mohd Firdauz Kamlul Zaman - Author | |
Kajian mengenai kesan perubahan diameter sampel terhadap kekuatan penyambungan alumina – keluli secara kimpalan geseran/Tung Wei Nam Pateri keras yang merupakan teknik umum untuk menyambungkan seramiklogam mempunyai kelemahan iaitu mengubah mikrostruktur bahan yang disambung dan melemahkan sifat-sifat mekanik. Pendekatan yang baru dibuat pada kimpalan geseran untuk membolehkan teknik ini menyambungkan seramik-logam dan mengelakkan perubahan mikrostruktur secara keseluruhan. Samp... | 12/2/2020 | 5/1/2006 | Tung Wei Nam - Author | |
Kajian kinetik tindak balas pematangan dan kelakuan pembengkakan komposit smr l dan sbr terisi feldspar dan silica/Wong Bee Ling Harga pengisi silika sintetik adalah jauh lebih mahal daripada pengisi mineral semula jadi. Dengan itu, perbandingan kesan penggunaan serbuk feldspar dan silika komersil sebagai pengisi di dalam komposit SMR L dan SBR ke atas sifat kinetik tindak balas pematangan dan kelakuan pembengkakan telah dikaji dalam julat kepekatan pengisi 0 - 40 bsg. Ciri-... | 8/11/2020 | 3/1/2004 | Wong Bee Ling - Author | |
Kajian ketakstabilan cerun lebuhraya pos slim cameron highlands km22 /Che Wan Mohd Yusrey Che Wan Razlan Kajian ini dijalankan di lebuhraya Pos Slim – Cameron Highlands Km22. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membuat pengelasan jisim batuan dan penganalisaan ketakstabilan cerun batuan di lebuhraya tersebut. Dalam kajian ini, data-data sudut miring, arah sudut miring, kekuatan mampatan ekapaksi batuan, keadaan kekar serta keadaan air tanah juga j... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Che Wan Mohd Yusrey Che Wan Razlan - Author | |
Kajian kestabilan cerun batuan di gk kuari bachok Kelantan /Azihan Mat Arshad Projek tahun akhir ini dijalankan ke atas cerun batuan GK Kuari Bachok bertujuan untuk membuat pengelasan jisim batuan dan menganalisis kestabilan cerun batuan di kuari tersebut. Dalam kajian ini, sebanyak 950 data arah sudut miring, jenis kekar, keadaan ketakselanjaran, jarak ketakselanjaran, keadaan air tanah serta kekuatan mampatan ekapaksi batu... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Azihan Mat Arshad - Author | |
Kajian kesan struktur sel indung madu polimer terhadap sifat mekanikal / Mohd Nazarul Helmi Bin Idris Teras indung madu adalah merupakan teras yang biasa digunakan di dalam pembinaan
struktur panel apit. Kegunaan utama struktur imdung madu ialah di dalam aplikasi
struktur kerana panel apit teras indung madu mempunyai ketumpatan yang rendah dan
nisbah kekakuan dan kekuatan kepada berat yang tinggi. Panel apit teras indung sukar
ditandingi oleh ... | 5/15/2018 | 5/1/2006 | Mohd Nazarul Helmi Idris - Author | |
Kajian kesan saiz partikel alumina dan tempoh pengadukan ke atas sifat-sifat fizikal krusibel alumina yang dihasilkan menggunakan kaedah tuangan gel Tuangan Gel merupakan satu tenik pembentukan seramik terbaru yang masih lagi
tidak meluas penggunaannya. Tuangan Gel adalah suatu proses melibatkan pencampuran
antara larutan monomer organik dengan sluri serbuk seramik dan kemudian dituang ke
dalam acuan. Di dalam proses ini campuran monomer terpolimer secara in-situ untuk
membentuk jasad gel y... | 10/27/2020 | 3/1/2004 | Rosfariza Mohamed Khalib - Author | |
Kajian kesan bendasing dalam sisa aluminium keatas pelarutlesapan beralkali tekanan tinggi Disertasi ini mengkaji kesan bendasing keatas aluminium sisa dengan
menggunakan pendekatan pengekstrakan hidrometallurgi. Objektif utama adalah
memperoleh aluminium pada akhir eksperimen dengan perolehan yang tinggi, iaitu
bermakna aluminium dapat terpisah daripada bendasing. Kajian melibatkan
pelarutlesapan sisa aluminium menggunakan natrium h... | 10/20/2020 | 5/ | Suhalinda Saibon - Author | |
Kajian kebolehbasahan dan sifat-sifat pateri bebas plumbum_Tan Sek Sean Baru-baru ini, teknologi pematerian telah muncul sebagai salah satu teknologi yang utama untuk pemasangan elektronik yang menitikberatkan kesedaran alam sekitar. Antara caloncalon aloi tersebut, kumpulan pateri Sn-Ag-Cu merupakan antara yang dipertimbangkan sebagai pilihan utama penggantian aloi pateri timah-plumbum. Aloi-aloi yang lain seperti Sn-... | 3/1/2005 | Tan Sek Sean - Author | ||
Kajian keberkesanan perencat natrium nitrit dan natrium silikat untuk perlindungan kakisan keluli karbon /Mohamad Aizaq Main Kajian berbentuk ujian kelakuan dan keberkesanan perencatan kakisan keluli lembut yang menggunakan bahan perencat natrium nitrit dan natrium silikat melalui ujian rendaman di dalam larutan natrium klorida (NaCl) dan air paip. Kandungan peratus kehadiran natrium klorida di dalam larutan yang digunakan ialah sebanyak 0.05%. Jangka masa rendaman yang ... | 8/14/2020 | 3/1/2005 | Mohamad Aizaq Main - Author | |
Kajian ke atas komposit termoset terisi serbuk kaca dan silika wasap /Lee Jian Huei Penggunaan komposit termoset terisi gentian kaca sebagai substrat dalam pembungkusan mikroelektronik telah menimbulkan masalah pengembangan terma secara ortotropik dengan nilai pekali pengembangan terma (CTE) yang tinggi. Penggunaan partikel sebagai pengisi dalam epoksi adalah untuk mengurangkan masalah pengembagan terma ortotropik. Selain itu, pen... | 8/14/2020 | 3/1/2005 | Lee Jian Huei - Author | |
Kajian ke atas komposit epoksi ditetulang gentian kaca anyanman dengan ketumpatan linear dan bilangan tindanan anyaman yang berbeza /Eng Kok Mooi Kesan perbezaan ketumpatan linear bagi fabrik anyaman dan bilangan lapisan tindanan ke atas sifat-sifat epoksi ditetulang fabrik anyaman dikaji. Dalam kajian ini, fabrik anyaman dengan ketumpatan linear yang berbeza iaitu 400 g/m2, 600 g/m2 and 800 g/m2 telah digunakan sebagai tetulang dalam resin epoksi. Sifat-sifat terma, pelenturan dan fizik din... | 8/14/2020 | 3/1/2205 | Eng Kok Mooi - Author | |
Kajian ke atas komposit dental Objektif utama yang telah dikaji oleh kajian ini adalah untuk menentukan kesan masa pematangan ataupun dedahan yang berbeza terhadap sifat-sifat mekanikal satu produk komposit dental iaitu Filtek Z250. Beberapa ujian mekanikal dilakukan ke atas sampel-sampel yang dimatangkan dengan dua masa pematangan yang berlainan iaitu selama 20 saat dan 40 saat... | 10/20/2020 | 3/1/2007 | John Paul Wang Sing Siew - Author |