(For USM Staff/Student Only)

Browsing/Searching: EngLib USM > Ω School of Materials & Mineral Resources Engineering

 
Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 676 - 700 of 910

First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   Next >              Last
ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Immobilization of metal species from water sludge by nanoporous clay
Lumpur ialah sisa sampingan dari loji rawat air. Beberapa spesies logam dari lumpur air adalah berbahaya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Oleh sebab isu keselamatan, kerajaan tidak membenarkan lumpur air dibuang ke dalam sungai. Ekoran daripada itu, penyelesaian yang sesuai telah dicadangkan. Lumpur air menjadi salah satu bahan mentah dal...
7/3/20206/1/2015Ng Zi Shin - Author
Microstructure analysis, mechanical properties and corrosion behaviour of cryorolled aluminium 1100 alloy with different heat treatment / Siti Aminah Zakaria
Kajian semasa ini mengkaji mikrostruktur, sifat-sifat mekanikal dan kakisan gelekan kriogenik aloi Al 1100 pada pra-rawatan haba yang berbeza. Sebelum proses penggelekan kriogenik, tiga jenis pra-rawatan haba telah dipilih; tanpa rawatan haba, penyepuhlindapan (200˚C-400˚C) dan rawatan haba larutan (500˚C-580˚C). Sampel pra-rawatan pengepuhlindapan...
7/3/20204/1/2018Siti Aminah Zakaria - Author
Studies on cleaning efficiency of various natural rubber latex cleaning compounds / Nuur Syuhada Dzulkafly
Sebatian pembersihan lateks getah asli (GA) telah disediakan menggunakan tiga jenis lateks GA; lateks GA beramonia tinggi (HA), sebatian sisa industri (ILC) dan sisa lateks mentah (RWL). Setiap lateks kemudiannya di campurkan dengan dua jenis agen pembersih iaitu monoethanolamin (MEA) dan dietilina glicol (DEG) pada kadar yang berbeza; 1 phr, 3 phr...
7/3/20205/1/2018Nuur Syuhada Dzulkafly - Author
Synthesis and characterization of graphene filled epoxy and pedotpss composites / Norshamira Arshad
Penemuan komposit grafen telah mendorong perubahan di kalangan para penyelidik kerana sifatnya yang unik. Tujuan kajian ini adalah untuk mensintesis grafen dan digunakan sebagai pengisi dalam komposit epoksi. Prestasi grafen yang disintesis dalam epoksi dibandingkan dengan grafen komersial. Grafen telah disintesis menggunakan kaedah Hummer yang...
7/3/20209/1/2018Norshamira Arshad - Author
Synthesis and characterization of ZnO particles for bacteria removal
Pembangunan teknologi penyingkiran bakteria yang cekap dan mesra alam dalam air diperlukan untuk menangani masalah yang disebabkan oleh mikroorganisma yang berbahaya. Antara kaedah rawatan air yang berbeza, proses fotopemangkinan digunakan sebagai teknologi cekap baru yang mempunyai potensi yang sesuai untuk menghapuskan bahan cemar mikrob dari...
7/3/20206/1/2015Goh Theng Tyng - Author
Tensile properties of friction stir welded magnesium and az31b magnesium alloy
Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji kesan kelajuan pusingan alat kimpalan kepada sifat mekanikal sambungan sejenis magnesium dan aloi magnesium AZ31B. Kelajuan pusingan alat kimpalan yang digunakan dalam kajian ini ialah 600rpm, 865 rpm, 1140 rpm dan 1500 rpm. Sementara itu, kelajuan kimpalan, sudut condongan alat dan bahan alat kimpalan yan...
7/3/20206/1/2015Amir Fadhli Zainal Abidin - Author
Curing, mechanical and aging properties of bentonite filled ethylene propylene diene monomer composites / Nurus Sakinah Che Mat
Tujuan kajian ini adalah pertama, untuk menyiasat kesan pembebanan bentonit (Bt), kedua, pengantian separa Bt oleh kalsium karbonat (CaCO3), ketiga, pengubahsuaian Bt oleh bis (3-trietoksisililpropil) tetrasulfida (Si69), dan akhir sekali, kesan campuran nisbah etilena propilena diena monomer (EPDM)/ getah asli (NR) atas sifat-sifat pematangan, sif...
7/6/20206/1/2018Nurus Sakinah Che Mat - Author
Effect of indium on microstructure and intermetallic compound formation during isothermal aging of sncu solder alloy / Nur Nadirah Mohd Khusaini
Aloi pateri adalah bahan yang digunakan sebagai penyambungan elektronik dan mekanikal kepada komponen serta substrat dalam peralatan elektronik. Kebimbangan ke atas plumbum yang bertoksik mencetuskan fokus yang mendalam bagi mengenalpasti pateri bebas plumbum alternatif untuk menggantikan Pb-Sn aloi. Sn-Cu adalah satu calon yang menarik disebabkan ...
7/6/20208/1/2018Nur Nadirah Mohd Khusaini - Author
Effect of potassium oxide (K2O) on the properties of bioactive glass
Kaca bioaktif 45S5 yang dibangunkan oleh Larry Hench pada tahun 1969 telah digunakan dalam kegunaan klinikal khususnya dalam proses pertumbuhan semula tulang. Dalam kajian ini, kaca bioaktif (BG) 45S5 telah dihasilkan menggunakan kaedah konvensional leburan. Perbandingan antara kaedah leburan-hilang dan leburan- sepuh lindap telah dilakukan untuk m...
7/6/20206/1/2015Nurul Atiqah Abdul Manaf - Author
Kinetic modelling of carbothermal reduction of ilmenite with compressed natural gas (cng)
Penurunan karboterma bagi ilmenite telah dikaji untuk menghasilkan titanium oksikarbonitrida dengan kos rendah. Dalam projek ini, penurunan ilmenite oleh gas asli mampat (CNG) dalam campuran gas hidrogen-nitrogen telah dikaji dengan suhu penurunan 1100˚C - 1200˚C, masa penurunan selama 1 jam - 3 jam serta masa pengaliran CNG dari 15 minit ke 45 min...
7/6/20207/1/2015Lee Chee Keat - Author
Numerical analysis during encapsulation process of molded underfill with multi flip chip package / Muhammad Afiq Azmi
Pada masa kini, teknologi pembungkusan litar bersepadu (IC) menjadi reka bentuk yang canggih di samping dapat mengekalkan kebolehpercayaan dan kualiti. Pakej skala cip flip (CSP) adalah salah satu daripada cip IC yang mempunyai wafer-tingkat yang dibungkus dengan bebola pateri sfera yang terletak di atas grid yang mana jaraknya telah ditentukan di ...
7/6/20208/1/2018Muhammad Afiq Azmi - Author
Preparation, characterization and properties of organo-muscovitecarbon nanotubes filled epoxy nanocomposites
Kajian ini melaporkan tentang penyediaan dan sifat-sifat komposit epoksi yang terisi pelbagai komposi pengisi menggunakan kaedah tuangan. Dua jenis pengisi digunakan dalam kajian ini iaitu muskovit/nanotiub karbon dan Organo-moscovit/nanotiub karbon. Pengisi hibrid muskovit/nanotiub karbon disintesiskan melalui pemendapan wap kimia (CVD). Imej peng...
7/6/20207/1/2015Yeap Cheok Kuang - Author
Properties of biocompatible mg-znhydroxyapatite composites fabricated by different powder mixing techniques / Siti Nur Hazwani Mohamad Rodzi
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sifat mekanikal dan biodegradasi komposit magnesium-zink/hidroksiapatit (Mg-Zn/HA) yang difabrikasi melalui teknik-teknik campuran serbuk yang berbeza. Teknik campuran serbuk komposit tersebut dibahagikan kepada dua, iaitu pemprosesan langkah tunggal yang melibatkan teknik pengaloian mekanikal dan pengisaran meka...
7/6/20204/1/2018Siti Nur Hazwani Mohamad Rodzi - Author
AgZn nanopaste as die-attach material for high temperature application
Pembungkusan elektronik adalah salah satu sektor penting dalam menghasilkan alat-alat elektronik yang berkualiti. Antara komponen yang diperlukan dalam industri pembungkusan elektronik, sambungan dai atau sambung dianggap sebagai bahagian penting kerana ia menghasilkan sambungan antara dai dan substrat. Pengurangan saiz peranti elektronik telah mem...
7/8/20206/1/2015Nur Basyira Abu Bakar - Author
Effect of alginate concentration on the mechanical properties of hydroxyapatite scaffold for biomedical applications
Dalam kajian ini, perancah hidroksiapatit (HAp) digabungkan dengan alginat telah dihasilkan. Natrium alginat diekstrak daripada rumpai laut tempatan, „Sargassum polycystum‟ melalui pengekstrakan neutral dengan proses kalsium alginat. Asid hidroklorik telah digunakan dalam rawatan pra-asid sebelum natrium karbonat dengan kepekatan sebanyak 1%, 3% da...
7/8/20207/1/2015Ong Xiang Qi - Author
Fabrication and properties of polymer coated hydroxyapatite scaffolds
Hidroksiapatit (HA) telah digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan perancah seramik berliang. Perancah yang dibuat daripada HA sesuai dengan badan manusia dan berfungsi sebagai templat untuk perhubungan sel dan pembentukan tisu baru. Dalam kajian ini, HA berliang dihasilkan melalui kaedah replikasi polimer. Busar poliuretana (PU) telah tel...
7/8/20207/1/2015Muhammad Awaludin Mohammad Saman - Author
Green synthesis of silver nanoparticles by kyllinga brevifolia leaf extract
Kebelakangan ini, kimia dan proses hijau telah merungkap peranan tumbuhan dalam biosintesis nanopartikel. Kaedah ini merupakan satu pendekatan yang mesra alam untunk mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia. Kertas kerja ini adalah laporan mengenai sintesis hijau nanopartikel argentum menggunakan ekstrak daun Kyllinga brevifolia sebagai ejen penur...
7/8/20206/1/2015Mohamad Bakhtia Mhd Nawi - Author
Synthesis of silica nanocolloids encapsulated dyes for bio-imaging and bio-labeling applications / Atiqah Ahmad
Dua jenis pewarna pendarflor iaitu 1, 1%-dioctadecyl 3, 3, 3%, 3%-tetramethylindocarbocyanine perchlorate (DiI) dan fluorescein (Fluo) telah dikapsulkan ke dalam nanopartikel amorfus silika dengan mengunakan kaedah pembentukan misel. 2-butanol sebagai pelarut bersama digunakan bagi memudahkan reaksi hidrolisis semasa proses sintesis telah divariasi...
7/8/20204/1/2018Atiqah Ahmad - Author
The development of gentamicin encapsulated poly(lactic acid) microspheres for drug delivery / Tran Thi Thu Trang
Kajian ini melibatkan penghasilan mikrosfera poli(asid laktik) (PLA) yang mengandungi gentamicin (Gs) dengan pengubahsuaian permukaan secara kejuruteraan bagi tujuan penghantaran ubat melalui kaedah emulsi dan pemeruapan pelarut (ESE). Permukaan mikrosfera PLA telah diubahsuai bagi mendapatkan kumpulan berfungsi karboksil hidrofilik melalui hid...
7/8/20208/1/2018Thu Trang Tran Thi - Author
The effects of core shell impact modifier on properties and crystallization behaviour of poly(lactic) acid / Adibah Borhan
Polilaktik asid (PLA) telah dicampur leburan dengan kandungan yang berlainan (0 hingga 30% berat) pengubahsuai hentaman kelompang teras (CSIM) yang boleh didapati secara komersil. PLA tulen dan PLA/CSIM campuran telah disediakan melalui pengadun dalaman dan pemampat acuan yang dibentuk menjadi spesimen. Sifat-sifat termal, mekanikal dan morfologi c...
7/8/20208/1/2018Adibah Borhan - Author
Utilisation of oyster shell as alternative filler in natural rubber compound
Projek ini mengkaji mengenai kesan penggunaan kulit tiram sebagai pengisi alternatif di dalam sebatian getah semulajadi. Tujuan projek ini dijalankan adalah bertujuan untuk selidik kesan sistem dan suhu kematangan getah terhadap ciri kematangan, sifat mekanikal serta morfologi sebatian getah. Two roll mill telah digunakan untuk menghasilkan sebati...
7/9/20206/1/2015Muhamad Amirul Ashraf Mohd Alias - Author
Atrazine-based molecularly imprinted polymer as electrochemical sensor for pesticide detection / Nuur Fahanis Che Lah
Penggunaan racun perosak dan racun serangga yang meluas meningkatkan tahap kebimbangan terhadap kesannya terhadap manusia dan kehidupan haiwan, yang secara langsung dan tidak langsung dihubungkan dengan sebatian berbahaya melalui pembentukan racun makhluk perosak dalam makanan dan air minuman. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk men...
7/10/20202/1/2019Nuur Fahanis Che Lah - Author
Effect of poly (2-vinylpyridine) on molecular weight, particle size, and viscosity of styrene-butadiene rubber (sbr) latex for oil well cementing applications
Poli (2-vinylpyridine) (P2VP) yang berfungsi untuk meningkatkan prestasi latex SBR dalam aplikasi penyimenan telah disintesis daripada 2-vinylpyridine monomer melalui pempolimeran emulsi. Kesan parameter eksperimen seperti jenis surfaktan anionik, suhu pempolimeran dan kelajuan kacau proses pempolimeran telah dikaji dengan menggunakan spektroskopi ...
7/10/20206/1/2015Mak Sok Yee - Author
Mechanical, water absorption and hygrothermal properties of poly (hydroxybutyrate-co-hydroxyhexanoate) poly (butylene succinate) with different blending ratio
Satu siri adunan polimer “poly (hydroxybutyrate-co-hydroxyhexanoate” (PHBHHx)/ poli(butilena suksinat (PBS) telah disediakan melalui kaedah pengacuanan mampatan. Aduanan PHBHHx/PBS dengan nisbah 90:10, 80:20, 70:30, 60:40 dan 50:50 telah disediakan. Kesan agen penserasi PBSgMA terhadap sifat-sifat tegangan adunan PHBHHx/PBS pada nisbah 50:50 dikaji...
7/10/20206/1/2015Ong Chang Riang - Author
Properties of multilayer graphene filled polyaniline nanocomposites
Grafen, dua dimensi karbon berstruktur nano, telah menarik perhatian dunia disebabkan oleh sifat-sifat elektronik, mekanikal dan kimia yang luar biasa. Kajian ini melaporkan kaedah kimia sono digunakan untuk menghasilkan grafen berbagai lapisan dengan masa sonication yang berbeza iaitu 15, 30 dan 45 min. Keputusan pencirian menunjukkan bahawa grafe...
7/10/20207/1/2015Lee Jin Ling - Author
First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z -->

Search: