(For USM Staff/Student Only)

Browsing/Searching: EngLib USM > Ω School of Mechanical Engineering

 
Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 51 - 75 of 99

First            < Previous    1   2   3   4   Next >              Last
ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Analysis of windshield wiper vibration (experimental and fem analysis) /Teoh Yih Jia
Tesis ini adalah berkaitan dengan menganalisis pengelap cermin kereta yang wujud di mana ia termasuk membuat analisis unsur terhingga dan membuat eksperimen analisis modal bagi pengelap cermin kereta tersebut. Pengelap cermin kereta diguna untuk mengelap air daripada cermin kereta semasa hujan dan kadang-kala wiper mengalami getaran yang berlebihan...
7/15/20204/1/2008Teoh Yih Jia - Author
Application of artificial intelligent (ai) to predict co2 laser cut quality of 304 stainless steel /Chong Zhian Syn
Tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan suatu model rangkaian saraf (Neural Network) bagi meramal qualiti permotongan laser menggunakan carbon dioksida atas besi tahan karat bercod 304 dengan kelebaran sebanyak 5mm berdasarkan parameter-parameter permotongan laser. Data-data untuk sistem permotongan laser ini diperoleh daripada projek tahun akh...
7/14/20204/1/2008Chong Zhian Syn - Author
Application of the vapor chamber in electronic device/Teoh Chee Keong
Perbezaan prestasi terma bagi kebuk wasap (vapor chamber) yang mempunyai bentuk sumbu struktur (wick structure) yang berlainan telah dinilai dalam penggunaan untuk penyejukan pakej eletronik. Kebuk wasap ini merupakan penyebar haba bagi penyejukan yang paling maju untuk mikro cip yang tinggi prestasi seperti generasi baru dalam C...
7/9/20204/1/2008Teoh Chee Keong - Author
Automatic inspection of defects in rubber keypads using machine vision/Ng Szu Khin
Di belakang setiap butang suis pada kekunci getah terdapat sentuhan berwarna hitam yang dikenali sebagai penghubung karbon hitam. Ia diletakkan tepat pada permukaan papan litar untuk melengkapkan litar apabila butang suis ditekan. Ia amat penting untuk memastikan litar dapat berfungsi melalui kaedah penekanan butang yang ringkas. Penghubung karbon ...
7/6/20204/1/2008Ng Szu Khin - Author
A case study of injection molding theory and practice in injection molding / Mohd Hafizul Yahya
Pengacuan suntikan merupakan salah satu dari proses pembuatan yang penting dalam menghasilkan produk berasaskan bahan - bahan termoplastik dan termoset secara besar - besaran. Pengacuan suntikan terbahagi kepada dua bahagian yang penting iaitu bahagian suntikan dan bahagian “clam”. Setiap bahagian melibatkan proses – proses yang tertentu. Dalam pro...
7/3/20204/1/2009Mohd Hafizul Yahya - Author
Ageing treatment of niti shape memory alloy / Mohamad Khairil Izwan Abd Khalid
Tujun kajian ini dijalankan adalah untuk menguji kesan rawatan haba penuaan pada Niti SMA. Walaupun banyak pengkaji meletakkan usaha yang besar untuk memahami bagaimana kejadian itu sebenarnya berlaku, masih terdapat jurang pengetahuan yang luas yang masih belum dicapai. Lebih banyak kemahaman mengenai kelakuan Niti SMA ini diperlukan untuk membole...
10/2/20186/1/2012Mohamad Khairil Izwan, Abd Khalid - Author
Analysis of heat generation of catalytic microcombustion / Lee Chung Yew
Trend utama dalam industri pada masa kini adalah untuk membuat produk yang lebih ringan, berfungsi, kompak dan mempunyai tempoh operasi yang lama. Oleh itu, pembakaran dengen menggunakan pemangkin diperkenalkan. Penjana terma-elektrik MEMS adalah salah satu aplikasi yang menukar tenaga terma kepada tenaga elektrik. Kajian sastera telah dilakuka...
1/25/20196/1/2012Lee, Chung Yew - Author
Analysis of luders-like type deformation behavior of niti shape memory alloy / Chan Choon Yuan
Objektif dalam kajian ini adalah untuk mangkaji tingkah laku deformasi jenis ‘Luders-like’ dan mengukur dimensi jalur ‘Luder’ tersebut yang disebabkan oleh reorientasi martensite dalam mikrostruktur NiTi. Komposisi specimen yang digunakan dalam kajian ini ialah Ti-50.2% Ni, di mana suhu transformasi yang didapati dengan menggunakan ‘differential sc...
1/28/20196/1/2012Chan, Choon Yuan - Author
An analysis study about the production layout improvement in packaging industry via simulation / Tan Peng Ker
Ini merupakan kajian analisis terhadap peningkatan susun atur pengeluaran di industri pembungkusan. Masalah prestasi pengeluaran dan persekitaran kerja perlu dititikberatkan bagi productivity syarikat. Projek ini bermula dengan mambuat pemerhatian dan pembelajaran di kawasan pengeluran untuk mengenalpasti masalah dan gejala yang menunjukkan masalah...
10/2/20186/1/2012Tan, Peng Ker - Author
Application of group technology in preventive maintenance at qdos flexcircuits sdn. Bhd / Ernnie Illyani Basri
Sistem penyelenggaraan memainkan peranan penting dalam mengekalkan peralatan dalam keadaan baik. Penyelenggaraan dijalankan untuk menghapuskan kegagalan, mengurangkan masa mesin, memperbaiki operasi pengeluaran di mana membawa kepada pengurangan kos operasi secara keseluruhan. Dalam sistem penyelenggaraan, Penyenggaraan Pencegahan (PM) adalah salah...
1/28/20196/1/2012Ernnie Illyani, Basri - Author
Automated feeder for plastic corrugated board: a conceptual design / Chong Siu Hou
Reka bentuk untuk mesin penyuapan automatik papan plastik beralur termasuk mekanisma and unsur-unsur rekaan telah dilaporkan dalam kajian ini. Kajian mesin penyuapan automatik adalah berdasarkan kajian reka bentuk daripada industri papan kertas. Kajian kes telah diadakan dalam sebuah kilang pengeluar papan plastik beralur untuk mengenal pasti krite...
6/6/2012Chong; Siu Hou - Author
Auto-focusing using image feedback in liquid-filled diaphragm (lfd) lens / Chew Shu Huey
Sistem kanta bendalir yang berkeupayaan dalam pengubahan titik penumpuan dengan satu kanta, telah direka sebagai teknologi baru dalam aplikasi optik. Di samping rekabentuk dan penambahbaikan pada kanta, kebelakangan ini terdapat beberapa penyelidik telah menyedari kepentingan fokus kriteria dalam menentukan kualiti imej. Mereka telah memperkenalkan...
1/28/20196/11/2012Chew, Shu Huey - Author
Abrasion parameters effect on industrial polymer components
Kajian untuk menyiasat kesan parameter lelasan ke atas polimer komposit telah dijalankan. Dua polimer komposit yang diperkuatkan dengan fiber semula jadi (polyester diperkuatkan dengan fiber hibrid kenaf dan kaca rawak dan polyester diperkuatkan dengan fiber jut rawak) dan dua polimer komposit yang diperkuatkan dengan fiber buatan (epoxy diperkuatk...
2/25/20196/1/2015Khor Sheng Yau - Author
Analysis of drum brake squeal / Muhammad Najib Abdul Hamid
Bentuk lenturan semasa operasi digunakan untuk menentukan mod bentuk getaran bagi kasut brek semasa kejadian bunyi kiut brek gelendong. Pengukuran bentuk lenturan semasa operasi bagi kasut brek adalah didapati dalam mod pulasan dan menyamai mod bentuk yang diperolehi melalui eksperimen modal bagi kasut brek dalam keadaan bersentuhan dengan gelendon...
5/9/20186/1/2015Muhammad Najib Abdul Hamid - Author
The analysis of vibrational response of induced Air Draft Cooled Heat Exchanger (ACHE) plenum chamber
Resonans adalah kecenderungan sistem untuk menyerap lebih banyak tenaga dan menyokong sistem untuk bergetar pada tahap yang tidak terkawal apabila frekuensi daya luar sama dengan frekuensi jati sistem. Getaran berlebihan kepada sistem mekanikal boleh menyebabkan pergerakan ayunan ganas dan kegagalan jika tidak dikawal.Oleh itu, adalah penting untuk...
2/21/20196/1/2015Mohamad Adam Suffian Yacob - Author
Applicability study of intelligent template generator for PCBA inspection
Pemeriksaan Optik Automatik (AOI) adalah salah satu kaedah pemprosesan imej untuk kawalan kualiti yang telah digunakan secara meluas dalam pengeluaran produk industri pembuatan. Dalam hal pemeriksaan PCBA, pemeriksaan umumnya dilakukan dengan mengimbas imej dan membandingkannya dengan imej digital yang dihasilkan daripada data reka bentuk asal. Ole...
2/15/20196/1/2015Fatin Hanani Dahaman Huri - Author
Assessing the risk factors of hypertension with data mining approach
Tekanan darah tinggi telah dikaji besar-besaran daripada aspek faktor risiko tekanan darah tinggi. Walaubagaimanapun, kurang kajian dijalankan dalam sumbangan bagi faktor risiko kepada tekanan darah tinggi. Sepanjang kajian ini, perlombongan data telah digunakan untuk mendapatkan pengetahuan daripada dua set data iaitu data yang diperoleh secara aw...
2/18/20196/1/2015Ong Wei Jie - Author
Assessment of adaptive meshing of fea in abaqus
Ketepatan adalah penting dalam analisis berangka.Jejaring(mesh) adaptif adalah salah satu kaedah yang paling biasauntukmeningkatkanketepatan. Mesh adaptifadalahsatu proses menilaikesilapan mesh pendiskretan secaraautomatik danmemperbaiki jaringan. Kaedah ini biasanya digunakan untukmeningkatkan ketepatan penyelesaian berangka masalah tanpa peningka...
2/18/20196/1/2015Muhammad Syamil Mohd Saad - Author
Automating punching process inspection using machine vision based on raspberry pi micro-controller
Satu proses penebukan lubang automatik sedang dibangunkan untuk panel komposit Airbus 320 dengan mengunakan robot dan penglihatan mesin. Walau bagaimanapun, lubang mesti diperiksa supaya ia dapat memenuhi spesifikasi yang ditetaptakan. Namun, lubang-lubang tersebut masih diperiksa secara manual yang memerlukan pemeriksa yang cekap dan mengambil...
3/14/20196/1/2015Amir Amzar Zainal - Author
A process improvement framework integrating lean methodology and decision tools in manufacturing industry_Lim Shen Chuan
Untuk bersaing dalam dunia proses kelajuan tinggi hari ini , proses penambahbaikan kepada kualiti dan produktiviti telah menjadi satu strategi perniagaan yang penting bagi banyak organisasi termasuk pengeluar , pengedar , syarikat-syarikat pengangkutan, organisasi perkhidmatan kewangan , penyedia penjagaan kesihatan, dan agensi-agensi kerajaan....
8/10/20207/1/2015Shen Chuan Lim - Author
Attenuation of electromagnetic acoustic noise from a variable speed induction motor by using dynamic vibration absorber
Hingar akustik elektromagnetik mempunyai ciri ton hingar yang dihasilkan oleh motor induksi kelajuan boleh ubah mewujudkan suasana yang tidak selesa kepada pengendali mesin. Hingar yang berlaku pada frekuensi tinggi ini kebiasaannya berlakupada gandaan frekuensi pensuisan pada pembalik. Penyelesaian masalah hingar ini pada umumnya dicapai dengan re...
6/5/20183/1/2016Vigren V.Radha - Author
Automating statistical analysis and result explanation in production simulation
Perancangan pengeluaran dan reka bentuk lantai boleh dikaji melalui perisian simulasi. Simulasi membolehkan kajian perubahan kesan kepada aliran pengeluaran. Langkah-langkah prestasi dikenalpasti untuk mengukur penambahbaikan yang dibuat ke atas lantai kedai. Untuk menyiasat sama ada terdapat apa-apa kesan pada ukuran prestasi, analisis statistik b...
11/29/20185/1/2016Neo Yung Wei - Author
Adaptive fea in 3d structural analysis by using polyde
Projek ini membentangkan penilaian pengiraan kod dalaman elemen terhingga dipanggil PolyDE yang dijangka mencapai kadar penumpuan yang tinggi kerana kerana menggunakan algoritma hp-adaptif. Pengiraan ini adalah berdasarkan kepada penyelesaian serentak sistem persamaan pembezaan separa (PDE) . Adaptiviti ini dicapai melalui kaedah hp-penyesuaian di ...
11/27/20186/1/2016Fathiin Izzatie Adnan - Author
Adaptive finite element method in three dimensional thermoelectric problems with polyde
Prestasi pengiraan penyesuaian kaedah elemen terhingga (AFEM) dalam menyelesaikan masalah termoelektrik dalam tiga dimensi dengan PolyDE dibentangkan dalam projek ini. Pengiraan tersebut dilakukan dengan menyelesaikan masalah serentak sistem dengan fluks haba dan medan elektrik. Penyesuaian dicapai dengan penyesuaian-h di mana hanya penghalusan sai...
11/14/20186/1/2016Soh Kae Luen - Author
Alignment study of high speed alternator with radial flow gas turbine running in cold flow mode
Berlainan jenis gandingan dari hos getah hidraulik untuk logam gandingan tegar diuji uji kaji untuk pasangan alternator kelajuan tinggi terus ke aci turbin. Tujuannya adalah untuk membandingkan gandingan yang serasi untuk turbin gas mikro yang diuji. Spesifikasi gandingan yang dipilih mempunyai ciri-ciri dan kesannya dari getaran yang dihasilkan ...
11/29/20186/1/2016Fong Jun Yit - Author
First            < Previous    1   2   3   4   Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z -->

Search: