(For USM Staff/Student Only)

Browsing/Searching: EngLib USM > Ω School of Materials & Mineral Resources Engineering

 
Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 801 - 825 of 910

First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   Next >              Last
ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Synthesis and properties of phenolic based hybrid carbon nanotubeinorganic filled composites / Siti Shuhadah Md Saleh
Penggunaan pengisi tunggal dalam komposit polimer tidak selalu memenuhi syarat-syarat permintaan untuk aplikasi polimer komposit termaju. Oleh itu, adalah perlu untuk menghasilkan pengisi hibrid yang mengandungi lebih daripada satu pengisi. Kebelakangan ini, tiub nano karbon (CNTs) dihibridkan dengan pengisi yang lain untuk mencapai kesan gabungan ...
9/24/20203/1/2017Siti Shuhadah Md Saleh - Author
Compatibility and degradability of kenaf-filled linear low density polyethylene polyvinyl alcohol composites / Pang Ai Ling
Penyelidikan berkaitan komposit polimer gentian semula jadi sedang meningkat dengan cepat disebabkan permintaan tinggi pada produk polimer yang mesra alam dengan harga yang berpatutan. Usaha-usaha yang berterusan adalah tertumpu untuk meningkatkan sifat-sifat komposit ini. Di dalam kajian ini, adunan polietilena berketumpatan rendah linear (LLD...
10/1/20208/1/2018Ai Ling Pang - Author
Development of transport phenomena mathematical models for linear and concentric microdialysis probes with diffusion limited and convection enhanced operational features / Kho Chun Min
Mikrodialisis merupakan satu teknik pensampelan yang terkenal dalam bidang penyelidikan perubatan, lazimnya digunakan untuk mengukur kepekatan bahan kimia dalam tisu. Namun, kelemahan utama teknik ini ialah jumlah bahan kimia yang dikumpulkan (iaitu perolehan) tidak konsisten. Ini turut menimbulkan komplikasi lain, seperti keperluan untuk mengendal...
10/2/20209/1/2018Chun Min Kho - Author
Fabrication and optimization of cyanoacrylate nanocomposites for ion beam etching process on hard disk slider / Teoh Hui Chiang
Dalam penyelidikan ini, proses punaran alur ion (IBE) yang digunakan untuk menghasilkan gelangsar dijangka akan mempertingkatkan kadar punaran bagi IBE. Sianoakrilat dengan kekonduksian haba dan elektrik yang rendah adalah perlu diperbaiki untuk memudahkan pemindahan haba secara berkesan semasa proses IBE dan mengelakkan kerosakan pembaca gelangsar...
10/2/20208/1/2018Hui Chiang Teoh - Author
Formation of tio2nanotubular structure in fluorinated ethylene glycol electrolytes containing additives by anodisation / Mustaffa Ali Azhar Taib
Rangkaian tiubnano TiO2 (TNTs) telah menarik minat yang signifikan sebagai calon yang paling sesuai untuk aplikasi tindakbalas terfotoaruh. Komposisi elektrolit adalah salah satu faktor yang penting untuk pembentukan oksida melalui penganodan. TNTs dihasilkan dengan elektrolit etilena glikol (EG)/ammonium fluorida (NH4F) yang mengandungi pelbagai b...
10/2/202010/1/2018Mustaffa Ali Azhar Taib - Author
Bioactive surface modification of ti-nb alloy by alkaline treatment in potassium hydroxide solution / Nur Adila Amira Basry
Rawatan beralkali terhadap struktur β Ti aloi implant yang serasi dan tidak bertoksik didalam kalium hidroxide untuk mengubahsuai bioaktiviti aloi telah dikaji. Ti-40wt%Nb telah dihasilkan menggunakan kaedah metalurgi serbuk dengan mengisar campuran Ti-Nb, mengenakan tekanan pada 550MPa dan disinter pada suhu 1200°C selama 2 jam. Rawatan beralkali ...
10/8/20209/1/2020Nur Adila Amira Basry - Author
Effect of hydrochloric acid cleaning on nickel foam current collector for supercapacitor / Nor Atikah Abu Bakar
Superkapasitor dikenali sebagai penyimpan tenaga yang mempunyai ketumpatan kuasa yang lebih tinggi daripada bateri dengan jangka hayat kitaran yang lebih lama. Elektrod pengumpul arus adalah salah satu komponen yang memainkan peranan penting dalam superkapasitor. Dalam kajian ini, kesan pembersihan menggunakan kepekatan larutan asid hidroklorik...
10/13/20209/1/2020Nor Atikah Abu Bakar - Author
Isothermal aging of sn-3.0ag-0.5cu and sn100c solder alloys processed via equal channel angular pressing / Muhammad Fadlin Hazim Baser
Penghasilan struktur butir halus bagi logam dan aloi menggunakan teknik penekanan salur bersudut sama (ECAP) telah menjadi satu alternatif yang menarik sejak proses ubah bentuk plastik yang teruk (SPD) diperkenalkan. Kaedah ECAP ini mengenakan terikan plastik yang sangat tinggi pada logam untuk menjadikan butir logam sangat halus serta berpotensi u...
10/13/20209/1/2020Muhammad Fadlin Hazim Baser - Author
Platinum nanodendrites modified electrode for lead (pb) detection / Nurul Hidayah Ramli
Pencemaran logam berat di persekitaran telah menyebabkan pengumpulan logam berat dalam rantai makanan dan mengakibatkan masalah kesihatan yang serius kepada manusia seperti kecederaan otak dan kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pengesanan logam berat adalah penting. Dalam penyelidikan ini, platinum nanodendrit (PtNDs) telah disintesis menggunakan k...
10/13/20209/1/2020Nurul Hidayah Ramli - Author
Properties of glass fibre epoxy laminated composites with electrospray of different carbon nanotubes concentrations / Putri Nur Salsabila Roslan
Laminat komposit digunakan secara meluas dalam industri aeroangkasa dan sebagainya kerana modulus spesifiknya dan kekuatan spesifik yang tinggi. Namun, keretakan interlamina atau kegagalan delaminasi adalah cabaran dalam komposit berlamina. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk membaik pulih interlamina dalam laminat gentian kaca komposit. Pengg...
10/13/20209/1/2020Putri Nur Salsabila Roslan - Author
Effect of cryorolling on the microstructures, mechanical properties and corrosion behaviour of low carbon steel using martensite starting microstructure / Muhammad Syafiq Ahmad
Sifat-sifat keluli berkarbon rendah selalunya disesuaikan mengikut sesuatu aplikasi yang khusus dengan cara memanipulasi mikrostruktur sedia ada. Ciri-ciri mikrostruktur adalah termasuk morfologi, pecahan isipadu martensite dan saiz ira. Ciri-ciri mirkrostruktur tersebut boleh di ubah suai dengan melaras masa rendaman dan suhu dalam zon interkritik...
10/14/20209/1/2020Muhammad Syafiq Ahmad - Author
Investigation of adhesion between microwave plasma treated epoxy and silicone / Choong Lai Fan
Lekatan antara silikone dan epoksi dirawati plasma gelombang mikro dalam oksigen telah dikaji. Sudut sentuhan epoksi telah disiasat dengan mempelbagaikan kuasa plasma gelombang mikro 2.45 GHz (100-600 W), kadar aliran oksigen (20-60 sccm) dan masa rawatan (1-5 min). Pengaktifan plasma oksigen oleh plasma gelombang mikro telah mengubah permukaan hid...
10/14/20205/1/2020Lai Fan Choong - Author
Preparation, characterisation and properties of uscoviteacrylonitrile utadiene styrene nanocomposites / Nor Hafizah Che Ismail
Penghasilan nanokomposit akrilonitril butadiena stirena (ABS) berdasarkan mineral tanah liat tidak boleh dikembangkan menunjukkan pendekatan yang berpotensi yang belum diteroka secara relatif. Muskovit telah dipilih daripada sejumlah mineral tanah liat yang biasa digunakan disebabkan oleh nisbah aspek yang lebih tinggi berbanding montmorilonit ...
10/14/20204/1/2020Nor Hafizah Che Ismail - Author
Mechanical properties and bioactivity of ti-nb-ha composite fabricated by mechanical alloying / Farrah Noor Ahmad
Titanium adalah logam biobahan yang paling popular untuk implan ortopedik kerana sifat mekanik dan ketahanan kakisan yang baik. Walaubagaimanapun, ketidaksepadan elastik modulus dan ikatan yang lemah dengan tulang disebabkan oleh sifat biolengai telah dikenalpasti sebagai punca utama yang menyebabkan implan longgar dan akhirnya mengalami kegaga...
10/15/20207/1/2020Farrah Noor Ahmad - Author
Preparation and properties of sepiolite-filled ethylene propylene diene terpolymer composites / Nurul Aizan Mohd Zaini
Peranan tanah liat sebagai pengisi dalam komposit getah mempunyai kepentingan yang tidak boleh diragui disebabkan oleh sumber tanah liat yang banyak, murah, warna yang cerah, dan kebolehan untuk meningkatkan kekuatan dan kekakuan getah. Walau bagaimanapun, ketidakserasian antara sifat hidrofilik tanah liat dan sifat hidrofobik getah yang akan menga...
10/15/20207/1/2020Nurul Aizan Mohd Zaini - Author
Synthesis and characterization of strontium and cobalt doped akermanite bioceramics / Hossein Mohammadi
Seramik akermanit dengan formula kimia (Ca2MgSi2O7) adalah bioseramik silikat yang mengandungi kalsium (Ca2+) dan magnesium (Mg2+), telah menarik perhatian penyelidik biobahan kerana ia menunjukkan kadar degradasi yang terkawal dan sifat mekanikal yang lebih baik berbanding dengan bioseramik berasaskan fosfat seperti beta tri-kalsium fosfat (β ...
10/15/202011/1/2019Hossein Mohammadi - Author
Preparation of low molecular weight natural rubber via photooxidation in latex state / Suhawati Ibrahim
Cahaya ultraungu (UV) telah digunakan untuk mengurai bahan organik, termasuklah getah asli (GA) terutama dalam pelarut organik. Kajian ini bertujuan untuk menyediakan getah asli cecair (GAC) menggunakan kaedah fotodegradasi di dalam lateks, dan mencirikan sifat fizikal dan kimia GAC yang diperolehi. Kecekapan tindakbalas telah ditentukan melalui pe...
10/16/20207/1/2020Suhawati Ibrahim - Author
Synthesis of silver nanoparticles using kyllinga brevifolia extract and immobilisation on tio2 nanotubes for methyl blue dye removal / Norain Isa
Industri tekstil adalah penghasil air buangan yang banyak di mana jika ia tidak dirawat akan menghasilkan pewarna yang toxic dan merbahaya. Satu kaedah yang dapat membuang pewarna adalah melalui penurunan pada permukaan katalis yang diperbuat daripada nanopartikel perak (AgNPs) melalui kaedah penurunan garam. Bahagian pertama hasil kerja ini adalah...
10/16/20203/1/2020Norain Isa - Author
abrikasi dan sifat bio-komposit chitosan diperkuat gentian kenaf
Komposit chitosan diperkuat gentian kenaf dengan komposisi kenaf 0%, 10%, 20%, 30% dan 40% dihasilkan dengan melarutkan serbuk chitosan dengan asid asetik yang disusuli dengan pengacauan larutan chitosan bersama habuk kenaf pada halaju yang tinggi iaitu antara 10000 hingga 29000 rpm untuk menyebatikan campuran. Agen pemplastik ditambah ke dalam...
10/20/20205/1/2007Tang Efei - Author
Kajian ke atas komposit dental
Objektif utama yang telah dikaji oleh kajian ini adalah untuk menentukan kesan masa pematangan ataupun dedahan yang berbeza terhadap sifat-sifat mekanikal satu produk komposit dental iaitu Filtek Z250. Beberapa ujian mekanikal dilakukan ke atas sampel-sampel yang dimatangkan dengan dua masa pematangan yang berlainan iaitu selama 20 saat dan 40 saat...
10/20/20203/1/2007John Paul Wang Sing Siew - Author
Kajian kesan bendasing dalam sisa aluminium keatas pelarutlesapan beralkali tekanan tinggi
Disertasi ini mengkaji kesan bendasing keatas aluminium sisa dengan menggunakan pendekatan pengekstrakan hidrometallurgi. Objektif utama adalah memperoleh aluminium pada akhir eksperimen dengan perolehan yang tinggi, iaitu bermakna aluminium dapat terpisah daripada bendasing. Kajian melibatkan pelarutlesapan sisa aluminium menggunakan natrium h...
10/20/20205/Suhalinda Saibon - Author
Kajian mikroskopi dalam pencirian sisa aluminium untuk pengekstrakan aluminium secara hidrometalurgi
Dross aluminium merupakan sisa yang dihasilkan oleh industri primer aluminium seperti proses Bayer, proses Hall-Heroult dan peleburan. Sampel diperolehi daripada dua sumber iaitu Air Keruh dan Batu Pahat yang dibekalkan oleh Ultimate Engineering Sdn Bhd. Ujian fizikal seperti LOI, kelempaban dan ketumpatan pukal dan kajian pencirian seperti XRD...
10/20/20204/1/2007Lim Huey Min - Author
Kajian tentang penggantian Co2+ ke dalam sistem ferit Ni-Zn dengan menggunakan teknik bahan mula sitrat
Penyediaan ferit kobalt nikel zink atau Zn0.4Ni0.6-yCoyFe2O4 dengan komposis berlainan (Zn0.4Ni0.6Fe2O4, Zn0.4Ni0.5Co0.1Fe2O4, Zn0.4Ni0.4Co0.2Fe2O4, Zn0.4Ni0.3Co0.3Fe2O4, Zn0.4Ni0.2Co0.4Fe2O4 dan Zn0.4Ni0.1Co0.5Fe2O4) telah dijalankan dengan menggunakan kaedah bahan mula sitrat; bahan mentah (logam nitrat, ferum sitrat dan aisd sitrik) telah di...
10/20/20205/1/2007Cho Swee Jen - Author
Kesan penambah-penambah organik terhadap bentuk Cu2O berstruktur nano yang didop dan tidak didop yang disediakan melalui proses penurunan garam kuprum
Kuprus oksida tulen dan didop dengan Zn dihasilkan di dalam projek ini melalui kaedah penurunan garam kuprum pada suhu bilik. Larutan garam kuprum pada mulanya ditambah dengan NaOH untuk penghasilan Cu(OH)2. Penurunan kemudiannya dilakukan dengan menggunakan hidrazin untuk menghasilkan kuprus oksida yang tulen. Pelbagai jenis penambah organik seper...
10/20/20205/1/2007Khoor Siang Tian - Author
Pengekstrakan aluminium daripada sisa aluminium melalui kaedah pelarutlesapan atmosferik dan pelarutlesapan bertekanan tinggi dengan bes natrium hidroksida
Disertasi ini mengkaji pelarutan kimia aluminium oksida daripada sisa metalurgi aluminium dengan menggunakan pendekatan kaedah pengekstrakan hidrometalurgi. Objektif utama kajian adalah memperolehi aluminium pada akhir eksperimen melalui penentuan parameter optimum selain membina satu proses pengitaran semula sisa aluminium tanpa mendatangkan bahay...
10/20/20205/1/2007Nik Nur Azza Nik Adik - Author
First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z -->

Search: