(For USM Staff/Student Only)

Browsing/Searching: EngLib USM > Ω School of Civil Engineering

 
Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 501 - 525 of 716

First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   Next >              Last
ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Channel erosion protection using bioengineered material
Kajian ini memberi tumpuan kepada bahan-bahan bio kejuruteraan yang digunakan untuk melindungi saluran daripada hakisan. Ciri-ciri hidraulik aliran bahan-bahan ini ditentukan dari segi halaju aliran dan tegasan ricih. Walau bagaimanapun dalam menentukan halaju air memerlukan penggunaan persamaan Manning dan pekali kekasaran Manning. Oleh itu untuk ...
3/26/20186/1/2017Siti Noorain Shaizan - Author
Characterization and behaviour of silicon dioxide nanoparticles in chemical mechanical polishing wastewater with the presence of ferrous sulphate and polyaluminium chloride
Pada abad ke dua puluh satu, industri semikonduktor adalah salah satu industri pembuatan yang paling berdaya saing di seluruh seluruh dunia. Keadaan ini disebabkan permintaan semikonduktor yang tinggi daripada pembuatan alat-alat elektronik yang berteknologi tinggi. Walaupun terdapat banyak wafer dan cip yang dihasilkan setiap hari oleh pihak indus...
3/20/20186/1/2017Sin Jing Yao - Author
Comparative subsurface characterization of the quaternary and residual sites in northern Peninsular Malaysia by cumulative SPT(N) for assesing concrete pile foundat
Kawasan Utara Semenanjung Malaysia kebanyakannya terdiri daripada tanah liat lembut untuk kawasan pantai. Tanah liat lembut meyebabkan cabaran kepada aktiviti- aktiviti pembinaan. Sementara itu, kawasan utara juga terdiri daripada tanah laterit tetapi kurang membangun berbanding kawasan pantai. Dalam kajian ini, suatu kaedah baru bagi menilai kuali...
3/23/20186/1/2017Nur Farah Shahirah Besenun - Author
Cost comparison of seismic design for reinforced concrete building under Ranau earthquake
Sempadan plat aktif boleh menyebabkan gempa bumi pada lokasi yang berhampirannya termasuk Malaysia. Pada 5 Jun 2015, gempa bumi telah berlaku di Ranau, Sabah dengan magnitud 6.0 skala Richter. Kerosakan serius pada bangunan tertentu telah berlaku akibat daripada kesan gempa bumi ini. Oleh itu, jurutera struktur memerlukan penyelesaian untuk men...
3/23/20186/1/2017Nor Amelia Adha - Author
Degradation of dyes (methylene blue) using natural rubber incorporated with silver nanoparticles in water treatment tankri_
Air sisa daripada industri tekstil biasanya menghasilkan jumlah air yang banyak kaya dengan warna yang mengandungi sisa pewarna dan sisa toksik. Dalam usaha untuk merendahkan pewarna dari efluen sebelum melepaskan kepada alam sekitar, membran getah asli digabungkan dengan nanopartikel Argentum (NR-Ag) mesra alam telah dikaji. Dalam kajian ini, mode...
3/26/20186/1/2017Nur Atiqah Mohamad Khudri - Author
Deriving rainfall distribution map in monsoon period using Inverse Distance Weighting (IDW) spatial interpolation technique
Data hujan kebiasaannya direkodkan sebagai data pemerhatian dari rangkaian stesen meteorologi. Data hujan tidak lengkap kerana tempoh data atau stesen yang direkodkan tidak mencukupi dan hanya terdapat sembilan (9) Stesen meliputi Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Oleh itu, data tersebut tidak sesuai digunakan untuk mencirikan hujan yang serin...
3/20/20186/1/2017Nazatul Amira Abu Safian - Author
Determination of flood load on bridge deck
Banyak jambatan telah dirosakkan semasa banjir di seluruh dunia termasuk banjir yang terkini di pantai timur Semenanjung Malaysia pada Disember 2014. Punca utama yang menyebabkan kerosakan jambatan semasa banjir telah dikaji. Objektif utama kajian yang berasaskan simulasi berangka ini adalah untuk menentukan kesan pelbagai kedalaman aliran, halaju ...
3/23/20186/1/2017Kua Chin Tong - Author
Determination of manning's coefficient for modular channel
Saluran subpermukaan bermodular merupakan sebahagian daripada sistem dwisaliran mesra alam yang terdiri daripada lapisan parit berumput di sebelah atas dan saluran air di bawahnya. Sistem Saliran Bio – Ekologikal (BIOECODS) telah mengaplikasikan konsep ini untuk saluran ekologikalnya yang telah dibina di sekitar Kampus Kejuruteraan, Universiti Sain...
3/23/20186/1/2017Nurul Juliyana Dinail - Author
Development of a numerical model for the simulation of mudflow phenomenon
Pada masa kini, banjir lumpur semakin kerap berlaku disebabkan oleh kepesatan pembangunan terutamanya di kawasan bukit dan tanah tinggi. Banjir lumpur meninggalkan impak yang besar terutamanya kepada kehidupan manusia, haiwan dan juga harta benda. Salah satu faktor yang menyumbang kepada berlakunya banjir lumpur adalah penebangan hutan secara b...
3/23/20176/1/2017Alexander Yeo Ming Ming - Author
Development of seismic microzonation map and mapping of soft sediment thickness in Kuala Lumpur by using microtremor survey
Kesan tapak seismik merupakan salah satu kebimbangan utama dalam rekabentuk gempa bumi untuk struktur. Tapak yang lembut akan membesarkan kesan gelombang seismik di permukaan bumi. Disertasi ini membentangkan cara yang ringkas dan mudah untuk menganggar ketebalan sedimen di tapak dengan menggunakan teknik pemerhatian gegaran mikro. Pemerhatian gega...
3/23/20186/1/2017Chiew Chang Chyau - Author
Effect of corner on evacuation behaviour during building egress by using dem-based multi agent model
Tesis ini tertumpu kepada kajian mengenai kesan penjuru kepada kelakuan pemindahan semasa keluar dari bangunan. Kajian kes telah dijalankan di Pusat Pengajian Kejuruteran Awam (PPKA). Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kapasiti penjuru, mencari ketumpatan nilai ambang berhampiran penjuru semasa pemindahan keluar dari bangunan dan menentuka...
3/26/20186/1/2017Nur Hanis Kasehyani - Author
Effect of high strength concrete on capacity of prestressed beam for bridge construction
Konkrit pra-tegasan telah menjadi kaedah pembinaan yang penting dan lazim digunakan dalam kejuruteraan jambatan. Rasuk jambatan pra-tegasan pra-tuang mempunyai kelebihan dalam mengawal retakan dan pemesongan berbanding dengan konkrit bertetulang konvensional, dengan itu rasuk jambatan yang lebih panjang boleh dicapai. Dalam industri konkrit pra...
3/23/20186/1/2017Thai Kim Sing - Author
Effect of plastering and Carbon Fibre Reinforced Polymer (CFRP) on concrete masonry prism strength capacity
Batu bata merupakan bahan penting dalam pembinaan khususnya pembinaan bangunan dan ianya digunakan secara meluas di segenap pelusuk dunia sejak beberapa abad yang lalu sehingga ke hari ini. Penggunaan bahan ini berkait rapat dengan beberapa faktor antaranya ialah disebabkan kerana mudah diperolehi, harga yang murah dan pengendalian kerja yang m...
3/21/20186/1/2017Mohd Anuar Mohd Yusof - Author
Effect of polypropylene fiber on the properties of mortar containing silica fume
Satu kajian telah dijalankan bagi menentukan kesan penggunaan gentian polipropilena ke atas sifat-sifat mortar yang mengandungi wasap silika. Eksperimen ini terdiri daripada ujian mortar baru iaitu ujian meja aliran, serta mortar keras seperti kekuatan mampatan, kekuatan lenturan, halaju dedenyut ultrabunyi, keliangan, penyerapan air dan kebolehtel...
3/21/20186/1/2017Nur Shuhada Apilin - Author
Effects of aging condition, preconditioned temperature and anti-stripping agent on the adhesive and cohesive behaviour of asphalt binder and mastics
Campuran asfalt suam (WMA) telah diterima secara meluas oleh industri asfalt terutamanya di Amerika Syarikat kerana kemampuannya yang membolehkan penghasilan campuran asfalt suam dan pemadatan pada suhu 20°C hingga 55°C, lebih rendah berbanding campuran asphalt panas (HMA). Oleh itu, WMA telah dilabelkan sebagai teknologi mesra alam kerana ia mengu...
3/26/20186/1/2017Goh Xiao Wen - Author
Effects of anti-stripping additives on the moisture sensitivity of asphalt mixtures subjected to several conditioning methods
Pelucutan adalah mod lazim yang mengakibatkan berlakunya kerosakan turapan di Malaysia. Ini adalah disebabkan oleh penyusupan air yang berlebihan ke dalam turapan asfalt lalu mempercepat proses kerosakan pada permukaan dan lapisan bawah turapan. Tough Fix dan ZycoTherm merupakan bahan anti-pelucutan yang biasanya digunakan di negara Jepun dan I...
3/26/20186/1/2017Kam Pui Kuan - Author
Effects of plastering and Glass Fibre Reinforced Polymer (gfrp) on concrete masonry prism strength capacity
Pembinaan berasaskan kerja batu telah lama digunakan dalam pelbagai jenis struktur, rumah, bangunan awam, swasta dan juga monumen bersejarah. Kapasiti beban terutamanya untuk dinding galas beban boleh ditingkatkan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang ada. Dalam usaha untuk meningkatkan daya tahan struktur dinding batu, kaedah yang boleh digunaka...
3/21/20186/1/2017Mohammad Fikri Ismail - Author
Engineering properties of warm mix asphalt incorporating fly ash
Sisa pelupusan berlebihan disebabkan oleh pertumbuhan pesat industri pembinaan merupakan satu isu yang perlu diatasi. Dengan memperkenalkan abu terbang kepada industri pembinaan, ia dapat mengurangkan masalah pencemaran. Prestasi asfalt campuran mengguna abu terbang sebagai pengisi mineral telah dinilai. Ciri-ciri perkhidmatan sampel kawalan da...
3/26/20186/1/2017Lee Mei Ting - Author
Evaluation of tannin as natural coagulant for pulp and paper mill wastewater treatment
Pada asasnya, setiap tahun kilang kayu dan kertas menjana berjuta-juta tan air sisa yang sangat tercemar. Kualiti air sisa bergantung kepada jenis proses pulpa. Dalam kajian ini, air sisa kilang pulpa & kertas dari Nibong Tebal Paper Mill telah diambil dan dirawat dengan menggunakan koagulan semula jadi (Tannin) dan alum. Kesan daripada kadar dos d...
3/21/20186/1/2017Nurul Farahanes Mohd Fadzil - Author
Experimental investigation of pedestrian flow through a corridor with corner
Kelajuan pejalan kaki dipengaruhi oleh banyak faktor seperti ketumpatan pejalan kaki, kemudahan koridor dan sebagainya. Oleh kerana kelajuan pejalan kaki mempunyai pelbagai keperluan dan kebolehan, beberapa pendekatan untuk menentukan dinamik pejalan kaki telah dilakukan. Federal Highway Administration (FHWA) Manual on Uniform Traffic Control Devic...
3/21/20186/1/2017Saidatul Husna Mohamed Adenan - Author
An experimental study of natural frequency of damaged cable net supported facade panel
Jejaring kabel yang disokong oleh sistem fasad adalah struktur moden yang telah digunakan secara meluas dan mempunyai banyak kelebihan seperti nilai estetika yang menarik, mudah dibina, penggunaan cahaya yang efisien dan boleh menjimatkan tenaga. Ia biasanya digunakan di terminal lapangan terbang, lobi hotel, dan pusat perdagangan. Kajian ini telah...
3/21/20186/1/2017Nurul Syazwani Mohamad Ehsan - Author
Flexible scheduling for construction project using fuzzy logic method and Critical Path Method (CPM)
Satu jadual projeck yang berjaya adalah salah satu faktor utama untuk menonjolkan kejayaan. Dalam kajian ini, kaedah fuzzy logik (Penilaian pembuat keputusan risiko indeks nilai ranking) telah digunakan untuk menganggarkan tempoh kelewatan sesuatu projek. Kaedah perisian penjadualan projek konvensional adalah menggunakan kaedah sama ada berketentua...
3/21/20186/1/2017Voon Sze Nee - Author
Formation of trihalomethanes in surface water and groundwater by using chlorine and chlorine dioxide as disinfectant
Air merupakan unsur yang penting bagi manusia dan alam sekitar. Pencemaran air khususnya air minum disebabkan oleh virus, bakteria patogen dan mikroorganisma yang lain perlu dirawat sebelum disalurkan kepada pengguna. Disinfeksi merupakan satu proses yang penting dalam perawatan air bagi memusnahkan mikroorganisma yang terdapat di dalam air. Hasil ...
3/20/20186/1/2017Nur Fatin Hanani Mohd Halid - Author
Ground improvement method using rubber shredded and acrylonitrile butadiene styrene
Penduduk Malaysia semakin meningkat dengan pesat dari tahun ke tahun. Dengan pertubuhan penduduk, penggunaan tanah akan meningkat dengan ketara dan banyak projek kejuruteraan awam akan dijalankan melibatkan tanah lembut. Penggunaan tanah lembut memerlukan penstabilan tanah untuk meningkatkan kestabilan dan juga mengelakkan pemendapan. Sebagai l...
3/20/20186/1/2017Nur Ayuni Abd Aziz - Author
Indoor outdoor relationship of fine particles (PM2.5) IN school classroom
Manusia menghabiskan 90% kehidupan mereka di dalam bangunan dan pencemaran udara dalaman adalah salah satu punca persekitaran yang paling berbahaya terhadap kesihatan manusia. Kajian-kajian telah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara status kualiti udara dalaman (KUD) dengan aktiviti-aktiviti persekitaran.Di dalam kajian ini, kepe...
3/23/20186/1/2017Muhamad Al-Amin Kamaruddin - Author
First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z -->

Search: