Thumbnail | Name | Publication Date
![]() | First Public Date | Contributors |
Penghasilan busa epoksi teras terapit kesan agen peniupan dan kalium hidroksida terhadap sifat-sifat mekanikal busa terapit Perkembangan dalam penghasilan busa berasaskan termoset semakin berkembang sejak akhir-akhir ini. Ini termasuklah busa berasaskan epoksi. Busa epoksi memberikan beberapa ciri-ciri menarik seperti rintangan kimia, lembapan, sifat penebatan yang baik, kekuatan, mampatan dan kekuatan hentaman. Perkembangan terkini dalam aplikasi busa epoksi adalah seb... | 10/20/2020 | 3/1/2007 | Mohd Husnan Muhammad Hasan - Author | |
Penyediaan dan pencirian filem nipis HfO2 yang disediakan oleh teknik sol-gel di atas substrak 4H-SiC untuk aplikasi kuasa mos peranti yang tinggi Pengendapan filem HfO2 pada substrak 4H-SiC berjenis n dan Si dengan teknik sol-gel pemutaran salutan dengan menggunakan hafnium klorida, etanol, dan asid klorida sebagai bekalan prapenanda telah dikaji dan dilaporkan. Kesan kepekatan HCl (0.10, 0.12 dan 0.14 ml) dan suhu sepuhlindap (550 oC, 750 oC dan 850 oC selama 30 minits) pada sifat filem tel... | 10/20/2020 | 5/1/2007 | Wang Kang Ji - Author | |
Penyiasatan lapisan filem SiO2 berpemalar dielektrik rendah (k) yang diendapkan di atas wafer Si untuk aplikasi cmos Kajian ini mempamerkan keputusan fabrikasi dan pencirian filem silika yang
digunakan dalam dielektrik antara lapisan (ILD). Filem silika dihasilkan dengan teknik
pemutaran sol-gel menggunakan tetraethylorthosilicate (TEOS) dan
methyltriethoxysilane (MTES) sebagai prapenanda; masing-masing ditambahkan
dengan pemangkin asid dan bes . Parameter-pa... | 10/20/2020 | 5/1/2007 | Ee Woei Chang - Author | |
Perbandingan kesan penambahan y2o3 dan Nb2O5 serta suhu pengkalsinan ke atas sifat cirian dan kelakuan seramik zirkonia Penyelidikan ini membandingan kesan penstabilan antara Y2O3 and Nb2O5 dalam zirkonia. Serbuk zirkonia penstabil yttria berstruktur nano dengan kepekatan antara 2.5 dan 10.0 mol% dan zirkonia penstabil niobia daripada 5 kepada 20mol% disintesis berasingan dengan mengunakn kaedah prapenanda polimer dengan proses Pechini. Bahan untuk larutan prapenand... | 10/20/2020 | 5/1/2007 | Siew Fook Wai - Author | |
Timah oksida lutsinar berkonduksi untuk pembinaan sel suria yang dipeka pewarna organik Ujikaji ini dimulakan dengan menyediakan oksida lutsinar berkonduksi (TCO). TCO ini
disediakan dengan memendapkan lapisan nipis timah oksida berdop fluorin (F:SnO2) di
atas substrat kaca. Timah oksida berdop fluorin disediakan dengan kaedah sol-gel melalui
pencampuran SnCl2.2H2O dengan NH4F dalam larutan etanol 0.2M. Kadar pencampuran
SnCl2.2H2... | 10/20/2020 | 3/1/2007 | Tan Guo Xin - Author | |
Analisis kegagalan salutan cat menggunakan kaedah elektrokimia Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji sifat –sifat resin epoksi dengan pengisi tambahan karbon hitam pada persekitaran mengakis. Kebiasaan epoksi telah digunakan secara meluas sebagai pembinaan utama untuk prestasi yang tinggi. Kelebihan yang paling utama bagi resin epoksi ialah pengecutan yang rendah semasa matang dan mempunyai tegasan d... | 10/21/2020 | 5/1/2007 | Zulzulazizi Mohd Yunus - Author | |
Elektrosaduran komposit nikel alumina Kajian projek ini menumpu kepada elektrosaduran komposit nikel-alumina. Satu siri
eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji keadaan yang paling baik untuk menjalani
elektrosaduran nikel-alumina dan sifat mekanikal saduran komposit ini. Sebelum
elektrosaduran nikel-alumina dijalankan, kajian kesan elektrosaduran nikel pada
ketumpatan arus tetap... | 10/21/2020 | 5/1/2007 | Ngien Ping Lok - Author | |
Kajian terhadap pembentukan dan pencirian silikon berliang pada wafer silikon dengan menggunakan asid hidrofluorik yang dicairkan oleh dimethyl sulfoxide (DMSO) sebagai elektrolit Projek ini difokuskan kepada kesan penggunaan sebatian organik (DMSO) untuk
mencairkan asid hidrofluorik (HF) dalam pembentukan silikon berliang dan mengkaji nilai
optimum bagi nisbah kepekatan, HF : DMSO dan ketumpatan arus bagi pembentukan
silikon berliang. Dalam kajian ini, wafer silikon jenis-n digunakan dalam projek ini, silikon
berliang d... | 10/21/2020 | 3/1/2007 | Yuen Wai Yok - Author | |
Kesan kepekatan kuratif, masa rendaman dan pelarut resapan ke atas sifat tensil filem lateks yang dihasilkan dengan kaedah konvensional dan in-situ laminasi Kaedah pencelupan konvensional yang digunakan untuk penghasilan sarung tangan pemeriksaan dan pembedahan menjanakan banyak sisa lateks semasa peringkat pencelupan. Untuk mengelakkan penjanaan sisa lateks, kaedah pencelupan terubahsuaian diperkenalkan. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah pencelupan in-situ laminasi. Perbezaan kaedah ini dengan kaedah... | 10/21/2020 | 5/1/2007 | Loke Poo Wha - Author | |
Komposit hdpe-kaolin dan hdpe-illit Mesin penggiling bergulung dua digunakan untuk proses penyebatian di antara polimer
polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan tiga jenis pengisi iaitu kaolin AKIMA 25,
kaolin FM, dan illit. Suhu penyebatian ialah 175°C dan halaju putaran rotor adalah 50
rpm untuk menghasilkan komposit HDPE dengan amuan peratus jisim pengisi yang
digunakan ial... | 10/21/2020 | 5/1/2007 | Tai Suk Fong - Author | |
Pemendapan larutan kimia filem nipis kuprum oksidai Kaedah pemendapan larutan kimia yang digunakan di dalam projek ini untuk
menghasilkan filem nipis kuprum oksida ialah proses nitrat. Proses nitrat ini
diubahasuai dalam projek ini melalui pelarutan kuprum nitrat di dalam air suling atau
alkohol dengan penambahan agen pelekatan seperti etanolamine bagi membantu
pembasahan pada substrat kaca. Beb... | 10/21/2020 | 5/1/2007 | Ong Yee Wei - Author | |
Pencirian dan pertumbuhan lapisan silikon dioksida dengan kaedah pengoksidaan basah Penggunaan silikon wafer dan lapisan silikon dioksida adalah luas dalam industri
semikonduktor. Projek penyelidikan ini adalah pencirian dan pertumbuhan lapisan silikon
dioksida yang nipis dengan kaedah pengoksidaan basah. Dalam pengoksidaan basah ini,
wap air (sebagi seumber oksigen) dialirkan ke dalam relau pengoksidaan untuk
menumbuhkan lapi... | 10/21/2020 | 3/1/2007 | Toh Chen Cuan - Author | |
Penentuan tenaga pengaktifan dan mekanisme pengoksidaan kuprum dalam keadaan gas termampat pada suhu 200℃ hingga 1000℃ Projek ini bertujuan mengkaji mekanisme pengoksidaan logam kuprum dalam keadaan udara termampat pada suhu 200℃, 300℃, 400℃, 600℃, 800℃ dan 1000℃. Kuprum yang digunakan sebagai bahan saling hubungan dalam teknologi integrasi skala ultra besar litar bersepadu mengalami masalah pengoksidaan. Selain itu, cuprous oxide (Cu2O) dipercayai boleh digunakan ... | 10/21/2020 | 5/1/2007 | Ng Siew Nee - Author | |
Penyediaan dan pencirian filem nipis SiO2 di atas wafer 4H-SiC dan Si jenis-n dengan teknik sol-gel untuk aplikasi peranti berasaskan mos Silikon dioksida (SiO2) merupakan dielektrik yang digunakan dengan meluas dalam fabrikasi wafer yang boleh diendapkan pada permukaan substrat 4H-SiC sebagai sebatian pasif dalam industri semikonduktor. Teknologi silikon karbida (SiC) yang mempunyai ciri-ciri baik menyumbang kepada kemajuan serta pengaplikasian dalam industri semikonduktor. Penyelid... | 10/21/2020 | 5/1/2007 | Tan Jo-Lene - Author | |
Cdse and tio2 photoanode by electrophoretic deposition for quantum dot sensitized solar cell / Hay Mar Aung Kyaw Nanopartikel CdSe telah digunakan sebagai pemeka foton di dalam sel solar terpeka berkuantum dot (QDSSC). Dalam kajian ini, nanopartikel CdSe telah disintesis menggunakan kaedah pancutan hangat dengan jumlah ligan TOPO yang berbeza. Nanopartikel CdSe diserakan di dalam kloroform berikutan proses penulenan. 8 g TOPO CdSe telah digunakan dalam proses... | 10/22/2020 | 7/1/2020 | Mar Aung Kyaw Hay - Author | |
Kajian sifat mekanikal dan terma bagi komposit polistirenaorgano-montmorillonit Dalam fasa pertama dalam kajian, kaedah penyebatian leburan telah digunakan untuk menyediakan komposit polistirena (PS)/OMMT. Pembebanan OMMT yang berbeza iaitu 2, 4, 6, 8, 10 wt% ditambah ke dalam PS dengan menggunakan pengekstud berskru tunggal. Sifat mekanikal komposit ditentukan melalui ujian pelenturan dan hentaman. Kekuatan pelenturan, keliat... | 10/22/2020 | 5/1/2007 | Lim Li Yin - Author | |
Kajian terhadap kesan kehadiran pembolehserasi malik anhidrida ke atas sifat mekanikal komposit pp/kenaf Komposit yang dihasilkan adalah gabungan di antara polipropilena (PP) dan gentian kenaf. Projek ini dijalankan untuk mengkaji kesan kehadiran agen penserasi malik anhidrida (MAPP) terhadap sifat-sifat tensil komposit. Selain itu projek ini juga mengkaji kesan penambahan berat gentian ‘mat’ terhadap sifat-sifat tensil dan nilai ketumpatan komposit. ... | 10/22/2020 | 5/1/2007 | Mohd Firdaus Daud - Author | |
Kerintangan pengoksidaan aloi kuprum-aluminium dalam keadaan udara termampat pada suhu 700°c -900°c Pelbagai jenis peralatan penyejuk kuprum seperti jari dan panel kuprum disejuk-air digunakan bagi perlindungan dan penyejukan reaktor metalurgi suhu tinggi. Namun, peralatan penyejuk kuprum tersebut mengalami masalah dan kegagalan dengan masa disebabkan pengoksidaan berlaku pada permukaan panas penyejuk kuprum pada suhu tinggi yang boleh mengurangk... | 10/22/2020 | 5/1/2007 | Ooi Mey Ling - Author | |
Kesan pengisi kalsium karbonat diselaputi resin epoksi dan kalsium karbonat biasa terhadap kekuatan mekanikal pada filem lateks getah asli Kesan perubahan sifat-sifat mekanikal serta fizikal bagi filem lateks getah asli setelah
digabungkan dengan pengisi kalsium karbonat disela[uti dengan resin epoksi, diglycidyl
ether of bisphenol A (DGEBA) atau DER 331 adalah objektif utama penyelidikan ini
dilakukan supaya dapat mencari satu penyelesaian bagi membolehkannya bersaing
dengan prod... | 10/22/2020 | 5/8/2007 | Rohaya Abdul Rahman - Author | |
Kesan proses laminasi terhadap sifat mekanikal komposit laminat epoksi diperkuatkan gentian kaca Kajian ini dijalankan dengan memberi penekanan terhadap sifat-sifat mekanik bagi komposit laminat epoksi diperkuatkan gentian kaca. Kajian juga melihat perbandingan jenis gentian kaca yang digunakan iaitu gentian kaca terpotong dan juga gentian kaca teranyam. Projek ini juga dijalankan untuk melihat kesan teknik pelapisan tangan dalam penghasilan b... | 10/22/2020 | 3/1/2007 | Mohd. Hilmi Mohamed @ Mohd. Ramli - Author | |
Penghasilan kaca dari abu kayu mangga Suatu kaca inovatif berasaskan sistem aluminosilikat, SiO2-Al2O3-Na2O-CaO telah
dihasilkan menggunakan abu pokok mangga sebagai sumber utama kalsium oksida, CaO.
Abu pokok mangga telah dihasilkan secara tertutup dengan pembakaran cip kayu kering
pada suhu 10000C dengan tempoh rendaman 40 minit. Analisis XRD menunjukkan abu
yang terhasil mengand... | 10/22/2020 | 3/1/2005 | Salina Saidin - Author | |
Penyediaan dan pencirian elektrokimia bateri zink-karbon keadaan pepejal berasaskan elektrolit getah asli Bateri dengan konfigurasi zink (Zn) + acetalen hitam (AB) +
politetrafluoroetilena (PTFE) / getah asli epoksida 50 % (ENR 50) + zink klorida
(ZnCl2) / mangan dioksida (MnO2) + AB + PTFE dihasilkan. Filem elektrolit polimer
pepejal ENR 50 + ZnCl2 disediakan dengan menggunakan kaedah penuangan larutan.
Penambahan ENR 50 ke dalam filem elektrolit ... | 10/22/2020 | 5/1/2007 | Tham Yee Len - Author | |
Processing and characteriztion of high strenght hydroxyapatite reinforced with carbon fibre and clay Objektif penyelidikan ini adalah untuk menghasilkan hidroksiapatit yang ditetulangkan
dengan gentian karbon mengikut beberapa komposisi iaitu 0.1 % dan 0.3%. Bahan seperti
hidroksiapatit tadi dicampur secara basah dengan gentian karbon dan juga bahan pengikat,
PEG 600 dan bahan tambah lain seperti tanah liat bentonit dan juga kaolin. Ianya
kemu... | 10/22/2020 | 5/1/2007 | Amirah Che Zakaria - Author | |
Sintesis partikel nano kobalt melalui kaedah penurunan kimia Partikel nano kobalt telah disintesis melalui kaedah penurunan kimia di dalam kajian ini. Prapenanda yang digunakan di dalam kajian ini ialah kobalt (П) klorida. Agen penurunan yang digunakan ialah natrium borohidrida manakala PVP digunakan sebagai surfaktan. Kobalt (П) klorida dan natrium borohidrida dilarutkan ke dalam etanol untuk menjadikan ia ... | 10/22/2020 | 5/1/2007 | Amiruziyana Mohd Ariffin - Author | |
Kajian penghasilan teras seramik berliang dan system perekat dalam struktur sandwic Seramik berliang mempunyai potensi untuk dimajukan berikutan kegunaannya yang
meluas dalam bidang perubatan, penapis air, udara serta seramik refaktori. Namun
begitu, penggunaan seramik berliang sering dihadkan oleh kekuatan yang rendah.
Penggabungan seramik berliang dengan bahan kepingan logam menggunakan agen
perekat membentuk struktur sandwi... | 10/23/2020 | 3/1/2005 | Mohd Hafiz Rahmat - Author |