Thumbnail | Name | Publication Date | First Public Date | Contributors |
Remote control of tilt and pan camera using microcontroller and fpga Pada masa kini, pergerakan menegak dan mendatar kamera semakin digunakan
dalam aplikasi robotik dan penglihatan mesin. Bagi projek ini, pergerakan menegak dan
mendatar kamera dibina berdasarkan dua motor servo. Satu motor servo digunakan
untuk pergerakan menegak manakala motor servo yang satu lagi digunakan untuk
pergerakan mendatar. Peranti pe... | 7/2/2020 | 6/1/2012 | Tiew Weng Khai - Author | |
Prediction of antimicrobial peptides using a complexity-based distance measure Projek ini tertumpu kepada usaha untuk mewujudkan satu kaedah klasifikasi baru bagi meramal peptida antimikrobial (AMP). AMP adalah mewakili satu kelas dalam peptida yang bertindak sebagai sebahagian daripada sistem imun. Disebabkan eksperimen untuk mengeluarkan AMP dari jujukan protein adalah mahal dan memerlukan masa yang lebih lama untuk persedi... | 7/2/2020 | 6/1/2012 | Loo Yue Lin - Author | |
Image segmentation using firefly algorithm Kanser payu dara adalah salah satu punca kematian kanser di kalangan wanita. Teknik pengesanan awal adalah penting untuk mengurangkan kadar kematian pesakit. MRI adalah salah satu teknik saringan untuk mengesan tumor. Segmentasi kawasan tumor payu dara yang disyaki dalam imej MRI telah menjadi satu cabaran sejak kewujudan teknologi ini disebabkan p... | 7/2/2020 | 6/1/2012 | Ong Chin Loong - Author | |
Gps positional accuracy improvement by leo satellite communication system Tesis ini ditulis dengan tujuan untuk melaporkan kajian untuk meningkatkan ketepatan lokasi pengguna yang ditentukan oleh Sistem Penentududukan Sejagat (SPS). Konsep-konsep dan mekanik dalam operasi adalah berdasarkan kertas teknikal, jurnal, dan buku. SPS merupakan system yang boleh diakses oleh orang ramai dan membolehkan pengguna untuk menentuka... | 7/2/2020 | 6/1/2012 | Ooi Xi Zhe - Author | |
Fusion of vein and geometry for finger based biometric system Sistem biometrik adalah satu daripada pengesahan identiti popular yang digunakan
untuk pelbagai tujuan kawalan akses identiti. Pengesahan salur darah jari
merupakan satu daripada sistem biometrik ekaragam yang tersedia dalam bidang
biometrik. Walaupun terdapat pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh pengesahan
salur darah jari, beberapa kelemah... | 7/2/2020 | 6/1/2012 | Seng Lee Jun - Author | |
Development of ofdm demodulator using fpga Pemultipleksan Pembahagian Frequency Ortogon (OFDM) adalah suatu teknik
yang berkesan yang menberi penumpuan terhadap persamaan saluran untuk mencapai
kecekapan jalur lebar. Ia adalah sama dengan berkod OFDM dan Diskret Pelbagai Nada
Pemodulatan (DMT) yang serupa dengan skim pembahagian frequensi pemultipleksan
yang digunakan sebagai kaedah mod... | 7/2/2020 | 6/1/2012 | Ngu Teck Luk - Author | |
Development of artificial bee colony (abc) variants and memetic optimization algorithms / Noorazliza Sulaiman Algoritma pengoptimuman berinspirasikan biologi (BIAs) telah menunjukkan keputusan yang memberangsangkan dalam pelbagai bidang. Salah satu BIAs ialah algoritma pengoptimuman Koloni Lebah Buatan (ABC) yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam banyak aplikasi berbanding algoritma pengoptimuman yang lain. Walau bagaimanapun, ada kalanya pre... | 7/2/2020 | 3/1/2017 | Noorazliza Sulaiman - Author | |
Developing a pre-processing algorithm of animal sound recognition on altera de2 Pada dasarnya, satu algoritma adalah kaedah langkah demi langkah atau satu set laluan untuk menyelesaikan masaslah. Untuk pengecaman bunyi haiwan, peringkat pra-pemprosesan adalah langkah yang sangat penting untuk mendapatkan maklumat yang sesuai terutama pada pengekstrakan cirinya. Isyarat bunyi biasanya dalam bentuk analog, ia terpaksa disalurkan... | 7/2/2020 | 6/1/2012 | Teh Yi Kai - Author | |
Design and implementation of a multilevel inverter fed low voltage isolated Dc-Dc converter Penukar DC-DC berkembang dengan pesat sebagai salah satu penyelesaian untuk
pelbagai aplikasi. Penukar DC-DC asas seperti penukar jenis buck, jenis boost dan jenis
buck-boost adalah ringkas, namun voltan keluaran dari penukar jenis tersebut tidak
diasingkan secara elektrik dari voltan masukan. Oleh itu, penukar terpencil DC-DC telah
direkabentu... | 7/2/2020 | 6/1/2012 | Chan Su Yan - Author | |
Communication system for non-verbal and non-mobile disabled children using arduino board Kanak-kanak kurang upaya lisan adalah kanak-kanak yang tidak berupaya
bercakap manakala kanak-kanak kurang upaya alih adalah kanak-kanak yang tidak
berupaya bergerak. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka mempunyai kebolehan
belajar setelah diajar beberapa pergerakan ringkas. Namun, keperluan mereka mesti
sentiasa dipantau rapi. Masalah timbul ... | 7/2/2020 | 7/1/2012 | Ngu Ing Khai - Author | |
Automatic number of clusters determination of clustering algorithms for image segmentation application Peruasan imej melibatkan pembahagian imej semula jadi kepada kawasan yang mempunyai tekstur homogen. Disebabkan oleh kemudahan pelaksanaan, kecekapan dan keupayaan untuk menjana penyelesaian yang memuaskan dalam banyak aplikasi, algoritma pengelompokan konvensional, iaitu Purata-K (K-Means) dan Purata-C Fuzi (Fuzzy C-Means) digunakan secara meluas ... | 7/2/2020 | 6/1/2012 | Tang Jing Rui - Author | |
Object tracking using opencv and python Pengesanan objek adalah tingkah laku objek bergerak dengan kaedah pencarian yang sesuai. Beberapa tidak sepadan, kes pecah dan kes oklusi masing-masing. Dengan masalah ini, kita boleh menjejaki objek menggunakan penjejakan objek berganda dengan mencari algoritma untuk mengesan objek bergerak dalam bingkai penghubung berturut-turut. Dengan kaedah in... | 6/25/2020 | 6/1/2019 | Norimtiyazah Mohd Kamarulzaman Shah - Author | |
Study Of Heterogeneous Agents Crowd Dynamic Di dalam situasi kecemasan, orang ramai sering mempamerkan tingkah laku tidak menentu yang boleh membawa kepada malapetaka yang besar jika tidak ditangani dengan baik. Fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji ejen heterogen di khalayak ramai dalam kepadatan yang berbeza, di dalam arena tertentu. Pemodelan dan simulasi ejen heterogen di khalayak... | 6/11/2020 | 5/1/2015 | Siti Juliana Abu Bakar - Author | |
An improved clipping and filtering methods with discrete cosine transform for peak-to-average power ratio reduction in orthogonal frequency division multiplexing systems OFDM telah digunakan dalam rangkaian tanpa dawai, talian pelanggan digital (DSL) pengaksesan Laman Sesawang, 4G komunikasi mudah alih, digital televisyen dan siaran audio yang juga memain peranan sebagai skema modulasi untuk digital komunikasi secara wideband. Sistem ini digunakan secara meluas dalam sistem komunikasi berkelajuan tinggi tanpa wayar... | 6/11/2020 | 6/1/2016 | Lim Yong Liang - Author | |
Design and simulation of cmos based low voltage bandgap reference circuitry/Tan Chin Ling Kajian ini bertujuan untuk mengkaji prestasi litar sela jalur dengan menggunakan transistor semikonduktor oksida logam (MOS) bagi menggantikan litar transistor simpang dwikutub (BJT). Sebagaimana yang diketahui, BJT mempunyai ciri-ciri yang lebih baik terhadap suhu, namun begitu, BJT memerlukan voltan ambang yang lebih tinggi untuk beroperasi berba... | 5/5/2020 | 8/1/2016 | Tan Chin Ling - Author | |
Design and simulation of cmos-based low voltage variation bandgap reference voltage circuitry using 0.18µm process technology/Tan Chee Yong Pada masa kini, terdapat permintaan yang besar terhadap litar elektronik yang mampu beroperasi secara biasa dalam persekitaran yang teruk, terutamanya dalam persekitaran suhu yang tinggi. Untuk sistem elektronik yang digunakan dalam suhu yang melampau, mekanisme penyejukan atau pemanasan dari sumber luaran diperlukan untuk memastikan bahawa litar e... | 5/5/2020 | 8/1/2015 | Tan Chee Yong - Author | |
Design and simulation of cmos-based bandgap reference voltage with compensation circuit using 0.18 µm process technology/Chan Mun Kit Litar voltan rujukan merupakan komponen yang penting dalam dunia elecktronik pada masa kini. Litar bandgap voltan rujukan (BGR) berasaskan CMOS lebih popular kerana saiznya lebih kecil dan kuasa digunakan lebih rendah. Tetapi, variasi voltannya adalah besar dalam julat suhu yang lebar dan menyebabkan pekali suhu tinggi. Jadi, pembetulan kelengkunga... | 5/5/2020 | 8/1/2017 | Chan Mun Kit - Author | |
Study of electric field distribution of vacuum interrupter under various pressure level Pemutus litar vakum adalah jenis yang sering digunakan dalam system suis pengedaran voltan sederhana, dan tekanan dalaman (P) dalam pemutus vakum mempengaruhi prestasi dan jangka hayat. Oleh itu, prestasi VI dan jangka hayat akan menurun sekiranya tekanan dalaman VI meningkat. Tekanan ditetapkan pada 130 Pa hingga 2600 Pa untuk mensimulasikan keboc... | 3/12/2020 | 6/1/2019 | Ariff Zulkifli - Author | |
Reliability assessment of cyber physical layer of smart grid network Secara umumnya, definisi grid pintar ini ialah integrasi yang membolehkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan teknologi lain yang lebih maju bersama rangkaian kuasa berskala besar untuk membenarkan generasi tenaga elektrik, penghantaran, pengedaran, dan penggunaan untuk menjadi lebih cekap, berkesan, ekonomi, dan kelestarian alam sekitar [1... | 3/12/2020 | 6/1/2019 | Ahmad Danial Irfan Ahmad Umar - Author | |
Optimization of adaptive perturb and observe-fuzzy logic control maximum power point tracking for photovoltaic boost dc-dc converter Panel fotovoltaik (PV) menghasilkan tenaga elektrik secara langsung daripada penukaran tenaga cahaya. Walau bagaimanapun, kecekapannya agak rendah dan pelaksanaan teknik Penjejakan Titik Kuasa Maksimum (MPPT) dapat mencapai kecekapan yang lebih besar dalam modul PV. Kajian ini membentangkan pemodelan dan simulasi algoritma MPPT yang menggunakan kae... | 3/12/2020 | 6/1/2019 | Ezril Aidil Azari - Author | |
Investigation effectiveness of agrivoltaic towards solar pv Setiap tahun, dengan peningkatan petumbuhan populasi, permintaan elektrik juga
bertambah dari 5% kepada 8% di Malaysia dengan sasaran sebanyak 10GW pada tahun
2020 [1]. Sebagaimana negara-negara lain, Malaysia juga telah mula melaksanakan
tenaga boleh diperbaharui sebagai pengganti bagi arang batu. Walaupun tenaga solar
boleh dikategorikan seba... | 3/12/2020 | 6/1/2019 | Abdul Rashid Abdul Kadir - Author | |
The impact of demand response towards the reliability of composite power system Grid elektrik di seluruh dunia kini menyesuaikan diri dengan operasi mesra alam dengan pelbagai sumber yang boleh diperbaharui diperkenalkan. Angin, sebagai salah satu daripada keadaan meteorologi, juga mempunyai impak yang tinggi terhadap penarafan garis dan cara pengendalian garis tersebut dikenali sebagai sistem penarafan haba dinamik (DTR). Pen... | 3/12/2020 | 5/1/2019 | Amir Iskandar Abdul Jamil - Author | |
Fault detection and diagnosis for induction motor by using simulink Pada masa kini, motor induksi biasanya digunakan secara meluas dalam setiap bidang tenaga elektrik seperti pembuatan di industri, bidang petrokimia, pengangkutan dan perlombongan. Oleh itu, pengesanan dan diagnosis kesalahan menjadi sangat penting dan perlu untuk mengekalkan dan memantau kesihatan mesin untuk mengelakkan kegagalan berlaku semasa pr... | 3/12/2020 | 6/1/2019 | Roshaniza Rosli - Author | |
Effect of harmonics current on the performance of current transformers Penentuan peringkat pengeluaran harmoni telah menjadi satu tugas yang penting dalam sistem pengedaran. Voltan atau arus harmoni adalah disebabkan oleh beban yang tak linear apabila disambungkan pada bekalan kuasa utama. Banyak masalah yang sering dicetuskan oleh harmoni mempengaruhi kecekapan sesuatu sistem. Transformer voltan dan transformer arus ... | 3/12/2020 | 6/1/2019 | Muhammad Syarifuddin Sha'ari - Author | |
Development of stretchable strain sensor integration with near field communication (nfc) antenna for wearable device Peranti komunikasi manusia boleh pakai adalah teknologi dengan pelbagai aplikasi untuk meningkatkan keselesaan, manfaat dan keselamatan manusia serta untuk memantau keadaan kesihatan. Selepas itu, alat elektronik yang boleh dipakai menerima pertimbangan yang lebih penting sebagai akibat daripada hubungan mudah mereka dengan tubuh manusia, contohnya... | 3/12/2020 | 6/1/2019 | Amirul Iqwan Mohd Yusof - Author |