Thumbnail | Name | Publication Date | First Public Date | Contributors |
Pid controller line follower car using camera Kepentingan projek ini adalah untuk memahami konsep sistem kawalan. Sistem kawalan digunakan dalam industri pembuatan. Walau bagaimanapun, tidak banyak syarikat yang menggunakan konsep sistem kawalan sepenuhnya. Projek ini adalah untuk mereka bentuk sebuah kereta autonomi dengan menggunakan sistem kawalan. Pengawal PID digunakan untuk mengawal ster... | 11/20/2019 | 6/1/2013 | Mohammad Hazwan Mohammad Razalli - Author | |
Power factor correction using pre- calculated algorithm with microcontroller / Chan Chee Hong Pada abad ke-21 ini, salah satu keprihatinan dan perhatian yang diberikan adalah dalam bidang kualiti tenaga elektrik yang diedarkan. Terdapat beberapa piawaian antarabangsa diwujudkan untuk mengurangkan pembebasan harmonik daripada bekalan kuasa mod AC-DC. Untuk memenuhi piawaian-piawaian, pembetulan faktor kuasa adalah sangat diperlukan. D... | 12/3/2019 | 1/6/2014 | Chan Chee Hong - Author | |
Penentukuran jarak elektronik menggabungkan kaedah pengukuran zig-zag dengan pelarasan kuasa dua terkecil / Azlan Yahya Satu prosedur perakuan pemiawaian EDM mengikut perkembangan teknologi
semasa amat diperlukan kerana model EDM dalam pasaran kini dibina menggunakan
gelombang inframerah dan gelombang cahaya tampak. Oleh itu, tapak ujian
pengukuran jarak EDM konvensional tidak lagi sesuai kerana sifat gelombang dan
tujuan ujian sudah berbeza. Penyelidikan ini be... | 1/17/2020 | Azlan Yahya Yahya - Author | ||
Peak to average power ratio (papr) reduction using companding in orthogonal frequency division multiplexing system (ofdm)/Solehah Md Hashim Pemultipleksan Pembahagi Frekuensi Ortogonal (OFDM) adalah kaedah modulasi yang paling terkenal dalam sistem komunikasi tanpa wayar di mana ia salah satu teknik pembawa berbilang dimensi (MCM), ia menawarkan penyesuaian kadar data yang tinggi dan komunikasi yang mampu mengatasi saluran pemudaran. Satu kelemahan utama dalam OFDM ialah Nisbah Kuasa P... | 1/20/2020 | 6/1/2013 | Solehah Md Hashim - Author | |
Preparation and characterization of carboxymethyl cellulosefish waste thermoplastic blend Penggunaan produk polimer atau plastik yang terdiri daripada bahan berasaskan petroleum ada di mana-mana sahaja. Walau bagaimanapun, petroleum adalah sumber yang tidak mampan kerana ia merupakan bentuk sumber yang tidak boleh diperbaharui. Oleh itu, alternatif seperti menggunakan plastik yang boleh terdegradasikan sangat penting dewasa ini. Dalam k... | 2/6/2020 | 5/1/2019 | Nur Aifa Abdul Rani - Author | |
Plc control for batch process/Che Siti Nur Ahmad Proses berkelompok melaksanakan suatu set arahan mengikut turutan tanpa campur-tangan oleh faktor luaran. Ia banyak diaplikasikan di dalam loji perindustrian dan pembuatan kerana hasil kerjanya yang sistematik , dilaksanakan oleh mesin secara automatik dan tanpa memerlukan tenaga kerja yang banyak. Sistem kawalan proses berkelompok lebih mudah dik... | 2/14/2020 | 6/1/2013 | Che Siti Nur Ahmad - Author | |
Prediction of antimicrobial peptides based on sequence alignment and support vector machine - pairwise algorithm /Ng Xin Yi Projek ini adalah tertumpu untuk mewujudkan satu kaedah baru untuk meramal peptida antimikrobial (AMP) yang mempunyai peranan penting dalam sistem imun. Kebelakangan ini, penyelidik mendapati bahawa sebilangan besar bakteria telah menjadi kebal kepada antibiotik yang sedia ada. Hal ini telah mendorong minat penyelidik untuk menjadikan AMPs sebagai ... | 2/19/2020 | 6/1/2013 | Ng Xin Yi - Author | |
Pengenalpastian bakteria tibi /Nazrul Hilmi Mohammad_E3_2005_NI Kaedah konvensional dalam mengenalpasti bakteria Mycobacterium tuberculosis daripada sampel air liur adalah menyukarkan dan sangat terdedah kepada ralat kerana pengiraan organisma dilakukan secara manual oleh juruteknologi ketika sesuatu spesimen sedang diperiksa melalui mikroskop. Kaedah ini lazim menyebabkan kelesuan mata yang boleh mengakibatka... | 2/20/2020 | 3/1/2005 | Nazrul Hilmi Mohammad - Author | |
Passive equalizer design at 8gbps data rate for signal integrity application Pemproses moden mampu bergerak pada frekuensi yang sangat tinggi dengan adanya teknologi penskalaan. Walaupun begitu kelajuan memori yang terhad, mampu memesongkan isyarat yang dipancarkan. Ini dapat dilihat dengan rajah mata yang lebih buruk dan isyarat amplitude yang melemahkan. Selain itu, kesan-kesan ini mengakibatkan isyarat digital dan tenaga... | 2/26/2020 | 6/2019 | Nasruddin Abdul Rauf - Author | |
Pengesanan cahaya menggunakan penglihatan mesin /Abd Moin Haji Omar Sambaran kilat boleh mengakibatkan kerosakkan harta benda, kecederaan yang teruk dan kematian yang menyedihkan. Disebabkan oleh bahaya yang dinyatakan itu, semua jenis bangunan lebih dari tiga tingkat akan dilengkapi dengan sistem perlindungan kilat. Didapati kawasan Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan masih lagi tidak dil... | 2/26/2020 | 3/1/2005 | Abd Moin Omar - Author | |
Position-based visual servoing via model-based design Servis visual adalah teknik dimana gerakan robot dikendalikan oleh visi komputer. Terdapat dua teknik penyelenggaraan visual yang lazim digunakan di dunia, iaitu PBVS dan IBVS. Pelbagai pendekatan seperti Reka Bentuk Berasaskan Komponen (CBD) dan Reka Bentuk Berasaskan Model (MBD) digunakan untuk merekabentuk servis visual yang disebutkan. Oleh itu... | 2/26/2020 | 5/1/2019 | Choo Jie Liang - Author | |
Prediction of rainfall using discriminant analysis for rainfall intensities characteristics /Nurul Farhana Mohd Isa Malaysia adalah negara Asia yang mengalami musim kemarau dan hujan sepanjang tahun. Ciri-ciri iklim Malaysia adalah suhu seragam, kelembapan tinggi dan kekerapan hujan yang tinggi. Air sangat penting bagi semua orang, tidak hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Jadi, meramal hujan dengan tepat sangat penting untuk memastikan bahawa semua aktiv... | 2/27/2020 | 4/1/2011 | Nurul Farhana Mohd Isa - Author | |
Prediction of electrostatic discharge soft error on two-way radio using simulation and immunity scanning technique / Rosnah Antong Nyahcas elektrostatik (ESD) merupakan faktor utama kepada kegagalan dan kerosakan
radio komunikasi dua hala. Kegagalan ralat anjal seperti kegagalan logik, selak-atas atau
tersalah set boleh berlaku disebabkan ESD secara berlebihan. Secara umumnya diketahui
bahawa peranti-peranti Semikonduktor Pelengkap Oksida-Logam (CMOS) amat terdedah
kepada ... | 3/3/2020 | Rosnah Antong - Author | ||
Performance measurement of 4x4 butler matrix Rangkaian Pembentukan Alur ialah rangkaian untuk memproseskan isyarat dan membentukkan alur pada keluaran dalam arah yang tertentu. Rangkaian ini memainkan peranan yang penting dalam bidang komunikasi tanpa wayar terutamanya dalam bidang ‘WLAN’. Terdapat beberapa Rangkaian Pembentukan Alur dalam bidang ini seperti Blass Matrix, Rotman Lens dan Butl... | 3/4/2020 | 6/1/2019 | Loo Bo Yuan - Author | |
Portable touch ‘n go card reader Tesis ini membincangkan tentang kaedah-kaedah membaca baki kad Touch 'N Go (TnG) yang terdapat masa kini dan menganalisa kecekapan dan kebolehpercayaan kaedah-kaedah tersebut untuk para pengguna TnG. Projek ini bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan baki kad TnG yang tidak mencukupi tanpa disedari oleh pengguna dengan menyediakan pembaca kad pi... | 3/4/2020 | 6/1/2019 | Muhammad Syafieq Abd Razak - Author | |
Power-ground plane modeling using artificial neural network Dalam zaman teknologi ini, litaran elektrik menjadi semangkin canggih dan banyak komponen yang menjejaskan prestasi litaran elektrik. Hal ini menimbulkan masalah bahawa cara tradisional untuk menyelesaikan masalah pemodelan litaran elektrik mengambil masa yang lebih panjang kerana komponen yang bertambah, tambahan pula, setiap kali satu parameter d... | 3/4/2020 | 6/1/2019 | Low Chen Eng - Author | |
Power transformer hybrid dissolved gases analysis (dga) faults interpretation using fuzzy logic Projek ini adalah untuk membangunkan kaedah diagnostik Analisis Gas Terlarut (DGA) yang bersepadu dan sistem Kombinasi (Hibrid) untuk mengesan dan meramalkan kerosakan awal di dalam pengubah kuasa. Pengubah kuasa adalah salah satu peralatan yang paling banyak digunakan dan mahal di banyak pencawang sistem elektrik. Fakta ini membenarkan penggunaan ... | 3/10/2020 | 6/1/2019 | Muhammad Syazreen Mohd Daud - Author | |
Photovoltaic recording system using web-based system Sistem fotovoltan (PV) dipasang secara meluas untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui serta mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar yang berasaskan bahan api fosil. Sistem rakaman fotovoltan dianggap sebagai aspek penting untuk mengetahui kecekapan sistem panel solar PV. Bagaimanapun, masih tiada rakaman atau peranti pengawas... | 3/11/2020 | 6/1/2019 | Ahmad Kamal Rosdi - Author | |
Prediction of antimicrobial peptides using a complexity-based distance measure Projek ini tertumpu kepada usaha untuk mewujudkan satu kaedah klasifikasi baru bagi meramal peptida antimikrobial (AMP). AMP adalah mewakili satu kelas dalam peptida yang bertindak sebagai sebahagian daripada sistem imun. Disebabkan eksperimen untuk mengeluarkan AMP dari jujukan protein adalah mahal dan memerlukan masa yang lebih lama untuk persedi... | 7/2/2020 | 6/1/2012 | Loo Yue Lin - Author | |
Parallel-pipelined-memory (p2m) of blowfish fpga-based radio system with improved power-throughput for secure zigbee transmission / Rafidah Ahmad Pada masa ini, skim piawaian enkripsi termaju (AES) telah digunakan oleh
hampir kesemua piawaian Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE) untuk
melindungi penghantaran data peranti mudah alih spesifik dalam rangkaian perkara
internet (IoT). Walau bagaimanapun, skim ini memerlukan pelantar berpengiraan dan
memori yang tinggi untuk menyok... | 7/23/2020 | 1/1/2020 | Rafidah Ahmad - Author | |
Performance improvement of single–phase induction motor for ceiling fan application/Ooi Chung Yang Kipas siling merupakan sejenis peranti penyejukan yang digantung pada siling sesebuah bilik. Permintaan kipas siling adalah sangat tinggi di pasaran terutamanya di perumahan domestik dan komersial disebabkan oleh prestasi dan harganya. Walau bagaimanapun, kipas siling yang sedia ada tidak mempunyai kelajuan putaran yang memuaskan. Ini bermakna ia t... | 8/3/2020 | 6/1/2014 | Ooi Chung Yang - Author | |
Pipeline microcontroller synthesizable design Objektif bagi projek ini adalah untuk merekabentuk dan mensintesis satu saluran
pengeluaran mikropengawal dengan menggunakan perisisan MentorGraphic EDA tool
seperti Design Architect-IC, Modelsim dan Leonardo Spectrum. Saluran pengeluaran
mikropengawal adalah sejenis mikropengawal yang menyediakan pemprosesan
arahan selari berurutan dengan meng... | 8/28/2020 | 4/1/2009 | Mohamad Izat Amir Zulkipli - Author | |
Performance analysis of voice communication via powerline carrier (plc) communication systems Kajian ini menerangkan analisa perlakuan yang dilakukan terhadap HomePlug Adaptor
85Mbps untuk mengetahui prestasi sebenar dan kesannya penggunaan. Tujuan kajian ini
dijalankan kerana tidak semua perhubungan rangkaian melalui wayar elektrik, antara
satu tempat dengan tempat yang lain adalah sama. Pelemahan dan ganguan isyarat
antara suatu tempa... | 10/28/2020 | 5/1/2007 | Rosaslinda Md Nor - Author |