(For USM Staff/Student Only)

Browsing/Searching: EngLib USM > Ω School of Civil Engineering

 
Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 376 - 400 of 858

First            < Previous    1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   ....    Next >              Last
ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Analysis of pedestrian walking characteristics at vertical facilities in underground train station
Peningkatan permintaan di ruangan bawah tanah menyebabkan kesesakan teruk di stesen Transit Aliran Ringan (LRT). Kemudahan yang disediakan kemungkinan besar tidak dapat menampung populasi penduduk di masa hadapan. Malangnya, kajian mengenai laluan pejalan kaki di kawasan bawah tanah yang telah dijalankan di Malaysia adalah terhad. Oleh itu, kajian ...
7/16/20206/1/2015Irwina Ismail - Author
Analysis of rockfall hazards based on the effects of rock size and shape
Keruntuhan batu berlaku apabila ketulan batu terjatuh dari cerunan batu. Pendedahan cerunan batu kepada alam sekitar adalah semakin meningkat disebabkan oleh pembangunan pesat di Malaysia. Reka bentuk pemotongan cerun yang tidak bersesuaian boleh membawa kepada keruntuhan batu. Kemusnahan yang dibawakan oleh penjatuhan batu bukan sahaja memusnahkan...
7/28/20206/1/2015Loh Mei Yee - Author
Application of risk map on slope stability of Taiping, Perak
Hujan merupakan salah satu faktor yang membawa kepada masalah ketidakstabilan cerun di Malaysia. Kajian ini tertumpu pada bahagian Utara Perak iaitu di kawasan Taiping yang mana kawasan tersebut merupakan salah satu kawasan pelancongan di Perak. Daripada rekod yang lalu, terdapat beberapa kawasan yang terdedah kepada bahaya tanah runtuh. Kejadian t...
7/17/20206/1/2015Nur Syakinah Azman - Author
Assessment of a pre-stressed wire rope subjected to static and cyclic loadings
Tali dawai adalah keluli ketegangan anggota struktur yang fleksibel yang dapat menahan kekuatan daya tegangan yang tinggi. Kajian eksperimen terhadap tali dawai keluli tidak banyak pada masa kini. Objektif projek ini adalah untuk mengkaji prestasi tali dawai keluli yang rosak apabila dikenakan beban statik dan dinamik. Satu lagi objektif tesis ini ...
7/27/20206/1/2015Abdul Hadi Azri - Author
Assessment of water quality a case study of wet pond and detention pond at engineering campus, Universiti Sains Malaysia
Disertasi dan kajian ini memfokuskan tentang kelas kualiti air kolam basah dan kolam tahanan yang terletak di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal. Parameter indeks kualiti air yang paling asas seperti nitrogen ammonia(AN), oksigen terlarut (DO), keperluan oksigen biokimia (BOD), keperluan oksigen kimia (COD), jumlah pepejal...
7/20/20206/1/2015Zainulabidin Husain Mohamad - Author
Assessment of water quality in constructed wetland 2 at University Sains Malaysia, Engineering Campus
“Wetland” ditakrifkan sebagai sesuatu kawasan tanah di mana tanah adalah tepu dengan air sama secara kekal atau bermusim. Kawasan itu juga perlu dilindungi, sekurang-kurangnya sebhagian, dengan kolam air yang cetek. “Wetland” termasuk beberapa kawasan paya, tanah paya, tanah gambut, sama ada semula jadi atau buatan, kekal atau sementara, air static...
7/27/20206/1/2015Muhammad Hafiz Ali Ramdan - Author
Behaviour of unplastisized polyvinyl chloride as retaining wall block in sand
Penduduk Malaysia semakin meningkat dengan pesat dari tahun ke tahun. Dengan pertumbuhan penduduk, penggunaan tanah akan meningkat dengan ketara dan banyak projek kejuruteraan awam akan dijalankan di kawasan bukit. Kaedah pemasangan tembok penahan boleh menjadi faktor untuk mengurangkan masa pemasangan untuk mengawal cerun daripada runtuh. Kaji...
7/28/20206/1/2015Mohamad Nazri Abdullah - Author
A case study on the suitable bored pile design in various soil condition
Kajian ini telah dijalankan untuk menyiasat panjang yang sesuai cerucuk direka untuk projek pembinaan di EKOCHERAS, Kuala Lumpur. Asas adalah antara elemen penting dalam pembinaan, tanpa reka bentuk bangunan yang sesuai, keruntuh atau keretakan dalam struktur boleh berlaku jika aspek penting seperti reka bentuk asas diabaikan. Secara umumnya, reka ...
7/23/20206/1/2015Nurul Hafizah Mohd Rapigh - Author
Change in strength properties in laterite soil due to changing compaction effort
Tapak memerlukan pemadatan sebelum membina struktur, meletakkan turapan jalan, atau kemasan projek pembangunan. Amnya, tanah hendaklah menjadi asas yang kukuh supaya pembinaan boleh dijalankan ke atas tapak ini. Dalam cuaca tropika, tanah liat merah atau tanah merah, yang biasanya terdapat di kawasan yang tinggi ini digunakan untuk mengisi tanah da...
7/27/20206/1/2015Elia Athika Baharudin - Author
Change in strength properties in sand due to changing compaction energy
Pemadatan tanah adalah sangat penting dalam tapak pembinaan. Bagi memastikan pemadatan tanah yang mencukupi tercapai, penentuan kandungan air optimum dan ketumpatan kering maksimum adalah penting dan biasanya dilakukan melalui ujian proctor atau ujian proctor ubahsuai. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pemadatan yang diperlukan di dalam ...
7/20/20206/1/2015Norharlisa Hermon - Author
Characterization of natural organic matter in surface water for drinking water treatment
Air adalah unsur penting bagi manusia untuk kegunaan setiap hari. Kemudahan rawatan air meningkat setap tahun dan pengguna yang memerlukan bekalan air minuman yang bersih juga meningkat. Bahan organik semula jadi (NOM) merupakan parameter yang tidak mendapat perhatian dalam kemudahan rawatan air minuman di Malaysia. NOM akan bertindak balas dengan ...
7/20/20206/1/2015Munirah Pishal - Author
Computer aided programme for rockfall analysis using lumped mass method
Kebanyakan analisis kejatuhan batu yang biasa dilakukan ialah menggunakan kaedah jisim tergumpal yang mengambil kira jisim batu sebagai salah satu parameter. Pekali restitusi merupakan parameter yang paling penting yang perlu diketahui untuk menjalankan analisis kejatuhan batu dan ianya ditakrifkan dalam bentuk mekanik jasad tegar untuk mewakil...
7/16/20206/1/2015Ahmad Sulaiman Mohamad - Author
Concentration of fine particles (pm2.5) from roadside
Tujuan kajian ini adalah untuk memantau kepekatan partikel halus terampai (PM2.5) di Nibong Tebal. Tahap kepekatan PM2.5 dicerap menggunakan BAM (Beta Attenuation Monitor) mudah alih. Parameter meteorologi seperti suhu, kelembapan, kelajuan angin dan arah angin serta jumlah kenderaan juga dicerap dalam kajian ini. Kepekatan purata PM2.5 adalah 48.8...
7/21/20206/1/2015Radziati Ramlee - Author
Construction of silica-core, iron oxide shell composite for water treatment
Nanopartikel oksida besi magnet (MIONPs) telah menarik banyak minat dalam kejuruteraan alam sekitar sebagai salah satu alat yang berkesan untuk menyingkirkan bahan pencemar. Saiz nano oksida besi yang mempunyai nisbah permukaan dengan isipadu yang tinggi menjadikannya sebagai calon yang baik untuk proses penyingkiran. Oleh kerana penggumpalan diri ...
8/10/20206/1/2015Ahmad Huzaifah Mohd Yusoff - Author
Determination of dynamic properties of soil at Seberang Perai using microtremor observation
Walaupun Semenanjung Malaysia terletak jauh dari garis sesar aktif yang terdekat, kita masih mampu mengalami gegaran ketika gempa bumi besar berlaku di Sumatra, Indonesia. Kebimbingan utama dalam kajian ini adalah kesan daripada keadaan tapak tempatan yang mampu mengamplifikasi magnitud gegaran bumi di tapak yang terletak jauh daripada sumber g...
7/21/20206/1/2015Kenny Chia - Author
Differentiation in steel design code using bs 5950 and eurocode 3
Di peringkat awal, rekabentuk struktur adalahsalah satu daripada perkara yang paling utama yang perlu disediakan sebelum memulakan apa-apa kerja. Ianya perlu dihasilkan dengan merujuk kepada kod standard untuk menghasilkan rekabentuk yang mematuhi piawaian sesebuah kawasan. Secara amnya, isi kandungannya merangkumi penerangan yang terperinci be...
7/21/20206/1/2015Muhamad Nazrin Izhar - Author
Effect of high fibre content in ultra high performance fibre reinforced concrete as a repair material on bond characteristics with fire damaged concrete
Konkrit Gentian Bertetulang Prestasi Tinggi (UHPFRC) dengan ciri-ciri unik kekuatan yang tinggi dan mempunyai kebolehtelapan yang rendah mencatatkan satu peningkatan yang besar dalam teknologi konkrit. Terdapat banyak aplikasi UHPFRC ini, salah satu daripadanya digunakan sebagai bahan untuk kerja pembaikan struktur konkrit merosak. Walau bagaimanap...
7/22/20206/1/2015Siti Zubaidah Mohammad Hanipah - Author
Effect of high temperature mixing water on properties of concrete containing palm oil fuel ash
Abu sisa kelapa sawit (POFA) merupakan sesuatu bahan sampingan hasil daripada industri minyak kelapa sawit yang diiktiraf sebagai bahan pengganti simen yang baik. Penggunaan POFA di dalam konkrit membantu dalam meningkatkan mikrostruktur dan sifat mekanikal konkrit. Tetapi, kesan daripada tindakbalas POFA dan kalsium hidroksida yang perlahan semasa...
7/17/20206/1/2015Vincent Soh Hang Guat - Author
Effect of oil spill on hydraulic properties of soil
Pencemaran minyak disebabkan oleh tumpahan atau kebocoran yang membawa kemusnahan yang besar kepada alam sekitar. Minyak tersebut menyerap ke permukaan alam sekitar dan mencemar tanah serta mengganggu sistem air. Manakala, hidrokarbon yang terdapat dalam pencemaran tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada bentuk tanah malah mengubah ciri-ciri fiz...
7/23/20206/1/2015Husnna Aishah Zabidi - Author
Effect of shape of roof on wind pressure distribution using cfd
Kebelakangan ini terdapat banyak rekod mengenai kerosakan sistem bumbung, terutamanya rumah-rumah luar bandar di Malaysia berikutan ribut angin. Untuk mengelakkan lebih banyak kerosakkan, satu kajian telah dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan aliran angin pada sistem bumbung rumah luar bandar yang terdiri daripada pelbagai bentuk...
7/28/20206/1/2015Adi Muhaimin Mohd Esa - Author
Effect of the oil spill on soil compressibility properties
Minyak atau bahan api biasanya digunakan untuk kenderaan, pemanasan dan sumber penjanaan rumah dan industri, menjana tenaga elektrik, dan sebagai bahan yang digunakan untuk industri kimia. Oleh kerana keperluan minyak semakin meningkat dari masa ke masa, minyak dipindahkan dalam kuantiti yang besar dari kawasan pengeluaran ke kawasan minyak diperlu...
7/17/20206/1/2015Muhammad Nazrin Shah Mohd Asri - Author
Effect of the oil spill on soil friction angle and bearing capacity
Kesatabilan tanah adalah perkara penting pada masa kini, dengan mengetahui sifat dan tindak balas tanah daripada kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang berlaku adalah penting supaya setiap tindak balas yang berlaku boleh diambil langkah pencengahan. Dengan berlaku pencemaran tumpahan minyak keatas tanah pada masa kini. Kajian yang dijalankan adal...
7/17/20206/1/2015Mohamad Hafizul Saat - Author
Effects of land use to slope failure based on risk map in Penang Island
Kegagalan cerun semakin mendapat perhatian di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi oleh pemaju untuk pembinaan di kawasan berbukit. Pulau Pinang adalah sebuah pulau yang terdiri daripada 300km² merupakan pusat pertumbuhan di bahagian utara Asia Tenggara. Kekurangan tanah telah memaksa pemaju untuk menggunakan tanah yang berbukit...
7/28/20206/1/2015Muhammad Amirulfaiz Mohd Nasir - Author
Effects of short term aging on asphalt mixtures subjected to several conditioning methods
Penuaan campuran asfalt berlaku di negara-negara tropika seperti Malaysia. Dalam jangka hayat sebuah turapan asfalt, bitumen akan menjalani dua peringkat penuaan atau pengerasan. Yang pertama adalah penuaan jangka pendek, yang berlaku semasa campuran dan pembinaan. Kedua adalah pengerasan jangka panjang yang berlaku semasa turapan dalam perkhidmata...
7/27/20206/1/2015Alvi Isra' Suhaili - Author
Electrocoagulation process for leachate treatment
Sampel air larut resap yang sebenar telah diambil dari Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung yang terletak di negeri Pulau Pinang digunakan dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat kecekapan proses elektrokoagulasi menggunakan elektrod besi sebagai anod dan katod untuk menurunkan kandungan keperluan oksigen kimia, warna, kekeruhan, dan ...
7/28/20206/1/2015Munirah Atirah Mat Saad - Author
First            < Previous    1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   ....    Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z -->

Search: