(For USM Staff/Student Only)

Browsing/Searching: EngLib USM > Ω School of Materials & Mineral Resources Engineering

 
Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 626 - 650 of 710

First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   Next >              Last
ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Kajian parameter pengisaran bagi fabrikasi metalurgi serbuk komposit matrik logam aluminium menggunakan serbuk aluminium berkeping /Mohamad Salimin Jahari
Projek ini melibatkan kajian tentang komposit matrik aluminium yang diperkuat dengan partikel silikon karbida (SiC). Tumpuan utama projek ini adalah parameter pengisaran pada peringkat pencampuran serbuk aluminium dan silikon karbida. Tiga parameter pengisaran yang dikaji adalah masa pengisaran, persekitaran pengisaran (pengisaran basah atau kerin...
8/17/20203/1/2005Mohamad Salimin Jahari - Author
Kajian pengelasan jisim batuan dan kestabilan cerun di lebuhraya pos slim cameron highland km 18 / Wan Mohd Hafizi Wan Hanafi
Kajian yang dilakukan bertujuan untuk mengkaji pengelasan jisim batuan dan kestabilan cerun di Lebuhraya Pos Slim – Cameroon Highland KM 18. Justeru itu, kajian memerlukan pengambilan data mentah di lapangan yang terdiri daripada jarak kekar, keadaan kekar, keadaan air tanah, arah sudut miring, sudut miring, bacaan Schmidt hammer dan juga keadaan k...
8/17/20203/1/2005Wan Mohd Hafizi Wan Hanafi - Author
Kajian perbandingan antara pengisaran kering dan pengisaran basah /Wan Suriati Zulkhefli
Mendakan kalsium karbonat, PCC merupakan hasilan semula CaCO3 melalui proses pengkarbonan agar dapat menghasilkan produk dengan kualiti dan ciri-ciri yang lebih baik. Sumber pengeluaran komersial PCC adalah batu kapur yang berketulenan tinggi. PCC mempunyai kelebihan daripada batu kapur kisaran (GCC) kerana sifat kecerahan dan saiz partikelnya. Ci...
8/17/20203/1/2005Wan Suriati Zulkhefli - Author
Kajian perbandingan salutan polimer antara laker uv, kk-50 dan lilin ke atas paip keluli /Quah Ban Kheng
Dalam kajian ini, 3 jenis salutan akan diuji. Tujuan kajian ini ialah untuk membandingkan antara salutan laker UV yang kini dalam aplikasi dengan KK-50 dan lilin untuk mengurangkan kos pengeluaran.Pelbagai kaedah ujian seperti kebolehcatan, ujian kekerasan, ujian daya lekatan, ujian kebolehtanggalan, ujian pembengkokan dan ujian semburan garam dija...
8/17/20203/1/2005Quah Ban Kheng - Author
Kajian persampelan isokinetik dalam cerobong di malaysia smelting corporation berhad, butterworth/Taufik Shukri Mahmud
Kajian persampelan isokinetik dalam cerobong di Malaysia Smelting Corporation Berhad, Butterworth ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada operasi syarikat ini ada menghasilkan pencemaran udara terhadap kawasan persekitaran daripada aktiviti peleburan dan penghasilan jongkong timah. Dalam kajian ini, 15 sampel telah diambil daripada tiga buah ce...
8/18/20203/1/2005Taufik Shukri Mahmud - Author
Kajian salutan hot-dipping galvanizing keluli karbon rendah/Muhd Faiz Mat Kasa
Kajian ini dijalankan untuk melihat kepada keberkesanan salutan zink pada keluli karbon sebagai pelindung kepada kakisan serta kesesuaian aplikasi salutan kromat dengan kepekatan yang berbeza pada salutan zink. Kaedah yang digunakan dalam penyalutan zink ini adalah rendaman panas galvani. Suhu peleburan zink yang digunakan untuk menyalut keluli kar...
8/18/20203/1/2005Muhd Faiz Mat Kasa - Author
Kajian tentang kebolehan penyingkiran partikel pada cakera dan sifat-sifat pita pengelap tanpa lelas /Joseph Emmanuel Krishnan
Kajian mengenai hubungan di antara beberapa parameter penting dalam proses pengupam untuk cakera liut belum dijalankan dengan meluas. Apakah hubungan di antara sifat-sifat suatu pita yang digunakan untuk proses ini serta bagaimanakah hubungan ini boleh dikaitkan dengan keberkesanan pengelapan menggunakan pita dengan sifat-sifat yang tertentu. Suatu...
8/18/20203/1/2005Joseph Emmanuel Krishnan - Author
Kajian tentang kesan perubahan saiz dan berat isipadu bahan tetulang silikon karbida terhadap matrik aluminium komposit / William Thanaraj Muthu Reddiar
Projek penyelidikan ini dijalankan dengan kaedah metalurgi serbuk. Kajian tertumpu kepada kesan peratusan berat isipadu dan saiz partikel tetulang terhadap komposit matrik logam aluminium yang diperkuat dengan silikon karbida. Serbuk aluminum yang digunakan bersaiz purata 25 μm bertindak sebagai matrik dan partikel silikon karbida yang bersaiz pura...
8/26/20203/1/2005William Thanaraj Muthu Reddiar - Author
Kajian mengenai operasi perlombongan emas lanar di kelantan
Mineral adalah merupakan suatu bahan yang sangat penting bagi aktiviti perindustrian dan ianya merupakan kunci bagi perkembangan bagi sesebuah negara. Kepentingannya akan terus meningkat di masa akan dating. Sehingga kini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia amat bergantung kepada bahan-bahan yang dihasilkan daripada mineral. Selari dengan p...
8/28/20204/1/2008Mohd Firdauz Kamlul Zaman - Author
abrikasi dan sifat bio-komposit chitosan diperkuat gentian kenaf
Komposit chitosan diperkuat gentian kenaf dengan komposisi kenaf 0%, 10%, 20%, 30% dan 40% dihasilkan dengan melarutkan serbuk chitosan dengan asid asetik yang disusuli dengan pengacauan larutan chitosan bersama habuk kenaf pada halaju yang tinggi iaitu antara 10000 hingga 29000 rpm untuk menyebatikan campuran. Agen pemplastik ditambah ke dalam...
10/20/20205/1/2007Tang Efei - Author
Kajian ke atas komposit dental
Objektif utama yang telah dikaji oleh kajian ini adalah untuk menentukan kesan masa pematangan ataupun dedahan yang berbeza terhadap sifat-sifat mekanikal satu produk komposit dental iaitu Filtek Z250. Beberapa ujian mekanikal dilakukan ke atas sampel-sampel yang dimatangkan dengan dua masa pematangan yang berlainan iaitu selama 20 saat dan 40 saat...
10/20/20203/1/2007John Paul Wang Sing Siew - Author
Kajian kesan bendasing dalam sisa aluminium keatas pelarutlesapan beralkali tekanan tinggi
Disertasi ini mengkaji kesan bendasing keatas aluminium sisa dengan menggunakan pendekatan pengekstrakan hidrometallurgi. Objektif utama adalah memperoleh aluminium pada akhir eksperimen dengan perolehan yang tinggi, iaitu bermakna aluminium dapat terpisah daripada bendasing. Kajian melibatkan pelarutlesapan sisa aluminium menggunakan natrium h...
10/20/20205/Suhalinda Saibon - Author
Kajian mikroskopi dalam pencirian sisa aluminium untuk pengekstrakan aluminium secara hidrometalurgi
Dross aluminium merupakan sisa yang dihasilkan oleh industri primer aluminium seperti proses Bayer, proses Hall-Heroult dan peleburan. Sampel diperolehi daripada dua sumber iaitu Air Keruh dan Batu Pahat yang dibekalkan oleh Ultimate Engineering Sdn Bhd. Ujian fizikal seperti LOI, kelempaban dan ketumpatan pukal dan kajian pencirian seperti XRD...
10/20/20204/1/2007Lim Huey Min - Author
Kajian tentang penggantian Co2+ ke dalam sistem ferit Ni-Zn dengan menggunakan teknik bahan mula sitrat
Penyediaan ferit kobalt nikel zink atau Zn0.4Ni0.6-yCoyFe2O4 dengan komposis berlainan (Zn0.4Ni0.6Fe2O4, Zn0.4Ni0.5Co0.1Fe2O4, Zn0.4Ni0.4Co0.2Fe2O4, Zn0.4Ni0.3Co0.3Fe2O4, Zn0.4Ni0.2Co0.4Fe2O4 dan Zn0.4Ni0.1Co0.5Fe2O4) telah dijalankan dengan menggunakan kaedah bahan mula sitrat; bahan mentah (logam nitrat, ferum sitrat dan aisd sitrik) telah di...
10/20/20205/1/2007Cho Swee Jen - Author
Kesan penambah-penambah organik terhadap bentuk Cu2O berstruktur nano yang didop dan tidak didop yang disediakan melalui proses penurunan garam kuprum
Kuprus oksida tulen dan didop dengan Zn dihasilkan di dalam projek ini melalui kaedah penurunan garam kuprum pada suhu bilik. Larutan garam kuprum pada mulanya ditambah dengan NaOH untuk penghasilan Cu(OH)2. Penurunan kemudiannya dilakukan dengan menggunakan hidrazin untuk menghasilkan kuprus oksida yang tulen. Pelbagai jenis penambah organik seper...
10/20/20205/1/2007Khoor Siang Tian - Author
Pengekstrakan aluminium daripada sisa aluminium melalui kaedah pelarutlesapan atmosferik dan pelarutlesapan bertekanan tinggi dengan bes natrium hidroksida
Disertasi ini mengkaji pelarutan kimia aluminium oksida daripada sisa metalurgi aluminium dengan menggunakan pendekatan kaedah pengekstrakan hidrometalurgi. Objektif utama kajian adalah memperolehi aluminium pada akhir eksperimen melalui penentuan parameter optimum selain membina satu proses pengitaran semula sisa aluminium tanpa mendatangkan bahay...
10/20/20205/1/2007Nik Nur Azza Nik Adik - Author
Penghasilan busa epoksi teras terapit kesan agen peniupan dan kalium hidroksida terhadap sifat-sifat mekanikal busa terapit
Perkembangan dalam penghasilan busa berasaskan termoset semakin berkembang sejak akhir-akhir ini. Ini termasuklah busa berasaskan epoksi. Busa epoksi memberikan beberapa ciri-ciri menarik seperti rintangan kimia, lembapan, sifat penebatan yang baik, kekuatan, mampatan dan kekuatan hentaman. Perkembangan terkini dalam aplikasi busa epoksi adalah seb...
10/20/20203/1/2007Mohd Husnan Muhammad Hasan - Author
Penyediaan dan pencirian filem nipis HfO2 yang disediakan oleh teknik sol-gel di atas substrak 4H-SiC untuk aplikasi kuasa mos peranti yang tinggi
Pengendapan filem HfO2 pada substrak 4H-SiC berjenis n dan Si dengan teknik sol-gel pemutaran salutan dengan menggunakan hafnium klorida, etanol, dan asid klorida sebagai bekalan prapenanda telah dikaji dan dilaporkan. Kesan kepekatan HCl (0.10, 0.12 dan 0.14 ml) dan suhu sepuhlindap (550 oC, 750 oC dan 850 oC selama 30 minits) pada sifat filem tel...
10/20/20205/1/2007Wang Kang Ji - Author
Penyiasatan lapisan filem SiO2 berpemalar dielektrik rendah (k) yang diendapkan di atas wafer Si untuk aplikasi cmos
Kajian ini mempamerkan keputusan fabrikasi dan pencirian filem silika yang digunakan dalam dielektrik antara lapisan (ILD). Filem silika dihasilkan dengan teknik pemutaran sol-gel menggunakan tetraethylorthosilicate (TEOS) dan methyltriethoxysilane (MTES) sebagai prapenanda; masing-masing ditambahkan dengan pemangkin asid dan bes . Parameter-pa...
10/20/20205/1/2007Ee Woei Chang - Author
Perbandingan kesan penambahan y2o3 dan Nb2O5 serta suhu pengkalsinan ke atas sifat cirian dan kelakuan seramik zirkonia
Penyelidikan ini membandingan kesan penstabilan antara Y2O3 and Nb2O5 dalam zirkonia. Serbuk zirkonia penstabil yttria berstruktur nano dengan kepekatan antara 2.5 dan 10.0 mol% dan zirkonia penstabil niobia daripada 5 kepada 20mol% disintesis berasingan dengan mengunakn kaedah prapenanda polimer dengan proses Pechini. Bahan untuk larutan prapenand...
10/20/20205/1/2007Siew Fook Wai - Author
Timah oksida lutsinar berkonduksi untuk pembinaan sel suria yang dipeka pewarna organik
Ujikaji ini dimulakan dengan menyediakan oksida lutsinar berkonduksi (TCO). TCO ini disediakan dengan memendapkan lapisan nipis timah oksida berdop fluorin (F:SnO2) di atas substrat kaca. Timah oksida berdop fluorin disediakan dengan kaedah sol-gel melalui pencampuran SnCl2.2H2O dengan NH4F dalam larutan etanol 0.2M. Kadar pencampuran SnCl2.2H2...
10/20/20203/1/2007Tan Guo Xin - Author
Analisis kegagalan salutan cat menggunakan kaedah elektrokimia
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji sifat –sifat resin epoksi dengan pengisi tambahan karbon hitam pada persekitaran mengakis. Kebiasaan epoksi telah digunakan secara meluas sebagai pembinaan utama untuk prestasi yang tinggi. Kelebihan yang paling utama bagi resin epoksi ialah pengecutan yang rendah semasa matang dan mempunyai tegasan d...
10/21/20205/1/2007Zulzulazizi Mohd Yunus - Author
Elektrosaduran komposit nikel alumina
Kajian projek ini menumpu kepada elektrosaduran komposit nikel-alumina. Satu siri eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji keadaan yang paling baik untuk menjalani elektrosaduran nikel-alumina dan sifat mekanikal saduran komposit ini. Sebelum elektrosaduran nikel-alumina dijalankan, kajian kesan elektrosaduran nikel pada ketumpatan arus tetap...
10/21/20205/1/2007Ngien Ping Lok - Author
Kajian terhadap pembentukan dan pencirian silikon berliang pada wafer silikon dengan menggunakan asid hidrofluorik yang dicairkan oleh dimethyl sulfoxide (DMSO) sebagai elektrolit
Projek ini difokuskan kepada kesan penggunaan sebatian organik (DMSO) untuk mencairkan asid hidrofluorik (HF) dalam pembentukan silikon berliang dan mengkaji nilai optimum bagi nisbah kepekatan, HF : DMSO dan ketumpatan arus bagi pembentukan silikon berliang. Dalam kajian ini, wafer silikon jenis-n digunakan dalam projek ini, silikon berliang d...
10/21/20203/1/2007Yuen Wai Yok - Author
Kesan kepekatan kuratif, masa rendaman dan pelarut resapan ke atas sifat tensil filem lateks yang dihasilkan dengan kaedah konvensional dan in-situ laminasi
Kaedah pencelupan konvensional yang digunakan untuk penghasilan sarung tangan pemeriksaan dan pembedahan menjanakan banyak sisa lateks semasa peringkat pencelupan. Untuk mengelakkan penjanaan sisa lateks, kaedah pencelupan terubahsuaian diperkenalkan. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah pencelupan in-situ laminasi. Perbezaan kaedah ini dengan kaedah...
10/21/20205/1/2007Loke Poo Wha - Author
First            < Previous     ....    21   22   23   24   25   26   27   28   29   Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z -->

Search: