Thumbnail | Name | Publication Date | First Public Date | Contributors |
Kesesuaian pelbagai saiz partikel dan morfologi mendakan kalsium karbonat (pcc) Dalam formulasi seramik licau/Nur Adlina Saary Kajian adalah untuk menyelidik keberkesanan penggunaan mendakan kalsium karbonat, PCC dalam formulasi seramik. Empat jenis serbuk kalsium karbonat telah digunakan iaitu CaCO3 dengan saiz partikel 1.09 μm berbentuk tidak seragam, 2.49 μm bentuk skalenohedron, 3.23 μm dan 4.12 μm berbentuk rombohedron. Setiap bahan ini ditambah dengan 10% ke dalam k... | 8/12/2020 | 3/1/2004 | Nur Adlina Saary - Author | |
Pembentukan fasa dalam serbuk plzt dengan kaedah mendak /Tan Kian Ann Projek ini adalah mengenai sintesis serbuk [Pb0.91La0.09(Zr0.65Ti0.35)0.9775]O3 (PLZT) dengan kaedah mendak. Serbuk PLZT yang homogen disediakan daripada bahan-bahan kimia plumbun (ll) nitrat, lanthanum klorida, larutan zirkonia (lV) propoksida dan larutan titanium (IV) isopropoksida dengan trietanolamina (TEA) sebagai penstabil. Serbuk mula dipero... | 8/12/2020 | 3/1/2004 | Tan Kian Ann - Author | |
Pencirian abu kayu bagi kegunaan komersial /Masayu Dollah Industri berasaskan kayu dan logi kuasa banyak menyumbang kepada penghasilan sebahagian besar abu daripada kayu atau ‘wood ash’. Kaedah pelupusan yang biasa digunakan sejak dahulu lagi bagi abu kayu yang dihasilkan adalah sebagai bahan untuk timbus guna tanah. Peraturan baru dalam memelihara alam sekitar telah menaikkan kos untuk pelupusan secara ... | 8/12/2020 | 3/1/2004 | Masayu Dollah - Author | |
Pencirian lempung bebola dari sarawak barat serta kesesuaiannya dalam industri seramik /Ruby Anak Langi Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesesuaian sifat mineralogi, fizik, kimia dan jasad bakar lempung bebola dari kawasan Tapah dan Balai Ringin, Sarawak Barat dalam industri seramik. Sebanyak empat sampel bahan mentah dengan setiap satu seberat 5 kg diambil dari kawasan Tapah di dua tempat dan dua kedalaman yang berlainan. Sebagai perbanding... | 8/12/2020 | 3/1/2004 | Ruby Anak Langi - Author | |
Penghasilan panel apit berasaskan busa kitar semula berketumpatan rendah /Rosilawaty Mohamed Aris Dalam penyelidikan ini panel apit daripada teras busa kitar semula telah dihasilkan. Kulit telah dihasilkan menggunakan kaedah ‘hand lay-up’ dan penekanan panas. Bahan yang digunakan ialah gentian kaca jenis anyaman diperkuat resin epoksi. Nisbah resin kepada gentian ialah 3:7. Pelekatan juga menggunakan resin epoksi dan bahan pengerasnya denga... | 8/12/2020 | 3/1/2004 | Rosilawaty Mohamed Aris - Author | |
Studies on various shape of mineral silica fillers on the properties of epoxy for underfill applications/Farrah Noor Ahmad Dalam aplikasi pembungkusan elektronik, underfill diperlukan untuk meningkatkan realibiliti bagi peralatan flip chip. Penggunaan bahan underfill yang dihasilkan daripada polimer epoksi dan pengisi telah menimbulkan beberapa isu reliabiliti seperti sifat-sifat terma dan mekanikal. Dalam kajian ini, epoksi yang diisi dengan pelbagai saiz mineral sili... | 8/12/2020 | 5/1/2006 | Farrah Noor Ahmad - Author | |
Fabrikasi aluminium mmc menggunakan kaedah metalurgi serbuk dan penuangan/Muhamad Helmi Hasan Basri Projek yang dijalankan ini adalah untuk membezakan sifat–sifat mekanikal komposit matrik logam yang dihasilkan dari dua jenis kaedah fabrikasi yang berbeza iaitu metalurgi serbuk dan penuangan. Sebanyak tiga set sampel telah dihasilkan melalui kedua–dua kaedah ini dimana tiga sampel di dalam setiap set mempunyai komposisi serbuk abu terbang sebanya... | 8/13/2020 | 3/1/2005 | Muhamad Helmi Hasan Basri - Author | |
Penilaian, pengkonsentratan dan perolehan logam-logam berharga daripada papan litar tercetak (plt)/Hairul Azhar Ahmad Tujuan projek ini dijalankan untuk mengitar semula sampel papan litar tercetak (PLT). Ia dijalankan dengan mendapatkan semula logam-logam yang penting yang terdapat pada PLT tersebut. Dengan melalui pelbagai teknik menganalisa peratusan (%) gred dan pengkonsentratan, keputusan akhir adalah bergantung kepada perolehan yang diperolehi kerana, ia memb... | 8/13/2020 | 3/1/2004 | Hairul Azhar Ahmad - Author | |
Penyemaian biji benih pokok ficus untuk kegunaan penebusgunaan dan pemuliharaan kawasan kuari batu kapur/Ayu Wazira Azhari Industri pengkuarian di negara kita makin hari semakin memainkann peranan penting dan berkembang. Namun begitu, dengan bertambahnya syarikat-syaikat sama ada kerajaan mahupun swasta, proses penebusgunaan semula kuari-kuari ini semakin diabaikan. Salah satu cara yang paling mudah dan ekonomik yang boleh digunakan dalam menebusguna kawasan bekas ku... | 8/13/2020 | 3/1/2004 | Ayu Wazira Azhari - Author | |
Sintesis dan pencirian litium stanum oksida (li2sno3) sebagai bahan anod untuk sel ion litium/Norhanita Mohd Yusof Litium stanum oksida disintesis menggunakan kaedah kimia lembut pada suhu yang rendah (500oC – 700oC). Suhu-suhu ini adalah jauh lebih rendah berbanding suhu yang dilaporkan dalam kajian persuratan pada sebelum ini(1000oC). Di dalam kajian ini, sumber litium iaitu litium karbonat (Li2CO3) dan litium hidroksida monohidrat (LiOH.H2O) dicampurkan deng... | 8/13/2020 | 3/1/2004 | Norhanita Mohd Yusof - Author | |
Sistem teleoperasi modul tuan hamba/Shahrulazuan Ahmad Sistem Teleoperasi pada asasnya terdiri daripada mekanisma penggerak dan objek yang mewakili pergerakan tersebut. Untuk projek ini, satu sistem penderia yang menggunakan sarung tangan data direkabentuk sebagai mekanisma penggerak. Ia menggunakan 2 jenis penderia yang mempunyai fungsi yang berbeza iaitu penderia tegangan dan penderia tekanan. Objek... | 8/13/2020 | 3/1/2004 | Shahrulazuan Ahmad - Author | |
Fabrikasi bahan seramik berliang untuk aplikasi penapisan gas/Suhaidah Jamhari Penggunaan motosikal yang semakin banyak di jalan raya menyebabkan kadar pencemaran udara meningkat akibat pembebasan terus gas bertoksik daripada kebuk pembakaran motosikal ke udara. Disebabkan masalah ini, penapis gas bertoksik perlu dihasilkan untuk menukarkan gas bertoksik seperti hidrokarbon, karbon monoksida dan nitrik oksida ditukarkan kepad... | 8/14/2020 | 3/1/2005 | Suhaidah Jamhari - Author | |
Fabrikasi dan pencirian bateri proton berasaskan elektrolit polimer keadaan pepejal kitosan /Ng Li Sian Projek ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu penghasilan filem elektrolit polimer sebagai konduktor proton (H+), dan bahagian kedua ialah fabrikasi bateri proton dengan konfigurasi zink (Zn)/elektrolit polimer/mangan dioksida (MnO2). Filem elektrolit polimer berasaskan Kitosan disediakan dengan teknik tuangan larutan. 1 g Kitosan di... | 8/14/2020 | 3/1/2005 | Ng Li Sian - Author | |
High thermal conductivity ldpe-wax blend /Shamsul Bahrin Shah Rosmin Projek ini dijalankan tentang bahan berkonduksi terma tinggi yang dijalankan ke atas polietilena berketumpatan rendah (LDPE) sebagai matriks dan dengan penambahan Wax dan juga pengisi iaitu Silikon karbida dan juga Kuprum. Silikon karbida adalah dari kumpulan seramik manakala kuprum pula adalah dari kumpulan logam. Dengan menambahkan pengisi dengan... | 8/14/2020 | 3/1/2005 | Shamsul Bahrin Shah Rosmin - Author | |
Kajian awal penggunaan abu terbang dalam perawatan air sisa yang mengandungi kuprum /Nurhafiza Kamaruddin Abu terbang merupakan sumber bahan pozzolan yang sangat baik. Pozzolan merupakan suatu bahan silika atau silika/alumina dan apabila dicampurkan bersama batu kapur dan air akan membentuk sebatian yang bersifat simen. Bentuk sfera partikel abu terbang dan saiznya yang sangat halus memberikan kesan yang berguna dalam kebolehkerjaan suatu konkrit. P... | 8/14/2020 | 3/1/2005 | Nurhafiza Kamaruddin - Author | |
Kajian ke atas komposit epoksi ditetulang gentian kaca anyanman dengan ketumpatan linear dan bilangan tindanan anyaman yang berbeza /Eng Kok Mooi Kesan perbezaan ketumpatan linear bagi fabrik anyaman dan bilangan lapisan tindanan ke atas sifat-sifat epoksi ditetulang fabrik anyaman dikaji. Dalam kajian ini, fabrik anyaman dengan ketumpatan linear yang berbeza iaitu 400 g/m2, 600 g/m2 and 800 g/m2 telah digunakan sebagai tetulang dalam resin epoksi. Sifat-sifat terma, pelenturan dan fizik din... | 8/14/2020 | 3/1/2205 | Eng Kok Mooi - Author | |
Kajian ke atas komposit termoset terisi serbuk kaca dan silika wasap /Lee Jian Huei Penggunaan komposit termoset terisi gentian kaca sebagai substrat dalam pembungkusan mikroelektronik telah menimbulkan masalah pengembangan terma secara ortotropik dengan nilai pekali pengembangan terma (CTE) yang tinggi. Penggunaan partikel sebagai pengisi dalam epoksi adalah untuk mengurangkan masalah pengembagan terma ortotropik. Selain itu, pen... | 8/14/2020 | 3/1/2005 | Lee Jian Huei - Author | |
Kajian keberkesanan perencat natrium nitrit dan natrium silikat untuk perlindungan kakisan keluli karbon /Mohamad Aizaq Main Kajian berbentuk ujian kelakuan dan keberkesanan perencatan kakisan keluli lembut yang menggunakan bahan perencat natrium nitrit dan natrium silikat melalui ujian rendaman di dalam larutan natrium klorida (NaCl) dan air paip. Kandungan peratus kehadiran natrium klorida di dalam larutan yang digunakan ialah sebanyak 0.05%. Jangka masa rendaman yang ... | 8/14/2020 | 3/1/2005 | Mohamad Aizaq Main - Author | |
Penghasilan kaca dari abu batang kelapa sawit /Izma Rohaida Idris Batang kelapa sawit ialah bahan mentah buangan yang mudah ditemui di Malaysia. Kajian ini telah berjaya mengesahkan batang kelapa sawit mempunyai kandungan silika yang tinggi (59%). Oleh itu, abu batang kelapa sawit ini mempunyai potensi untuk digunakan bagi tujuan komersial khususnya sebagai salah satu bahan mentah dalam penghasilan kaca. Dalam pe... | 8/14/2020 | 3/1/2005 | Izma Rohaida Idris - Author | |
Kajian kestabilan cerun batuan di gk kuari bachok Kelantan /Azihan Mat Arshad Projek tahun akhir ini dijalankan ke atas cerun batuan GK Kuari Bachok bertujuan untuk membuat pengelasan jisim batuan dan menganalisis kestabilan cerun batuan di kuari tersebut. Dalam kajian ini, sebanyak 950 data arah sudut miring, jenis kekar, keadaan ketakselanjaran, jarak ketakselanjaran, keadaan air tanah serta kekuatan mampatan ekapaksi batu... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Azihan Mat Arshad - Author | |
Kajian ketakstabilan cerun lebuhraya pos slim cameron highlands km22 /Che Wan Mohd Yusrey Che Wan Razlan Kajian ini dijalankan di lebuhraya Pos Slim – Cameron Highlands Km22. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membuat pengelasan jisim batuan dan penganalisaan ketakstabilan cerun batuan di lebuhraya tersebut. Dalam kajian ini, data-data sudut miring, arah sudut miring, kekuatan mampatan ekapaksi batuan, keadaan kekar serta keadaan air tanah juga j... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Che Wan Mohd Yusrey Che Wan Razlan - Author | |
Kajian parameter pengisaran bagi fabrikasi metalurgi serbuk komposit matrik logam aluminium menggunakan serbuk aluminium berkeping /Mohamad Salimin Jahari Projek ini melibatkan kajian tentang komposit matrik aluminium yang diperkuat dengan partikel silikon karbida (SiC). Tumpuan utama projek ini adalah parameter pengisaran pada peringkat pencampuran serbuk aluminium dan silikon karbida. Tiga parameter pengisaran yang dikaji adalah masa pengisaran, persekitaran pengisaran (pengisaran basah atau kerin... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Mohamad Salimin Jahari - Author | |
Kajian pengelasan jisim batuan dan kestabilan cerun di lebuhraya pos slim cameron highland km 18 / Wan Mohd Hafizi Wan Hanafi Kajian yang dilakukan bertujuan untuk mengkaji pengelasan jisim batuan dan kestabilan cerun di Lebuhraya Pos Slim – Cameroon Highland KM 18. Justeru itu, kajian memerlukan pengambilan data mentah di lapangan yang terdiri daripada jarak kekar, keadaan kekar, keadaan air tanah, arah sudut miring, sudut miring, bacaan Schmidt hammer dan juga keadaan k... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Wan Mohd Hafizi Wan Hanafi - Author | |
Kajian perbandingan antara pengisaran kering dan pengisaran basah /Wan Suriati Zulkhefli Mendakan kalsium karbonat, PCC merupakan hasilan semula CaCO3 melalui proses pengkarbonan agar dapat menghasilkan produk dengan kualiti dan ciri-ciri yang lebih baik. Sumber pengeluaran komersial PCC adalah batu kapur yang berketulenan tinggi. PCC mempunyai kelebihan daripada batu kapur kisaran (GCC) kerana sifat kecerahan dan saiz partikelnya. Ci... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Wan Suriati Zulkhefli - Author | |
Kajian perbandingan salutan polimer antara laker uv, kk-50 dan lilin ke atas paip keluli /Quah Ban Kheng Dalam kajian ini, 3 jenis salutan akan diuji. Tujuan kajian ini ialah untuk membandingkan antara salutan laker UV yang kini dalam aplikasi dengan KK-50 dan lilin untuk mengurangkan kos pengeluaran.Pelbagai kaedah ujian seperti kebolehcatan, ujian kekerasan, ujian daya lekatan, ujian kebolehtanggalan, ujian pembengkokan dan ujian semburan garam dija... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Quah Ban Kheng - Author |