Thumbnail | Name | Publication Date | First Public Date | Contributors |
Kesan penambahan dopan nadir bumi dalam sistem cacu3mn4o12 / Mohd Syahril Mohd Sharifuddin Kesan penambahan dopan nadir bumi ke atas sifat-sifat CaCu3Mn4O12 yang dihasilkan melalui kaedah tindak balas keadaan pepejal telah dijalankan. Untuk itu, sepuluh sampel yang mempunyai kepekatan dopan lantanum dan neodimium yang berbeza iaitu 0.001mol, 0.003 mol, 0.005 mol, 0.007 mol dan 0.01 mol telah disediakan. Bahan mentah iaitu CaCO3, CuO, Mn... | 11/23/2020 | 5/1/2006 | Mohd Syahril Mohd Sharifuddin - Author | |
Kesan pembebanan ommt dan penggunaan getah asli terepoksida 50 sebagai agen penserasi dalam komposit nano pvc/ dan ommt/Suganthi Selvathurai Kesan pengisian OMMT (organofilik montmorilonit) terhadap sifat tensil, kestabilan terma, sifat penyerapan air, rintangan terhadap penuaan oksidatif-terma dan morfologi serta pemprosesan komposit nano PVC (polivinil klorida) telah dikaji. Penambahan ENR 50 (getah terepoksida 50%) sebagai agen penserasi bagi komposit PVC/OMMT juga telah dikaji. Komp... | 11/23/2020 | 3/1/2006 | Suganthi Selvathurai - Author | |
Kelakuan pengoksidaan sebatian aloi ti-al selepas penambahan unsur pengaloian niobium/Ng Suit Fen Dalam projek penyelidikan ini, kelakuan pengoksidaan aloi TiAl dikaji selepas penambahan niobium ke dalamnya. Aloi binari Ti-Al dan ternari Ti-Al-Nb telah disediakan dengan kaedah peleburan arka dan dicirikan dengan pelbagai peralatan analitikal. Projek ini tertumpu kepada kelakuan pengoksidaan aloi TiAl selepas menambah elemen Nb pada suhu 900 0C ... | 11/23/2020 | 3/1/2006 | Ng Suit Fen - Author | |
Kajian ke atas kesan komposisi dan nisbah aspek gentian bagi sistem komposit al2o3al/Neoh Eng Suan Dalam pembangunan bahan terutamanya dalam bidang automotif dan aeroangkasa, memerlukan bahan yang mempunyai beberapa sifat penting seperti ketumpatan rendah, koefisien pengembangan terma rendah, rintangan haus tinggi dan modulus elastik yang baik dan semua ini dipunyai oleh komposit matriks aluminium. Dalam projek penyelidikan ini, kajian terhadap ... | 11/23/2020 | 3/1/2006 | Neoh Eng Suan - Author | |
Kesan pendopan samarium ke atas sifat-sifat filem nipis zink sulfida dengan Kaedah rendaman kimia_Sangeet Kaur Bhajnik Singh Projek ini berkaitan dengan penyediaan filem nipis zink sulfida (ZnS) dan kajian sifat-sifatnya. Filem nipis ZnS disediakan di atas substrat kaca dengan kaedah pemendapan rendaman kimia (chemical bath deposition). Rendaman kimia yang digunakan merupakan campuran larutan zink asetat, trisodium sitrat dan thiourea. Pemendapan filem nipis dilakukan de... | 11/17/2020 | 3/1/2005 | Sangeet Kaur Bhajnik Singh - Author | |
Kesan kepekatan mangan ke atas sifat-sifat cacu3mn4o12 (ccmo) disediakan melalui tindak balas keadaan pepejal_Suriati Ghazali Kesan kepekatan mangan, Mn ke atas sifat-sifat CaCu3Mn4O12 yang dihasilkan melalui tindak balas keadaan pepejal telah dijalankan. Untuk itu, lima sampel yang mempunyai kepekatan mangan yang berbeza-beza iaitu 2 mol, 3 mol, 4 mol (stoikiometri),
5 mol dan 6 mol telah disediakan. Serbuk-serbuk bahan mentah iaitu CaO, CuO dan juga MnO2 yang telah di... | 11/17/2020 | 3/1/2005 | Suriati Ghazali - Author | |
Kesan kepekatan dopan bismuth ke atas ciri-ciri filem nipis zno yang disediakan dengan kaedah pencelupan sol gel_Roslina Mohamad Azizuddin Projek ini adalah mengenai penyediaan filem nipis Zink Oksida yang didop dengan bismuth dan pencirian mikrostruktur, ketebalan, sifat-sifat optik dan sifat-sifat elektrik bagi filem nipis ini. Filem nipis zink oksida yang didop dengan bismuth ini dihasilkan melalui kaedah sol gel dan teknik pencelupan. Larutan sol disediakan menggunakan zink aceta... | 11/17/2020 | 3/1/2005 | Roslina Mohamad Azizuddin - Author | |
High thermal conductivity ldpe-wax blend_Shamsul Bahrin Shah Rosmin Projek ini dijalankan tentang bahan berkonduksi terma tinggi yang dijalankan ke atas polietilena berketumpatan rendah (LDPE) sebagai matriks dan dengan penambahan Wax dan juga pengisi iaitu Silikon karbida dan juga Kuprum. Silikon karbida adalah dari kumpulan seramik manakala kuprum pula adalah dari kumpulan logam. Dengan menambahkan pengisi dengan... | 11/17/2020 | 3/1/2005 | Shamsul Bahrin Shah Rosmin - Author | |
Preparation and characterization of muscovite-carbon nanotubesepoxy layered silicate nanocomposites / Nur Suraya Anis Ahmad Bakhtiar Kadar penyebaran dan kelekatan yang kurang berkesan di antara nanotiub karbon
(CNT) dan matriks polimer merupakan masalah yang kritikal ketika mengintegrasikan
CNT dalam nanokomposit polimer. Kajian ini memberi tumpuan kepada kesan teknik
fabrikasi yang berbeza termasuk pencampuran fizikal dan pemendapan wap kimia
(CVD) pada sifat mekanikal dan... | 11/5/2020 | 9/1/2019 | Nur Suraya Anis Ahmad Bakhtiar - Author | |
Penghasilan kaca dari abu batang kelapa sawit /izma Rohaida Idris Batang kelapa sawit ialah bahan mentah buangan yang mudah ditemui di Malaysia. Kajian ini telah berjaya mengesahkan batang kelapa sawit mempunyai kandungan silika yang tinggi (59%). Oleh itu, abu batang kelapa sawit ini mempunyai potensi untuk digunakan bagi tujuan komersial khususnya sebagai salah satu bahan mentah dalam penghasilan kaca. Dalam pe... | 11/5/2020 | 3/1/2005 | Izma Rohaida Idris - Author | |
Pencirian sifat elektrik lapisan oksida silikon di atas silikon wafer/Puah Sze Sien Projek yang dijalankan ini adalah untuk membezakan sifat–sifat mekanikal komposit matrik logam yang dihasilkan dari dua jenis kaedah fabrikasi yang berbeza iaitu metalurgi serbuk dan penuangan. Sebanyak tiga set sampel telah dihasilkan melalui kedua–dua kaedah ini dimana tiga sampel di dalam setiap set mempunyai komposisi serbuk abu terbang sebanya... | 11/5/2020 | 3/1/2005 | Puah Sze Sien - Author | |
High thermal conductivity ldpe-wax blend/Shamsul Bahrin Shah Rosmin Projek ini dijalankan tentang bahan berkonduksi terma tinggi yang dijalankan ke atas polietilena berketumpatan rendah (LDPE) sebagai matriks dan dengan penambahan Wax dan juga pengisi iaitu Silikon karbida dan juga Kuprum. Silikon karbida adalah dari kumpulan seramik manakala kuprum pula adalah dari kumpulan logam. Dengan menambahkan pengisi dengan... | 11/5/2020 | 3/1/2005 | Shamsul Bahrin Shah Rosmin - Author | |
Fabrikasi bahan seramik berliang untuk aplikasi penapisan gas /Suhaidah Jamhar Penggunaan motosikal yang semakin banyak di jalan raya menyebabkan kadar pencemaran udara meningkat akibat pembebasan terus gas bertoksik daripada kebuk pembakaran motosikal ke udara. Disebabkan masalah ini, penapis gas bertoksik perlu dihasilkan untuk menukarkan gas bertoksik seperti hidrokarbon, karbon monoksida dan nitrik oksida ditukarkan kepa... | 11/5/2020 | 3/1/2005 | Suhaidah Jamhar - Author | |
Electrical characteristic of silicon nitride on silicon wafe/Mohd Faiz Aizad Abdul Fatah Silikon nitrida merupakan oksida yang bersifat penebat yang boleh digunakan dalam pembentukan kapasitor MOS. Kajian ini membincangkan mengenai kesan perubahan nilai parameter bagi proses PECVD iaitu suhu, frekuensi radio dan masa ke atas ketebalan filem dan ciri kapasitan-voltan berfrekuensi tinggi bagi suatu kapasitor MOS silikon nitrida. Penyedia... | 11/5/2020 | 3/1/2005 | Mohd Faiz Aizad Abdul Fatah - Author | |
Ciri-ciri kapur dan kapur terhidrat dari barat kuching, sarawak dalam industri kimia, khususnya dalam pembuatan kalsium karbida dan peluntur kalsium hipoklorit/Liliana Weston Anjot Batu kapur merupakan sejenis batuan yang tidak asing lagi terutamanya dikalangan para pengkaji di mana ia mempunyai pelbagai kegunaan di dalam pelbagai jenis industri penting masa kini. Di Malaysia khasnya, taburan batu kapur telah dikenalpasti dengan meluasnya, dari utara sehinggalah selatan Semenanjung Malaysia dan juga di Sarawak serta Borneo Ut... | 11/5/2020 | 3/1/2005 | Liliana Weston Anjot - Author | |
Alluvial gold mining at sungai kerak, terengganu and the associated mining law/Tunku Saiful Bakhtiar Tunku Mat Perlombongan emas lanar di Sungai Kerak merangkumi kaedah perlombongan yang melibatkan lencongan sungai, aliran proses perolehan emas dengan menggunakan pengkonsentratan secara graviti terhadap partikel emas. Huraian merangkumi masalah yang berbangkit daripada kaedah perlombongan emas yang digunakan dan cara mengatasinya. Selain itu, turut dimuatka... | 11/5/2020 | 3/1/2005 | Tunku Saiful Bakhtiar Tunku Mat - Author | |
Penambah abu sekam padi sebagai gantian silika di dalam jasad tembikar putih /Illiana Ab. Halim Abu sekam padi ialah bahan mentah buangan dari kilang yang mempunyai kandungan silika yang tinggi. Oleh itu, abu sekam padi mempunyai potensi yang tinggi untuk digunakan bagi tujuan komersil. Dalam penyelidikan ini, abu sekam padi telah dicampurkan dengan kaolin, tanah liat bebola dan feldspar bagi menggantikan silika yang sedia ada mengikut kompos... | 11/4/2020 | 3/1/2005 | Illiana Ab. Halim - Author | |
Morfologi dan genesis mineral feldspar di malaysia, potensi dan aplikasi dalam industry/Majdi Ramli Mineral di dalam kumpulan feldspar adalah mineral pembentuk batuan yang paling banyak terdapat di bumi iaitu hampir 60% jasad batuan bumi. Kebiasaannya mineral feldspar banyak ditemui dalam batuan Igneous dan metamorfik. Feldspar secara asasnya digunakan dalam industri disebabkan kandungan alkali dan aluminanya Dalam industri seramik, feldspar digu... | 11/4/2020 | 3/1/2005 | Majdi Ramli - Author | |
Design and analysis of a compliant mechanism for an aircraft component using The pseudo-rigid-body-model concept/Amran Sofiyan Pemendak Elektrostatik (EP) merupakan salah satu daripada sistem pengawalan habuk yang biasa digunakan dalam industri. Sebagai contoh, Perak Hanjoong Simen merupakan industri yang menggunakan pemendak sebagai langkah untuk mengurangkan habuk di kuari pemprosesan simen seterusnya mewujudkan persekitaran yang sihat kepada para pekerja. EP merupakan a... | 11/4/2020 | 3/1/2002 | Amran Sofiyan - Author | |
Synthesis and evaluation of geopolymer properties using sago pith waste ash / Mohamad Rohaidzat Mohamed Rashid Hampas sagu (SPW) adalah merupakan sisa pertanian yang dihasilkan dari tisu
Metroxylon Sagu (Sagu Palma). Tanpa rawatan yang sempurna, hampas sagu akan
menjadi bahan buangan yang boleh mengakibatkan pencemaran sungai. Pelbagai
kajian telah dijalankan demi memaksimumkan penggunaannya yang secara tidak
lansung dapat mengurangkan jumlah sisa yang ... | 11/3/2020 | 9/1/2018 | Mohamad Rohaidzat Mohamed Rashid - Author | |
Fabrication and characterization of graphene-based ink / Mohd Saidina Dandan Satia Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan dakwat berasaskan
grafen dengan kestabilan, sifat-sifat elektronik dan fizikal yang baik untuk percetakan
elektronik dengan menggunakan teknologi salutan semburan dan percetakan inkjet.
Pertama, perbandingan untuk bahan seperti-grafen yang berbeza menunjukkan bahawa
busa grafen (GF) m... | 11/3/2020 | 10/1/2019 | Mohd Saidina Dandan Satia - Author | |
Pengoptimuman dan keberkesanan pengisaran rutil dengan menggunakan pengisar jet Rutil sintetik merupakan alternatif yang baru dalam menghasilan pigmen bagi
industri pembuatan cat. Rutil sintetik yang dihasilkan kemudiannya melalui proses
pengisaran untuk menghasilkan pigmen. Pengisar jet digunakan bagi menghasilkan produk
yang halus.
Kajian dilakukan dengan mengawal tiga parameter kawalan iaitu kadar suapan,
halaju rotor ... | 10/27/2020 | 3/1/2004 | Prakash Teoh - Author | |
Pengelasan mineralogi dan kimia bagi lempung dari sarawak barat, malaysia untuk kegunaan dalam industri jubin di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri kimia, mineralogi, fizikal dan sifatsifat
jasad bakar lempung dan melihat kesesuaiannya untuk kegunaan dalam
industri seramik terutamanya industri jubin. Lima sampel dikutip dari empat
kawasan di Sarawak Barat yang setiap satunya diambil di Kampung Sebangkoi,
Kawasan Jaong dan Telaga Air serta dua ... | 10/27/2020 | 3/1/2004 | Hazrina Abdul Rahman - Author | |
Pencirian kesesuaian kaolin dari Gua Musang, Kelantan untuk kegunaan industri kertas Projek ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji sifat-sifat kaolin tempatan
untuk kegunaan industri kertas. Kajian ini melibatkan sifat-sifat kimia dan fizikal.
Sampel diperolehi dari kawasan sekitar Gua Musang, Kelantan.
Kaolin merupakan satu bahan yang berwarna putih dan berbutir halus. Ia dikaji
untuk mengetahui kesesuaiannya dalam sesuat... | 10/27/2020 | 3/1/2004 | Dewi Suriyani Che Halin - Author | |
Keselamatan dan kesihatan di sebuah kuari Pengkuarian melibatkan pelbagai aktiviti yang memerlukan perhatian terhadap
keselamatan dan kesihatan sama ada yang melibatkan majikan dan pekerja mahupun
orang lain yang berada di kuari tersebut serta orang awam. Matlamat projek ini dijalankan
ialah untuk mengkaji tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang amnya berlaku
di sebuah kuari.
... | 10/27/2020 | 3/1/2004 | Japalan Jital - Author |