(For USM Staff/Student Only)

Browsing/Searching: EngLib USM > Ω School of Chemical Engineering

 
Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 176 - 200 of 665

First            < Previous    1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   ....    Next >              Last
ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Effect of famine-phase aeration on polyhydroxyalkanoate accumulation in aerobic granules
Polihidroksialkanoat (PHA) adalah polimer biodegradasi yang telah menarik minat dalam kalangan para penyelidik akhir-akhir ini. PHA boleh dihasilkan dengan menggunakan butiran aerobik yang merawat air sisa. Walau bagaimanapun, kos pengeluaran yang tinggi, terutamanya disebabkan oleh penggunaan pengudaraan yang tinggi, telah mengehadkan aplikasi bio...
4/29/20197/1/2018Vjayan Thrumakunasagran - Author
Effect of harmonics current on the performance of current transformers
Penentuan peringkat pengeluaran harmoni telah menjadi satu tugas yang penting dalam sistem pengedaran. Voltan atau arus harmoni adalah disebabkan oleh beban yang tak linear apabila disambungkan pada bekalan kuasa utama. Banyak masalah yang sering dicetuskan oleh harmoni mempengaruhi kecekapan sesuatu sistem. Transformer voltan dan transformer arus ...
3/12/20206/1/2019
Effect of high temperature toward microalgal organic matter
Algal mekar serius boleh mempengaruhi operasi rawatan air, terutamanya proses rawatan membran terutamanya disebabkan oleh pengumpulan bahan organik alga (AOM). Kajian telah menunjukkan bahawa AOM mampu menimbulkan fouling yang teruk dalam proses membran tekanan rendah. Tahun-tahun kebelakangan ini, penyulingan membran (MD) telah mendapat perhatian ...
6/26/20196/1/2019Harsimran Kaur Kler Lakbir Singh - Author
Effect of horizontal pattern on masonry prism strengthened using carbon reinforced polymer (cfrp) and glass reinforced polymer (gfrp)
Pembinaan berasaskan batu bata telah digunakkan dengan meluas di segenap pelusuk dunia khususnya dalam aplikasi pembinaan dinding sesuatu bangunan. Antara faktor pengunaan batu bata adalah disebabkan kerana mudah diperolehi, harga yang murah dan pengendalian kerja yang mudah. Namun, terdapat masalah yang timbul kesan daripada penggunaan batu bata t...
8/3/20186/1/2018Nor Aerina Aerin Mohd Ruzi - Author
Effect of ions in ionic liquids on the characteristics of cellulose from coconut husk fibers
Selulosa dihasilkan daripada serat sabut kelapa yang terlebih dahulu dirawat melalui proses pencairan mengunakan cecair ionik yang terdiri daripada [Bmim][Cl], [Bmim][Br], [Bmim][OAc] dan [Bmim][PF6]. Ciri-ciri yang terdapat pada selulosa dikaji menggunakan Zetazizer Nano ZS, SEM, HRTEM dan FTIR. Keputusan menunjukkan selulosa terkecil yang diperol...
1/27/20206/1/2013Nur Asilah Reh - Author
The effect of maceration time and temperature on total phenolic compound and antioxidant activities of alpinia galanga’s extract
Alpinia galanga (A. galanga) merupakan bahan masakan serta herba perubatan yang popular disebabkan oleh kandungan fenolik and aktiviti antipengoksidanya. Dalam kajian ini, teknik maserasi berserta dengan pelarut etanol telah digunakan untuk mengekstrak kandungan fenolik A. galanga. Nisbah cecair kepada pepejal adalah 20 ml/g. Kesan masa dan suhu ma...
6/26/20196/1/2019Chin Jing Yi - Author
Effect of macromolecular additives on the performance of polyethersulfone (pes) membrane
Membran ialah teknologi paling versatil dan baik untuk mencapai air minuman berkualiti lebih tinggi disebabkan modul padatnya, lebih rendah penggunaan tenaga dan tatacara kendalian mesra alam sekitar. Bagaimanapun, halangan utama bagi membran dalam rawatan air ialah faulan membran yang akan biasanya mengurangkan prestasi penelapan, meningkatkan kos...
8/18/20206/1/2014Nur Farahin Abdul Rahman - Author
Effect of metal dopant in silica sol-gel reaction
Membran silika merupakan salah satu produk seramik terpenting kerana sifatnya yang sesuai dalam proses pemisahan gas. Kaedah sol-gel digunakan untuk menghasilkan bahan silika microporous kerana kesederhanaannya dan tahap kesamaan berskala nano yang dapat menghasilkan pemisahan yang baik. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji kesan awal logam pa...
6/26/20196/1/2019Aziatul Atika Roslan - Author
Effect of mixing of curcumin particles precipitation
Sifat fizikal curcumin yang mempunyai keterlarutan yang kurang baik dalam air, separuh-hayat yang cepat dan bioavailabiliti yang rendah boleh diperbaiki dengan mengurangkan saiz zarah. Bagi tujuan ini, pemendakan penyejatan nano-suspensi bagi sistem curcumin-etanol-air telah digunakan dan kesan pencampuran berasaskan kacauan dan pencampuran ber...
8/13/20206/1/2014Zainal Hafizi Rosli - Author
Effect of monomer template ratio on molecular imprinting for lysozyme recognition
Imprinting molekul adalah kaedah untuk mewujudkan rongga tertentu dalam matriks polimer sintetik yang mempunyai laman pengiktirafan molekul terpilih dalam matriks dengan memori untuk molekul templat. Pemilihan monomer berfungsi dan templat yang digunakan adalah faktor kritikal dalam mempengaruhi prestasi imprinting molekul kerana interaksi antara m...
5/21/20186/1/2016Thien Yu Jie - Author
Effect of nitrite and pH on the accumulation of polyhydroxyalkanoates (PHAs)
Plastik sintetik yang terbuat dari bahan api fosil biasanya digunakan dalam kehidupan manusia kerana kelebihannya dari segi kekuatan, ringan dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Penghasilan plastik dari bahan berasaskan bio seperti polihidroksialkanoat (PHA) adalah salah satu kaedah yang dapat menggantikan polimer yang diperoleh daripada petrole...
7/18/20186/1/2018Hairiady Hindwan - Author
Effect of nitrite on accumulation of polyhydroxyalkanoates in aerobic granules treating palm oil mill effluent
Berdasarkan teori, nitrit sebagai terminal elektron akseptor mempunyai peranan yang sama dengan oksigen dalam pembentukan granul aerobik dan pengumpulan PHA. Justeru, kesan nitrit terhadap pengumpulan PHA dalam granul aerobik mengunakan sisa air kilang minyak kelapa sawit sebagai makanan telah dikaji dalam berlainan nisbah COD:N dalam kajian ini. P...
5/21/20185/1/2016Eu Kean Wei - Author
Effect of nitrite on the volatile fatty acid produciton through anaerobic treatment of palm oil mill effluent
Efluen minyak kelapa sawit (POME) adalah salah satu sumber utama pencemaran yang dihasilkan dari agro-industri Malaysia. Kesan buruk pencemaran ini terhadap alam sekitar adalah membimbangkan dan rawatan air sisa yang sesuai POME adalah pra-syarat. rawatan anaerobik adalah kaedah biasa untuk merawat POME. Walaupun kaedah ini bermanfaat dari segi eko...
5/21/20185/1/2016Liew San Siang - Author
Effect of operational parameters on treatment of textile wastewater by electrocoagulation process using different electrode materials
Proses elektro penggumpalan telah digunakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh proses fiziko kimia konvensional dalam rawatan air sisa tekstil. Air sisa tekstil sebenar mengandungi pencelup reaktif selalunya bersifat alkali. Bahanbahan elektrod yang berbeza seperti zink dan keluli tahan karat boleh digunakan bagi mengatasi prestasi lema...
4/29/20197/1/2018Marwa Ali Elajel - Author
The effect of ph on the inhibition mechanism of candida rugosa lipase
Enzim sudah lebih diterima di dalam industri kerana ia digunakan untuk menurunkan tenaga pengaktifan tindak balas untuk mendapatkan produk berguna. Enzim boleh digunakan sebagai pemangkin untuk reaksi seperti reaksi oksidasi dan hidrolisis. Walau bagaimanapun, perencatan dalam reaksi enzim boleh berlaku kerana banyak keadaan.. Dalam kajian ini, ‘Ca...
6/26/20196/1/2019Mohamad Amir Hafizi Maddiah - Author
Effect of pH on tungsten removal from chemical mechanical polishing (cmp) slurry using dowex marathon c resin of ion exchang
Buburan proses pengilatan kimia digukan secara menyeluruh di dalam industri semikonduktor sebagai agen penggilap untuk meratakan permukaan wafer. Proses penggilapan ini membabitkan tindakan kimia dan mekanikal untuk menyingkirkan lapisan logam yang telah terjejas di atas permukaan wafer dengan menggunakan buburan tungsten. Pemulihan terhadap bubu...
7/18/20186/1/2018Nur Husni Ahmad - Author
Effect of plant biomass harvesting on waste nutrient removal from fish farm wastewater
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesan organisma tumbuhan terhadap potensi spesies Lemna dan Spirodela dalam pembuangan sisa nutrien yang terkandung dalam air sisa pertenakan ikan. Kesan organisma tumbuhan terhadap potensi spesies Lemna dan Spirodela dikaji melalui proses secara berkumpulan. Eksperimen dijalankan selama 14 hari dan sam...
4/24/20185/1/2017Durrah Faiqah Mohd Farid - Author
Effect of pretreatment on sugarcane bagasse for removal of zinc (ii) ions from aqueous solution
Pada masa kini, perlombongan dan industri penyaduran elektrik adalah sumber paling ketara pencemaran air. Bahan cemar logam berat yang dilepaskan ke persekitaran telah menyebabkan pelbagai kesan terhadap alam sekitar. Dalam kajian ini, penjerapan Zn2+ ke penjerap (hampas tepu yang dirawat KOH, dirawat HCl dan tanpa rawatan) telah dikaji. Semasa...
6/28/20196/1/2019Wan Mohd Haffizrul W Mohd Apandi - Author
Effect of process parameters on physicochemical characteristics of ordered mesoporous silica SBA-15
Kesan parameter proses atas sifat fizikokimia SBA-15 silika mesopore tersusun telah disiasat. SBA-15 telah disintesiskan melalui kaedah templat halus menggunakan surfaktan tanpa-ionik Pluronic P123 dan tetraetilena orthosilikat TEOS sebagai sumber silika serta asid hidroklorik (HCl) sebagai pemangkin. Parameter proses yang diubah termasuklah kon...
5/21/20186/1/2016Koh Ming Hooi - Author
Effect of salinity and initial pH towards growth and eicosapentaenoic acid production by amphora sp
Amphora sp. yang diasingkan dari kawasan pasang surut di Teluk Aling, Pulau Pinang telah dikultur di dalam media air laut yang masing-masing mengandungi kemasinan dan pH awal yang berbeza. Untuk kajian mengenai kesan kemasinan, Amphora sp. telah berkembang dengan aktif dalam julat kemasinan yang luas (10-28 ppt). Pertumbuhan maksimum berlaku dengan...
1/29/20206/1/2013Mohamad Hapiz Mohamed Damiri - Author
Effect of salinity towards phytoremediation of synthetic fish farm wastewater by lemna minor
Fitopemulihan mempunyai potensi untuk rawatan dan penggunaan semula air sisa dalam sistem akuakultur intensif. Teknik ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh ternakan ikan seterusnya memelihara kualiti air. Dalam kajian ini, respons kiambang itik Lemna minor (L.minor) kepada saliniti dinilai dengan memantau kecekapan penyi...
7/4/20196/1/2019Kethis Selvabala - Author
Effect of sodium bicarbonate on nutrient uptake and biomass production of Spirodela polyrrhiza
Fitoremediasi ialah teknologi yang baru untuk membersihkan tanah yang tercemar, air sisa dan air bawah tanah. Pendekatan ini merupakan sistem rawatan semula jadi biologi yang mesra alam dan kos efektif. Namun begitu, fitoremediasi mengambil masa yang lama untuk membersihkan satu kawasan. Jadi, beberapa kajian tentang peningkatan fitoremediasi telah...
5/21/20186/1/2016Chin Zhi Yan - Author
Effect of tannic acid-trimesoyl chloride on thin film composite membrane
Membran komposit filem nipis telah disediakan melalui proses sintesis antara larutan asid tannik dalam fasa cecair dan trimesoil klorida dalam fasa organik. Hasil kajian daripda penyelidik sebelum ini seperti Zhang et., al (2013) dan Tang et., al (20008) menunjukkan isu pengotoran dan kestabilan khususnya pada membran UF ketika proses penurasan...
4/29/20199/1/2018Riza Asma'a Saari - Author
The effect of temperature on the inhibition mechanism of candida rugosa lipase
Kesan perencatan enzim oleh perencat merupakan suatu isu biasa dalam process biokatalisis. Dalam kajian ini, kesan suhu terhadap mekanisma perencatan telah dikaji. Hydrolisis 4-nitrophenol butyrate (4NPB) oleh lipase telah digunakan sebagai model tindak balas. Sebelum kajian ini dilaksanakan, kesan kepekatan substrat dan suhu telah dikaji. Akhi...
7/4/20196/1/2019Nurul Afini Fuad - Author
The effect of temperature on the inhibition mechanism of ß-galactosidase catalysed reactions
ß-Galaktosidase (ß-Gal) dikenali sebagai laktase adalah salah satu enzim kerap digunakan dalam pemprosessan makanan. ß-Gal adalah pemangkin hidrolisis laktosa kepada glukosa dan galaktosa. Perencatan galaktosa dalam tindakbalas bermangkin ß-Gal adalah masalah yang dihadapi dalam industri tenusu. Kajian mendalam tentang perencatan ß-Gal penting bagi...
6/26/20196/1/2019Jasvinderjit Singh Harbhajan Singh - Author
First            < Previous    1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   ....    Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z -->

Search: