Thumbnail | Name | Publication Date
![]() | First Public Date | Contributors |
Kajian ke atas komposit termoset terisi serbuk kaca dan silika wasap /Lee Jian Huei Penggunaan komposit termoset terisi gentian kaca sebagai substrat dalam pembungkusan mikroelektronik telah menimbulkan masalah pengembangan terma secara ortotropik dengan nilai pekali pengembangan terma (CTE) yang tinggi. Penggunaan partikel sebagai pengisi dalam epoksi adalah untuk mengurangkan masalah pengembagan terma ortotropik. Selain itu, pen... | 8/14/2020 | 3/1/2005 | Lee Jian Huei - Author | |
Kajian keberkesanan perencat natrium nitrit dan natrium silikat untuk perlindungan kakisan keluli karbon /Mohamad Aizaq Main Kajian berbentuk ujian kelakuan dan keberkesanan perencatan kakisan keluli lembut yang menggunakan bahan perencat natrium nitrit dan natrium silikat melalui ujian rendaman di dalam larutan natrium klorida (NaCl) dan air paip. Kandungan peratus kehadiran natrium klorida di dalam larutan yang digunakan ialah sebanyak 0.05%. Jangka masa rendaman yang ... | 8/14/2020 | 3/1/2005 | Mohamad Aizaq Main - Author | |
Kajian kestabilan cerun batuan di gk kuari bachok Kelantan /Azihan Mat Arshad Projek tahun akhir ini dijalankan ke atas cerun batuan GK Kuari Bachok bertujuan untuk membuat pengelasan jisim batuan dan menganalisis kestabilan cerun batuan di kuari tersebut. Dalam kajian ini, sebanyak 950 data arah sudut miring, jenis kekar, keadaan ketakselanjaran, jarak ketakselanjaran, keadaan air tanah serta kekuatan mampatan ekapaksi batu... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Azihan Mat Arshad - Author | |
Kajian ketakstabilan cerun lebuhraya pos slim cameron highlands km22 /Che Wan Mohd Yusrey Che Wan Razlan Kajian ini dijalankan di lebuhraya Pos Slim – Cameron Highlands Km22. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membuat pengelasan jisim batuan dan penganalisaan ketakstabilan cerun batuan di lebuhraya tersebut. Dalam kajian ini, data-data sudut miring, arah sudut miring, kekuatan mampatan ekapaksi batuan, keadaan kekar serta keadaan air tanah juga j... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Che Wan Mohd Yusrey Che Wan Razlan - Author | |
Kajian parameter pengisaran bagi fabrikasi metalurgi serbuk komposit matrik logam aluminium menggunakan serbuk aluminium berkeping /Mohamad Salimin Jahari Projek ini melibatkan kajian tentang komposit matrik aluminium yang diperkuat dengan partikel silikon karbida (SiC). Tumpuan utama projek ini adalah parameter pengisaran pada peringkat pencampuran serbuk aluminium dan silikon karbida. Tiga parameter pengisaran yang dikaji adalah masa pengisaran, persekitaran pengisaran (pengisaran basah atau kerin... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Mohamad Salimin Jahari - Author | |
Kajian pengelasan jisim batuan dan kestabilan cerun di lebuhraya pos slim cameron highland km 18 / Wan Mohd Hafizi Wan Hanafi Kajian yang dilakukan bertujuan untuk mengkaji pengelasan jisim batuan dan kestabilan cerun di Lebuhraya Pos Slim – Cameroon Highland KM 18. Justeru itu, kajian memerlukan pengambilan data mentah di lapangan yang terdiri daripada jarak kekar, keadaan kekar, keadaan air tanah, arah sudut miring, sudut miring, bacaan Schmidt hammer dan juga keadaan k... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Wan Mohd Hafizi Wan Hanafi - Author | |
Kajian perbandingan antara pengisaran kering dan pengisaran basah /Wan Suriati Zulkhefli Mendakan kalsium karbonat, PCC merupakan hasilan semula CaCO3 melalui proses pengkarbonan agar dapat menghasilkan produk dengan kualiti dan ciri-ciri yang lebih baik. Sumber pengeluaran komersial PCC adalah batu kapur yang berketulenan tinggi. PCC mempunyai kelebihan daripada batu kapur kisaran (GCC) kerana sifat kecerahan dan saiz partikelnya. Ci... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Wan Suriati Zulkhefli - Author | |
Kajian perbandingan salutan polimer antara laker uv, kk-50 dan lilin ke atas paip keluli /Quah Ban Kheng Dalam kajian ini, 3 jenis salutan akan diuji. Tujuan kajian ini ialah untuk membandingkan antara salutan laker UV yang kini dalam aplikasi dengan KK-50 dan lilin untuk mengurangkan kos pengeluaran.Pelbagai kaedah ujian seperti kebolehcatan, ujian kekerasan, ujian daya lekatan, ujian kebolehtanggalan, ujian pembengkokan dan ujian semburan garam dija... | 8/17/2020 | 3/1/2005 | Quah Ban Kheng - Author | |
Kajian persampelan isokinetik dalam cerobong di malaysia smelting corporation berhad, butterworth/Taufik Shukri Mahmud Kajian persampelan isokinetik dalam cerobong di Malaysia Smelting Corporation Berhad, Butterworth ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada operasi syarikat ini ada menghasilkan pencemaran udara terhadap kawasan persekitaran daripada aktiviti peleburan dan penghasilan jongkong timah. Dalam kajian ini, 15 sampel telah diambil daripada tiga buah ce... | 8/18/2020 | 3/1/2005 | Taufik Shukri Mahmud - Author | |
Kajian salutan hot-dipping galvanizing keluli karbon rendah/Muhd Faiz Mat Kasa Kajian ini dijalankan untuk melihat kepada keberkesanan salutan zink pada keluli karbon sebagai pelindung kepada kakisan serta kesesuaian aplikasi salutan kromat dengan kepekatan yang berbeza pada salutan zink. Kaedah yang digunakan dalam penyalutan zink ini adalah rendaman panas galvani. Suhu peleburan zink yang digunakan untuk menyalut keluli kar... | 8/18/2020 | 3/1/2005 | Muhd Faiz Mat Kasa - Author | |
Kajian tentang kebolehan penyingkiran partikel pada cakera dan sifat-sifat pita pengelap tanpa lelas /Joseph Emmanuel Krishnan Kajian mengenai hubungan di antara beberapa parameter penting dalam proses pengupam untuk cakera liut belum dijalankan dengan meluas. Apakah hubungan di antara sifat-sifat suatu pita yang digunakan untuk proses ini serta bagaimanakah hubungan ini boleh dikaitkan dengan keberkesanan pengelapan menggunakan pita dengan sifat-sifat yang tertentu. Suatu... | 8/18/2020 | 3/1/2005 | Joseph Emmanuel Krishnan - Author | |
Kajian tentang kesan perubahan saiz dan berat isipadu bahan tetulang silikon karbida terhadap matrik aluminium komposit / William Thanaraj Muthu Reddiar Projek penyelidikan ini dijalankan dengan kaedah metalurgi serbuk. Kajian tertumpu kepada kesan peratusan berat isipadu dan saiz partikel tetulang terhadap komposit matrik logam aluminium yang diperkuat dengan silikon karbida. Serbuk aluminum yang digunakan bersaiz purata 25 μm bertindak sebagai matrik dan partikel silikon karbida yang bersaiz pura... | 8/26/2020 | 3/1/2005 | William Thanaraj Muthu Reddiar - Author | |
Kajian mengenai operasi perlombongan emas lanar di kelantan Mineral adalah merupakan suatu bahan yang sangat penting bagi aktiviti perindustrian dan ianya merupakan kunci bagi perkembangan bagi sesebuah negara. Kepentingannya akan terus meningkat di masa akan dating. Sehingga kini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia amat bergantung kepada bahan-bahan yang dihasilkan daripada mineral. Selari dengan p... | 8/28/2020 | 4/1/2008 | Mohd Firdauz Kamlul Zaman - Author | |
Kajian ke atas komposit dental Objektif utama yang telah dikaji oleh kajian ini adalah untuk menentukan kesan masa pematangan ataupun dedahan yang berbeza terhadap sifat-sifat mekanikal satu produk komposit dental iaitu Filtek Z250. Beberapa ujian mekanikal dilakukan ke atas sampel-sampel yang dimatangkan dengan dua masa pematangan yang berlainan iaitu selama 20 saat dan 40 saat... | 10/20/2020 | 3/1/2007 | John Paul Wang Sing Siew - Author | |
Kajian kesan bendasing dalam sisa aluminium keatas pelarutlesapan beralkali tekanan tinggi Disertasi ini mengkaji kesan bendasing keatas aluminium sisa dengan
menggunakan pendekatan pengekstrakan hidrometallurgi. Objektif utama adalah
memperoleh aluminium pada akhir eksperimen dengan perolehan yang tinggi, iaitu
bermakna aluminium dapat terpisah daripada bendasing. Kajian melibatkan
pelarutlesapan sisa aluminium menggunakan natrium h... | 10/20/2020 | 5/ | Suhalinda Saibon - Author | |
Kajian mikroskopi dalam pencirian sisa aluminium untuk pengekstrakan aluminium secara hidrometalurgi Dross aluminium merupakan sisa yang dihasilkan oleh industri primer aluminium seperti
proses Bayer, proses Hall-Heroult dan peleburan. Sampel diperolehi daripada dua sumber
iaitu Air Keruh dan Batu Pahat yang dibekalkan oleh Ultimate Engineering Sdn Bhd.
Ujian fizikal seperti LOI, kelempaban dan ketumpatan pukal dan kajian pencirian seperti
XRD... | 10/20/2020 | 4/1/2007 | Lim Huey Min - Author | |
Kajian tentang penggantian Co2+ ke dalam sistem ferit Ni-Zn dengan menggunakan teknik bahan mula sitrat Penyediaan ferit kobalt nikel zink atau Zn0.4Ni0.6-yCoyFe2O4 dengan komposis berlainan
(Zn0.4Ni0.6Fe2O4, Zn0.4Ni0.5Co0.1Fe2O4, Zn0.4Ni0.4Co0.2Fe2O4, Zn0.4Ni0.3Co0.3Fe2O4,
Zn0.4Ni0.2Co0.4Fe2O4 dan Zn0.4Ni0.1Co0.5Fe2O4) telah dijalankan dengan menggunakan
kaedah bahan mula sitrat; bahan mentah (logam nitrat, ferum sitrat dan aisd sitrik)
telah di... | 10/20/2020 | 5/1/2007 | Cho Swee Jen - Author | |
Kesan penambah-penambah organik terhadap bentuk Cu2O berstruktur nano yang didop dan tidak didop yang disediakan melalui proses penurunan garam kuprum Kuprus oksida tulen dan didop dengan Zn dihasilkan di dalam projek ini melalui kaedah penurunan garam kuprum pada suhu bilik. Larutan garam kuprum pada mulanya ditambah dengan NaOH untuk penghasilan Cu(OH)2. Penurunan kemudiannya dilakukan dengan menggunakan hidrazin untuk menghasilkan kuprus oksida yang tulen. Pelbagai jenis penambah organik seper... | 10/20/2020 | 5/1/2007 | Khoor Siang Tian - Author | |
Kajian terhadap pembentukan dan pencirian silikon berliang pada wafer silikon dengan menggunakan asid hidrofluorik yang dicairkan oleh dimethyl sulfoxide (DMSO) sebagai elektrolit Projek ini difokuskan kepada kesan penggunaan sebatian organik (DMSO) untuk
mencairkan asid hidrofluorik (HF) dalam pembentukan silikon berliang dan mengkaji nilai
optimum bagi nisbah kepekatan, HF : DMSO dan ketumpatan arus bagi pembentukan
silikon berliang. Dalam kajian ini, wafer silikon jenis-n digunakan dalam projek ini, silikon
berliang d... | 10/21/2020 | 3/1/2007 | Yuen Wai Yok - Author | |
Kesan kepekatan kuratif, masa rendaman dan pelarut resapan ke atas sifat tensil filem lateks yang dihasilkan dengan kaedah konvensional dan in-situ laminasi Kaedah pencelupan konvensional yang digunakan untuk penghasilan sarung tangan pemeriksaan dan pembedahan menjanakan banyak sisa lateks semasa peringkat pencelupan. Untuk mengelakkan penjanaan sisa lateks, kaedah pencelupan terubahsuaian diperkenalkan. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah pencelupan in-situ laminasi. Perbezaan kaedah ini dengan kaedah... | 10/21/2020 | 5/1/2007 | Loke Poo Wha - Author | |
Komposit hdpe-kaolin dan hdpe-illit Mesin penggiling bergulung dua digunakan untuk proses penyebatian di antara polimer
polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan tiga jenis pengisi iaitu kaolin AKIMA 25,
kaolin FM, dan illit. Suhu penyebatian ialah 175°C dan halaju putaran rotor adalah 50
rpm untuk menghasilkan komposit HDPE dengan amuan peratus jisim pengisi yang
digunakan ial... | 10/21/2020 | 5/1/2007 | Tai Suk Fong - Author | |
Kajian sifat mekanikal dan terma bagi komposit polistirenaorgano-montmorillonit Dalam fasa pertama dalam kajian, kaedah penyebatian leburan telah digunakan untuk menyediakan komposit polistirena (PS)/OMMT. Pembebanan OMMT yang berbeza iaitu 2, 4, 6, 8, 10 wt% ditambah ke dalam PS dengan menggunakan pengekstud berskru tunggal. Sifat mekanikal komposit ditentukan melalui ujian pelenturan dan hentaman. Kekuatan pelenturan, keliat... | 10/22/2020 | 5/1/2007 | Lim Li Yin - Author | |
Kajian terhadap kesan kehadiran pembolehserasi malik anhidrida ke atas sifat mekanikal komposit pp/kenaf Komposit yang dihasilkan adalah gabungan di antara polipropilena (PP) dan gentian kenaf. Projek ini dijalankan untuk mengkaji kesan kehadiran agen penserasi malik anhidrida (MAPP) terhadap sifat-sifat tensil komposit. Selain itu projek ini juga mengkaji kesan penambahan berat gentian ‘mat’ terhadap sifat-sifat tensil dan nilai ketumpatan komposit. ... | 10/22/2020 | 5/1/2007 | Mohd Firdaus Daud - Author | |
Kerintangan pengoksidaan aloi kuprum-aluminium dalam keadaan udara termampat pada suhu 700°c -900°c Pelbagai jenis peralatan penyejuk kuprum seperti jari dan panel kuprum disejuk-air digunakan bagi perlindungan dan penyejukan reaktor metalurgi suhu tinggi. Namun, peralatan penyejuk kuprum tersebut mengalami masalah dan kegagalan dengan masa disebabkan pengoksidaan berlaku pada permukaan panas penyejuk kuprum pada suhu tinggi yang boleh mengurangk... | 10/22/2020 | 5/1/2007 | Ooi Mey Ling - Author | |
Kesan pengisi kalsium karbonat diselaputi resin epoksi dan kalsium karbonat biasa terhadap kekuatan mekanikal pada filem lateks getah asli Kesan perubahan sifat-sifat mekanikal serta fizikal bagi filem lateks getah asli setelah
digabungkan dengan pengisi kalsium karbonat disela[uti dengan resin epoksi, diglycidyl
ether of bisphenol A (DGEBA) atau DER 331 adalah objektif utama penyelidikan ini
dilakukan supaya dapat mencari satu penyelesaian bagi membolehkannya bersaing
dengan prod... | 10/22/2020 | 5/8/2007 | Rohaya Abdul Rahman - Author |