(For USM Staff/Student Only)

Browsing/Searching: EngLib USM > Ω School of Materials & Mineral Resources Engineering

 
Filter By Content Type:
All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Viewing: 76 - 100 of 910

First            < Previous    1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   ....    Next >              Last
ThumbnailName Publication Date First Public Date Contributors
Komposit hdpe-kaolin dan hdpe-illit
Mesin penggiling bergulung dua digunakan untuk proses penyebatian di antara polimer polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan tiga jenis pengisi iaitu kaolin AKIMA 25, kaolin FM, dan illit. Suhu penyebatian ialah 175°C dan halaju putaran rotor adalah 50 rpm untuk menghasilkan komposit HDPE dengan amuan peratus jisim pengisi yang digunakan ial...
10/21/20205/1/2007Tai Suk Fong - Author
Kesan kepekatan kuratif, masa rendaman dan pelarut resapan ke atas sifat tensil filem lateks yang dihasilkan dengan kaedah konvensional dan in-situ laminasi
Kaedah pencelupan konvensional yang digunakan untuk penghasilan sarung tangan pemeriksaan dan pembedahan menjanakan banyak sisa lateks semasa peringkat pencelupan. Untuk mengelakkan penjanaan sisa lateks, kaedah pencelupan terubahsuaian diperkenalkan. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah pencelupan in-situ laminasi. Perbezaan kaedah ini dengan kaedah...
10/21/20205/1/2007Loke Poo Wha - Author
Kajian terhadap pembentukan dan pencirian silikon berliang pada wafer silikon dengan menggunakan asid hidrofluorik yang dicairkan oleh dimethyl sulfoxide (DMSO) sebagai elektrolit
Projek ini difokuskan kepada kesan penggunaan sebatian organik (DMSO) untuk mencairkan asid hidrofluorik (HF) dalam pembentukan silikon berliang dan mengkaji nilai optimum bagi nisbah kepekatan, HF : DMSO dan ketumpatan arus bagi pembentukan silikon berliang. Dalam kajian ini, wafer silikon jenis-n digunakan dalam projek ini, silikon berliang d...
10/21/20203/1/2007Yuen Wai Yok - Author
Elektrosaduran komposit nikel alumina
Kajian projek ini menumpu kepada elektrosaduran komposit nikel-alumina. Satu siri eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji keadaan yang paling baik untuk menjalani elektrosaduran nikel-alumina dan sifat mekanikal saduran komposit ini. Sebelum elektrosaduran nikel-alumina dijalankan, kajian kesan elektrosaduran nikel pada ketumpatan arus tetap...
10/21/20205/1/2007Ngien Ping Lok - Author
Analisis kegagalan salutan cat menggunakan kaedah elektrokimia
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji sifat –sifat resin epoksi dengan pengisi tambahan karbon hitam pada persekitaran mengakis. Kebiasaan epoksi telah digunakan secara meluas sebagai pembinaan utama untuk prestasi yang tinggi. Kelebihan yang paling utama bagi resin epoksi ialah pengecutan yang rendah semasa matang dan mempunyai tegasan d...
10/21/20205/1/2007Zulzulazizi Mohd Yunus - Author
Timah oksida lutsinar berkonduksi untuk pembinaan sel suria yang dipeka pewarna organik
Ujikaji ini dimulakan dengan menyediakan oksida lutsinar berkonduksi (TCO). TCO ini disediakan dengan memendapkan lapisan nipis timah oksida berdop fluorin (F:SnO2) di atas substrat kaca. Timah oksida berdop fluorin disediakan dengan kaedah sol-gel melalui pencampuran SnCl2.2H2O dengan NH4F dalam larutan etanol 0.2M. Kadar pencampuran SnCl2.2H2...
10/20/20203/1/2007Tan Guo Xin - Author
Perbandingan kesan penambahan y2o3 dan Nb2O5 serta suhu pengkalsinan ke atas sifat cirian dan kelakuan seramik zirkonia
Penyelidikan ini membandingan kesan penstabilan antara Y2O3 and Nb2O5 dalam zirkonia. Serbuk zirkonia penstabil yttria berstruktur nano dengan kepekatan antara 2.5 dan 10.0 mol% dan zirkonia penstabil niobia daripada 5 kepada 20mol% disintesis berasingan dengan mengunakn kaedah prapenanda polimer dengan proses Pechini. Bahan untuk larutan prapenand...
10/20/20205/1/2007Siew Fook Wai - Author
Penyiasatan lapisan filem SiO2 berpemalar dielektrik rendah (k) yang diendapkan di atas wafer Si untuk aplikasi cmos
Kajian ini mempamerkan keputusan fabrikasi dan pencirian filem silika yang digunakan dalam dielektrik antara lapisan (ILD). Filem silika dihasilkan dengan teknik pemutaran sol-gel menggunakan tetraethylorthosilicate (TEOS) dan methyltriethoxysilane (MTES) sebagai prapenanda; masing-masing ditambahkan dengan pemangkin asid dan bes . Parameter-pa...
10/20/20205/1/2007Ee Woei Chang - Author
Penyediaan dan pencirian filem nipis HfO2 yang disediakan oleh teknik sol-gel di atas substrak 4H-SiC untuk aplikasi kuasa mos peranti yang tinggi
Pengendapan filem HfO2 pada substrak 4H-SiC berjenis n dan Si dengan teknik sol-gel pemutaran salutan dengan menggunakan hafnium klorida, etanol, dan asid klorida sebagai bekalan prapenanda telah dikaji dan dilaporkan. Kesan kepekatan HCl (0.10, 0.12 dan 0.14 ml) dan suhu sepuhlindap (550 oC, 750 oC dan 850 oC selama 30 minits) pada sifat filem tel...
10/20/20205/1/2007Wang Kang Ji - Author
Penghasilan busa epoksi teras terapit kesan agen peniupan dan kalium hidroksida terhadap sifat-sifat mekanikal busa terapit
Perkembangan dalam penghasilan busa berasaskan termoset semakin berkembang sejak akhir-akhir ini. Ini termasuklah busa berasaskan epoksi. Busa epoksi memberikan beberapa ciri-ciri menarik seperti rintangan kimia, lembapan, sifat penebatan yang baik, kekuatan, mampatan dan kekuatan hentaman. Perkembangan terkini dalam aplikasi busa epoksi adalah seb...
10/20/20203/1/2007Mohd Husnan Muhammad Hasan - Author
Pengekstrakan aluminium daripada sisa aluminium melalui kaedah pelarutlesapan atmosferik dan pelarutlesapan bertekanan tinggi dengan bes natrium hidroksida
Disertasi ini mengkaji pelarutan kimia aluminium oksida daripada sisa metalurgi aluminium dengan menggunakan pendekatan kaedah pengekstrakan hidrometalurgi. Objektif utama kajian adalah memperolehi aluminium pada akhir eksperimen melalui penentuan parameter optimum selain membina satu proses pengitaran semula sisa aluminium tanpa mendatangkan bahay...
10/20/20205/1/2007Nik Nur Azza Nik Adik - Author
Kesan penambah-penambah organik terhadap bentuk Cu2O berstruktur nano yang didop dan tidak didop yang disediakan melalui proses penurunan garam kuprum
Kuprus oksida tulen dan didop dengan Zn dihasilkan di dalam projek ini melalui kaedah penurunan garam kuprum pada suhu bilik. Larutan garam kuprum pada mulanya ditambah dengan NaOH untuk penghasilan Cu(OH)2. Penurunan kemudiannya dilakukan dengan menggunakan hidrazin untuk menghasilkan kuprus oksida yang tulen. Pelbagai jenis penambah organik seper...
10/20/20205/1/2007Khoor Siang Tian - Author
Kajian tentang penggantian Co2+ ke dalam sistem ferit Ni-Zn dengan menggunakan teknik bahan mula sitrat
Penyediaan ferit kobalt nikel zink atau Zn0.4Ni0.6-yCoyFe2O4 dengan komposis berlainan (Zn0.4Ni0.6Fe2O4, Zn0.4Ni0.5Co0.1Fe2O4, Zn0.4Ni0.4Co0.2Fe2O4, Zn0.4Ni0.3Co0.3Fe2O4, Zn0.4Ni0.2Co0.4Fe2O4 dan Zn0.4Ni0.1Co0.5Fe2O4) telah dijalankan dengan menggunakan kaedah bahan mula sitrat; bahan mentah (logam nitrat, ferum sitrat dan aisd sitrik) telah di...
10/20/20205/1/2007Cho Swee Jen - Author
Kajian mikroskopi dalam pencirian sisa aluminium untuk pengekstrakan aluminium secara hidrometalurgi
Dross aluminium merupakan sisa yang dihasilkan oleh industri primer aluminium seperti proses Bayer, proses Hall-Heroult dan peleburan. Sampel diperolehi daripada dua sumber iaitu Air Keruh dan Batu Pahat yang dibekalkan oleh Ultimate Engineering Sdn Bhd. Ujian fizikal seperti LOI, kelempaban dan ketumpatan pukal dan kajian pencirian seperti XRD...
10/20/20204/1/2007Lim Huey Min - Author
Kajian kesan bendasing dalam sisa aluminium keatas pelarutlesapan beralkali tekanan tinggi
Disertasi ini mengkaji kesan bendasing keatas aluminium sisa dengan menggunakan pendekatan pengekstrakan hidrometallurgi. Objektif utama adalah memperoleh aluminium pada akhir eksperimen dengan perolehan yang tinggi, iaitu bermakna aluminium dapat terpisah daripada bendasing. Kajian melibatkan pelarutlesapan sisa aluminium menggunakan natrium h...
10/20/20205/Suhalinda Saibon - Author
Kajian ke atas komposit dental
Objektif utama yang telah dikaji oleh kajian ini adalah untuk menentukan kesan masa pematangan ataupun dedahan yang berbeza terhadap sifat-sifat mekanikal satu produk komposit dental iaitu Filtek Z250. Beberapa ujian mekanikal dilakukan ke atas sampel-sampel yang dimatangkan dengan dua masa pematangan yang berlainan iaitu selama 20 saat dan 40 saat...
10/20/20203/1/2007John Paul Wang Sing Siew - Author
abrikasi dan sifat bio-komposit chitosan diperkuat gentian kenaf
Komposit chitosan diperkuat gentian kenaf dengan komposisi kenaf 0%, 10%, 20%, 30% dan 40% dihasilkan dengan melarutkan serbuk chitosan dengan asid asetik yang disusuli dengan pengacauan larutan chitosan bersama habuk kenaf pada halaju yang tinggi iaitu antara 10000 hingga 29000 rpm untuk menyebatikan campuran. Agen pemplastik ditambah ke dalam...
10/20/20205/1/2007Tang Efei - Author
Synthesis of silver nanoparticles using kyllinga brevifolia extract and immobilisation on tio2 nanotubes for methyl blue dye removal / Norain Isa
Industri tekstil adalah penghasil air buangan yang banyak di mana jika ia tidak dirawat akan menghasilkan pewarna yang toxic dan merbahaya. Satu kaedah yang dapat membuang pewarna adalah melalui penurunan pada permukaan katalis yang diperbuat daripada nanopartikel perak (AgNPs) melalui kaedah penurunan garam. Bahagian pertama hasil kerja ini adalah...
10/16/20203/1/2020Norain Isa - Author
Preparation of low molecular weight natural rubber via photooxidation in latex state / Suhawati Ibrahim
Cahaya ultraungu (UV) telah digunakan untuk mengurai bahan organik, termasuklah getah asli (GA) terutama dalam pelarut organik. Kajian ini bertujuan untuk menyediakan getah asli cecair (GAC) menggunakan kaedah fotodegradasi di dalam lateks, dan mencirikan sifat fizikal dan kimia GAC yang diperolehi. Kecekapan tindakbalas telah ditentukan melalui pe...
10/16/20207/1/2020Suhawati Ibrahim - Author
Synthesis and characterization of strontium and cobalt doped akermanite bioceramics / Hossein Mohammadi
Seramik akermanit dengan formula kimia (Ca2MgSi2O7) adalah bioseramik silikat yang mengandungi kalsium (Ca2+) dan magnesium (Mg2+), telah menarik perhatian penyelidik biobahan kerana ia menunjukkan kadar degradasi yang terkawal dan sifat mekanikal yang lebih baik berbanding dengan bioseramik berasaskan fosfat seperti beta tri-kalsium fosfat (β ...
10/15/202011/1/2019Hossein Mohammadi - Author
Preparation and properties of sepiolite-filled ethylene propylene diene terpolymer composites / Nurul Aizan Mohd Zaini
Peranan tanah liat sebagai pengisi dalam komposit getah mempunyai kepentingan yang tidak boleh diragui disebabkan oleh sumber tanah liat yang banyak, murah, warna yang cerah, dan kebolehan untuk meningkatkan kekuatan dan kekakuan getah. Walau bagaimanapun, ketidakserasian antara sifat hidrofilik tanah liat dan sifat hidrofobik getah yang akan menga...
10/15/20207/1/2020Nurul Aizan Mohd Zaini - Author
Mechanical properties and bioactivity of ti-nb-ha composite fabricated by mechanical alloying / Farrah Noor Ahmad
Titanium adalah logam biobahan yang paling popular untuk implan ortopedik kerana sifat mekanik dan ketahanan kakisan yang baik. Walaubagaimanapun, ketidaksepadan elastik modulus dan ikatan yang lemah dengan tulang disebabkan oleh sifat biolengai telah dikenalpasti sebagai punca utama yang menyebabkan implan longgar dan akhirnya mengalami kegaga...
10/15/20207/1/2020Farrah Noor Ahmad - Author
Preparation, characterisation and properties of uscoviteacrylonitrile utadiene styrene nanocomposites / Nor Hafizah Che Ismail
Penghasilan nanokomposit akrilonitril butadiena stirena (ABS) berdasarkan mineral tanah liat tidak boleh dikembangkan menunjukkan pendekatan yang berpotensi yang belum diteroka secara relatif. Muskovit telah dipilih daripada sejumlah mineral tanah liat yang biasa digunakan disebabkan oleh nisbah aspek yang lebih tinggi berbanding montmorilonit ...
10/14/20204/1/2020Nor Hafizah Che Ismail - Author
Investigation of adhesion between microwave plasma treated epoxy and silicone / Choong Lai Fan
Lekatan antara silikone dan epoksi dirawati plasma gelombang mikro dalam oksigen telah dikaji. Sudut sentuhan epoksi telah disiasat dengan mempelbagaikan kuasa plasma gelombang mikro 2.45 GHz (100-600 W), kadar aliran oksigen (20-60 sccm) dan masa rawatan (1-5 min). Pengaktifan plasma oksigen oleh plasma gelombang mikro telah mengubah permukaan hid...
10/14/20205/1/2020Lai Fan Choong - Author
Effect of cryorolling on the microstructures, mechanical properties and corrosion behaviour of low carbon steel using martensite starting microstructure / Muhammad Syafiq Ahmad
Sifat-sifat keluli berkarbon rendah selalunya disesuaikan mengikut sesuatu aplikasi yang khusus dengan cara memanipulasi mikrostruktur sedia ada. Ciri-ciri mikrostruktur adalah termasuk morfologi, pecahan isipadu martensite dan saiz ira. Ciri-ciri mirkrostruktur tersebut boleh di ubah suai dengan melaras masa rendaman dan suhu dalam zon interkritik...
10/14/20209/1/2020Muhammad Syafiq Ahmad - Author
First            < Previous    1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   ....    Next >              Last


All 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z -->

Search: